Image and video hosting by TinyPic

30 November 2017

Alfi dah nak SETAHUN? Kenapa Nampak Macam Baby Lagi ni?

Alfi Imann Idraqi Bin Muhammad Fadhlan

Sempena hari kelahiran adik esok, marilah kita buat sedikit cerita throwback. hihi. Kehadiran Alfi sebenarnya sangat mengejutkan kami, aku dah lama hint hint kat Suami, mcm nak baby lagi, sebab kakak dah besar. Tapi dalam masa yang sama, rasa mcm dah selesa dgn kakak je, sbb kakak dah besar, senang dah nak bawa ke mana-mana.

Tapi kdg-kdg rasa membuak-buak nak baby tu datang. Sakit czer bersalinkan kakak pun dah hilang, makanya mak berani untuk mengandung lagi. hihi. Aku pulak acah-acah berani nak bersalin normal kali ni, dan teringin sangat nak bersalin normal.

Dalam pada kata ye nak baby tu, tapi kami suami isteri masih play safe, HAHA. Rasa nak, rasa tak nak, Tapi yelah, KUN FAYAKUN, kalau Allah kata jadi, makan jadilah dia. Masa tu aku ingat lagi, aku sibuk berdiet, tapi berat tak turun turun, skipping 200x tiap hari, lepas tu aku demam, 2 kali aku demam. Lembik, aku ingat just biasa-biasa je.

Period lambat dari biasa, aku jenis yang period memang datang tepat pada masa, so bila tetiba dah masuk 3minggu x datang, gila kau x cuak. Hati membuak2 nak pergi buat test, suami aku mcm biasa, nanti nanti, hari Jumaat, aku ingat lagi, tak boleh jadi, aku pergi juga beli upt, dalam toilet office juga aku test.

Laju je naik 2 line, terang benderang. Allahu, aku nangis sekuat hati, dalam pada nak diet, skipping, dia tetap kuat dalam rahim aku, Allahu. Aku gembira. Gembira sangat. Laki aku pun tetiba excited. HAHA, padahal aku masa tu takut gila nak bgtau dia, ntah hape hape, takut kenapa ntah.

Hari-hari aku berdoa, aku nak baby boy, dorang kata, nak anak apa rasa? of course boy, aku ingat lagi ciknaa nasihat aku, nak baby apa, minta je kat Allah ra, doa hari2, bernazar sikit. So aku berdoa, bernazar, Dan lepas scan, doc kata insyaAllah boy. Allahu, sedih lagi. Allah makbulkan doa aku, Terima Kasih Allah!

Adik lahir 37w, ntah kenapa awal, aku pun tak faham. haha, dan xde rezeki aku nak bersalin normal, korang baca lah kronologi aku berankkan Alfi kt entry lepas, aku dah tulis hihi. Aku redha even kena czer, mungkin ini yang terbaik.

Alfi lahir :
1hb Disember 2016
7.20am
3.2kg

Keluarlah seorang lagi anak ibuu dan papa, sempurna sifat, comel, putih, rambut lebat. * sebak *. Tak sangka adik secomel ini. Kakak pun asek cakap, kakak sayang adik sebab adik comel. hahaha. kalau tak comel x sayang ke kakak? hihi.

dan muka adik, samaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa dengan kakak masa baby, dan that means, dorg dua beradik ikut muka apak dorg lah. HAHA. laki aku ckp, xpe, boleh try lagi HAHA. ngek!

ni pic baru lahir, fresh from oven.

Masa ni aku pregnant, melompat sana sini. main slide jatuh terhentak. Allahu. sabar jelah kau safura. HAHAHA.

Masa aku mengandungkan adik, serius cakap, muka aku berseri seri, glowing tak tentu hala, tak macam kakak, masa pregnantkan kakak, selebet gila kot. HAHA. Then aku sangat cergas masa pregnantkan adik, baking, ke sana sini, g event, siap g kelas makeup even boyot. HAHA.

