Image and video hosting by TinyPic

25 September 2017

Decor Idaman Untuk Rumah Kami

Bab berangan serah kat aku, haha, tak lama lagi, insyaAllah kami akan berpindah ke rumah, finally, impian menjadi kenyataan, betullah kan, doa banyak-banyak, kemudian hari nanti Allah akan makbulkan doa kita satu persatu. Ingat tak dulu aku ada cerita pasal rumah aku, alaaa mesti korang lupa lah tu. Hihi. Kalau lupa, sila baca.

Dulu kami tak rasa pun yang kami nak duduk rumah tu, beli then bagi orang sewa, then bila Alfi dah keluar, kami decide nak duduk lah rumah kami tu, yelah, ahli dah bertambah, dah tak muat bilik. Dah sampai masanya duduk rumah sendiri.

Kami tunggu penyewa keluar, then renovate sikit sikit. Bab renovate nantilah aku cerita okay.

Alhamdulillah. Harini 22 september 2017, siap dah rumah kami, tinggal nak cat, then cuci dan boleh dah di diami. Hahaha. So now bermulalah saat aku berangan. Haha. Aku dan berangan berpisah tiada. Sebelum renovate rumah lagi aku dah berangan decor apa yang aku nak buat. Nasib lah berangan tak kena bayar. Kalau tak, mampus nak bayar. Hari2 berangan je keje.

Sekarang popular kan design Scandivanian kan? Betul ke aku eja ni ntah. Haha. Kalau tengok kat IG ramai yang decor rumah ala-ala scandivanian ni, aku suka konsep ni sebab minimalist, simple dan nampak tenang, tak serabut.

Kalau korang tengok design scandi ni, dia banyak guna warna putih, warna warna soft dan diselitkan dengan warna yg bright. Sangat cozy! Aku suka lahhh! Aku memang suka terang terang, that y langsir bilik aku kalau cahaya matahari naik, memang dah tak boleh tidur, tapi aku suka, aku suka cahaya tembus masuk bilik, biar terang, aku tak suka cahaya suram-suram. Kalau malam takpe. Kalau siang, biar nampak cahaya, rasa bersemangat. Hahaha. Siapa sama peel mcm aku?

Then, decor scandi ni, dia banyak main dengan material, wool, blanket, pillow. Jangan terkejut kalau atas kerusi tetiba ada selimut, ada bulu bulu, tu style okayyy! Hahaha. Mampuslah kalau mak aku datang nanti, habis semua selimut dia lipat. Hahaha. Nanti kena pesan awal-awal kat mak aku, nk style tau mak. Hahaha.

Bila nak design scandivanian ni, korang tak boleh lari dari daun daun hijau. Aku suka pokok, aku suka bunga, aku suka hijau. I love nature. Suami aku pun suka. Kami suka nature, suka hijau hijau. So tepat sekali decor scandi untuk rumah kami #poyo. Benda benda hijau ni sangat elok untuk mata tau. Segar rasa mata bila pandang hijau.

Cuba skali skala bila korang balik kampung, bangun pagi-pagi, tengok hijau, dengar bunyi cengkerik, best sangat kan! Aku suka feel tu. Susah nak dapat kat KL ni, so even sikit pokok yang aku dapat tanam, takpelah, janji ada. #tapimampukenakjagapokokni? haha

Lepas ni misi nak mencari pokok yang sesuai untuk ditanam dalam rumah, kita tak boleh suka suka hati nak tanam sebarang pokok tau, pokok ni tengok gak, ada yang untuk dalam rumah, ada untuk luar rumah, tak boleh sebarang sebarang. Kang mampus sume pokok.

Untuk bilik kakak, satu je aku inginkan, aku nak sediakan katil dia, dan nak sediakan playroom untuk dia, impian aku dari dulu lagi. Then nak sediakan dia 1 meja untuk buat homework, dan meja study dia. Kesian kakak sebelum ni study dalam keadaan tak proper. Hope lepas ni kaka boleh belajar atas kerusi elok elok. Sobs. 

Bilik kakak pun aku nak kekalkan decor scandi. Minimalist juga, tak nak serabut serabut. Nak cat dan cari wallpaper color pastel pastel. Aku suka sangat color pastel. Tenang je.

Untuk dapur, ni tempat aku, bila dah kahwin, percayalah, dapur tempat korang, orang tua tua selalu cakap, tak payah belajar tinggi tinggi, nanti duduk ceruk dapur juga. Eh tapi mana boleh dah mcm tu, belajar tetap kena belajar, tapi dapur memang tempat seorang perempuan, aku lah perempuan tu, suka sangat duduk dapur, dulu masa tak de Alfi, lagi lah, memang aku suka duduk dapur, ada je benda nak masak, ada je benda nak buat. Haha.

Dari dulu, impian aku, nak kan table top warna hitam. Alhamdulillah, dapat juga table top warna hitam. Yeay!!! Nanti aku update pasal dapur aku. Hihi. Cuma KC aku tak buat, hold dulu, kumpul budget. Hihi. Semua nak buat skali gus, tak de modal.

Aku cuma nak pasang shelf mcm tu je, cantik juga kan. That side adalah tempat baking aku. Hihi. Jangan kacau!

Untuk toilet, toilet aku kecik! Hahaha. Memang betullah dengan nama dia, bilik kecik, memang kecik betul. Xde design yang beriye pun dalam toilet, cuma rasa nanti nak buh pokok pokok yang kecil kecil. Kemahen tau, dalam toilet pun nak buh pokok, taknak kekurangan oksigen kekdahnyaaa. Hahaha.

Dekat IG, banyak juga pic aku save. Untuk rujukan nanti, minggu depan bermulalah hunting barang rumah kami, yeay tazabarrrr. Cari pun barang barang yang mampu milik je, hehe. Nak mahal mahal hakak takde budget lagi.

Yang penting rumah selesa. Wish me luck korang, nanti aku jemput korang datang rumah. Hihi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. Kami suka warna terang dan romantik... Sebelum buh purple, tapi tahun depan nak guna warna light blue.. Utk dapur sama gak table top hitam... Dinding lime green nampak luas dan terang...

    ReplyDelete
  2. jgn lupa usha pinterest gak ra...akk dulu setiap jam nk tatap deko dlm pinterest...pastu rambang mata...haha xsbr nk terjah rmh ko! weee!

    ReplyDelete
  3. slow2 ra.. mesti boleh.. chaiyok.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. Bestnya. Untuk org rabun macam aku, keadaan terang sangat bagus. Gelap-gelap makin buat pening kepala. Aku pun suka pastel. Umh aku nanti xtau r cmne. Aku bergantung bajet pada banker. Hahaha.

    ReplyDelete
  5. Kak Sue pun suka deco macam nie, nampak simple tapi menarik.. dok berangan juga akak nie Rara.. pokok pun dah beli nie.. hahaha..

    ReplyDelete
  6. Yeayyyy nk msuk rumah dh...
    Aku lmbt lg.. kumpul2 dlu ni..settle mne ptt dlu je.. heee.. alhamdulillah.tahniah ra..

    Scandinavian mak.. bukan vanian haha

    ReplyDelete

  7. It's truly a nice and useful piece of information. I am satisfied that you shared this helpful info with us. Please keep us up to date like this. Thanks for sharing. gmail login

    ReplyDelete
  8. cantik konsep ni ra..aku pun suka..suka berangan gak.. jom sama2 berangan dan merealisasikn nya ek..

    ReplyDelete
  9. Cantik sangat deko dan warna tu.. ada bakat ni jadi designer deko rumah. :D

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com