01 November 2017

6th Anniversary Yang Indah Susah Senang Bangkit Bersama

Aku cuba search keyword " anniversary " kat blog aku ni, rupanya tiap tahun juga aku update pasal anniversary kami, cuma tahun lepas, tahun ke 5 aku tak tahu kami sambut kata mana, lupo dah. HAHA. Jap lagi nak try cari gambar, ada tak, semua tu kena simpan tu, kenangan. hohoho.

*pause*

aku dah cari dah dalam album, memang takde lah wei pic anniversary kami yg ke 5, memang tak sambut ke macam mana ni? hahaha, aku pun lupa. sebab apa yang aku perasan, dalam album, 28/10 aku pergi class makeup elyn. HAHA. choii lah.

OK xpelah, dah lepas tu xpelah, harini kita cerita yang tahun ni je. boleh kannn. HAHA. 6 tahun, 6 tahun bukan lah tempoh yang sekejap, agak lama, tapi kami menempuhi 6 tahun yang indah, indahhhh. Dikurniakan 2 ketul anak yang bijak dan comel. Alhamdulillah.

6 kuntum bunga rose simbolik 6 tahun mengikat cinta, * katanyaaaa * haha

2 tahun pertama berkahwin, kami PJJ, suami aku masih kerja di Manjung Perak, then pindah ke Pulau Pinang pulak, tapi di Penang tak lama, beberapa bulan je, then di berhenti kerja, pindah duk KL dengan kami. Dengan ekonomi yang tak baik masa tu, suami aku gigih buat freelance sana sini. Rezeki masih memihak kepada kami, masih cukup makan dan pakai.

tahun ke 3 kahwin, aku mula berniaga, perniagaan aku laris, apa saja aku jual, laris, Alhamdulillah, suami aku sambil buat free lance, sambil tolong aku meniaga, aku ingat lagi paling banyak aku jual robocarpoli, berkotak kotak, serius memang banyak aku jual. Tahun ke 4 aku start baking, jual brownies, pavlova, Alhamdulillah juga, larisss. Ramai peminat.

Niat untuk membantu suami, niat kami untuk bahagia, mengeratkan lagi hubungan kami, memang dalam rumah tangga ada turun naik, tipu lah kalau tak gaduh, sedangkan lidah lagi tergigit, tapi suami aku jenis positif, tak suka gaduh, aku je suka gaduh dgn dia. Kalau aku merajuk, dia cepat cepat pujuk. Aku pun takleh gaduh dgn suami aku, xleh lama, kang rindu. HAHA.

Tahun ke 4 anniversary, kami sambut ke Krabi, 1st time buat anniversary vacation, tahun ke 5 nak buat, TETIBA mengandung. HAHA. muncul lak dak Alfi tu dalam perut. Kofkofkof. Kehadiran Alfi, mencambahkan lagi kasih sayang cinta kami. Mengajar kami cara menjadi ibuu bapa yang betul.

Tahun ke 6, sangat indah, kenapa? sebab kami dah PINDAH duduk rumah sendiri, 6 tahun tinggal di rumah mama, finally tahun ke 6 di rumah sendiri. Nikmat apa lagi yang aku ingin dustakan. Isteri mana yang tak mahu tinggal di rumah sendiri, isteri mana yang tak nak ada sebuah dapur sendiri. HAHA. Bila aku cakap kat suami, dia cakap, " sabar ". dan aku masih tak percaya till now, sabar aku telah terbayar. Alhamdulillah, terima kasih Allah.

Bila kami shopping sana sini, orang mesti tanya, " weiii banyak duit, weiii tengah bulan, weiii banyaknya shopping, wei wei wei " sume weiii. HAHAH. Ntah lah kan, susah nak cakap, aku jenis suka simpan duit. Laki aku jenis boros, aku jenis menyimpan, duit aku meniaga, percaya tak kalau aku cakap semua aku SIMPAN.

