13 September 2017

Alfi Demam Kahak Degil dan Oregano Essential Oil

Jem Paling Teruk


Aku tak cerita pun pasal Raya Haji haritu, tak sempat nak cerita, korang usha IG aku je dah lah eh. haha. Biar gambar yang bercerita. Tiada yang istimewa pun Raya Haji aku, haha. Biasa-biasa je, tahun ni raya kat Ipoh, mcm biasa, berkunjung rumah sanak saudara, kami takde pun buat korban. Penat jalan dan makan je masa raya haritu. haha.

Aku rasa, start bulan depan, aku nak buat " Tabung Korban " lah, aku teringin nak buat korban. Semalam dengar Sinar FM, abby fana cerita pasal korban, dia bg tips, setiap bulan, asingkan sedikit duit gaji, simpan untuk korban, insyaAllah sampai tahun depan, cukuplah duit untuk buat korban 1 bahagian, if tak cukup, tambah jelah, sekurang-kurangnya kita dah cover budget separuh, betul x?

Aku fikir mcm nak buat Korban tiap tahun, semoga dipermudahkan. So aku rasa, ni lah Tips menabung untuk buat korban yang terbaik. Kalau sebulan rm20 rm30 pun dah okay, betul x? Tak perlu banyak pun. Benda lain boleh beli.

Ok berbalik lah kepada cerita raya haji tadi, keesokkanya, hari sabtu, jam 9am kami gerak balik kelantan, sepatutnya tak balik kelantan, tapi disebabkan Mok ( nenek suami ), tak sihat, so kami balik juga melawat, aku ok je, seronok balik Kelantan. Tapi yang tak seronoknya JEMMMM!
Kami balik kelantan ikut Cameron highland, lalu Gua Musang. Sampai je Gua Musang, Ya Allah, jem gila-gila korang! serius, kami sampai naik pening duk dalam kereta, nasib lah laki aku kreatif, potong-potong ikut jalan dalam, kalau tak, memang tak sampai lah kami. kul 5.30pm juga baru sampai, lega rasa.

Di Kelantan pun panas nya korang! panas gila! kami memang tak keluar rumah, duk dalam rumah je, dalam rumah ada aircond, tapi sbb dah panas, aircond pun dah tak berasa, mlm tu aku rasa, badan Alfi nak dedar, tapi aku relax je, esokkan siangnya, mcm makin panas, tapi dia aktif, sampai lah ke malam, biasalah, suhu mmg akan naik malam-malam kan? malam tu panas lagi badan Alfi, tapi Alfi lena je tidur, cuma merap, aku just susukan dia banyak-banyak, dengan harapan suhu turun.

Bila dalam kecemasan, semua minyak-minyak aku takde, aku tak bawak, yang aku bawak hanya eo yang dah dilute, aku sapu jelah masa yang ada, sbb aku fikir nak balik kelantan kejap je, tak sangka lama pulak kami dalam kereta, jem paling worst aku rasa!

Hari isnin kami balik Ipoh, jem lagi, dr Kelantan ke Gua musang jem 8jam, dr Gua Musang ke Ipoh 6jam, bayangkan mcm mana kami dalam kereta, letih, aku dah sakit kepala, suhu Alfi makin tinggi, muka merah, mulut panas, kaki sejuk. risau sangat aku rasa, nak tak nak kena juga suruh papa dia beli cool fever.

Sampai Ipoh, suhu naik lagi, malam tu kul 10pm pergi klinik, aku mintak MC kat doc, sbb dah tak larat nak balik KL dah, lama sgt duk dalam kereta, nak nak aku dengar Ipoh Tapah pun stuck 4jam, gila BAB betul! ntah hape-hape je kan!

So Selasa aku MC lah, balik KL, sampai KL dalam kul 3pm gitu, sampai KL je suami aku mmg busy, terus dia pergi cafe, tinggallah kami anak beranak, aku layankan alfi, badan masih panas, bagi makan ubat, panas lagi, malam tu masuk ubat bontot, lega, then panas balik, aku just jerlum, and sapu eo.

Malam tu suami aku OS ke JB, Allah, aku doakan Alfi ok, Rabu aku MC lagi, badan Alfi masih panas, 38, 39, 38, 39, itu je suhu, aku susukan dia pun mmg badan panas korang, kul 11am tu aku dh masuk ubat bontot lg skali, kwn aku ckp, jgn masukkan ubat bontot banyak-banyak, lebih 3 hari bahaya, sila bawak pergi hospital, laki dah lah xde wei! mcm mana ni.

Then lepas magrib aku aku dah tak tahu nak buat apa, aku tak bagi dah Alfi makan ubat, dah tak masuk ubat bontot, aku just keep on jerlum, asal kering je kepala dia, aku jerlum lagi, mmg 3 hari aku tak lena tidur. Then aku buat semua tips yang kwn-kwn FB balik, mana yg PM, yg wasap. tq sgt sgt.

