02 October 2017

Beli Langsir Di Kaison, Almari TV di Ikea, Karpet di Lulu

Eh eh tajuk, skema sangat ni! hahahaha. Kenapa tak tulis harga skali kat tajuk tu. hahaha. Aku tetiba jadi suka pulak nak update pasal rumah, korang pun suka kan baca, kemahen banyak gila view pasal rumah. hihi. Rumah kami dah siap! yeay!

Sabtu haritu kami pergi cari barang rumah, cari yang penting-penting. Cari kepala paip, cr shower, then cari karpet, cari dapur gas, benda-benda penting dulu lah, kalau takde dapur gas mcm mana nak masak kan, kihkih.

Karpet, asalnya aku nak pergi karpet prima kat Nilai sana, laki aku actually malas, aku ajak jugak. Pastu dia cakap. Ok lah, tapi pergi cr barang lain dulu. Memula pergi tesco, pergi Mr.DIY dulu cr kepala paip segala. Then masuk tesco cari dapur gas, takde yang perkenan di hati, so terus ke Lulu hypermarket. kalau korang tak tahu Lulu kat mana, Lulu ni kat sebelah Jakel Mall tau. Barang-barang kat sana semua best! kalau sale lagi best, murah.

Haritu aku nampak, dapur gas kat sana jenis kaca tu ada offer, dah nak ambil dah jenis dapur kaca tu, then laki aku cek, tungku tempat keluar api dia kecik sangat, then api nya keluar ikut tengah je, tak best lah, then tungku dia bukan dari tembaga tau, so tak nak lah.

Last last amik dapur gas besi, jenama Morgan, Rm79 saja, murah kan! berat dan kukuh. Tungku dia pon tembaga, api pun penuh. Ok lah, deal, amik yang tu. Jimat.

Then lalu pulak ke bahagian karpet, nampak karpet Scandi idaman aku weiiii! cantik sangat! pastu mula lah tak reti nak pilih yang mana, kalau dekat Ikea, design ni rm299 kot! yang ni Rm170 sahajaaaa, besar tau! muat 1 hall. Last-last laki aku cakap, ambil lah dua-dua, kalau tak menyesal.

Pastu amik lagi 2 karpet bulu-bulu, idaman hati pulak, last pieces ada warna hitam, huaaaa, rezeki sangat, karpet vulu-vulu rm70 saja eachhh, amik juga 2 keping. puas hati. so complete lah karpet utk Hall, dining dan bilik. Jadiklah kan.

Habis shopping, terus pergi rumah, letak barang, then cuci rumah terus, then pasang karpet, Allahu, seronok sangat perasaan ittew!

Hari Ahad, tak duduk rumah, keluar lagi, pergi ikea lagi, hahahaha. Kali ni cari almari TV pula, kalau tak beli almari TV, nak letak tv atas apa pulak kan. So pergi Ikea, almari tv pun murah je, Rm3++. Cari yang murah-murah je uols. hihi. Janji ada.

Then beli stool. Beli bakul sampah, beli shelf, dan benda-benda merepek yang lain. Then beli Albert juga, rak untuk letak kat dapur, senang nak letak rice cooker, oven, microwave segala.

Oh lupa, rail langsir pun beli kt Ikea, langsir je tak beli kat ikea, mahal sangat, sekeping rm129. aku dah usha kat Kaison langsir murah, so beli kat Kaison jelah. hihi.

Sampai je rumah, pengsan budak berdua ni, kesian anak-anak, penat teman ibuu dan papa cari barang rumah, mcm ni lah dik, bersusah susah dahulu, bersenang-senang kemudian ye dik.

Papa pulak tak sabar nak pasang almari TV dia, tak habis habis duk sebut, bila nk beli Byas, bila nak beli Byas, nak dekat sejam jugak semalam pasang Byas ni. pas tu dah psang, buat muka bangga. HAHA. Kelakar lah papa.

Harini aku lari jap time lunch hour, ke Kaison cari langsir, dalam masa yang sama nk cari flamingo and castus ni, hahaha, kemahen kan! ada je agenda.

Langsir aku beli yang corak2 daun, kena lah dengan tema kami. hihi. Sekeping rm36.90 je langsir, jimat banyak. aku beli 2 keping. then beli blinder untuk dapur. Dapur tak payah pakai langsir lah. payah!

Hehe, so, ini lah lemari TV kami semalam, tema putih semuanya. ewahhhh~ tema sesuci lebaran gittuhhhh~ tak sabar nak ambil TV, nanti dh ada TV, aku update lagi tau. hihi.

Harini laki aku update, rail langsir dah pasang, balik ni nak pasang langsir, tak payah basuh lah langsir, aci tak? HAHAHA.

Adik 10 bulan semalam, selamat hari lahir adik! Adik yang happy sokmo. Kakak mana? kakak sombong skrg. hihi.

ok lah, tu je quick update, bai!

8 comments:

ROS ANIS RUSLI said...

update byk2 psl rumah!aku suka baca!

Mimi Aquamarine said...

semua comey expecially adik..gerammm.. adik dah nak sama besar ngan kakak dah..

ieza ashaari said...

Bapak best. Hoho. Nanti aku nak update ke tak bila pindah? Haha

mrs kayrul said...

wah x sabar nak tengok hasil

Yana MIB said...

ichh tazzabarr nk terjah rmh ko...haha

Bila Hati Berbicara said...

rara..mana beli meja belajar anak2 tu?

PERMATABIRU said...

putih nmpk bersih aje

CikNaa said...

rara! arini dah boleh baca blog rara kat opis..sukanyaaa! saited plak baca entry ni.. hepi kan nak masuk rumah baru. tak sabar nak tengok update baru..up lg banyak2 okeh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...