Jumaat lepas kami pergi cari katil, kat mana lagi kalau bukan dekat Ikea, orang tanya " semua brg rumah Ikea ke? ", aah lah korang, semua Ikea, sebab Ikea dgn rumah aku dekat, 15minit je sampai, HAHA, so beli kt Ikea jelah senang. Ikea semua ada, dari A - Z, tak payah susah susah fikir dah. Periuk belanga pun beli kat Ikea.
Aku dari dulu berangan, sejak mula-mula kawin, nanti dah duduk rumah sendiri, aku nak beli katil ni, asal pergi Ikea, mmg katil ni yang melekat di hati, bukan xde design lain, ada, tapi tak kenan, nak katil ni juga. Katil apa tu?
LEIRVIK! hahaha.
Tengok design dia kerawang-kerawang, korang mesti tau kan taste aku yang mcm mana, aku suka lah benda benda " gedik " mcm ni. HAHA.
Bukan aku tak tengok katil lain di kedai perabot biasa, ada je pergi usha, tapi tak cantik, tak kenan di hati, pastu mahal, baik aku beli kat Ikea, KUKUH sangat katil ni korang! serius. Tilam pun aku beli kat Ikea terus, jaminan 25tahun, berbaloi-baloi!
Tadaaaaa~ dah pasang! haih, tazabar nak pergi cari cadar pulak, semuapun nak baru, hahaha. bukan takde cadar lama, gedik nak cadar baru. Baru lah feel pengantin baru kan #ehh.
Apa yang aku suka pasal Ikea ni, semua barang dia compact. Aku asalnya nak mintak Ikea delivery je kat rumah, sebab aku datang pun naik Myvi je, last last fikir balik, mcm boleh je bawak sendiri ni. Sebab bayangkan, TILAM dia tu, dia vacuum, then gulung mcm dalam gambar tu, tu tilam Queen tau. Size 150x200cm. Katil pun senang je, main cantum cantum. Senang nak bawak naik bilik.
Hari Jumaat haritu mcm mcm lah kami beli, untuk complete kan barang rumah, kat dapur aku tak buat kitchen cabinet pun, nanti baru buat, kami just pasang shelf je dulu. senang.
Harga katil kerawang Ikea Leirvik ni dah murah dah skrg, Rm449 je, size Queen, kalau nak size King pun ada, harga lain. Tilam aku ambil yang rm599. Kalau kat kedai perabot luar, semua rm700 ke atas, so kami decide beli kat Ikea jelah senang. Skali jalan.
Kami beli katil kakak skali, kakak, da tak payah tidur dgn ibuu dan papa dah, boleh tidur katil sendiri. Dia pun excited sangat, kami ambil katil kayu ni je untuk kakak, nak ambil katil kerawang sama dengan kami, tp tu pendek, kakak tinggi, x muat, haha. Luroy ni Rm288 skali tilam, asalnya Katil saja Rm199, Tilam rm109, ntah mcm mana leh jadi Rm288, laki aku kata sebab pekerja Ikea tu mix mix brg, kalau tidak stok katil ni habis, ntah lah, aku pun tak faham. hahaha. okbai.
Disebab kan kami xde sofa, so kami beli kerusi ni satu, Nolmyra, rm129, HAHA, murahhh, jadi lah, kalau lenguh bersila atas lantai, duduk kejap atas kerusi. HAHA.
Ini baru 1st troley, ada lagi 1 troley, tak sedar bawak Myvi je, shopping mcm mcm. HAHA. Aku pergi haritu hari Jumaat, x ramai org sangat, aku tak tau ni kali ke berapa kami pergi ikea, dah mcm rumah number dua kami dah. HAHA. Syiok sgt pergi ikea.
Kalau korang betul betul nak cari barang rumah, aku ada tips, pergi hari biasa, jangan pergi weekend, weekend mmg sangat ramai orang, dengan rombongan lah segala, haha. nanti mesti payah, dorg duk menyembang tengah-tengah jalan, pergi hari biasa much better, nak mintak tolong staff ikea pun senang, untuk carikan barang, dorg boleh layan korang sorang je. Nampak tak tamak nya kat situ, haha.
