02 October 2017

Syampu Untuk Wanita Berhijab Yang Mengekalkan PH Kulit Kepala Supaya Sentiasa Sihat

Tips Penjagaan Rambut Untuk Wanita Berhijab


Rambut! Rambut oh rambut. Korang, aku nak tanya, rambut korang ok tak? ke korang jenis ala dah pakai tudung, biar lah rambut tu, bukan ada orang nampak pun. Tapi kalau aku tak boleh, even pakai tudung, rambut adalah sangat penting bagi aku, aku memang sangat menjaga kesihatan rambut. Yelah, depan suami kan, takkan pakai tudung, mestilah nak tunjuk rambut yang cantik kat suami kan. hihi. #rambutitusexy

Lepas bersalinkan Alfi haritu, aku mengalami keguguran rambut yang sangat teruk, SANGAT KRONIK! serius. Rambut gugur dah macam orang sakit, skali sikat bergumpal rambut, then terus aku potong rambut pendek. Lepas dah pendek, barulah ok sikit rambut aku, aku stop ikat rambut, then guna syampu yang sesuai. Alhamdulillah tak de gugur, dan baby hair pun dah mula tumbuh.

Korang ada masalah bila bukak je tudung, kepala bau kehpam, ada ke? Kalau ada, Syampu berasaskan OLIVE ni sangat sesuai untuk korang. Korang tau tak sebab apa kepala bau kehpam lepas bukak tudung?

- Tak keringkan betul-betul rambut sebelum pakai tudung / berhijab
- Kulit kepala tidak sihat / PH tak balance
- Kuat berpeluh


Korang nak tahu tak? kalau PH kulit kepala kita tak sihat, memang akan ada masalah rambut bau kehpam ni. Punca bau busuk pada rambut wanita berhijab adalah kerana minyak atau peluh telah menutup pores kulit kepala dan tersumbat. Itu yang jadi kepala korang berminyak-minyak, lembap then apa lagi, bukak je tudung, kehpammmmssss.

Ok STOP, asyik cerita je, meh nak bagitahu, syampu apa yang best sangat tu yang boleh balancekan PH kulit kepala dan yang penting syampu ni menghilangkan bau busuk kepala atau bau kepam untuk wanita berhijab.

MEA NATURA - OLIVE ( Mediterranean Origin )
From Greece

Memperkenalkan Syampu Olive Mea Natura from Hair Depot. Aku rasa korang pun tahu kan kelebihan Olive, memang tak disangkal lagi, olive adalah sangat bagus. Kalau korang jenis kulit kepala sensitif atau bermasalah, ok, ini adalah syampu terbaik. Syampu Olive Mea Natura ni diperbuat daripada organic virgin olive oil.

Syampu Organic dan Paraben FREE untuk wanita berhijab


Dengan bangganya nak bagitahu, Syampu Olive ni adalah syampu organic, SLES Free, Paraben Free, Propylene Glycol Free, Silicon Free dan of course Alcohol Free.

Syampu ini sesuai untuk SEMUA PERINGKAT UMUR, boleh dikatakan, syampu baik untuk satu keluarga. Disebabkan dia organic dan natural, so sampai anak-anak pun boleh pakai tau. Tiada masalah, lagi bagus actually untuk kepala anak-anak yang masih " muda " tu.

Syampu Olive ni didatangkan dalam 2 range iaitu Strength and Softness ( untuk SEMUA JENIS RAMBUT ) dan Vitality and Shine ( untuk rambut KERING dan Dehydrated ). Kedua- dua syampu ini mempunyai powerful blend with hydrating properties, rich anti- oxidant dan amino acids yang melindungi rambut setiap hari.

Syampu ni juga akan maintainkan natural balance, revitalizes and invigorates hair dan menjadikan rambut sihat dan bersinar, yeahhh, ini yang kita mahu. hihi. Syampu ni memang akan mencuci rambut korang dan kulit kepala skali tau. Boleh guna hari-hari, takde masalah.

Cara guna senang je, sama seperti syampu lain. Picit atas tapak tangan, Gently massage pada kepala dan cuci kepala sebersihnya. Jangan bagi kena mata ya, pedih karang. hihi.

p/s : nak tahu tak, lepas guna syampu ni, rambut akan jadi wangi, more volume, shine and lembut. Takde lah rambut melepet je kat kulit kepala.

p/s : lagi 1 tips untuk elakkan rambut berbau untuk wanita berhijab, sila keringkan betul-betul rambut sebelum pakai tudung. pleaseeee. ini sangat penting, jangan pakai tudung semasa rambut lembap. Nanti bukan saja rambut busuk, malah tak memasal rambut akan berbuah. Akhirnya rosak rambut.

