Image and video hosting by TinyPic

24 November 2017

Cantiknyaaaaa Template Baru Safura Online Diary

Sejak dari tahun 2008 aku ada blog, aku memang suka tukar template blog aku, aku jenis cepat bosan. HAHA. Tapi sejak blog dh susah nak handle, aku dah malas nak design sendiri, aku upah je designer blog. Mudah, tak payah nak pening pening fikir pasal coding. Serius korang, if korang tukar template, or design sendiri, coding tu mmg boleh buat nangis wo. Nak nak kalau internet pulak slow. Mampus nangis depan pc. haha. So that y aku tempah je, hahaha.

Masuk template yang ni, dah 3 kali kot aku tukar dan tempah dengan orang. HAHA. kan aku ckp aku cepat jemu. Dulu mula-mula aku tukar, template pink, ada gambar kakak Princess masa baby kat tengah, siapa pengikut tegar aku mesti ingat. Lepas tu tukar lagi template yang ada pic aku dengan kakak Princess kat tepi Kanan blog, 2 tahun lepas rasanya, then kali ni, tukar lagi! HAHAHA. Gila betul!

Sebab apa aku tukar, yelah, 1st sebab bosan, kedua sbb template tu ada pic kakak, now aku dh ada kakak dan Alfi, mcm tak adil lak rasa ada pic kakak je kan, cehhhh, alasan sangat. HAHA. SO now aku dah tak buh pic sendiri di template, just kosong je, if nak letak nanti pun aku akan letak kat "About Me" je.

Kali ni aku tempah dengan Mai, Maisara Sidi. Ni pun sbb kak Su yang suggest, TQ kak su, tak menyesal tempah dengan Mai, serius ahhh! Mai design ni, aku tak mintak mai ubah apa apa pun, aku terus proceed, sbb mmg kena dengan taste aku.

Korang pun tahu kan aku jenis mcm mana, jenis minah bunga, minah jiwang, hati tisu, so gini lah template yang aku suka, aku suka kaler dia sbb pastel dan nampak FRESH.

Kalau korang tempah dengan Mai, ada banyak tau package, aku amik package 3 :

Pakej 3: RM70

--> basic + SEO friendly + daftar akaun Google Analytics + submit sitemap ke Google Webmaster Tools + header + body + footer + banner + kotak komen boleh reply + post blockquote + menubar biasa (Untuk responsive drop down tambah RM5) + PERCUMA watermark

Bagi aku harga Mai mmg sangat terbaik dan murah. Reasonable. Korang kalau nak tempah, boleh pergi kat Mai, tapi dia ramai orang tempah, kena sabar lah, aku sbb tak rush, tetiba dah siap mai kata, x sampai seminggu pun.

Kenapa aku suka keluar modal untuk cantikkan blog? ntah lah, untuk kepuasan aku, korang pun tahu kan, aku sayang sangat blog ni, lama aku hidup dengan blog ni, dan mcm mcm aku luahkan kat sini, and now, blog ni jadi salah satu sumber pendapatan aku juga, so aku rasa tak salah untuk aku melabur untuk blog ni.

Bukan saja aku masuk pun seronok, orang yang datang baca blog ni pun mesti seronok sebab cantik. hehe. Client pun mesti suka, if tgk iklan dia di blog yang cantik. hihi. Aku melabur untuk domain, dan juga tukar template. So far tak pernah lagi aku rugi, untung berlipat ganda lagi aku dapat, Alhamdulillah.

1 part lagi aku suka kat template kali ni, sebab ada " thank You " di hujung blog ni. alahai~ suka lahhh! color, fon, bunga, suka sangat! TQ mai!!!! Akak suka dan sangat berpuas hati!

Korang kalau nak tempah kat Mai, boleh Cari mai di FB, wasap or email dia, hi hujung blog aku ada nama MaisaraSidi, klik je kat situ.

Haih, semoga blog ni terus memberi rezeki pada aku, semoga blog ni bermanfaat juga untuk korang semua. Aku pun dah jarang update, mana ntah pergi mood, bila dtg mood sangat lah membuak buak, bila xde mood, bersawang lah. huhu.

Lepas ni kena kekalkan momentum, 1 hari 1 entry. kihkih.

oklah bai LOVE Rara ♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments:

  1. Cantik template ni.

    Boleh lah blogwalking sini hari-hari. Hehe.

    ReplyDelete
  2. Cantik Ra, Kak Sue pun suka. Tetiba rasa nak tukar juga lah.. hahaha.. sama-sama Ra, memang puashati kan dengan Mai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haip jangan, hahaha. kak su punya baru lagu tu.

      Delete
  3. Sejuk dan lembut je... Selembut org nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe, org nya x berapa nk lembut, ganas, tp hati tisu. hehe

      Delete
  4. cantik ngat ra..berbunga² hati masuk sini :)

    ReplyDelete
  5. Cun ra. Sejuk mata tengok..😄 rasa kena boh juga gambar ko dgn budak dua tu. X jemu juga nak tengok org lawa2 ni. 😛

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com