Image and video hosting by TinyPic

31 October 2017

Spring Sheep Premium New Zealand Milk Terkejut Aku Bila Tahu Kebaikan Susu Kambing Biri-biri Ni

Assalamualaikum, hai korang! kembali bersiaran. kihkih. Harini aku tak cerita pasal decoration rumah, tapi nak cerita pasal susu. Susu ( kalsium ) ni penting, untuk apa? untuk tulang, untuk gigi, kuku dan rambut. Haritu aku sempat meghadiri talk tentang kebaikan susu kambing biri-biri.

Kalau korang nak tahu, minum susu sebelum tidur dapat menenangkan saraf dan melonggarkan otot-oto tegang supaya dapat memberi tidur yang lebih cepat. Cara ini dapat membantu selepas seharian penat bekerja.

So, sebelum tidur, sila amalkan minum susu panas ya, bukan minum coffee, kalau minum kafien tu yang tak boleh tidur tu.

Ok, stop membebel. Harini aku nak berkongsi dengan korang kebaikan susu biri-biri. Sebelum ni kita selalu dengar pasal susu kambing je kan, kita orang Melayu dan susu kambing, berpisah tiada, hehe. Sebab kita tahu, khasiat dan kebaikan susu kambing.

As we know, rata-rata ibu yang tak dapat memberikan anak mereka susu badan sepenuhnya, mereka akan gantikan susu kambing untuk anak-anak, sebab yang kita tahu, susu kambing adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu.

DAN.

korang kena tahu satu lagi info, iaitu SUSU BIRI BIRI pula adalah lebih baik dari susu kambing. So nak cerita kat korang tentang PREMIUM NEW ZEALAND SHEEP MILK - Spring Sheep New Zealand! KENAPA pulak aku kata susu biri biri Spring Sheep ni lagi baik dari susu lain.

NUTRISI BERKUALITI
dua kali ganda jumlah protein dan kalsium

MUDAH DIHADAM
Susu Kambing Biri-biri mempunyai komposisi lemak unik. Asid lemak rantai sederhana adalah mudah dihadam, sumber tenaga yang lebih baik dan boleh membantu mengurangkan kolestrol.

MENGURANGI ALAHAN DAN TIDAK TOLERAN
Protein dalam susu biri-biri adalah berbeza dari susu lembu, oleh itu seperti susu kambing, susu biri-biri juga mudah dihadam.

RASA YANG ENAK
Rasa sedap, bersih dan sedikit manis. Tiada aroma yang kuat.

sambil dengar talk, sambil selfie.
Talk haritu disampaikan oleh wakil dari Spring Sheep sendiri, dorang datang dari jauh tau, of course lah dari New Zealand, hihi. Dorang tak tour ke merata negara untuk sebarkan kebaikan susu kambing biri-biri ni, sebelum ni mereka ke Taiwan. Now di Malaysia dan selepas ini ke Brunei, Singapore dan beberapa negara lain.

Seperti yang mereka beritahu, susu kambing biri-biri mereka di produce di New Zealand Pamu farm. Mereka menjalani quality control yang sangat strict dan food safety control untuk menghasilkan susu yang sangat bagus dan baik.

Kambing biri biri mereka pula adalah " Grass-Fed dan No Nasties ". Susu daripada grass fed sheep has increase levels of MCTs and CLA compared to graind fed sheep. Susu mereka juga nature intended and mereka aim for unrivaled purity and quality : PKE Free, Palm Oil Free, Antibiotics Free and rBST rBGH Free.

Siapa yang boleh minum susu kambing biri-biri ni?


Oh ya, susu kambing biri-biri ni bukanlah untuk pengganti susu formula or susu ibu, susu kambing ni adalah makanan tambahan, atau suppliment untuk badan kita. So susu kambing biri-biri ni sesuai untuk diminum oleh semua golongan, lelaki - wanita- kanak-kanak - dewasa dan warga tua.

Kanak-kanak dan Remaja
untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.
Orang dewasa dan warga tua yang aktif
protein dan kalsium berkualiti tinggi untuk menyokong mobiliti

Wanita mengandung dan Menyusukan Anak
untuk menyokong nutrisi yang lembut untuk perut

Wanita yang pentingkan kesihatan
untuk mengekalkan tenaga dan kecergasan serta kulit dan tulang yang sihat

Sesiapa yang sensitif kepada susu lembu
Sesuai untuk mereka yang mengalami alahan kepada susu lembu

Ahli Sukan
untuk rasa hebat, protein berkualiti tinggi dan GI rendah yang sihat.

Aku dah rasa sendiri susu ni, memang sedap korang, sangat lemak, manis yang natural dan tak ada bau yang tak menyenangkan, memang sedap. Warna pun sangat putih dan nampak creamy! Anak-anak pun mesti suka! nak nak kalau minum, senang hadam, anak anak pun tak sembelit, sebab senang digest.