Aku jerlum air kat kepala, aku sapu peppermint eo kat spine, tapak kaki, diffuse lemon then paling last aku amik bawang merah, belah 4, letak dalam bekas dan letak dekat dengan Alfi. Lepas tu aku tawakkal, if sblm kul 12am suhu tak turun, aku terus bawak g hospital.

Alhamdulillah, berkat doa, doa papa dari JB, suhu makin turun, asalnya aku nak MC lagi Khamis tu, tapi lepas subuh, amazing, Alhamdulillah, suhu Alfi dah normal, badan dah sejuk, Ya Allah, lega sangat korang! aku risau sgt sebenarnya, sbb Alfi tak pernah demam lama mcm tu, ni 1st time teruk. tapi dia aktif.

Aku tidak lah menolak ubat, tapi kdg-kdg bila bagi ubat, kebah, habis je 4 5 jam, suhu naik semula, banyak mana sangat ubat nak bagi kat anak kan, Alfi pandai, lepas makan ubat, dia muntah, keluar semua ubat-ubat tu, dia tak mcm Kakak dia, kakak senang makan ubat. Alfi? jangan harap, sebab tu aku bergantung harap dengan essential oil.

Alhamdulillah, kebah demam Alfi. So korang, siapa yang anak jenis susah nak makan ubat, rawatan paling mudah untuk bayi demam, sapu je essential oil, keep on sponging, then mandikan dengan air lemon, insyaAllah.

Ok, Khamis tu memang dah kebah demam Alfi, tapi tetiba aku dengar bunyi tak sedap kat dada dia, ni aku malas ni, bunyi kahak kat dada tu, buat telinga aku sakit, aku tak suka bunyi kahak, serius korg! geram!

Alfi tak batuk, tak demam, tapi bunyi kahak, siap kau kahak, aku kerja kan. Malam tu aku sapu Dorado Azul essential oil kat dada Alfi, Dorado Azul bagi aku mmg terbaik! sebabnya, sapu je, muntah kahak, sapu je, berak keluar lendir, mmg senjata utama aku. So aku sapu, vita-flex sikit kat kaki.

Then 1 benda yang aku tak pernah buat, aku diffuse oregano! gila kau! oregano kau diffuse, aduhhhh! mmg satu bilik bau aglio olio, mmg sedap! tapi ni sejenis aglio olio yang tertumpah oregano! weiii! bau rempah weiiii! habis 1 bilik bau, lekat sampai kat rambut, kat baju, aku cium kepala alfi dah bau oregano je, hahaha.

Tak sempat sejam aku diffuse oregano, aku tak tahan, aku buang air oregano, aku tukar lemon, lepas campur lemon dgn oregano, bau dah jadi mcm lauk basi! Ya Allah, dugaan apa kah ini. hahahaha. padan muka aku, then buang air lemon, tukar lavender, buh banyak sikit, legaaa, tapi sakit hidung, hahaha. sbb kuat sangat bau lavender. ahhh lantak kau lah! aku tidur je lena.

Keesokkan nya aku dah tak diffuse apa-apa, aku nak rehat, mcm-mcm bau dah bilik aku tu, so stop, malas dah nk diffuse apa-apa, alfi pun mcm dah ok, tak de bunyi kahak dah kat dada, so okay lah, and apa yang AMAZINGnya??? Alfi berak malam tu, semalamnya aku diffuse oregano, malam ni alfi berak, keluar lendir korangggg! tak sangka tau! Alfi x muntah kahak, tapi kahak yang cair tu keluar ikut berak, banyak!!!

Aku idok lah ambil gambar, sbb kang geli pulak, tp mmg keluar lendir tau, teruja aku tengok, ko tengok perangai mak mak, tengok taik anak pun happy! apekahhh! hahaha. dan dengan itu, hati aku makin tertaut dgn essential oil ni, mmg power ( dengan izin Allah ). semuanya dengan izin Allah.

Aku tak kisah lah apa org nak judge, asalkan anak aku sihat, anak aku ceria, aku pun happy! malam-malam lena tidur. hehe. Aku bercerita ni bukan untuk jual essential oil dengan korang, aku cerita sebab pengalaman aku, aku guna eo, aku cerita kat korang, semua sbb pengalaman.

If korang ada masalah anak batuk teruk? masalah anak berkahak, masalah bayi berkahak, masalah batuk berkahak, masalah selsema bayi, semua essential oil ada, yang penting, natural, tak perlu nak bergantung pada chemical, ubat-ubat sangat.

Gambar kat atas tu kegunaan EO oregano, best kan! tu sebab omputih suka oregano! aku pun naik suka oregano, lepas ni, jatuh sakit je, zasssm diffuse oregano! settle. HAHA.

semoga terus sihat sayang!
If korang nak tanya pasal Young Living Essential Oil, just WA aku okay, no probs, aku sedia membantu korang, kita share-share pengalaman. Masalah Kahak Degil? zassss! takde masalah. hihi. okbai!

1 comment:

Afizah Abd Rahman said...

Memang risau kalau anak demam on off ni ra. Tak cukup tido dibuatnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...