25 October 2017

Officially Pindah Rumah Mawar

Assalamualaikum, hai korang, malas nak menaip sebenarnya, tapi taip juga, untuk kenangan masa hadapan. HAHA. Aku dah officially pindah rumah. YEAY! penatnya, Ya Ampun, even tak mengangkut barang besar besar, tapi penat nya, Ampunnnn. HAHA. baju bajan punyalah banyak, yelah, 6 tahun duduk dengan mertua kan, itu pun baju bajan dah banyak bagi orang. huhu.

Aku nak cerita korang pasal rumah ni, tapi next post lah ye, nanti aku nak cerita pasal :

- Harga aku beli rumah ni

- Total lost renovate rumah

Itu nanti lah tapi, hahaha. Nanti tu entah bila. luls.

Bila dah duduk rumah sendiri ni, baru tahu penat nya mcm mana kan, sebelum ni mak mertua kita yang buat kerja rumah, kita tolong-tolong je, skrg, semua kerja kita buat sendiri, anak ada untuk tolong, tapi bukan tolong kemas lah, tolong sepah. HAHA.

Aku kemas dorg sepah, aku sapu dorg tumpahkan. Sapu lagi, tumpah lagi, adudududu. sabar jelah mak banyak-banyak, last last mak ajak anak tidur, senang. HAHA.

Ni dapur aku, ni pic masa brg takde lagi, ahahaha. skrg dapur ni dah penuh perkakasan, aduhhh, aku masih takde KC, sume barang berlonggok bawah ni. HAHA. tak sabar nak g cr langsir nak tutup bawah ni, baru sedap sikit mata memandang.

Korang, cantik tak wallpaper dapur aku tu? aku suka! finally jumpa juga design gitu. Lama dah aku cari, itu pun jumpa kat Kaison Melawati Mall. Nampak berseri sikit dapur aku tu kan. luls. Korang mesti nak tanya kan, kena air wallpaper tu tercabut tak?

TAK!

aku cuci pinggan, air memang kena kat wallpaper tu, tak tertanggal pun, gam dia sangat kuat. Berbaloi lah, 1 roll tu baru rm19.90. Korang pergi lah cari, leh tukar rupa dapur korang tu. Agak agak bosan, tukar pulak design lain.

Sabtu 14hb Oktober haritu kami tidur kat rumah, Pre-Sleep. HAHA. tidur kat ruang tamu je, sbb bilik takde aircond lagi, kat hall je ada aircond, anak anak aku xleh tidur xde aircond, kalau tak kang, bising, pasang aircond baru diam semua.

Feeling betul tidur rumah sendiri ni kan. biarlah tidur atas toto pun. luls.

Semua barang sumbat dalam kotak, takde lah banyak sgt, punggah naik kereta je, 4 trip jugak lah. hahaha. ok lah, jimat lah xyah sewa lori. Deep Freezer dengan peti ais, pinjam 4x4 jiran sebelah. Mesin basuh sume beli kat lazada, dorg hantar terus depan rumah. Senang kerja.

Baju semua masuk dalam plastik sampah, longgok dalam bilik. hahaha. skrg ni bilik ni masih lagi berupa sebegini, tak kemas lagi, tak sempat weiii! tunggu weekend baru nak kemas. tak sempat!

Almari baju kami tak beli pun, pakai jugak yang lama, nanti ada modal baru beli almari baju, baju kurung aku semua main sangkut sangkut je ala-ala kat vendor butik tu. hahaha.

Kami officially pindah hari Rabu 18 Oktober 2017 haritu, hari cuti Deepavali. Mcm mano kan, semua brg dah hangkut, so move on jelah, malam tu terus tidur rumah sendiri. Lepas magrib pergi jumpa nenek, oh BTW, rumah kami dgn rumah mil aku dekat je, hahahaha. 3 minit je sampai, tapi gaya berpisah tu, mcm pindah luar kawasan je. Sedih hoi!

Lama aku duduk rumah mak mertua aku, dari belum kawen. So bila berpisah tu, sedih lah. Hari kami keluar rumah tu, salam-salam dengan nenek, adegan air mata keluar lah, apa lagi. Tapi serius sedih, saat mak mertua aku kiss kakak Sophea, memang sedih, tak tahan air mata nak keluar. panas je rasa mata. Yelah, dari kakak lahir kot duduk dengan nenek. Kawan baik nenek ni. Memang sedih lah.

Tapi still kena move on.

Punya lah nak pujuk kakak tidur katil sendiri, sampai beli daun ni dekat dia, 1st time kakak tidur jauh dari ibuu, hallah! jauh sikit je ponggggg! hahahaha. ibuu je suka emo. Kakak did well 1st night. aku ingat ada budak nak menyusup naik atas katil aku, rupanya tidak. sampai pagi kat katil dia, dia suka, Alhamdulillah. Good job kakak!

Ibuu tak sempat lagi nak hias katil kakak, nanti lah eh, tunggu budget bulan depan. hihi. Kita buat slow-slow. nak deco skali gus, nayer, kita bukan org have-have. hahahaha.

ok lah, tu je nak update, ibuu busy ni. hahaha. ok bai!

16 comments:

Eny Abdullah said...

Alhamdulillah.. Selamat mendeko rumah baruuu

ieza ashaari said...

Bestnya. Lega dah masuk umh sendiri kan. Masa ktorg masuk rumah sewa, abah aku demam, lepas tu ptgnya dtg umh jumpa darwish. Hahaha.

Normi Nieza said...

bestnya dok rumah sendiri..:)

Jueliza Jamani said...

aloooo sebak pulak.. nasib rumah mil dgn rara dekat jer 3 minit. hahahs.. dekat dwngan taman seraya ka. ehh seraya plak.

kisah_earty said...

wallpaper kat dapur tu nampak macam real mozek...

Mrs Puex said...

seronokkan dapat duduk umah sendiri.. susah senang sendiri.. yang best boleh deco ikut suka hati tp tulah kene tgk bajet jugak..aini 10 tahun duduk sendiri pon adeee je nak tuka itu ini.. hahaha..

selamat move on ye rara!

Lynda Che Lah said...

Seronok kan rumah baru ra. No worries.. akak dah pindah dekat 6bulan tapi ada je tak kemas lagi.. lantak situ.. kata umah sendiri kan 😜

Liyana said...

wahhh tahniah rara, best kan! :) nak buat KC roger2 la iols kehkeh

Mar Mansor said...

tahniah rara dah pindah rumah sendiri..itulah nikmatnya
Janji Kita

Azhafizah Md Nor said...

fully renovate nanti mesti lagi cantik. btw suka gak wallpaper camtu. semangat nak duduk dapur masak.hihi

Jelita dan Awet Muda said...

Alhamdulillah dah ada rumah sendiri lepas ni berdikari lah yer...hehe

Maria Firdz said...

Alhamdulillah.. Nnt boleh la bermalam di rumah ibu susuan Muasyira ni...

yaya_flanella said...

Bestnya syok baca hee tak sabar next entry rumah baru

aizamia 3 said...

Puas kan bila dapat duduk rumah sendiri. Macam ai.. si kecik dak Nuha masih lagi nak menempel dekat ibunya time tdo. Tak merasa lagi nak berdua-duaan dengan babah dia.. hahaha..

Nina Mirza said...

Alhamdulillah. Tahniah Rara!
Kenikmatan dok sendiri ni tak terluah dengan kata². Semua Kenangan terindah kita boleh cipta sendiri. All the best :)

iffah hussin said...

Bestnya duduk rumah sendiri boleh deko-deko

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...