Kebaikan Susu Kambing Biri-biri Spring Sheep

Kaya dengan kalsium

Tinggi Protein

Mudah dihadam

Bebas permeate

Bebas RBST dan RBGH

Bebas antibiotik

Bebas minyak kelapa, sawit dan PKE

ok ni perbandingan yang korang boleh tengok sendiri. 

SO! pada korang yang nak cari susu tambahan, susu tambah kalsium dalam badan. Untuk kulit yang cantik, tulang sihat, gigi sihat, cuba cuba lah amalkan minum susu, sebelum tidur segelas pun bagus. Aku dah amalkan.

Susu Biri-biri yang kaya dengan kalsium dan vitamin B serta magnesium, vitamin A dan vitamin E. Kena minum, kena kena!!! hehe

untuk more info tentang Premium New Zealand Sheep Milk
boleh layari 


info@springsheep.co.nz

Harga setin 700gram
Rm120 sahaja.

Boleh dapatkan di pasaraya berdekatan korang! If aku tahu specific kedai, aku update semula okays!

26 October 2017

Rawat Parut Melecur, Parut Jerawat dan Kulit Kering Dengan Lovera Magic Jelly

Tips Menghilangkan Parut Luka Terbakar


Perempuan, mestilah mengidamkan kulit yang puith, mulus, bersih tanpa sebarang cela kan, tapi mcm mana lak nak menidakkan kehadiran parut, tambah lah mak mak mcm kita ni, memasak, telur meletup, keropok lekor meletop, baru-baru ni kawan aku cerita, sudip dia meletup, habis terpercik minyak panas, penuh bintik-binti di lengan. hadeh, mak aku pulak, goreng keropok lekor, then meletup keropok tu, habis minyak panas kena muka, nasib lah tak banyak sangat. Tapi berparut juga lah, lucky kat rumah tu memang standby je aloevera, atau lidah buaya. Memang terus sapu je di tempat yang melecur tu.

Semua orang tahu, kelebihan dan khasiat Lidah Buaya atau aloevera ni untuk kulit kan, zaman sekarang, korang tak perlu susah-susah macam dulu tau, nak petik daun lidah buaya tu, kena kupas kulit dia dan apply di badan, tak perlu okay! Skrg ni dah mudah, ready made for u, siap-siap dah dalam botol.


Harini nak cerita kat korang pasal LOVERA Magic Jelly!


Selalu orang akan tanya, mana nak dapat Lidah Buaya ya? Mana nak cari Gel Lidah Buaya yang asli ya? memang betul, banyak terjual aloevera dipasaran, tapi korang kena hati-hati tau, kalau murah sangat tu, risau bahan dia tipu, banyak bahan kimia, silap-silap, sapu pada wajah dan badan, lain pula jadinya, bukan takde kes tau! Pastikan, bila nak beli aloevera, beli lah yang betul betul pati, dan kalau harganya murah sangat, check dulu.

Kalau susah sangat nak check, dan kalau yang ada dipasaran tu meragukan, korang terus je beli Magic Jelly dari Lovera ni, aloevera atau lidah buaya yang memang ASLI, tiada Paraben, tiada toxic dan selamat untuk semua, semua golongan boleh guna.


Lovera Magic Jelly Mampu Merawat Parut dan Menaikkan Seri Wajah


Manfaat atau Kelebihan Lidah Buaya atau Magic Jelly Lovera


ok meh sini kakak nak cerita kelebihan Lidah Buaya ni, andai kata korang tak tahu lah, hehe.

- Lidah buaya sangat bagus untuk Kulit Wajah, RAMBUT, dan tubuh, pendek kata bagus dari atas kepala, sampai lah ke kaki.

- Lidah buaya mengandungi banyak nutrisi dan banyak digunakan untuk masalah luka ringan, kulit terbakar dan dematitis.

- Menghilangkan jerawat diwajah dan parut jerawat. Gel lidah buaya ini memiliki 2 enzim iaitu Auksin dan Gibberellin yang mana mampu mengatasi jerawat dan mengurangkan radang pada kulit. Gibberellin juga bertindak sebagai enzim pertumbuhan, ianya meransang kulit untuk mempercepatkan proses penyembuhan dan mengurangkan pertumbuhan jerawat.

