Image and video hosting by TinyPic

18 September 2017

H-Focus Suplemen Untuk Anak Fokus dan Minat Belajar

Suplemen Bagus Untuk Anak


Ada anak perempuan, tidak kurang cabarannya, dapat pula ibu yang kuat membebel macam aku, kadang-kadang naik berbuih juga mulut. Budak-budak, memang lumrah mereka suka main, semua benda nak main, makan, mandi, pakai baju, semua main, sampai nak suruh belajar pun nak main. Aku dulu memang tak kisah sangat kakak nak main, tapi sekarang ni kisah sangat sebab kakak dah nak masuk 6y, budak-budak sekarang bukan macam kita dulu, masuk sekolah baru belajar membaca, mengenal huruf, TIDAK ya! Budak-budak sekarang, sekurang-kurangnya, masuk sekolah dah kena BOLEH MEMBACA, dan menulis nama sendiri.

Aku ingat lagi dulu, aku kat sekolah tadika baru belajar tulis nama, luls. Sangat berbeza sangat zaman dulu dan sekarang tau.

Walaupun kakak suka main, buku dan pensil selalu ada dengan dia, rajin menulis, tapi tulisnya ntah hape-hape, but its okay, minat tu ada. Cuma nak ajar yang betul betul tu agak susah, sebab yelah, nak main jerrr kan. hihi.

Mula-mula tu agak kena paksa juga lah dia membaca dengan betul, dari tulis benda yang merepek, baik belajar benda yang betul kan. Lepas kena paksa baru naik bilik dan belajar, kena pujuk-pujuk sikit. Baru " makan " saman.

Bila dah start nak baca buku, 1 hal lagi, adik pulak suka mengacau, apa yang kakak buat, adik nak buat, tak padan baru 9bulan, sibuk juga nak tiru apa kakak buat, lagi 1 kakak fokus cuma 15minit je gitu, yelah, asyik dah kena kacau 1 hal, pas tu dia cepat bosan, dia tak suka bila kita ulang-ulang perkataan yang sama, dia siap cakap " ibuu tak payah lah ulang, kakak dah tau ", " ibuu tak payah cakap, biar kakak cakap " hadesss. sabar jelah, aku ulang sebab dia suka lupa, yelah, tak fokus kan.

model H-Focus. hihi

Suplemen Untuk Luaran dan Dalaman Anak


Aku memang tercari-cari suplemen apa yang bagus untuk anak-anak ni, ada juga aku bertanya kepada kawan-kawan, tapi suplemen yang mereka suggest tu ada yang bukan untuk minda, banyak untuk kesihatan, untuk tubuh-badan, aku nak suplemen yang fokus untuk minda, and FINALLY, jumpa H-focus, suplemen minda dan mata. Sekali gus untuk kesihatan luar dan dalam.

Yang paling aku suka, dia boleh meningkatkan daya fokus ketika belajar dan suplemen bagus untuk anak-anak yang perlu menghafal. Kakak bab menghafal memang terror, dari umur 4tahun dah boleh baca surah-surah lazim, cuma nak bagi lebih fokus. Mana mak-mak nak cari suplemen untuk anak senang menghafal, boleh try H-Focus.

Kelebihan H-Focus :

- Mudah menghafal
- Minat dan rajin belajar
- Tingkatkan daya fokus ketika belajar
- Mudah mendengar kata
- Petah bercakap
- Mudah bangun pagi
- Mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan
- Mudah solat
- Meningkatkan keyakinan diri
- Lebih berdikari
- Meningkatkan selera makan ( bagi yang kurang berselera )

Lagi 1, H-Focus bukan lah untuk kanak-kanak sahaja, dewasa ( sampai 30tahun ) pun boleh amalkan, H-focus juga boleh :

- Mengurangkan rabun jauh, rabun dekat, rabun silau dan rabun malam
- Mengurangkan lingkaran bawah mata
- Mencantikkan dan melembabkan mata yang lesu
- Menghilangkan masalah mata kering
- Mengurangkan masalah mata merah
- Sesuai untuk mata berair
- Mampu mengatasi masalah selaput mata, mata letih, mata berair dan gatal mata.

Bahan-bahan H-Focus :


Bahan-bahan untuk suplemen H-Focus ni adalah berasakan makanan Sunnah dan moden seperti Kolestrum, Kalsium, DHA Alga, Kurma, Madu, Buah Delima, Bijirin, Kacang Pistachio, Pegaga, Anggur Hitam, Tomato dan juga Vitamin C. Semua bahan-bahan digunakan KHAS untuk memelihara kesihatan luar dan dalam, anak-anak sihat, kita pun ceria, betul x?

