Image and video hosting by TinyPic

23 November 2017

Arayyan Kids Dengan Susu Kambing dan Kiddy Kit Edu Play Bantu Anak Bersedia Untuk Ke Alam Persekolahan

Anak-anak kalau kata nak kesekolah, mesti mereka jadi tak sabar kan, nak nak kalau ada abang dan kakak yang sudah ke sekolah, mereka pun tak kurang excited nak ke sekolah. Seronok tengok situasi macam ni, bina semangat mereka untuk belajar, jadi pandai, jadi orang berjaya kelak. Macam kakak Sophea, aku suka belikan buku, pensil warna or apa saja barang yang boleh buat dia rajin nak belajar, dia sendiri memang suka belajar, itu yang kalau keluar makan ke, berjalan ke, mesti kena standby buku dan pensil, sebab dia mesti nak menulis. If not, kertas order dengan pensil kat restaurant lah jadi mangsa. haha.

Oh ya, lagi satu, tips untuk anak diam di kedai makan, begitu lah, anak-anak ni kadang-kadang depan orang lah dia nak buat perangai kan, nak tunjuk perangai ' elok ' dia tu, hehe. Geram je rasa kan. Anak-anak ni bukan apa, mereka pun tahu bosan, dan mana lah nak reti duk diam kan, so itu lah penyelesaiannya, bawak pen kertas siap-siap dari rumah, bagi mereka buat aktiviti di meja makan tu, lantak lah orang nak cakap apa, janji anak diam. hehe. #nogadget

Kalau korang malas nak bawak kertas, aku nak suggest korang bawak Kiddy Edu Play ni, pada aku, memang sesuai sangat tau nak bawa ke mana-mana, anak-anak pun mesti suka sbb warna kiddy set ni sangat lah menarik! Aku pun teruja tau! TAPI cop! tu nanti lah aku cerita, nak cerita pasal suppliment susu kambing ni dulu.

Arayyan Kids Dengan Susu Kambing


Sebelum beli Kiddy Edu Play untuk anak-anak, marilah kita kuatkan otak dan minda anak-anak dahulu supaya lebih cergas dan cerdas. Bila cergas, cerdas, baru lah buat apa pun dia fokus dan cepat belajar, betul tak?

Arayyan Kids ini adalah direka khas untuk lebih fokus kepada perkembangan minda kanak-kanak dan diformulasikan daripada buah-buahan asli terpilih, Arayyan Kids Dengan Susu Kambing mengandungi Buah Delima, Susu Kambing, Kurma, Kismis, Berries, Apricot, Gingko Biloba, DHA, Pennywort, Zaitun yang sesuai bagi perkembangan minda kanak-kanak selain sebagai imun tubuh badan kanak-kanak tehadap penyakit.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Arayyan Kids Global Holdings Sdn Bhd, Abdul Ahmadil Razman, Arayyan Kids Dengan Susu Kambing bukan sahaja menguatkan otak kanak-kanak, malah dengan kandungan campuran mineral, anti oksida, vitamin dan esktrak herba menjadikan membantu menguatkan gigi dan tulang serta sistem saraf.

Dengan perisa 100% buah delima (pomegranate) dan adunan susu kambing supplement ni rasa sangat sedap berlemak susu serta berkhasiat untuk tubuh badan kanak-kanak. Si kakak Sophea, skali makan 3 biji, geram betul aku, dia kata sedap ibuu sedappp! memang lah sedap kakak oi, hahaha. Ibu pun duk sibuk skali telan supplement ni, semoga minda ibu pun cergas dan cerdas, hihi.

Serius korang, memang sedap sangat Arayyan Kids with goat milk ni, tablet pula warna pink, lagi lah anak-anak suka, teruja nak makan, rasa pula sedap. Mana tak sedap, tengok lah bahan yang digunakan, memang semuanya ada khasiat tersendiri.

Semoga, dengan izin-Nya, anak-anak lebih fokus terhadap pelajaran, mudah menghafal sekaligus menyegarkan tubuh badan.

Untuk anak anak, cara makan senang je, 1 - 2 tablet sehari, pagi dan malam, boleh isap atau terus kunyah. nyum nyum.
budak ni makan 2 biji skali gus, sedap katanya, geram aku. haha
Okay, dah cerita tentang supplement otak dan minda, baru boleh cerita tentang Kiddy Edu Play ni, aku excited sangat dengan Edu Play ni weh, sebab dia datang dalam1 kotak, yang dalam dia ada semua! Nak bawa ke mana-mana pun mudah, anak-anak boleh buat aktivi di mana-mana saja.

Cara jauhkan gadget daripada anak-anak.


Anak-anak selalu minta gadget kenapa? sebab mereka rasa gadjet, you tube tu lebih menghiburkan, betul tak? now kita kena ubah semua tu, jangan beri anak rasa yang gadget lagi best, biar dia main, biar dia guna otak dia, biar dia berfikir itu lagi baik sebenarnya.