- Melambatkan Proses Penuaan atau anti-aging. Korang tahu tak yang lidah buaya ni mengandungi anti-oxsidan yang tinggi, termasuk beta karoten dan vitamin C dan E yang bagus untuk meningkatkan kadar elasticity. Maksudnya, bila selalu menggunakan Megic Jelly ni, kurang lah kedutan pada wajah kita nanti. So lambat sikit nampak tua. hihi

- Melembapkan kulit, bagus untuk kulit kering. Bagi mereka yang mempunyai kulit kering, bolehlah selalu apply magic jelly ni supaya kulit korang akan kekal terhidrasi. Boleh sapu pada wajah, pada tubuh badan, tiada masalah, bila korang kerap sapu Magic Jelly ni, secara tak langsung, korang memasukkan oksigen pada kulit dan dapat mempertahankan kesihatan kulit.

- Siapa yang rasa agak-agak kulit tak bersinar, dull je, boleh lah try magic jelly ni, pakai produk mahal-mahal, belum tentu bagus, aloevera ni dah memang sah-sah dari zaman dulu orang tua kita pakai. Gel Lidah Buaya ni boleh membantu kulit korang lebih glowing.

- Sunburn. Skrg cuaca sangat panas, kalau tak pakai sunblock, memang lah korang tak sayang kulit. But its okay, if dah burn, takde masalah, just apply magic jelly, magic jelly dapat kurangkan sun burn korang dan skali gus merawat kulit.

- Membersihkan kulit. Magic Jelly ni mampu membersihkan, menyegarkan wajah tau, dengan new formula, dan campuran timun, mampu membersihkan kulit dan menghilangkan kulit mati.

- Mencerahkan kulit wajah.

- Untuk Kesihatan Rambut. Lidah buaya mengandungi enzim yang dipanggil proteolitik yang bermanfaat untuk memperbaiki sel sel kulit mati pada kepala. Boleh juga sapu pada rambut, guna sebagai conditioner, untuk dapatkan rambu yang lebih halus dan bersinar.

Banyak betul kelebihan Magic Jelly ni kan, memang lidah buaya sangat bagus, sangat tak dinafikan kebaikan dia.

Magic Jelly New and Improve Formula ni adalah gabungan lidah buaya, Chamomile dan timun ni didatangkan di dalam botol yang mudah dibawa ke mana-mana, 60ml. senang nak sumbat dalam handbag, lepas solat ke, atau dimana-mana, boleh terus apply.

Hebat betul gabungan Lidah Buaya, Timun dan Chamomile ni, 10kali lebih power untuk merawat kulit kita dari hanya memakai gel lidah buaya semata-mata! whoaaaa hebat! Patutlah sekali je apply terus rasa best.

Magic Jelly All Purpose Beauty Gel


Seperti Gel lidah buaya lain, bila kita aplly pada kulit, kulit kita akan rasa sejuk je, sebab tu kalau kulit kita melecur je, sunburn ke, sapu je gel lidah buaya atau magic jelly ni, memang akan rasa sejuk je, magic jelly ni, bau pun wangi, wangi semulajadi lidah buaya dan bunga chamomile, bukan lah wangi yang menusuk hidung tu. hihi.

Cara Menggunakan Gel Aloevera atau Magic Jelly :


- Picit amaun yang diperlukan

- Sapu pada bahagian kulit

- Untuk kulit kering atau yang mahukan glowing skin,campurkan dengan serum, day cream or day cream korang.

- Untuk rambut, apply magic jelly pada rambut basah, biarkan kering atau blow seperti biasa.

Aku kalau korang nak tahu, ada masalah kulit berminyak dan kering.hah mcm mana tu? bahagian T zone aku oily, buat tepi tepi hidung dan mata aku dry, pelik kang, sampai menggelupas kering dia, so memang sangat perfect lah untuk aku apply Magic Jelly, baru skali pakai, dah kurang kering muka aku, serius best! aku bukan sapu pada bahagian yang kering tu saja, aku sapu 1 muka terus, terus nampak glowing kulit aku tau. Korang WAJIB cuba!

Magic Jelly :

- Untuk kegunaan luar sahaja

- Bagus untuk 3 bulan penggunaan selepas buka botol

- Simpan di tempat yang kering dan sejuk

Harga Sebotol 60ml Magic Jelly

Rm 70 Sahaja.

More Info :

Instagram: @LoveraMalaysia
Facebook: fb.com/lovera.malaysia

Untuk lihat sendiri testimoni bagaimana merawat luka terbakar dengan Magic Jelly Lovera, boleh klik link ni KULIT BAYI MELECUR MINYAK PANAS . Kesian sangat baby ni, tapi alhamdulillah, parut beransur pulih dengan magic jelly lovera. best! Korang try lah! Maybe bukan untuk kegunaan sekarang, tapi must have item, pasti akan berguna untuk seisi keluaga.

Mat Dan pun guna Lovera, TERBAIK!!!