Kalau di ikutkan bahan yang digunakan pun memang untuk minda dan mata, seperti buah delima, kurma dan kacang pistachio tu, kolestrum pula lebih untuk kesihatan dan daya tahan tubuh, untuk mata. Banyak betul kebaikan dia. Kalau nak bagi anak semua ni dalam satu masa, kesian anak. Tak termakan rasanya. Ni senang, 1 tablet, ada semuanyaaa.

tablet minda! sedap mcm gula-gula!

Suplemen sedap dan tiada bahan kimia


Suplemen Minda dan Mata ni datang dalam bentuk tablet, kemam kemam, kunyah! sedap pulak tu, kakak asyik mintak je, ibuu mana vitamin alif ba ta kakak tu? aku pun naik pening, vitamin alif ba ta mana ni kakak? rupanya H-Focus, kakak dah tau, tiap-tiap pagi sebelum pergi school mesti kena makan, hari cuti pun minta juga makan, sebab sedap wei! dah rasa mcm makan gula-gula.

Bukan kakak je suka, ibuu pun suka, mana tahu, boleh rawat rabun ibu ni skali kan. hahaha. Rasa dia rasa coklat + susu tau! cuba bayangkan rasa coklat + susu, memang sedap tau! tak tipu! hihi

Kesan selepas seminggu amalkan H-Focus


Kakak dekat sekolah takde masalah, kat rumah je selalu hilang fokus. Ni testimoni aku sendiri lah, lepas hampir 3 4 hari pun dah nampak kesan sebenarnya, sewaktu ajar kakak, kakak lebih fokus, dia jadi mcm senang ingat dah apa yang aku ajar tau, bila dia pandai, aku puji dia, terus dia jadi happy dan terus mood nak belajar meningkat. Sebenarnya mood happy pun memainkan peranan juga.

Aku dah tak perlu ulang benda yang sama 2 3 kali, hanya sekali je, dia dah boleh tangkap. Alhamdulillah. Moga-moga lepas ni kakak terus boleh fokus, tak perlu ibuu nak membebel dah untuk kakak mula belajar, hihi. 

Homework pun dia rajin buat. Selalu kena bebel baru jalan. Grrrrrrrrrrr. TQ H-Focus.

TESTIMONI :


Banyak korang testimoni H-focus ni, memang banyak sangat! kalau korang nak lihat, boleh ke website dia sendiri, ni aku letak 2 3 gambar testimoni okay.

Anak mudah pergi ke sekolah, bebudak kan, nak pergi sekolah memang LIAT, ikut mood, dengan suplemen H-Focus, semuanya cargas! Alhamdulillah! seronok pulak aku baca testimoni. hehe.


Ini aku pun nampak perubahan pada kakak Sophea, selalu mmg payah nau nak buat homework tau! tapi this week, awal-awal dia nak siapkan homework, then jawap soalan homework dia pun MUDAH! aku tak perlu ajar, just bacakan arahan je, dia terus tulis dan jawap. Aku rasa mcm teruja pulak dengan anak sendiri. hahaha.

Keputusan peperiksaan bertambah baik, ini yang ibuu bapa harapkan, betul x? semoga H-Focus dapat membantu kita memberi yang terbaik untuk anak-anak.

Popular h-focus, siap masuk akhbar lagi, tak usah ragu-ragu dah dengan H-Focus ni, barang baik selalu memang akan menjadi sebutan, gittuh!

Ok, cerita panjang-panjang, berapa pula harga suplemen H-Focus ni?

Untuk 100biji ( tahan 3 bulan ) Rm200 Sahaja! berbaloi-baloi korang, tahan 3 bulan tau! Makan cuma 1 biji pagi, 1 biji malam, nak jimat makan pagi saja. hihi. Tapi aku rasa susah lah nak jimat, sebab suplemen ni sedap, anak-anak jadi gian nak makan, bila anak-anak suka, senang lah kita, kalau kita lupa, mereka ingatkan nak makan suplemen, suka makan suplemen, fokus pun bertambah.

Tak silap aku, kalau korang pergi tengok di website, ada promo juga, boleh selalu check website or FB mereka untuk promo, bila ada promo lagi berbaloi tau!

Untuk anak-anak, apa saja, semoga lebih senang kakak terima pelajaran di sekolah ye kakak, ibuu selalu doa supaya kakak jadi anak yang bijak, dan berjaya kelak. Amin.

More info : 

Facebook: HFocusHQInstagram: @hfocus_hqWhatsApp: +6011-1892 7834
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com