19 September 2017

Rambang Mata di Lulu Hypermarket KL

Lulu Hypermarket Break Record For Longest Fresh Fruits Cake in Malaysia


Aku jarang join event macam ni, tapi bila skali skala tengok kek panjang macam ni, rasa WOW sangat! memang sangat panjang! Lulu Hypermarket cuba memecah rekod Kek Buah Terpanjang di Malaysia pada 16 September 2017 minggu lalu skali gus untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Malaysia 2017.

Korang tahu tak sebelum ni kek terpanjang di Malaysia dipegang oleh siapa? Sebelum ni, Colmar Tropicale, Berjaya Hills dengan ukuran 90 meter panjang dan ketebalan 8sm pada tahun 2014. So, berjaya kah Lulu Hypermarket KL break the record? tengok dari gaya, macam boleh ni.

Masuk ke dalam Hypermarket, aku tengok kek ni sangat menyelerakan, dah lah memang tengah lapar. HAHA.

Haritu aku bawa anak-anak skali, dah lama tak keluar rumah weekend, skali skala bawak lah anak-anak jalan, pergi hypermarket je pun bolehhh~ hihi. Sebelum ni aku tak pernah singgah sini, just lalu je sebab nak pergi Jakel. haha. Harini tak memasal boleh masuk skali Lulu Hypermarket ni. 1st impression aku, Lulu Hypermarket ni BEST GILA! laki aku pun suka sangat!

Lulu Group Retail adalah rangkaian Pasar Raya Besar yang beroperasi sejak tahun 2000, Mr. MA Yousuf Ali adalah pengasas dan pengarah urusan dan pengarah urusan kumpulan yang ibu pejabatnya di Abu Dhabi. Lulu Hypermarket yang pertaman di Malaysia ni telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 25 Jun 2016.

Ok, sementara mereka hias-hias kek tu, aku sempat terjah masuk dulu dalam Lulu Hypermarket KL ni, sempena Hari Malaysia Lulu buat sale up to 50% tau korangggg! 2 hari tu memang sale gila-gila! semua benda aku nak! haha.

Jom tengok apa yang best tu?

Lulu Hypermarket, barang rumah dan barang basah murah di KL


Lulu Hypermarket ni terbahagi kepada 4 seksyen tau, GF ada supermarket, Hot Food dan Dining Area. Tingkat 1 ada Ladies Department, Health and Beauty, Children and Baby, Saree and Ladies Footware. Tingkat 2 pula ada Men Department, Men Footware, Sports Home dan banyak lagi, tingkat 3 pula untuk bahagian Eletronik, barangan rumah dan IT and mobile.

Masuk je ground floor, korang akan masuk dalam supermarket dia, masuk je entrance, mata dijamu dengan pelbagai jenis coklat woi! gila betul. Macam-macam jenis coklat, murah pulak tu! Tobleron mini rm7 sahaja! Kit kat, kinder bueno, semua sale, murah!

Ada budak tu dah rambang mata, macam-macam dia nak, mak cuba tenangkan dia, ambil 1 saja. hahaha. FYI, coklat coklat ni ada yang di import dari luar negara tau!

geram betul dengan 2 ketul copy paste ni!
Ini baru korang tengok dalam gambar kan, in real memang besar sangat section coklat ni, kalau tak diikutkan diri yang sedang berpantang dari makan manisan ni, memang aku borong semuaaa!!!

Ferrero Rocher rm37.90 sajaaaa! Nutellah yang bapak besar 680g tu rm22 sahaja! pitammmmm!!! Nasib mak masih cuti baking, kalau tak dah lama borong.

Next kita pergi section BAKERY, our fav section juga! laki aku suka makan roti, dia memang tak boleh tengok roti, aku pun suka roti, rambang mata tengok roti yang fresh kat lulu ni!

Bukan ada roti je, ada kek kek, 1 whole, kek slice, pilih je nak yang mana, then ada puff pastry juga, semua puff nampak menyelerakan, harga? takde lah mahal sangat, rm2.50 gitu je, kalau puff tempat lain dah tak dapat harga mcm ni.

Then kita jalan ke bahagia Roastery, section ni pun best sangat!!! Rambang mata hoi! korang nak kacang apa, almond, pistachios dan lain-lain, Saffron pun ada dijual disini. Then nampak tak coklat yang colorful belah belakang tu, tu coklat timbang, tak semua pasaraya ada tau, import dari jauh tu.

