Image and video hosting by TinyPic

08 October 2017

30tahun Hidup Di Dunia Happy Birthday To Me!

Pagi tadi atas katil,

Papa : ( sambil usap usap kepala aku ) Dah 30 tahun dah eb kan? 🤔.

Aku : pastu kenapa?

Papa : Sayang nak isteri sayang 20 tahunnn jeee, tak nak 30 tahun.

Aku : pas tu mcm mana?

Papa : takde lah. Sayang xmo eb 30, nak eb 29, 28, 27. Hahaha. ( sama sama ketawa )

Ewahhh ewahhh. Pandai eh buat lawak. Haha. Actually aku pun mcm x boleh move on. Dalam hati aku ckp, aku baru lepas SPM. hahaha. Jiwa aku masih muda. Mcm ayat yang org selalu cakap tu, * ages just number * begitu lah bagi aku. Aku rasa umur tu mcm numbers je. Jiwa aku xde lah nak jd mcm org tua. Hahaha. Jiwa tetap sweet 17 gittuh.

Even aku anggap ages just numbers, but aku taknak lah perangai, iman, dan ketakwaan aku pada Allah takat umur 17 je, biar lah ilmu, iman aku selari dengan umur. Nanti org kata, tua tua saja pulak. Tak mo lah gitu.

Aku tahu, hidup di dunia hanya sementara. Apa yang ada di dunia, sikit pun kita tak bawa ke dalam kubur, yang kita bawa adalah iman, amalan. Aku harap tahun ni, tahun tahun yang akan datang, dapatlah aku mantapkan iman aku. Skrg ni mati bila bila masa je 😐.

Seketul kek yang papa belikan untuk ibuu. Alhamdulillah syukur. Asalnya aku ajak suami aku pergi holiday hari birthday aku ni. Tapi bila tengok keadaan rumah kami, Allah. Tak sanggup nak pergi bercuti. Tunggang langgang lagi. Jenuh rupanya nak masuk rumah ni kan. Tak semudah yang aku sangkakan.

Apa yang aku ada selama 30 tahun aku hidup di dunia? Aku ada 2 ketul harta yang paling bernilai, anak dua orang, seorang perempuan, seorang lelaki. Aku ada suami yang penyanyang. Aku ada sebiji rumah di Ampang. Aku ada kerja tetap. Aku ada family yang sangat care sangat rapat. Aku ada kawan kawan yang selalu bersama aku. Ya Allah, terima kasih Ya Allah. Kdg kdg aku fikir, betapa beruntungnya aku. Apa lagi yang tak cukup safura? Semua cukup, alhamdulillah.

Walaupun tiada celebration, tiada baju cantik cantik, tiada ootd cantik cantik, hanya bertemankan habuk dinding yang di drill. Aku bahagia. Sangat bahagia. Seronok bila tengok rumah yang semakin " berisi ". Tak lama lagi kami dah boleh pindah. Seronoknyaaaaa. Hadiah yang paling BESAR dan bermakna buat kami suami isteri.

SOHO kami. Semoga terus mendatangkan rezeki. Amin

Rumah kami dah hampir siap, lepas ni nak angkut peti ais, beli tong gas. Then boleh pindah dah. InsyaAllah kami akan buat kenduri doa selamat hujung bulan ni, house warming omputis kata. Haha. Nanti aku jemput korg datang okays! Hihi.

Ya Allah, terima kasih untuk 30 tahun ni, terima kasih untuk nikmat ini, terima kasih untuk kesihatan ini dan segala nikmat yang Kau berikan. Semoga aku terus dapat beribadat kepada Mu, berkatilah kehidupan ku Ya Allah. Masukkanlah aku ke Syurga Mu Ya Allah. Amin amin amin.

Happy Birthday SAFURA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. Happy Birthday Rara.. semoga semua yang diimpikan dimakbulkan Allah.. aamiin ya rabb.. 😘

    ReplyDelete
  2. Besar hadiah kau sampai boleh muat 4 orang. Huhu. Happy birthday ra. Aku plak nebes.

    ReplyDelete
  3. happy birthday to u...sy pun dah masuk umur 30 tahun bln April yg lepas..kita geng 1987 la kan?hehehehe

    ReplyDelete
  4. Happy birthday rara...bestnya rumah baru...

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com