Image and video hosting by TinyPic

29 September 2017

Selamat Hari Lahir Yang Ke 31 Suamiku Hadiah Terbesar Untuk Kita

Hari mendung, hujan, sebegitu juga hati aku harini, aku tak sedih, tapi aku terharu, hati aku ingin mendakap, mendakap seseorang yang sebenarnya banyak berkorban. Suami aku.

* background music - Permata Buat Isteri (Kopratasa ) *

Harini birthday suami aku, happy birthday sayang! Lambat aku wish dekat dia, pagi tadi nak pergi kerja baru wish, malam tadi dia balik lewat, aku dah lena. Sobs. No surprise for him. Rasa bersalah gila. Aku whatsapp dia, aku cakap, " jom pergi dinner kat luar malam ni, Menate ke, Zanmai Sushi ke, nak x? "

Skali dia balas, " TAK NAK ". Sentap mak tau, then dia cakap lagi, " tak nak lah membazir, baik kita pergi cari karpet ". Allahu. Terus panas mata aku, laju-laju aku seka air mata yang hampir jatuh, dah lah kat office.

Rumah kami dah siap, yeay! dah siap cat, harini last cat, esok dah boleh basuh rumah, suami aku antara orang yang paling excited. Aku excited, dia lagi excited, seronok sangat dia kata. Urusan rumah, semua dia yang buat, dr urusan jual beli, naik turun sana sini, renovate rumah, semua dia yang uruskan.

Aku hanya menanti whatsapp dari dia, setiap masa dia akan hantar gambar. Segala progress. Alhamdulillah, ini rumah kedua kami, semua urusan dipermudahkan. Macam mana nak cakap eh, aku memang tak boleh takde suami aku, jauh macam mana pun kaki aku mampu melangkah, sejauh mata aku mampu berdikari, tapi aku tetap tak boleh tak ada dia disisi. Dialah segalanya buat aku, selepas kedua ibu bapa aku, suami aku antara insan yang banyak mengajar aku erti kehidupan.

bab periuk kuali pun serah kat dia, aku tak reti. HAHA.
Sampaikan birthday dia, dia xnk pergi dinner dekat luar pun, tak nak makan makanan mahal-mahal pun, dia kata semua tu baik simpan untuk beli barang rumah, Ya Allah. Tak tahu nak cakap mcm mana. Hati aku rasa tersentuh sangat. Even aku cakap, xpelah sayang, ni budget eb, eb belanja, dia tetap cakap tak nak, simpan duit dia kata.

Sayangggg.

Semoga sayang panjang umur, diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan sayang, kami sayang papa, sayang sangat. Papa is the best papa in the world, sanggup berkorban apa saja, biar dia takde duit, jangan anak bini tak cukup makan pakai. Semoga Allah membalas semua jasa-jasa papa.

Papa cakap, rumah ni adalah hadiah terbesar buat kami berdua tahun ni, iyer, memang betul, semua simpanan, semua budget, semua dah disalurkan ke rumah ni, hehe. So nanti rumah ni nak ikat reben ke mcm mana ni? hihi. Tak sabarnya, tak sabar nak basuh rumah, nanti aku update lagi pasal rumah eh. hihi.

cantik x sofa tu?
Esok papa ajak cari karpet, yeay! 
Happy birthday again papa, we love u!

Permata Untuk Isteri
Kopratasa

Telah ku siapkan 
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini
Untuk kau isi
Sebagai isteri

Untuk kau penuhi
Dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau berilti 
Dengan kelembutan 
Untuk kau hargai
Dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana kau isteri
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini
Tak semudah
Yang kita dijanjikan, 
Yang kita dijanjikan 
kerana kau isteri ku
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. Happy birthday lan. Umh aku tahun dpn siap. Tp aku xtau nk excited ke tak. Huhu

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com