31 October 2017

Spring Sheep Premium New Zealand Milk Terkejut Aku Bila Tahu Kebaikan Susu Kambing Biri-biri Ni

Assalamualaikum, hai korang! kembali bersiaran. kihkih. Harini aku tak cerita pasal decoration rumah, tapi nak cerita pasal susu. Susu ( kalsium ) ni penting, untuk apa? untuk tulang, untuk gigi, kuku dan rambut. Haritu aku sempat meghadiri talk tentang kebaikan susu kambing biri-biri.

Kalau korang nak tahu, minum susu sebelum tidur dapat menenangkan saraf dan melonggarkan otot-oto tegang supaya dapat memberi tidur yang lebih cepat. Cara ini dapat membantu selepas seharian penat bekerja.

So, sebelum tidur, sila amalkan minum susu panas ya, bukan minum coffee, kalau minum kafien tu yang tak boleh tidur tu.

Ok, stop membebel. Harini aku nak berkongsi dengan korang kebaikan susu biri-biri. Sebelum ni kita selalu dengar pasal susu kambing je kan, kita orang Melayu dan susu kambing, berpisah tiada, hehe. Sebab kita tahu, khasiat dan kebaikan susu kambing.

As we know, rata-rata ibu yang tak dapat memberikan anak mereka susu badan sepenuhnya, mereka akan gantikan susu kambing untuk anak-anak, sebab yang kita tahu, susu kambing adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu.

DAN.

korang kena tahu satu lagi info, iaitu SUSU BIRI BIRI pula adalah lebih baik dari susu kambing. So nak cerita kat korang tentang PREMIUM NEW ZEALAND SHEEP MILK - Spring Sheep New Zealand! KENAPA pulak aku kata susu biri biri Spring Sheep ni lagi baik dari susu lain.

NUTRISI BERKUALITI
dua kali ganda jumlah protein dan kalsium

MUDAH DIHADAM
Susu Kambing Biri-biri mempunyai komposisi lemak unik. Asid lemak rantai sederhana adalah mudah dihadam, sumber tenaga yang lebih baik dan boleh membantu mengurangkan kolestrol.

MENGURANGI ALAHAN DAN TIDAK TOLERAN
Protein dalam susu biri-biri adalah berbeza dari susu lembu, oleh itu seperti susu kambing, susu biri-biri juga mudah dihadam.

RASA YANG ENAK
Rasa sedap, bersih dan sedikit manis. Tiada aroma yang kuat.

sambil dengar talk, sambil selfie.
Talk haritu disampaikan oleh wakil dari Spring Sheep sendiri, dorang datang dari jauh tau, of course lah dari New Zealand, hihi. Dorang tak tour ke merata negara untuk sebarkan kebaikan susu kambing biri-biri ni, sebelum ni mereka ke Taiwan. Now di Malaysia dan selepas ini ke Brunei, Singapore dan beberapa negara lain.

Seperti yang mereka beritahu, susu kambing biri-biri mereka di produce di New Zealand Pamu farm. Mereka menjalani quality control yang sangat strict dan food safety control untuk menghasilkan susu yang sangat bagus dan baik.

Kambing biri biri mereka pula adalah " Grass-Fed dan No Nasties ". Susu daripada grass fed sheep has increase levels of MCTs and CLA compared to graind fed sheep. Susu mereka juga nature intended and mereka aim for unrivaled purity and quality : PKE Free, Palm Oil Free, Antibiotics Free and rBST rBGH Free.

Siapa yang boleh minum susu kambing biri-biri ni?


Oh ya, susu kambing biri-biri ni bukanlah untuk pengganti susu formula or susu ibu, susu kambing ni adalah makanan tambahan, atau suppliment untuk badan kita. So susu kambing biri-biri ni sesuai untuk diminum oleh semua golongan, lelaki - wanita- kanak-kanak - dewasa dan warga tua.

Kanak-kanak dan Remaja
untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.
Orang dewasa dan warga tua yang aktif
protein dan kalsium berkualiti tinggi untuk menyokong mobiliti

Wanita mengandung dan Menyusukan Anak
untuk menyokong nutrisi yang lembut untuk perut

Wanita yang pentingkan kesihatan
untuk mengekalkan tenaga dan kecergasan serta kulit dan tulang yang sihat

Sesiapa yang sensitif kepada susu lembu
Sesuai untuk mereka yang mengalami alahan kepada susu lembu

Ahli Sukan
untuk rasa hebat, protein berkualiti tinggi dan GI rendah yang sihat.

Aku dah rasa sendiri susu ni, memang sedap korang, sangat lemak, manis yang natural dan tak ada bau yang tak menyenangkan, memang sedap. Warna pun sangat putih dan nampak creamy! Anak-anak pun mesti suka! nak nak kalau minum, senang hadam, anak anak pun tak sembelit, sebab senang digest.

Kebaikan Susu Kambing Biri-biri Spring Sheep

Kaya dengan kalsium

Tinggi Protein

Mudah dihadam

Bebas permeate

Bebas RBST dan RBGH

Bebas antibiotik

Bebas minyak kelapa, sawit dan PKE

ok ni perbandingan yang korang boleh tengok sendiri. 

SO! pada korang yang nak cari susu tambahan, susu tambah kalsium dalam badan. Untuk kulit yang cantik, tulang sihat, gigi sihat, cuba cuba lah amalkan minum susu, sebelum tidur segelas pun bagus. Aku dah amalkan.

Susu Biri-biri yang kaya dengan kalsium dan vitamin B serta magnesium, vitamin A dan vitamin E. Kena minum, kena kena!!! hehe

untuk more info tentang Premium New Zealand Sheep Milk
boleh layari 


info@springsheep.co.nz

Harga setin 700gram
Rm120 sahaja.

Boleh dapatkan di pasaraya berdekatan korang! If aku tahu specific kedai, aku update semula okays!

1 comment:

Jelita dan Awet Muda said...

Susu kambing memang penuh dengan khasiat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...