Image and video hosting by TinyPic

13 September 2017

Kak Nik Patin House Ikan Patin Tempoyak Sedap di KL

Lunch dimana?


Aku bersama teman lunch aku iaitu kak ain, hari-hari lah dok pening, nak lunch mana ni, lunch mana ni, hari-hari itulah soalan kami, hari-hari lunch kat pantai dalam tu, bosan gila okay! tapi nak buat macam mana, janji makan konsep dia, kalau tak, kelaparan pulerr~ hahaha.

Selalu lalu dekat timeline, si Diana upline aku tu makan ikan patin ni, nampak mcm sodap je! dari sehari ke sehari nak cuba, asek lah tak dapat. haritu ada lalu tepi kedai ni, tapi FULL HOUSE, so mcm malas nak take risk, kami tak singgah.

Tapi kali ni, sebelum 1pm kami dah terjah kedai ni, banyak seat kosong lagi, yeay! haha. lagipun memang dah janji dengan diana jumpa kat sini, nak ambil barang skali.

Kak Nik Patin House ni tepi jalan je, sekentut je dari opis aku, kat pantai dalam, aku rasa korang waze je pun mmg jumpa kot. Tepi jalan je kedainya. Dah dapat seat! moh ambil makanan.

Aku ingatkan, kedai ni hanya jual masakan berasaskan ikan patin je, rupanya banyak laukkkk! patut lah penuh sokmo sini. bermacam-macam jenis sambal pun hado. Tapi aku tak berminat dengan lauk lain, aku berminat dengan patin poyok sajeee! hahaha

Aku laju laju ambil nasi, ingat nak amik nasi banyak, tapi segan puler, so amik nasi sikit je, luls. #sikitke? haha. Then lauk lain aku tak pandang! terus tuju ke periuk patin poyok, ada dua periuk besar, khas, live cooking kat situ, dia cedokkan untuk kita panas-panas!

Aku kan, banyak kali frust kalau mkn patin tempoyak kat tempat lain, mmg tak sedap, bau, tak gemor aku, aku mmg makan yang mak mertua aku masak je, aku makan patin pun sejak kawen dgn laki aku, haha, orang perak, mana reti makan patin. HAHA.

nervous juga nak try yang ni, TAPI!!! sedappppp yang ni! 1st time aku makan patin tempoyak sedap selain dari masakan mak mertua kau, cukup rasa pedas, masam, manis dia semua, perghhhh! licin ikan dgn kuah aku makan, hahaha.

Sebelum aku amik ikan tu, aku siap tanya dulu pakcik tu, " pakcik, seketul berapa ? ". Risau gak aku, kang tetiba makan beratus pulak, katanya ikan patin sg pahang, kang viral lak, so tanya dulu lah. hahaha.

Pakcik tu kata " rm12 seketul, semua bahagian sama harga ". ok pakcik, boleh! sy nak ekor! hahaha. Aku memang makan bahagia isi-isi, kepala-kepala tak reti makan. haha.

Sedap korang! ikan tu manis, sedap, takde bau lansung, serius tau! so boleh lah datang lagi lepas ni, ermmm dap dap. Korang mana nak makan ikan patin sedap, boleh terjah Kak Nik Ikan Patin House ni, confirm tak nyesal, patut lah full house je tempat ni!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. Adoiii nangis baca.. kuantan ni patin kureng..temerloh jerantut gak yg sedap.. mak sendiri plg sedap..ehh

    P/s : gigih baca pakai enpon tau

    ReplyDelete
  2. memang sedap menjilat jari....!! hahahahahaa.. sikit lagi nak jilat pinggan sekali tadi tapi segan kat kawan Fura.. hahahahahaa.. lolss... :p

    nanti kita terjah lagi.. nak minta bahagian kepala pula.. yang banyak lemak.. cewaahhh..!! ko Ain, bukan kata nak diet ke bulan ni.. choiiiii..

    haiiihhh.. apa kes cakap pasal diet depan ikan patin tempoyak.. merajuk ikan patin tu nanti.. kahh..kahhh..

    :p

    ...

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com