25 October 2017

Officially Pindah Rumah Mawar

Assalamualaikum, hai korang, malas nak menaip sebenarnya, tapi taip juga, untuk kenangan masa hadapan. HAHA. Aku dah officially pindah rumah. YEAY! penatnya, Ya Ampun, even tak mengangkut barang besar besar, tapi penat nya, Ampunnnn. HAHA. baju bajan punyalah banyak, yelah, 6 tahun duduk dengan mertua kan, itu pun baju bajan dah banyak bagi orang. huhu.

Aku nak cerita korang pasal rumah ni, tapi next post lah ye, nanti aku nak cerita pasal :

- Harga aku beli rumah ni

- Total lost renovate rumah

Itu nanti lah tapi, hahaha. Nanti tu entah bila. luls.

Bila dah duduk rumah sendiri ni, baru tahu penat nya mcm mana kan, sebelum ni mak mertua kita yang buat kerja rumah, kita tolong-tolong je, skrg, semua kerja kita buat sendiri, anak ada untuk tolong, tapi bukan tolong kemas lah, tolong sepah. HAHA.

Aku kemas dorg sepah, aku sapu dorg tumpahkan. Sapu lagi, tumpah lagi, adudududu. sabar jelah mak banyak-banyak, last last mak ajak anak tidur, senang. HAHA.

Ni dapur aku, ni pic masa brg takde lagi, ahahaha. skrg dapur ni dah penuh perkakasan, aduhhh, aku masih takde KC, sume barang berlonggok bawah ni. HAHA. tak sabar nak g cr langsir nak tutup bawah ni, baru sedap sikit mata memandang.

Korang, cantik tak wallpaper dapur aku tu? aku suka! finally jumpa juga design gitu. Lama dah aku cari, itu pun jumpa kat Kaison Melawati Mall. Nampak berseri sikit dapur aku tu kan. luls. Korang mesti nak tanya kan, kena air wallpaper tu tercabut tak?

TAK!

aku cuci pinggan, air memang kena kat wallpaper tu, tak tertanggal pun, gam dia sangat kuat. Berbaloi lah, 1 roll tu baru rm19.90. Korang pergi lah cari, leh tukar rupa dapur korang tu. Agak agak bosan, tukar pulak design lain.

Sabtu 14hb Oktober haritu kami tidur kat rumah, Pre-Sleep. HAHA. tidur kat ruang tamu je, sbb bilik takde aircond lagi, kat hall je ada aircond, anak anak aku xleh tidur xde aircond, kalau tak kang, bising, pasang aircond baru diam semua.

Feeling betul tidur rumah sendiri ni kan. biarlah tidur atas toto pun. luls.

Semua barang sumbat dalam kotak, takde lah banyak sgt, punggah naik kereta je, 4 trip jugak lah. hahaha. ok lah, jimat lah xyah sewa lori. Deep Freezer dengan peti ais, pinjam 4x4 jiran sebelah. Mesin basuh sume beli kat lazada, dorg hantar terus depan rumah. Senang kerja.

Baju semua masuk dalam plastik sampah, longgok dalam bilik. hahaha. skrg ni bilik ni masih lagi berupa sebegini, tak kemas lagi, tak sempat weiii! tunggu weekend baru nak kemas. tak sempat!

Almari baju kami tak beli pun, pakai jugak yang lama, nanti ada modal baru beli almari baju, baju kurung aku semua main sangkut sangkut je ala-ala kat vendor butik tu. hahaha.

Kami officially pindah hari Rabu 18 Oktober 2017 haritu, hari cuti Deepavali. Mcm mano kan, semua brg dah hangkut, so move on jelah, malam tu terus tidur rumah sendiri. Lepas magrib pergi jumpa nenek, oh BTW, rumah kami dgn rumah mil aku dekat je, hahahaha. 3 minit je sampai, tapi gaya berpisah tu, mcm pindah luar kawasan je. Sedih hoi!

Lama aku duduk rumah mak mertua aku, dari belum kawen. So bila berpisah tu, sedih lah. Hari kami keluar rumah tu, salam-salam dengan nenek, adegan air mata keluar lah, apa lagi. Tapi serius sedih, saat mak mertua aku kiss kakak Sophea, memang sedih, tak tahan air mata nak keluar. panas je rasa mata. Yelah, dari kakak lahir kot duduk dengan nenek. Kawan baik nenek ni. Memang sedih lah.

Tapi still kena move on.

Punya lah nak pujuk kakak tidur katil sendiri, sampai beli daun ni dekat dia, 1st time kakak tidur jauh dari ibuu, hallah! jauh sikit je ponggggg! hahahaha. ibuu je suka emo. Kakak did well 1st night. aku ingat ada budak nak menyusup naik atas katil aku, rupanya tidak. sampai pagi kat katil dia, dia suka, Alhamdulillah. Good job kakak!

