26 October 2017

Rawat Parut Melecur, Parut Jerawat dan Kulit Kering Dengan Lovera Magic Jelly

Tips Menghilangkan Parut Luka Terbakar


Perempuan, mestilah mengidamkan kulit yang puith, mulus, bersih tanpa sebarang cela kan, tapi mcm mana lak nak menidakkan kehadiran parut, tambah lah mak mak mcm kita ni, memasak, telur meletup, keropok lekor meletop, baru-baru ni kawan aku cerita, sudip dia meletup, habis terpercik minyak panas, penuh bintik-binti di lengan. hadeh, mak aku pulak, goreng keropok lekor, then meletup keropok tu, habis minyak panas kena muka, nasib lah tak banyak sangat. Tapi berparut juga lah, lucky kat rumah tu memang standby je aloevera, atau lidah buaya. Memang terus sapu je di tempat yang melecur tu.

Semua orang tahu, kelebihan dan khasiat Lidah Buaya atau aloevera ni untuk kulit kan, zaman sekarang, korang tak perlu susah-susah macam dulu tau, nak petik daun lidah buaya tu, kena kupas kulit dia dan apply di badan, tak perlu okay! Skrg ni dah mudah, ready made for u, siap-siap dah dalam botol.


Harini nak cerita kat korang pasal LOVERA Magic Jelly!


Selalu orang akan tanya, mana nak dapat Lidah Buaya ya? Mana nak cari Gel Lidah Buaya yang asli ya? memang betul, banyak terjual aloevera dipasaran, tapi korang kena hati-hati tau, kalau murah sangat tu, risau bahan dia tipu, banyak bahan kimia, silap-silap, sapu pada wajah dan badan, lain pula jadinya, bukan takde kes tau! Pastikan, bila nak beli aloevera, beli lah yang betul betul pati, dan kalau harganya murah sangat, check dulu.

Kalau susah sangat nak check, dan kalau yang ada dipasaran tu meragukan, korang terus je beli Magic Jelly dari Lovera ni, aloevera atau lidah buaya yang memang ASLI, tiada Paraben, tiada toxic dan selamat untuk semua, semua golongan boleh guna.


Lovera Magic Jelly Mampu Merawat Parut dan Menaikkan Seri Wajah


Manfaat atau Kelebihan Lidah Buaya atau Magic Jelly Lovera


ok meh sini kakak nak cerita kelebihan Lidah Buaya ni, andai kata korang tak tahu lah, hehe.

- Lidah buaya sangat bagus untuk Kulit Wajah, RAMBUT, dan tubuh, pendek kata bagus dari atas kepala, sampai lah ke kaki.

- Lidah buaya mengandungi banyak nutrisi dan banyak digunakan untuk masalah luka ringan, kulit terbakar dan dematitis.

- Menghilangkan jerawat diwajah dan parut jerawat. Gel lidah buaya ini memiliki 2 enzim iaitu Auksin dan Gibberellin yang mana mampu mengatasi jerawat dan mengurangkan radang pada kulit. Gibberellin juga bertindak sebagai enzim pertumbuhan, ianya meransang kulit untuk mempercepatkan proses penyembuhan dan mengurangkan pertumbuhan jerawat.

- Melambatkan Proses Penuaan atau anti-aging. Korang tahu tak yang lidah buaya ni mengandungi anti-oxsidan yang tinggi, termasuk beta karoten dan vitamin C dan E yang bagus untuk meningkatkan kadar elasticity. Maksudnya, bila selalu menggunakan Megic Jelly ni, kurang lah kedutan pada wajah kita nanti. So lambat sikit nampak tua. hihi

- Melembapkan kulit, bagus untuk kulit kering. Bagi mereka yang mempunyai kulit kering, bolehlah selalu apply magic jelly ni supaya kulit korang akan kekal terhidrasi. Boleh sapu pada wajah, pada tubuh badan, tiada masalah, bila korang kerap sapu Magic Jelly ni, secara tak langsung, korang memasukkan oksigen pada kulit dan dapat mempertahankan kesihatan kulit.

- Siapa yang rasa agak-agak kulit tak bersinar, dull je, boleh lah try magic jelly ni, pakai produk mahal-mahal, belum tentu bagus, aloevera ni dah memang sah-sah dari zaman dulu orang tua kita pakai. Gel Lidah Buaya ni boleh membantu kulit korang lebih glowing.