Aku as a mom memang akui, anak nangis, hulur je phone, mudah! diam terus, tapi lama kelamaan, korang tengok lah effect dia. Sebab tu lah aku now memang dah tak charge tab Sophea. Aku biar xde battery, weekend baru aku charge utk dia tengok sekali skala. waktu lain, main lah dengan mainan masak-masak, slime, and all the books.

Aku ada buat video masa kakak unbox kiddy edu play ni sebenarnya haritu, ada di Instastories, nanti aku upload di IG dan FB okay, kalau tengok keterujaan dia, mmg over, hihi. Dia mmg suka benda-benda gini, nak nak bila tengok ada set pensil, color, puzzle. mmg dia suka.

See, dalam 1 korang ada semua ni, mcm mcm benda ni, mana lah budak tu tak happy, aku dapat rasakan, if korang belikan kat anak korang, mesti dorg happy juga. Eh, boleh dijadikan hadiah birthday juga tau, why not.

“Set ini merangkumi aktiviti-aktiviti yang menggunakan konsep 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mewarna. Ia dilengkapi 16 item termasuk buku, cakera padat (CD), alatulis, krayon, pensel warna, set mini puzzle dan macam-macam lagi.

“Pastinya, ia memudahkan kanak-kanak memahami huruf dan nombor dalam bilingual dalam aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan dalam set pembelajaran ini. Kami bersungguh-sungguh dalam usaha membantu mempercepatkan penguasaan asas pendidikan kanak-kanak "

Dengan memberi buku, kita tidaklah boleh terus expect yang anak akan terus pandai, kita kena ajar 1 1, mungkin dia akan mewarna, conteng, or lihat dahulu, tak apa, its takes time, bagi dorg belajar, tapi macam kakak Sophea, maybe sebab dia dah sekolah, dah pandai buat semua latihan, pandai susun puzzle semua. so okay lah kan, sekurang-kurangnya dia ada aktiviti baru.

Lagi 1 yang best tentang Kiddy Edu Play ni, ada juga terselit CD, CD music video dan CD video kartun, ni bukan melalaikan, tapi salah satu aktiviti best yang kita boleh lakukan dengan anak-anak, idok lah mereka main sorang sorang kan. Kita boleh join bernyanyi dengan mereka.

Korang malu ke nyanyi dengan anak? aku tak malu pun, kdg kdg join kakak nyanyi sama-sama dan layan kartun sama-sama, sampai lah aku dah boleh hafal dialog kartun tu. luls.
ini budak balik school terus cr set buku arayyan kids dia. 

sedikit sejarah tentang Arayyan Kids ni :


Arayyan Kids Global Holdings Sdn Bhd diasaskan oleh pasangan suami isteri Abdul Ahmadil Razman dan Surita Abdullah pada tahun 2010 lagi. Abdul Ahmadil selaku CEO manakala Surita sebagai Pengarah Urusan syarikat.
Dijalankan secara total menerusi atas talian (online), perjalanan syarikat ini tercetus selepas pasangan ini melihat perkembangan minda anak-anak sendiri selepas diberi pendedahan kepada pelbagai set pembelajaran.



Namun, walaupun diberi latihan menggunakan set pembelajaran yang mahal, anak-anak terpaksa kembali kepada asas (back to basic) apabila melangkah kaki ke alam persekolahan yang mana mereka terpaksa menggunakan pensel, pensel warna, krayon dan sebagainya.

Jadi dari situ tercetusnya idea untuk menghasilkan set pembelajaran sendiri. Bermula dengan rekaan buku-buku ilmiah khas untuk kanak-kanak yang baru hendak bermula mengenal huruf dan nombor.

Mengambil masa selama 3 tahun setengah sehinggalah pada pertengahan tahun 2013, 25 buah buku asas siap sepenuhnya khusus untuk kanak-kanak bermula daripada usia dua tahun. Pada pertengahan tahun 2015 pula, kami mendapat idea untuk mengabungkan supplement minda di dalam pakej pembelajaran awal, maka kajian dibuat di makmal menggunakan ekstrak buah-buahan.

Bagus kan idea mereka suami isteri ni, aku suka lah, sebab dapat kembangkan minda anak-anak dan juga mengelakkan anak-anak menjadi addicted dengan gadjet.

OK, asyik bercerita je, berapa harga semua ni?

Arayyan Kids Dengan Susu Kambing didatangkan dengan 30 biji tablet 1200mg setiap satu menjadikan Arayyan Kids Dengan Susu Kambing makanan yang lengkap untuk kanak-kanak dan boleh didapati dengan harga

RM 79.90 untuk Semenanjung Malaysia dan RM89.90 bagi Sabah dan Sarawak.

Manakala Kiddy Kit Edu Play Set pula boleh didapati dengan harga RM169.90, jauh lebih murah daripada produk dalam segmen sama di pasaran.

Kalau nak tahu tentang promosi atau feedback customers, boleh follow

Website: www.arayyankids.biz
Facebook : @KidsArayyan
Instagram : @ArayyanKids


TQ for reading!

sebelum tu cop! jom enjoy video kakak unboxing Kiddy Edu Play ni, buka separuh jalan, dah x sabar nak main puzzle. HAHA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com