03 November 2017

Alfi 11 Bulan Tak Main Ah Makan Puree Nak Main Dengan Orang Besar

Alfi dah masuk 11bulan, eh 11 bulan? biar betul, ke salah kira ni? HAHAHA. Kenapa mcm rasa baru semalam je perut kena belah ni? Kenapa rasa mcm baru je lepas cium bau syurga ni, aduhhhhh cepatnya masa berlalu. Cepatnya anak nak besar. Ya Allah Ya Allah!

1hb Nov haritu Alfi dah 11 bulan, nampaknya mcm nak berjalan dah, berdiri lama, dia cuba angkat kaki, pastu jatuh, hehe. tapi jenis tak serik, cuba lagi, semalam nampak dia meniti niti kat dinding, memanjat sana sini, panjat tangga, kalau di biar, mau sampai atas.

Peel dia, kalau dia tahu dia buat salah, dia akan tengok kita, senyum senyum, means dia tahu dia buat salah. Pastu kepak kepak kan tangan laju laju bila kita marah dia. HAHA lawak! anak ni memang penghibur kan, hehe.

Dia baru je sihat ni, sebelum ni tak sihat, sejak dr seminggu sebelum pindah rumah, maybe badan dia penat, ibuu bawak kesana sini beli brg, pastu rumah pulak berhabuk teruk, tu yang selsema batuk tu. Now much better, batuk ada, tapi jarang sangat dengar dah. TQ tu my essential oil juga.

Semalam Khai datang rumah hantar brownies. Rupanya adik Alfi suka lah orang datang rumah, di punya lah excited tengok ada orang datang, sibuk menyembang dengan uncle Jebat and Aunty Khai, apa sembang tak tahu. Pastu excited tengok abang abang.

Oh suka berkawan rupanya anak ibuu ni.
Abang abang datang, maian dapur kakak, eh dia pun sibuk, ni bukti. hahaha. Pinjam pic khai, biar lah pendek pun, janji dapat join abang abang main. Lepas tu abang and kakak lari sana sini, dia pun ikut, merangkak lah ikut abg dgn kakak berlari sana sini, alahaiii, Try Hard sangat awak dik, ibuu suka semangat ittew! hahahaha.

Tak pe dik, sikit lagi dah nak dapat kaki, nanti boleh berlari dah ye. hehe.

Muka tengok abang dgn kakak main, hehe. Iyan adik.

Alfi dah tak makan puree, eh memang dari dulu tak makan puree, sbb dia tak suka, aku bagi dia bubur nasi terus, blend siap. Now dh 11 bulan, aku buat sup sayur dgn bubur nasi je untuk dia. Sejak beli Pressure cooker haritu, aku memasak bubur dengan sangat mudah sekali uols! 10minit bubur siap! kalau tak, masak bubur berejam kot!

Nanti aku tunjuk mcm mana nak masak bubur guna PC tau! doakan aku rajin. HAHA. lepas ni dah setahun, adik dh boleh makan mcm mcm benda lain pulak, yeay! senang ibuu leh masak skali je dengan makanan kakak. luls.

OK iklan sat, BTW aku ada jual blend essential oil okays! nak tackle apa apa masalah, just wasap! Jangan lupa follow more info pasal EO kat IG aku, @safurara. okbai! muahciked!

3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

cutenya

Princess Serra said...

Jemput singgah :)

https://messarah.blogspot.my/2017/11/tips-muka-berseri-tanpa-mekap-makeup.html

AimNub Haris said...

Sekejap je Alfi oiiii...
Pejam celik, pejam celik, baru nak pejam balik kamu dah setahun Alfi.. hahahahahaa.. :p

Semoga terus membesar jadi anak yang sihat, bijak dan soleh.. kiss kiss from aunty..

...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...