Aku takde mengidam teruk, cuma mengidam nak cincin biru, luls. Cincin permata biru, nak sangat! serius, tak tahu lah jenis terliur mcm mana ni, last last dapat wei, memang ini lah yang aku cari, suami aku hadiah kan, TQ sayang.
Ni masa 36w, g kenduri, memang nak makan nasi kenduri sangat, dapat, terus beranak. HAHA.

Kakak sangat sayangkan adik, haha. sayang gila kot. adik xleh di marah, xleh usik, tp dalam pada sayangkan adik, dia tanya lagi " ibuu bila nak bagi kakak adik girl ", hahaha. Siap cakap " kakak memang sayang adik Alfi, tp kakak nak adik girl pulak ". Kakak! sabar ye kakak. hahaha. ibuu rasa oksigen pun tak cukup ni. HAHA.

Korang nak tahu tak, masa mengandungkan alfi aku kena Kayap, huhu, benda yang sangat ngeri yang terjadi pada aku, aku tak cerita kat sapa-sapa pun, sebab sakit kayap masih terasa. Nanti lah aku cerita bila dah bersedia, aku anggap, ini lah bahagian aku, Allah uji, nak anak lelaki kan, so Allah uji sikit. hehe. 3 minggu juga aku senyap kan diri. merawat kayap, 1 je aku ckp, kayap sangat sakit! mcm nak mati.

Adik membesar dengan jayanya, Alhamdulillah xde masalah, cuma bulan lepas, teruk dia batuk selsema, maybe sebab cuaca dan dikelilingi oleh budak-budak yang tak sihat, but now, adik dah sihat sepenuhnya.

Adik is mat Senyum, suka senyum dengan sapa sapa pun, friendly, dan senyuman dia, akan buat korang melt, serius ahhh, memang cair tengok dia senyum, HAHA. Adik dulu lahir putih, pastu hitam, now baru cerah balik. kenapa dik? HAHAHA.

Adik masih lagi menyusu badan sampai ke saat ni, Alhamdulillah, ada rezeki adik, aku niat nak susukan dia sampai 2tahun, pernah aku nak give up masa nipple luka teruk, tapi aku kuatkan hati.

Adik sangat manja, dulu kami ingat kakak tu dah habis manja, rupanya adik lagi manja, nak nak pulak dia BF, lagi lah manja, now adik ada 5 batang gigi, OTW lagi 2 batang. HAHA. Kuat mengigit. Suka masukkan benda dalam mulut, dan kuat makan! HAHA. 

Ada orang cakap, adik mcm baby baby lagi, tak macam nak setahun, eh memang lah, aku punrasa, kakak dulu nampak cepat tau matured, adik ni nak dekat setahun pun mcm baby lagi. HAHA. lelaki mmg lambat matang kot kan. HAHA.

Takde apa yang ibuu harapakan dik, doa ibuu semoga adik jadi anak yang soleh, adik sihat selalu. semua orang sayang adik, kehadiran adik sungguh menambah seri keluarga kita, cukup lah kakak dan adik, tapi kakak dok mintak adik girl pulak, so mcm mana dik? suruh kakak tunggu dulu lah kan. hehehe.

InsyaAllah Sabtu ni ada birthday party adik, nanti aku update lagi. hehe. ok bai ♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. semoga adil alfi membesar menjadi anak yg soleh...

    ReplyDelete
  2. happy birthday alfi omel... mmg nampak baby2 lagi alfi ni tau.. geram jer auntie tgk dia.. hehe

    ReplyDelete
  3. alaaa debab nyee adik..geram kan.. btul ra, anak aku even dah 2y aku rse mcm baby lagi..hihii

    ReplyDelete
  4. Selagi tak bagi adik perempuan tu, dia akan minta sampai sudah Ra..Kat rumah ni pun sama..Tambah kalau bergaduh dengan adik dia akan kata.."..sebab tu la kakak kata nak adik perempuan..bukan yang ni.." sabar je la..

    ReplyDelete
  5. Aaaa, tetiba rasa tak sabar nak baby even bru 2 bulan. Doakan scha eh! :)

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com