Dari mula aku berniaga dulu, duit meniaga, semua aku simpan, aku tak belanja, kalau orang lain mesti akan beli handbag, beli kasut, beli jam, makeup, tapi aku, aku simpan, nampak tak kedekut dia. HAHA.

Duit bonus aku, pun aku simpan, sekali je pernah aku belanja, aku beli jam Michael Kors Rm500, haha, sebab aku suka sangat jam tu, sampai skrg aku pakai jam tu, sayang nak tukar, sebab aku pergi mana-mana, semua ckp jam aku lawa. HAHA.

So, bila semua duit aku simpan, dah masuk rumah ni lah time aku berbelanja, duit laki aku bagi, duit laki aku kerja, semua aku simpan kan, so time ni kami berbelanja sama-sama, buat dan laksanakan impian kami, dari mimpi, kami wujudkan mimpi kami jadi kenyataan. Masa ni lah.

Tapi still dalam kadar jimat cermat, rumah tu kami wujudkan suasana ceria, biar nampak macam rumah, taknak lah mcm rumah tumpang kan. 6 tahun impikan nak tinggal kat rumah sendiri, makanya, kena lah jadikan rumah tu macam rumah impian, biar kecil asal selesa, luar setinggan, dalam condo, gittuh! hahaha.

28hb haritu asalnya kami di JB, ambil opah, opah jaga menantunya dalam pantang, hehe. Adik lelaki aku dah ada anak, adik ipar aku bersalin bulan lepas, dapat anak perempuan, rindunyaaa kat Inara.

disebabkan kat JB, kami x plan pun nak sambut kat sana. Surprise apa pun xde dr laki aku, sedehhh! HAHA.

Then ingat nak buat candle light dinner Ahad tu, tapi laki aku busy pulak kat cafe, staff sampai MC, so dia kena stay kat cafe sampai malam, so ermmm, krik krik krik jelah, Isnin cafe tutup, so kami pergi lah lunch date, tempat fav kami skrg Ikea, so lunch date kat ikea sajorrr. hahaha.

Sampai Ikea, laki aku suruh amik kasut dia kat bonet, aku selamber amik kasut, then bagi kat dia, dia tengok muka aku, dia senyum, aku pelik lah, kenapa, dia cakap " lahhh tak nampak ke, aku tanya, nampak apa? " hahahaha lawak gila weh!

Aku pergi bonet balik, tengok tengok rupanya ada roses terselit. HAHA. luls. Lawak weiii! serius memang TERsurprise sangat aku ni! hahaha. siap ada 6 kuntum bunga rose. Lambang 6 tahun tempoh perkahwinan. alahai, kenapa sweet sangat ni sayang! TQ sayang!!! bercium cium lah kami kat parking Ikea tu, opppsssieee, HAHA. tak tahan nak cium gak dia. hahahahaha. * cium pipi sajorrrr lorrr * haha.

Pergi Ikea, shopping lagi, beli almari makeup aku, dan asalnya nak cari meja makan, tapi out of stock lak, menyampah!

6 tahun berkahwin, 2 ketul anak, sorang lelaki dan sorang perempuan, dapat tinggal di rumah sendiri. Rumah idaman. Apa lagi mau? just hidup dengan bahagia saja lah! haha.

Apa sangat yang nak kejar di dunia? semua untuk bekalan di akhirat nanti, dapat hidup dengan sempurna, dapat jadi kaya itu bonus. Aku cuma doakan, rumah kami bercahaya, diberkati, dan semoga penuh iman di dada kami anak beranak supaya senang " disana " nanti.

Terima Kasih Allah untuk 6 tahun yang indah, yang ada pasang surutnya.

Semoga kami kekal bahagia sehingga ke Syurga. Amin.

Safura Love Fadhlan

xoxo muah

4 comments:

Nurzakiah Hanum said...

alhamdullilah
tahniah

Maria Firdz said...

Moga berbahagia selalu rara dan suami.. Hingga ke syurga idaman..

Liyana said...

happy anniversary rara & husband :)

Normi Nieza said...

hepi anebesari rara..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...