Hari Jumaat haritu mesin basuh kami sampai, yeay! aku beli kat lazada, mesin basuh, microwave dgn vacuum, haha. ni nanti aku buat entry lain lah, senang beli kat lazada. cepat, tuntas, pantas. HAHA.
Ok nak cerita pasal bilik kami, bilik kami, kami tak pasang tiles pun, sbb laki aku kata, nak nak renovate besarkan bilik, so mcm tak perlu lah buat tiles lagi, dan, laki aku tak suka tikar getah, haha. so kami jenuh lah brainstorm, apa nak letak kat bilik ni, takkan nak biar nampak simen kan. lastnya laki aku kata, " kita letak karpet surau nak ", aku like, " karpet surau??? " hahaha. Aku fikir karpet hijau tu je.
Laki aku kata, bukan hijau, karpet tu ada banyak color. So ok lah, aku pun setuju, Esoknya dia terus beli, terus pasang. HAHA. so begini lah bilik kami, cantik ke tidokkk? HAHA jadilahhh. Nanti nak renovate takde lah rasa rugi sangat kan. #jimat.
![]() |
sementara tunggu papa cari katil, ibuu pose sat, suh kakak snap. last2 ibuu tido. HAHA. |
Kalau korang ada Alza pun dah cukup wei, boleh muat semua barang. Barang-barang ikea semua compact, senang bwk balik. huhu. Sekian lah update saya. Nanti saya update lagi, Semalam dapur dah siap, langsir dah pasang. then apa lagi eh??? Nanti lah sambung. hihi. okbai!
Tq for reading! Nak tanya apa-apa, PM wasap or email ya!
Muah Ciked.

Wah..nak datang rumah..hehhee
ReplyDeleteWah...mesti cantik ni..akak pun teringin nak deco guna barang ikea..tunggu kat jb ni bukak..tp tgh aim satu kerusi ni harga dia mahai bebeno
ReplyDeleteKak rara nanti update lagi.. yes.. kami memang suka baca bab bab kemas2 and deco2 rumah ni. Heheh
ReplyDeletecantiknyaaaaaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeleteSeronoknya aku bacaaaa. Allah, memang bila baca hal rumah aku teringin sangat nak buat mcm2 kat rumah sendiri. Tunggu pencen nampaknya. Sis tak mampu beli umah kat kl.
ReplyDeleteuntung laaa laki bini minat ikea..haha mcm bekas penyewa aku dulu, perabot rmh dia rata² ikea...cantik nengok...tp ujang xminat oke..so tgk je lah org len memborong -.-
ReplyDeletesakan shopping kat ikea..
ReplyDeleteSyiokkknye dh beli brg umah... bnde kedua xsabar lepas bsalin ni..hahaha
ReplyDeletecantik2 design ikea..:)
ReplyDeletewahh, cantiknyaaa katil tu kak
ReplyDeleteNanti share full view lepaa deco yer ra. Nak tengok. Mesti cantik kan.
ReplyDeletecantik katil tu ! minat jugak barang2 ikea ni :)
ReplyDeleteKatil budak tu kukuh ke? Darwish suka melompat wei. Kang patah sia² je. Huhu
ReplyDeleteYa Allah best nye kak. Semoga satu hari nt dpt gak buat rumah cmni. Btw nk tanya kat mana beli carpet surau tu��
ReplyDeleteKatil idaman sy jugak tu. Tp jauh sgt nk bawak blik. Xmuat kete.huuuu
ReplyDeletecantiknya
ReplyDeleteMemg smart la umah pakai barg ikea rara
ReplyDeleteSeronoknya baca.memang mengidam sangat katil ikea ni tnggu jb pnya ikea bukak
ReplyDeletemana nak cari carpet surau tu kak wahahha
ReplyDeletemacam-macam dia beli ye
ReplyDeleteJanji Kita
Nak tnya.. tilam dia ok x? Selesa x?
ReplyDeleteNak tanye katil n tilam ikea ok x
ReplyDelete