11 September 2017

Imann Sophea Turn 5 Homemade Smurfs Cake

Besar dah anak dara ibuu


Kami takde plan nak buat birthday kakak besar-besaran macam tahun-tahun lepas, sebab tahun ni nak pass baton kat adik pulak, haha, tahun ni adik 1y bulan 12, so kena buat kenduri untuk adik. Lagipun kakak dah cakap, " ibuu, bila nak buat birthday kakak kat skol ", errr nanti lah kaka, tunggu birthday kakak lah, hahaha. mana boleh suka-suka je buat. Then kakak req, nak kek smurfs. Halamak, mana pulak nak cari kek smurfs, kalau tempah, mau rm100-rm150 tuuu. huaaaa, nangisss!

Bukan kedekut tau, tapi untuk langkah-langkah penjimatan skrg ni, jimat lah mana yang boleh jimat, huhu. So aku ada idea, buat cake sendiri, then print jelah smurfs tu, kalau tempah pun, dorg pun beli je patung smurfs tu kan. huhu. Takde beza pun dgn kita print, hahaha. Kijam tak? So moh lah buat cake sendiri.

Aku takut juga sebenarnya tau! kalau tak jadi cake ni mcm mana? so aku nekad, kalau x jadi, xpelah, kita beli je, hahahahaa. Tapi Alhamdulillah, menjadi kek ibuu, papa princess pun dok tanya, " kek jadi ke? " hahaha. amboiii sangat kan! " jadilahhhh " #fliphair!

Untuk baju dan perhiasan kakak, kita recycle je baju raya Haji haritu, baju raya haji is not so baju kurung, so boleh recycle, haha. Kakak pulak suka feeling fairy, so ibuu pergi Mr.DIY, beli sayap butterfly, then beli veil tu, sayap baru rm3.50, veil baru rm5.90. whoaaaa, jimat banyak! hahaha.

Buat apa nak beli mahal-mahal if skali tu je pakai kan, Jimat lah uols!

Untuk googies, aku bagi stationary je, tu pun mashu dia sponsor, hehe. beli je kat kedai rm2, jimat lagi, jangan pandang brg rm2 tu sebelah mata tau, ada juga yang elok, then bagi biskut mamee biskidz tu, then biskut bear coklat. OK! done, full goodies bag. hahaha.

TQ mamee! banyak sangat bagi stok mamee kat aku, sape dekat memang aku bagi je korang nak apa. banyak lagi tu kat rumah tu.

ini budak busy sangat ni! org busy dia pun busy. hahaha. Kami settle kan goodies malam tu, kalau esok pagi tu kompom tak sempat, so settle goodies, letak tepi pintu. hahaha.

Then, aku dah set time, kul 3am aku nak bangun buat cake, tapi malam tu papa princess balik lambat pulak, so lambat lah aku start buat cake, Alfi tu xleh tinggal, silap-silap jatuh katil, dia tu tahu kalau aku takde sebelah dia. geram betul.

So tukar plan, 4.30 aku bangun buat kek, aku buat rainbow cake je, sebab tu je senang. HAHA. tengok resipi, bahan pun tak banyak, then bahan semua mmg dah ada kat rumah, so tak banyak benda nak kena beli.

Aku buat 4 kaler je, sebab kaler ada ni je, haha. jadiklah nak! nervous tau nak masukkan dalam oven, mintak-mintak jadi lah kau wahai cake oi! Aku plak loyang bulat ada 1 je tau, so jenuh lah nak bakar 1 layer 1 layer, tapi nk buat mcm mana, redhooo! hahaha.

Dalam masa buat kek tu, Alfi sedar aku takde sebelah dia, ntah bape kali aku turun naik bilik, sikit lagi nak gila, geram je aku rasa budak tu, nk picit-picit je rasa, aku letak dlm buai pun xnk, last last aku bawak turun buat kek dgn aku, pastu dah gosok-gosok mata sbb ngantuk.

ni lah kek yang dh bakar by layer, memula aku set suhu 140ds, tapi lepas 15minit, cair lagi kek, ah sudahhhh! so bakar balik, naik pulak 170ds, bakar lg 15minit, baru ok uols. lega mak, tu yg hitam sikit tu. hahaha. lantak situ, tapi kalau kukus lg sedap dan cantik actually!

Walaupun nampak je mcm ni, tapi sedap tau kek ni, korang nak recipe ke? alaaa google jelah, ada banyak! hahaha. Aku pun mcm nak improve sikit recipe ni, nanti kalau aku improve, aku update kat sini tau!

Banner buat sendiri, print then cocok kat lidi, settle, ada masa nk belajar buat guna fondant.

dah siap semua layer, masa utk makeup cake, aku guna fresh cream je, aku x guna butter cream, sbb susah nak layan butter cream, so malas, ini pun, freash cream ni aku terlebih pukul, so mcm kental sgt, sepatutnya tak payah pukul kental sangat, but sokkay lah, menjadi je, cuma x smooth sgt bila kita nak ratakan. alaahhh bantai lah labu~ hahaha.

untuk tak nak bagi nampak kosong sangat, aku hias nutella di tepi-tepi tu, masa aku tengah hias ni, alfi menangis melalak-lalak kat atas, aku dah pening kepala sbb masa tu dh kul 8, pening sbb mengantuk, penat bekejar-kejar pun sama, HAHAHA. Hidup aku kalau tak kelam kabut memang tak sah, so tu sbb nutellah tu mcm comot gitu. layan~

Tapi bila potong kek, nampak cantik je, hehehe. orang makan pun habis, yeay! suka!

Kakak pun happy tengok kek dia, dia sebernarnya suka bila dpt tiup lilin, dapat potong kek, tu je. hahaha. bukan kisah pun tu kek apa, budak budak kan! seronok sangat dapat sambut dengan kawan-kawan kat school. Ibuu pun happy tengok kakak!

Adik masa ni dah mengamuk, sbb panas, habis muka naik merah-merah. huhu. Bertabahlah dik, sila sado sikit ye!

Happy birthday Kakak Sophea, ibuu doakan yang baik-baik untuk kakak. Ibuu and papa sayang kakak, budak bijak, budak baik, budak cantik. Love u!

6 comments:

Sheila Adziz said...

hepi besday kakak sophea... semoga kakak sophea menjadi anak yg bijak dan anak soleh.
pandainya sis buat kek sdiri... ha... pasni leh buat cantik2 ambil tempahan

Afizah Abd Rahman said...

Tak menahan ayat 'sikit lagi nak gila' tu ra.... Kahkahkah... Akk masa raya haritu. Memang mencabar buat kuih dgn anak yg kuat mengempeng ni.

Normi Nieza said...

hepi bestday sophea..:)

Petak Bunga said...

untung pandai buat kek..
kita berapa kali nak buat.. hancus.. xde bakat langsung

Liyana said...

geli hati baca ayat ibuu pun. boleh bayang camne sikit lagi nak gila tu... hehehe.

Happy birthday kakak sophea :)

idzwa kamaruddin said...

hepi besday kakak sophea... semoga kakak sophea menjadi anak yg bijak dan anak soleh. Untung kakak sebab ibu pandai buat kek sendiri .. kekeke..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...