Ibuu tak sempat lagi nak hias katil kakak, nanti lah eh, tunggu budget bulan depan. hihi. Kita buat slow-slow. nak deco skali gus, nayer, kita bukan org have-have. hahahaha.

ok lah, tu je nak update, ibuu busy ni. hahaha. ok bai!

12 October 2017

Review Goat Milk Series 2017 Korean Girls Skincare Method

Dapatkan kulit yang sihat dan glowing seperti wanita Korea


Hai, kita datang lagi, review produk, korang jangan lari okay! mari sini baca entry aku, kalau bab deko rumah, kemahen korang sampai beribu view, hahaha. Harini nak cerita pasal Korean Skin Care. Siapa tak suka Korean Skin Care kan? semua suka, aku pun suka.

Korean Skin Care sangat banyak, tapi harini aku nak cerita pasal produk Gobdigoun. Gobdigoun ni adalah produk yang berasal dari Korea, mereka ada store di Myeong-dong, Seoul, South Korea, in LG Brand Skin Care Product Store. Gobdigoun is establish since 2010.

Gobdioun ni adalah produk yang sangat high quality dan price pulak dari middle sampai lah ke higher range. Nak tau tak, produk Gobdigoun ni pula sangat popular di Negara lain seperti China, Taiwan dan Japan. Best selling product is 24K Golden Cream of Placenta Power and Placenta Cellulose Gel Mask. So now, mari lah popularkan Gobdigoun di Malaysia pula.

Aku dapat 8 produk dari Gobdigoun! TQ Gobdigoun! Suka sangat! Aku terima barang ni 3 minggu lepas, aku tak terus review pun, aku cuba dulu kat muka aku, then baru lah boleh review. Apa yang aku nak bagitahu, semua produk ni sangat best!

Apa yang aku dapat :

24k Golden Cream of Placenta Power
Gobdigoun Aging Corrector Skin Milk Conditioner
Gobdigoun Aging Corrector Skin Milk Facial Lotion
Placenta Power Aging Corrector Eye Cream
Placenta Bio Cellulose Gel Mask
Water Balloon Mask ( Aqua and Whitening )
3D Black Science Mask


Tapi harini aku nak cerita tentang Skin Care product je, untuk mask, aku akan buat entry lain ya. hehe. OK jom mula satu persatu! get Excitedddd!!!

Placenta Power Aging Corrector Eye Cream ( 10ml )


Gold Syringe with clear plastic nampak sangat expensive! Ya Ampun, i like it so much. Bentuk eye cream ni ala-ala syringe, gold syringe okay! mcm nak suntik botox kat muka puler rasa. Nak guna pun sayang hoi! HAHA. Kalau dah nama corrector eye cream, packaging pula dalam bentuk jarum suntik botox, korang agak-agak cream ni untuk apa? hehe.

Of course lah untuk mencantikkan mata, tegangkan kulit mata dan juga mencerahkan. Tak semestinya pakai di bahagian mata sahaja, boleh juga di tempat lain, yang ada garis-garis halus tu.

Kotak putih, bersih, memang nampak sangat exclusive dan mahal.

Bukak je kotak, whoaaaaa, tak berkerdip mata, i love it so much! *muahciked

Product Features

Placenta Power Aging Corrector Eye Cream is effective in almost everytype of wrinkle on your face such as forehead lines, crow's feet, eyebag, mouth frowns and vertical lines, tear troughts, neck lines and n asolabial folds. Placenta Power Aging Corrector Series provides the nutritious placenta protein refined from the Austrialian ovine placenta.

Pada mulanya, aku ni main terus je picit, lepas tu tak keluar, dah lah terketar tangan pegang fon sebab nak snap picture, rupanya dia ada lock system, ok this is so good, sebab kalau tertekan, tidak lah habis terkeluar semua cream. good good!

Untuk unlock, korang kena twist kepala dia, then picit, baru eye cream tu keluar.

dah unclock, then picit, baru lah keluar, hehehe.

Eye Cream ni thick tau, tapi bila apply kat mata, tidak lah sticky sangat, dia cepat meresap dalam kulit, dan bila pakai bedak, tak cakey pun bahagian mata tu, helokkkk je! Cara pakai, kejap lagi aku ajar kat last entry okay. ok NEXT!

Gobdigoun Aging Corrector Skin Milk Facial Lotion ( 100ml )


Next kita terus kan kepada Milk Facial Lotion, produk ni adalah salah satu new product dari Goat Milk Series tau. Kenapa mereka guna Goat milk? sebabnya, Goat milk which is a natural moisturizer as it closes to the natural pH of human skin so can absorb easily.

Semua ingrident dia natural, memang Goat Milk extract from New Zealand dan di proses di Korea.

Packaging pun awesome, simple.