- Sunburn. Skrg cuaca sangat panas, kalau tak pakai sunblock, memang lah korang tak sayang kulit. But its okay, if dah burn, takde masalah, just apply magic jelly, magic jelly dapat kurangkan sun burn korang dan skali gus merawat kulit.

- Membersihkan kulit. Magic Jelly ni mampu membersihkan, menyegarkan wajah tau, dengan new formula, dan campuran timun, mampu membersihkan kulit dan menghilangkan kulit mati.

- Mencerahkan kulit wajah.

- Untuk Kesihatan Rambut. Lidah buaya mengandungi enzim yang dipanggil proteolitik yang bermanfaat untuk memperbaiki sel sel kulit mati pada kepala. Boleh juga sapu pada rambut, guna sebagai conditioner, untuk dapatkan rambu yang lebih halus dan bersinar.

Banyak betul kelebihan Magic Jelly ni kan, memang lidah buaya sangat bagus, sangat tak dinafikan kebaikan dia.

Magic Jelly New and Improve Formula ni adalah gabungan lidah buaya, Chamomile dan timun ni didatangkan di dalam botol yang mudah dibawa ke mana-mana, 60ml. senang nak sumbat dalam handbag, lepas solat ke, atau dimana-mana, boleh terus apply.

Hebat betul gabungan Lidah Buaya, Timun dan Chamomile ni, 10kali lebih power untuk merawat kulit kita dari hanya memakai gel lidah buaya semata-mata! whoaaaa hebat! Patutlah sekali je apply terus rasa best.

Magic Jelly All Purpose Beauty Gel


Seperti Gel lidah buaya lain, bila kita aplly pada kulit, kulit kita akan rasa sejuk je, sebab tu kalau kulit kita melecur je, sunburn ke, sapu je gel lidah buaya atau magic jelly ni, memang akan rasa sejuk je, magic jelly ni, bau pun wangi, wangi semulajadi lidah buaya dan bunga chamomile, bukan lah wangi yang menusuk hidung tu. hihi.

Cara Menggunakan Gel Aloevera atau Magic Jelly :


- Picit amaun yang diperlukan

- Sapu pada bahagian kulit

- Untuk kulit kering atau yang mahukan glowing skin,campurkan dengan serum, day cream or day cream korang.

- Untuk rambut, apply magic jelly pada rambut basah, biarkan kering atau blow seperti biasa.

Aku kalau korang nak tahu, ada masalah kulit berminyak dan kering.hah mcm mana tu? bahagian T zone aku oily, buat tepi tepi hidung dan mata aku dry, pelik kang, sampai menggelupas kering dia, so memang sangat perfect lah untuk aku apply Magic Jelly, baru skali pakai, dah kurang kering muka aku, serius best! aku bukan sapu pada bahagian yang kering tu saja, aku sapu 1 muka terus, terus nampak glowing kulit aku tau. Korang WAJIB cuba!

Magic Jelly :

- Untuk kegunaan luar sahaja

- Bagus untuk 3 bulan penggunaan selepas buka botol

- Simpan di tempat yang kering dan sejuk

Harga Sebotol 60ml Magic Jelly

Rm 70 Sahaja.

More Info :

Instagram: @LoveraMalaysia
Facebook: fb.com/lovera.malaysia

Untuk lihat sendiri testimoni bagaimana merawat luka terbakar dengan Magic Jelly Lovera, boleh klik link ni KULIT BAYI MELECUR MINYAK PANAS . Kesian sangat baby ni, tapi alhamdulillah, parut beransur pulih dengan magic jelly lovera. best! Korang try lah! Maybe bukan untuk kegunaan sekarang, tapi must have item, pasti akan berguna untuk seisi keluaga.

Mat Dan pun guna Lovera, TERBAIK!!!

4 comments:

Ummi Zarra said...

Bestkan pakai Magic Jelly ni. Nira guna untuk hilangkan parut jerawat dan sbg asas makeup. Smooth je kulit. Patut rara cantik selalu. ini rahsianya ye. Hehe

Nurzakiah Hanum said...

great product

Liyana said...

cantik nya kulit rara

MommaVogueHD Noriza Abdul Rahman said...

Lidah buaya memang bagus untuk hilangkan kesan parut

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...