27 September 2017

Tips Elak BALA Bila Dapat Gaji Awal

Aku suka time gaji, time gaji jual apa je, mesti laku, hihi. Jangan lah jual barang time tengah bulan, or akhir bulan, cust mesti cakap, " alaaaa belum gaji, nanti dah gaji, saya wasap balik ", gituh! hehehe.

Ni kita baru lepas gaji kan, 25hb haritu, lega rasanya, tapi aku tak lega sangat pun, tolak sana sini, surut dah gaji, tinggal untuk belanja sebulan je, syukur ada bisness tepi-tepian ni, dengan job blog, ada juga lah duit lebih untuk simpan. Kalau tak, tak dan nak menyimpan. Serius, barang semua mahal, ni skrg nak duk rumah sendiri, lagi lah kena banyak jimat dan menyimpan.

Tadi Anis ada share kat group wasap kami, jadual gaji, Bulan depan, statusnya BALA, haha, sebab nak menunggu gaji untuk november nanti, 42hari, bayangkannnnn, 42hari baru dapat gaji semula, phewww, lap peluhhhh~

Tapi jangan risau, aku ada beberapa tips nak share dengan korang, ini yang aku selalu amalkan dari start kerja government lagi, sebab masa kerja Intel dulu, rasa tak pernah lagi dapat gaji awal-awal ni, gaji tetap keluar tarikh yg sama. HAHA.

Tengok tu, lepas gaji Okt tu, terus BALA katanyaaa. haha. Jangan lah terus Bala. semua benda tu kita boleh handle insyaAllah kalau betul cara manage gaji.

sebenarnya 1 je tips aku, walau macam mana gaji keluar awal, JANGAN GUNA DUIT TU! itu je sebenarnya. mcm aku, kan dah dapat gaji September kan, nanti oktober gaji awal, gaji tu SILA TRANSFER KE AKAUN LAIN, sila jangan pandang pun gaji tu. kalau korang buat mcm tu, insyaAllah bajet tak lari, nanti 25hb Okt, baru ambil duit tu. Faham ke tidok ni?

Jangan lah bila nampak duit, sakan nak joli, sila jangan! bahaya tauuu! itu sebab lah nanti korang tak cukup modal. Tu yang tak best tu.

Macam aku, untuk roadtax kereta ke, kalau ada perayaan ke, kami dah simpan awal-awal duit untuk roadtax dan perayaan. So tak usik duit gaji, duit roadtax kami main kutu, dapat duit kutu, simpan, jangan joli juga, hahaha, semua dpt duit, simpan. kahkah. Mesti korang cakap aku KEDEKUT kan, semua nak simpan, tapi itulah, kemudahan untuk masa hadapan. Huhu.

SO, nanti dapat gaji, ingat tau, jangan guna, simpan tau! nanti senang masa hadapan. kalau tak cukup jugak, meh jual minyak mcm aku. Dapat duit tepi. Dapat shopping tanpa guna duit gaji. hihi. tak nak ke? Apa-apa boleh je whatsapp aku okay!

4 comments:

Yana MIB said...

ending tu aku suka ra..terserlah imej mak minyak di situ..hahaha

aziekz said...

Setuju dgn kaedah tu...👍👍

Nazir Aziz said...

huhuhu, gaji ni naik kecik jer, tapi kalo barang pulak, puhhhhhh bila time naik langsung tak match dengan kenaikankan gaji

Cik Puan Ena said...

Tahu xpe..lama btol nk tggu 42hari tu.. paling penting siap2 tolak duit komitmen takut terover budget kn..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...