Apa kegunaan Skin Milk Lotion ni?


Untuk repair dry, dull dan itchy condition of skin. Memberi kelembapan kulit dan juga mencerahkan kulit. ( moisturizer )

Product Features

Included argan oil(plenty of oleic acid and vitamin) are avocado oil (plenty of essence to boost the balance between skin oil and moist . Besides,goat goat milk extract,maintain elasticity and gloss of your skin. Futhermore, niacin-amide, vitamin c and white flower complex extracted from peony flower,lily of the valley flower and lily magnolia flower provides whitening function for you.

Texture tak thick sangat dan senang absorb dalam kulit. 

Gobdigoun Aging Corrector Skin Milk Conditioner ( 150ml )


Masa mula-mula belek produk ni, aku pelik, conditioner? apekah? untuk rambut ke? noob gila rasa, hahaha, rupanya conditioner ni function dia sama mcm toner, kita guna as toner, lepas cuci muka, pakai Skin Milk Conditioner pulak.

It is rich in Epidermal Growth Factor (EGF) which is good for beauty care and whitening of skin.
Goat Milk Protein Extract of goat milk (are biologically simiilar to human's breast milk) are easily absorbed into skin for softer skin.

Niacinamide, Vitamin C & Flower Complex substances (eg peony flower, lily, magnolia flower) helps in brightening of skin.

Texture mcm air, clear liquid, bau mcm bau lemon, tapi tak kuat, just nice.

Aku memang guna ni selepas cuci muka, lepas 2 minggu aku try product ni, seriously, no more dry skin! Kalau tidak, skin aku sangat dry, sampai jd kasar di bahagian tepi hidung ni, T zone is oily, but bahagian lain dry, can you imagine, hallah3.

Tapi lepas pakai set ni, hilang dry skin, hilang oily skin. Best lah weiii! plus nampak kulit cerah sikit. ini serius, tak tipu! ok next!

24k Golden Cream of Placenta Power ( anti-wrinkle whitening )


Weiii! nak bagitahu korang ni, ini adalah BEST SELLING product tau! Ampunnn, bertuahnya aku kerana memilikinyaaa. HAHA. Ingredient dia sangat lah best, 600mg Australian Sheep Placenta, 99.9% 24K Gold, Aloe Vera, Shea Butter, Hyaluronic Acid, and more.

Fancy Packaging! * droolllllllllllllllllll * 

Wei! serius ahhhh! packaging dia, aku terpaku, terpana tau melihat packaging dia, sangat santik!!!! Gold color again, i love Gold! i love it so much! u are never get wrong with GOLD! cewahhh~ Bila pakai gold, terus nampak mewah, bila apply gold, terus nampak exclusive!

see! see! packaging gold, detailing, " skirt " dia tu, hallah3, cantik sangat awak ni! datang pula dengan super small spoon untuk " cedok " cream tu, eeeiii, rasa nak gigit lah awak ni, cute sangat!

Untuk buka, korang kena unscrew cap dia, dia lock disitu. and then baru lah korang akan nampak golden cream dia.

colek sikit cream, letak di tangan, and WOW! golden flakes dia sangat banyak! tak kedekut okay! bersepah golden flakes dia wei! product ni light je, tak thick, gel texture.

Bila apply kat muka, rasa sangat segar, best gila, bau pun bau fresh, tak tahu nak describe mcm mana, yang penting takde pulak bau goat, bau dia menyenangkan lah senang cerita. sangat mudah absorb dalam kulit, dan golden flakes tu juga sangat cepat meresap dalam kulit. so idok lah kulit korang nampak glitter glitter, HAHA, jangan risau okay!

Lepas apply kat muka, rasa muka glowing tau! serius!

see, cepat absorb, tak melekit. me likey!

Kalau korang ada problem with uneven skin tone, tona kulit tak sekata, dull skin and ada masalah oily and dry skin, ini lah product terbaik! sebab dia memperbaiki dua-dua masalah ni. Plus, anti wrinkle and whitening.

Lepas apply, aku sangat suka sebab kulit rasa sangat moisturizing and glowing, rasanya sebab golden flakes tu lah. Skin aku dari sehari ke sehari rasa sihat tau. Memang bagus lahhh placenta sheep ni!

Ingredients

600mg Australian Sheep Placenta
The star ingredient of this face cream is the Australian Sheep Placenta that is purebred in a pollution-free environment. Sheep placenta has amazing effects on the skin and body while consumed as a supplement. It’s not different being used as a face cream. Sheep placenta has the ability to moisturise, promote collagen growth, enhance skin elasticity and firmness, and also prevents wrinkles and fine lines.

99.9% 24K Gold
Used in skincare, gold is known to help drain the skin of toxins and brightens up the complexion. Not only that, it also helps to cleanse and stimulate skin whitening – resulting in translucent, bright skin.