OK, syampu Olive ni ada conditioner. Tapi, if tak nak pakai conditioner, boleh pakai Hair Mask. mari nak cerita sikit, hair mask ni boleh juga digunakan sebagai conditioner. Cara dia macam ni.

Untuk kegunaan as conditioner : Apply pada rambut, then terus bilas. Boleh digunakan setiap hari.

Untuk kegunaan as mask : Apply pada rambut, tunggu 10 minit dan bilas. Buat seminggu skali.

Hah begituuuu. hihi.

Olive Mea Natura ni, 94% natural orginal ingredient tau. Sama juga seperti syampu, SLES Free, Paraben Free, Propylene Glycol Free, Silicon Free dan of course Alcohol Free. 

Dengan hair mask ni, akan membuatkan rambut korang akan lebih lembut dan bersinar tau. Memang best sangat, aku dah cuba, try lah! Hair mask ni memang sesuai untuk semua jenis rambut, kering ke, dehydrated ke, semua boleh.

Ini pula Mea Natura Pomegranate, yang ni aku terangkan sikit lah, yang ni syampu terbaru keluaran Mea Natura. yang ni sesuai untuk mereka yang Free Hair atau yang tidak berhijab yang rambut mereka rosak, bercabang atau dalam erti kata lain, syampu untuk yang pernah mewarnakan rambut dan rambut dia skrg rosak.

Untuk pulihkan semula rambut, dan mengembalikan nutrisi rambut, boleh lah guna rangkaikan syampu Mea Natura Pomegranate.

Kat mana nak beli syampu yang organic, nak beli syampu khas untuk mereka berhijab, syampu untuk mereka yang mempunyai masalah rambut atau kulit kepala? semestinya di HAIR DEPOT.

Aku suka sangat outlet hair depot IPC shopping center ni, nampak simple dan minimalist, konsep baru dorg. Aku ni bertahun juga aku beli syampu kat Hair Depot ni, asalnya beli syampu, hair spray untuk kakak sophea, sebab rambut dia kusut teruk, dengan syampu dan hair spray yang beli di hair depot ni, rambut kakak dah cantik balik.

Hair Depot ni product mereka world wide tau, memang semua dari luar negara, bukan nak banggakan product luar negara, cuma nak beritahu, product rambut di sini sangat bagus. Bahan semua original, bukan yang acah-acah original tau, bahan semua natural.

Setiap masalah rambut atau kulit kepala, berlainan jenis syampu yang akan diberi, bukan jenis main sauk je satu produk untuk semua masalah. That why aku sangat suggest korang pergi ke hair depot ni.

Hair depot ni best sangat! aku suka datang sini, cakap je nak syampu untuk apa, masalah apa, untuk baby ke, untuk kita sendiri or untuk kawan-kawan, mereka boleh membantu, staff mereka sangatlah friendly. Jangan segan-segan, boleh je cerita apa masalah korang.

Kat sini bukan saja jual syampu, ada juga jual tools untuk rambut, seperti sikat, hair dryer dan lain-lain lagi. Oh lagi 1, ada juga produk wajah dari Korea, nak tahu apa dia, boleh terjah Hair Depot. Tapi hair depot more to hair specialist lah.

Untuk pencarian syampu kali ni, aku pergi kat Outler Hair depot Cawangan IPC Shopping center, tapi, if korang jauh dari sini, korang boleh pergi ke outlet lain yang berdekatan dengan korang, area Klang Valley je, ada 23 cawangan tau! Best sangat!

Orang JB jangan risau, ada 5 cawangan di sana.

Aku memang dah lama pakai produk OLIVE ni, sebab skin aku jenis DRY, produk Olive ni memang best. Bukan saja syampu, body milk, body shower, semua aku guna brand Olive, dah lah wangi, baik untuk kulit aku, best sangat! Korang sesiapa ada masalah kulit sensitif, boleh try Olive dari Mea Natura ni, sebab memang menggunakan organic virgin olive oil dan natural ingredient.

Jangan lupa ke Outlet Hair Depot IPC Shopping center atau di outlet berdekatan korang okay!!!

more info :

Facebook : Hair Depot
Instagram : @hairdepot_my 
Website : www.hairdepot.my

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...