Arabic Sweet pun ada, tak payah singgah kedai Arab dah, hihi. tak sebanyak kedai Arab, tapi yang ni antara yang best seller.

Nak beli biji kopi, punnn ada dijual di sini! best kan?!

Tepung kentuky, sale 50%, tak nak beli ke???? berbaloi-baloi.

Sushi lover? hello, ada tak? section ni pun laki aku suka! haih! semua dia suka ni apa cita, nampak tak badan laki aku dah naik balik, dia tengah nak ' makan ' skrg ni, stop diet kejap, sebab busy kerja, HAHA. Haritu nampak je sushi, terus terjah, beli crab stick salad, salad dia segar tau! harga pun murahhh!!

suka ye kakak! hehehe
rambang mata. hihi 

ibuu pose dulu lah, TQ kakak snap pic ibuu. hehe 

Sushi combo macam ni, baru rm12.50, murah kan!

Sebelah Sushi section, bahagian makanan basah, ikan, daging, ayam, kambing, semua hado! ikan fresh-fresh! senang kan datang sini, semua under 1 roof, mak suka! haritu aku beli, ada rm5.99 jer per/kg. Murah kan!

Kalau di Hypermarket lain, korang mcm ragu-ragu nak beli Chicken Slice or chicken roll ni kan? kat sini tak perlu ragu-ragu tau, semua HALAL! Rm2.99 saja per 100g, murah! Perisa pun ada macam-macam, ada chicken with curry, chicken with cili dan mcm mcm lagi lah, korang pergi lah Lulu tengok sendiri okay! Letak dalam sandwich sedap, ala-ala Subway. hihi.

Ini lagi 1 bahagian yang aku suka, ko jangan ingat kat pasar chow kit je ada paste paste mcm ni, kat Lulu pun ada uols! senang sangat kerja memasak, campak je semua settle, tiada alasan tak cukup masa untuk masak ok! Garlic chop, paste kunyit, cili boh, Onion paste, semua hadooo!

Then tak cukup dengan itu, kimchi pun hado, acar nyonya, cencalok, semua hado! pilihhhh saja mau yang mana satu!

Apa ramai-ramai niii, penuh nya bahagian Hot Food ni! makanan PANAS! hahaha. agak-agak lapar, singgah kejap kat bahagian HOT FOOD, laki aku pun suka bahagian ni, ko cakap nak makan, apa? ayam panggang, nasi briyani, mee goreng mamak, capati, tosai, sume hado! Alahai~ kenapa best sangat ni!

Haritu boleh pulak dia buat sale 50% untuk tandoori chicken, dari rm6.90, tinggal rm3.45 je, dah lah sedap pulak tu! cukup rasa, nanti korang datang tau singgah sini, nasi briyani ( nasi sahaja ) sebekas petak tu baru rm3, murah sangat ni!!!

Sebelah Hot Food, ada pulak juice buah! FRESH! Aku tak pernah rasa Almond milk, try lah 1, memang sedap, rm4.50 saja, korang kalau lah kata malas sangat nak buat jus buah, tapi nak minum air buah, datang lah sini! mmg murah tau! segar-segar pulak tu. rambang mata tengok juice. haha.

Bahagian buah-buahan juga, membuat mak rambang mata, nak cari buah organic, pun hado. kiwi, anggur, nenas, eh semua ada lah! Strawberry dia uols, merah ranum, nampak sedap dan segar sangat! geramnyaaaa mak!!! Buah atas pavlova sedap ni.

masuk pula bahagian cheese, whipping cream, pun murahhh! rasa nak pengsan duk sini. best!

OK then jom naik ke next floor, next floor bahagian Fashion, apa yang ada kat bahagian fashion ni?

murahhh! biasa rm11.90
Kat bahagian ni ada jual perfume, toiletries, dan yang ni pasti semua suka, HANDBAGGGG! bermacam fashion handbag yang ada, cantik, pilih je nak yang mana, ada juga yang sale up to 50% juga.

bag sale 50%
Lepas handbag, terus terjah bahagian ladies, ada jual baju bajan, pakaian dalam, seluar skirt dan lain-lain lagi.

Man Department, macam biasa lah, t-shirt, jeans, kurta, baju melayu pun hado, skali gus beli kat sini, tak perlu nak keluar banyak-banyak kali cari barang. 