47% Centella Asiatica Extract and Fermented Yeast
Both these ingredients work together to regenerate and repair damaged cells, moisturises skin and repels fine lines and wrinkles. This will result in smooth, bright skin.
Aloe Vera, Sunflower Seed Oil, Shea Butter, and Hyaluronic Acid

All of these products are well known for their moisturising properties. The Sunflower Seed Oil and Shea Butter is good for intense hydration of the skin, whereas the aloe vera and hyaluronic acid works to seal in the skin moisture. Not only that, hyaluronic acid is also good for balancing the oil secretion on the skin.

Ok, mari aku tunjuk macam mana nak guna produk ni.
*sila abaikan dark circle, haha.

1. Cuci muka sebersih-bersihnya, apply Gobdigoun Aging Corrector Skin Milk Conditioner. Use as toner, letak atas kapas, then dap dap pada muka.

2. Let it dry in 5sec or 10 sec, then teruskan apply Gobdigoun Aging Corrector Skin Milk Facial Lotion. Picit 1 pump je pada jari, tak perlu banyak. sapu seluruh wajah. Dia sangat cepat absorb dalam kulit.

3. 24k Golden Cream of Placenta Power, colek lebih sikit, sapu rata pada kulit, urut muka lembut lembut sampai golden flakes tu hilang, alaaa 2 3 kali urut hilang dah golden flakes tu, haha.

4. Then " suntik " mata korang dengan Placenta Power Aging Corrector Eye Cream, hahaha. Picit eye cream, 1 pump je cukup untuk 2 belah mata, urut naik ke atas, lebih elok kalau buat lazy 8. boleh juga sapu pada garis-garis halus tepi mulut tu, ko kan kuat senyum, nampak garis kt tepi mulut. HAHAHA.

Then korang boleh makeup seperti biasa, pakai cc cream, bedak, maskara, eye shadow, blusher and lipstik, SIAP! muka nampak glowing, sihat! serius sangat best! aku suka!!!! Ni review ikhlas tau, bukan main-main. haha.

Ok lah, panjang sangat dah review ni weiii! cukuplah aku rasa, kalau korang nak beli product ni, tak payah lah jauh-jauh pergi Korea, boleh je beli online. but IF korang nak jalan-jalan ke Korea, boleh singgah di store mereka :

LG Brand Store, Beautiplex and Gobdigoun's physical store in Myeong-dong ,Seoul. 

Gobdigoun Store:
Address : 22-10, Chungmu-ro1ga-gil, Jung-gu, Seoul
Open hour: 0900-2300

Beautiplex Store:
Address : 26, Myeongdong8ga-gil, Jung-gu, Seoul, Korea
Open hour: 0900-2300

Untuk pembelian online, korang boleh terus order di Facebook Page mereka


just message, mereka sangat responsive. Bayaran boleh dibuat menerusi Paypal akaun.


More info, boleh follow

instagram : gobdigoun9

Tq for reading korang! Tahniah buat yang mampu baca sampai habis entry. hihi. 
xoXo. 

10 October 2017

Katil Ikea Leirvik Idaman Hati

Hai, tak habis lagi aku update pasal rumah, kemahen korang kan, view pasal rumah je beribu, hahaha. Suka eh baca pasal rumah, aku pun sama, siapa je post pasal rumah, mst aku akan terjah.

Jumaat lepas kami pergi cari katil, kat mana lagi kalau bukan dekat Ikea, orang tanya " semua brg rumah Ikea ke? ", aah lah korang, semua Ikea, sebab Ikea dgn rumah aku dekat, 15minit je sampai, HAHA, so beli kt Ikea jelah senang. Ikea semua ada, dari A - Z, tak payah susah susah fikir dah. Periuk belanga pun beli kat Ikea.

Aku dari dulu berangan, sejak mula-mula kawin, nanti dah duduk rumah sendiri, aku nak beli katil ni, asal pergi Ikea, mmg katil ni yang melekat di hati, bukan xde design lain, ada, tapi tak kenan, nak katil ni juga. Katil apa tu?

LEIRVIK! hahaha.

Tengok design dia kerawang-kerawang, korang mesti tau kan taste aku yang mcm mana, aku suka lah benda benda " gedik " mcm ni. HAHA.

Bukan aku tak tengok katil lain di kedai perabot biasa, ada je pergi usha, tapi tak cantik, tak kenan di hati, pastu mahal, baik aku beli kat Ikea, KUKUH sangat katil ni korang! serius. Tilam pun aku beli kat Ikea terus, jaminan 25tahun, berbaloi-baloi!

Tadaaaaa~ dah pasang! haih, tazabar nak pergi cari cadar pulak, semuapun nak baru, hahaha. bukan takde cadar lama, gedik nak cadar baru. Baru lah feel pengantin baru kan #ehh.

Apa yang aku suka pasal Ikea ni, semua barang dia compact. Aku asalnya nak mintak Ikea delivery je kat rumah, sebab aku datang pun naik Myvi je, last last fikir balik, mcm boleh je bawak sendiri ni. Sebab bayangkan, TILAM dia tu, dia vacuum, then gulung mcm dalam gambar tu, tu tilam Queen tau. Size 150x200cm. Katil pun senang je, main cantum cantum. Senang nak bawak naik bilik.

Hari Jumaat haritu mcm mcm lah kami beli, untuk complete kan barang rumah, kat dapur aku tak buat kitchen cabinet pun, nanti baru buat, kami just pasang shelf je dulu. senang.

Harga katil kerawang Ikea Leirvik ni dah murah dah skrg, Rm449 je, size Queen, kalau nak size King pun ada, harga lain. Tilam aku ambil yang rm599. Kalau kat kedai perabot luar, semua rm700 ke atas, so kami decide beli kat Ikea jelah senang. Skali jalan.

Kami beli katil kakak skali, kakak, da tak payah tidur dgn ibuu dan papa dah, boleh tidur katil sendiri. Dia pun excited sangat, kami ambil katil kayu ni je untuk kakak, nak ambil katil kerawang sama dengan kami, tp tu pendek, kakak tinggi, x muat, haha. Luroy ni Rm288 skali tilam, asalnya Katil saja Rm199, Tilam rm109, ntah mcm mana leh jadi Rm288, laki aku kata sebab pekerja Ikea tu mix mix brg, kalau tidak stok katil ni habis, ntah lah, aku pun tak faham. hahaha. okbai.

Disebab kan kami xde sofa, so kami beli kerusi ni satu, Nolmyra, rm129, HAHA, murahhh, jadi lah, kalau lenguh bersila atas lantai, duduk kejap atas kerusi. HAHA.

Ini baru 1st troley, ada lagi 1 troley, tak sedar bawak Myvi je, shopping mcm mcm. HAHA. Aku pergi haritu hari Jumaat, x ramai org sangat, aku tak tau ni kali ke berapa kami pergi ikea, dah mcm rumah number dua kami dah. HAHA. Syiok sgt pergi ikea.

Kalau korang betul betul nak cari barang rumah, aku ada tips, pergi hari biasa, jangan pergi weekend, weekend mmg sangat ramai orang, dengan rombongan lah segala, haha. nanti mesti payah, dorg duk menyembang tengah-tengah jalan, pergi hari biasa much better, nak mintak tolong staff ikea pun senang, untuk carikan barang, dorg boleh layan korang sorang je. Nampak tak tamak nya kat situ, haha.

Hari Jumaat haritu mesin basuh kami sampai, yeay! aku beli kat lazada, mesin basuh, microwave dgn vacuum, haha. ni nanti aku buat entry lain lah, senang beli kat lazada. cepat, tuntas, pantas. HAHA.

Ok nak cerita pasal bilik kami, bilik kami, kami tak pasang tiles pun, sbb laki aku kata, nak nak renovate besarkan bilik, so mcm tak perlu lah buat tiles lagi, dan, laki aku tak suka tikar getah, haha. so kami jenuh lah brainstorm, apa nak letak kat bilik ni, takkan nak biar nampak simen kan. lastnya laki aku kata, " kita letak karpet surau nak ", aku like, " karpet surau??? " hahaha. Aku fikir karpet hijau tu je.

Laki aku kata, bukan hijau, karpet tu ada banyak color. So ok lah, aku pun setuju, Esoknya dia terus beli, terus pasang. HAHA. so begini lah bilik kami, cantik ke tidokkk? HAHA jadilahhh. Nanti nak renovate takde lah rasa rugi sangat kan. #jimat.

sementara tunggu papa cari katil, ibuu pose sat, suh kakak snap. last2 ibuu tido. HAHA.
Hasil memborong kat Ikea Jumaat lepas, laki aku tengah termenung mcm mana nak bawak balik rumah, HAHA. Lastnyaaa, kami balik dulu, tinggal yang besar-besar kat kaunter. Then laki aku pinjam Avanza jiran sebelah. luls. Jimat rm80, settle kes.

Kalau korang ada Alza pun dah cukup wei, boleh muat semua barang. Barang-barang ikea semua compact, senang bwk balik. huhu. Sekian lah update saya. Nanti saya update lagi, Semalam dapur dah siap, langsir dah pasang. then apa lagi eh??? Nanti lah sambung. hihi. okbai!

Tq for reading! Nak tanya apa-apa, PM wasap or email ya!
Muah Ciked.

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com