Kids department! Ampunnnn, ni aku suka! cantik sangat semua baju-baju, gaun, seluar, kakak terus rambang mata, macam-macam baju dia ambil, tapi ibuu tak beli pun, hihi, next time lah ye kakak, kita beli. Kakak macam dah ada yang perkenan tu.

kakak suka saree. hehehe
Next kedai Saree, sekarang menjadi trend kan, buat baju kurung menggunakan kain saree, kat sini pelbagai jenis design saree pun ada, nak kain yang macam mana, berat, ringat, tebal, nipis, blink-blink, plain, semua ada, yang ready made pun ada.

berpinar mata aku tengok kain sari, cantik sangat ni, tapi fikirkan kain banyak dalam almari yang masih menjadi tukun, so mari kita lihat sahaja lah kain ni. hihi.

ko tengok Iena, sempat lagi tu try sari, kalau dah bakat model tu ada dalam diri, pakai apa pun nampak cantik si Iena ni, haha. Pose tu kena je dengan dia. Ada lagi 1 kain saree yang Iena pakai, penuh batu permata, berat, memang cantik, tapi harganya pun cantik, sampai 1k. pitammmmm.

Saree rm1K
Untuk yang nak ke toilet, nak berhenti solat sekejap, boleh ke tingkat 3, tingkat 3, lulu ada sediakan tempat solat. Bagus kan, dah settle solat, boleh sambung shopping. hihi.

Habis tour kami di Lulu Hypermarket, so kembali ke perkarangan depan store, kami nampak kek dah siap di hias, whoaaaa, panjangnyaaaaaaaaaaaaaa. Untuk mengesahkan percubaan untuk memcah rekod ini, pihak Malaysia Book of Record telah datang untuk ukur sendiri kek ini.

dengan rakan blogger yang lain.
DANNNNNNNNNNN TAHNIAH Lulu Hypermarket kerana BERJAYA memecah rekod Malaysia, kek bukan lah sepanjang 120meter, tetapi 123.3 meter!!! yeayyyy! dengan ini, rekod terbaru untuk kek terpanjang di Malaysia dipegang oleh Lulu hypermarket!

Dengan pecahnya rekod ini, Lulu hypermarket bukan saja lebih terkenal, malah skali gus meningkat kan imej di kalangan Rakyat Malaysia. Tak cukup tu, hasil jualan kek ini pula akan didermakan kepada rumah Amal Chesire Selangor. Tahniah.

Ok, ada yang tanya aku, macam mana kalau nak tahu Lulu Hypermarket ni buat SALE mcm ni lagi, ala senang je, apa susahnya, kan ada IG dan FB, korang follow je, nanti apa-apa dorang akan update di sana, follow rapat-rapat, dengar cerita untuk Hari Deepavali nanti pun ada sale juga.

ok lagi 1 info, kalau korang nak datang sini, jangan risau parking tau! Masuk je dalam parking LULU HYPEMARKET, rm4 sahaja per entry! murah kan!!!

So jangan lupa datang shopping kat sini, memang best! Lengkap semua, dari bahan kering, basah, baju bajan, kasut, kelengkapan rumah, semua hado! come come, laki aku siap cakap, lepas ni kalau hari Jumaat, rehat lama, boleh lah datang lulu beli barang basah, haha. Baik bosh!

So, for more info, boleh follow :

Instagram: @luluhypermarketkl

Lulu Hypermarket
Alamat : Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur
Waze / Google Map : Lulu Hypermarket Capsquare KL

6 comments:

Nurzakiah Hanum said...

WOW BESTNYAAAAAAAAAAAAA

Mrs Puex said...

memang berbaloi soping time sales kat Lulu ni..
tak sabar nak tgk next sales!

oh..parking dengan boleh dapat free, korang boleh cop tiket parking kt customer service kaunter tingkat 1.

Petak Bunga said...

skrng memang tak larat sgt nk g supermarket besar2 gini..

Yana MIB said...

1st time dgr nama lulu hypermarket ni...akk nmpk ada knafeh..haihh why la jauh sgt tpt dia -.-

Inani Hazwani said...

Wahhh macam macam ada. Nanti nak terjah jugak lah :)

Sheila Adziz said...

menarik sgt kat lulu ni... mcm2 ada, segar2 pulak tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...