08 November 2017

Jangan lupa checkout Traveloka Make 11.11 Fly

Bulan November dah menjelma, bila dah nak dekat hujung-hujung tahun ni, korang selalu fikir tentang apa? mesti cuti sekolah kan, cuti sekolah selalunya of course kita akan rancang satu percutian untuk anak anak kita kan. Tak kira lah jauh atau dekat, kita mesti nak bawa juga anak anak kita bercuti. Macam suami aku, dia suka juga bawa kami pergi bercuti, tapi tahun ni satu percutian pun kami tak rancang lagi, hehe, sebabnya mcm mcm perkara berlaku, and then kami pula baru berpindah rumah, duit keluar macam air, tak sempat nak fikir tentang percutian lagi. BUT! hujung tahun ni, nak juga pergi bercuti, tak kira! hahaha. Kepala dah benak dah ni, asyik kerja je.

Suami aku ada juga cakap nak ajak pergi Krabi, aku suka Krabi, kakak Sophea pun suka Krabi, kakak kata Krabi best, yelah, mana tak best, dia dapat mandi laut puas puas, walaupun penat island hoping, tapi memang puas hati sangat! dapat tengok laut yang cantik cantik, air jernih, Subhanallah, indah sangat ciptaan Allah.

Kalau tak dapat pergi Krabi pun, pergi Langkawi lagi skali pun okay, Langkawi pun best, haritu kami tak puas betul pergi jalan-jalan Langkawi, nak bergambar kat dataran helang pun tak sempat sebab last day tu kami cirit birit, lepas tu hujan, memang wrong timing lah kami pergi time tu, but still fun. Laki aku ada cakap, nak pergi lagi skali nak bawa Alfi pula. Mesti best kalau bawa Alfi. Budak tu tak pernah lagi pergi bercuti. Dulu masa kakak Sophea, 5 bulan dah berjalan sakan.

Kalau korang nak berjalan, korang selalu prefer naik kereta atau flight? macam aku, tengok keadaan dan tempat, kalau jauh, of course lah kena naik flight kan, kalau dekat dekat, naik kereta pun senang juga. TAPI skrg, dengan harga petrol yang makin meningkat, takde beza pun kalau naik kereta atau flight. dan kadang-kadang, naik flight lagi jimat tau korang! plus boleh rehat, tak perlu penat penat nak drive, nak bergilir-gilir drive kalau mengantuk. Naik flight cepat sampai, selamat, mudah.

Setengah orang kata, " ala, aku tak reti lah nak beli tiket flight. macam mana nak dapat tiket murah, macam mana nak tahu harga tiket flight, macam mana nak tahu syarikat mana yang menawarkan harga yang murah? " alahai, apa susah korang, skarang ni nak beli tiket flight dah senang dah, tak macam dulu. Kalau aku, aku bukak je Traveloka, senang, kat sana, korang taip je nak pergi mana, bila, berapa orang, terus keluar senarai penerbangan yang paling murah, waktu semua boleh pilih. MUDAH SANGAT!

Dengan Traveloka, bukan saja boleh bandingkan harga hotel, book hotel, flight pun boleh uols! mudah sangat, tak perlu nak buka asing asing website untuk bandingkan harga, ni, satu website, boleh terus skaligus bandingkan harga.

Pada korang yang tak tahu, meh nak bagitahu, 11.11 ni Traveloka tak ketinggalan weh untuk buat sale, semua website buat SALE yang gila gila 11.11 ni kan, traveloka pun buat jugaaaaa!!! Make 11.11 Fly!!! wooohooooo. So korang standby lah dari 10, 11 dan 12 November 2017 ni okay, untuk rebut promosi yang Traveloka buat. Masa ni lah nak cari tiket murah untuk percutian korang. Bukan senang nak dapat ni!

Kemana je korang boleh pergi? merata wei! dalam negara? luar negara, semua boleh, kalau korang buka website Traveloka, mereka dah siap senaraikan " popular destination " untuk korang tau. Contohnya, dalam negara sendiri, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching, Miri dan Penang. Kalau luar negara, Traveloka senaraikan Singapore, Thailand, Indonesia, Hong kong, Macau, Brunei dan Vietnam adalah antara senarai negara yang popular untuk pergi bercuti.

Korang nak tahu tips percutian tak? tips paling senang, korang beli je tiket time SALE tu, grab saja! lepas tu barulah korang google tempat tempat menarik, tak perlu risau, sekarang semua dihujung jari uols, esok nak pergi, harini baru google pun boleh, hihi.

Apa yang Traveloka tawarkan untuk 11.11 promotion ni? SOMETHING ARE BETTER TOGETHER! Traveloka tawarkan up to 20% off flight bila korang book flight untuk dua orang atau lebih. Macam aku, helok sangat lah kan, kami suami isteri, kakak sophea dan adik Alfi, kami 4 beranak, mesti dapat offer lagi best ni dari Traveloka. TAK SABARNYAAA!!! 10hb ni aku melekat jelah depan PC. hehe.

Deals ni dorang tawarkan sampai 12 November 2017, so 3 hari lah, aku cadangkan, for now korang fikir dulu nak pergi mana, nanti senang, bila dah buat list kemana nak pergi, 10hb nanti boleh terus key in je data, then terus cari harga yang paling murah. Bukan saja tiket flight, hotel pun boleh terus book from Traveloka. MUDAH wei, semua di hujung jari je.

Aku dah usha usha harga untuk ke Krabi atau ke Langkawi ni, untuk kami 4 beranak, ok lah, not bad korang, baru rm300++, aku tengok tiket ke Langkawi pun 300++ juga untuk kami 4 beranak. Dulu kami pergi, tiker 400++ kot, nanti kalau SALE 11.11 mesti dapat lagi murah ni, adudududud. kena cek simpanan dalam akaun ni, cukup tak tak. HAHA.

Lepas dah masukkan details, lebih kurang macam ni lah mereka bandingkan harga, so korang boleh pilih nak yang mana, penerbangan mana, alaaaa of course lah korang nak yang paling murah kan. hehe. sama mcm aku.

So, cepat pergi bicang dengan suami ke isteri ke, then kalau nak ajak ahli jemaah keluarga skali, lagi bagus, boleh book flight ramai-ramai dah dapat harga lagi murah! weehooo. best kan! boleh buat family day terus dalam flight. hehehe. Ok, itu jelah info nak bgtahu kat korang, aku pun menanti 11.11 ni, tak sabarnyaaaaa. HAHA.

Kalau korang nak buat family day pun okay tau! aku ada banyak idea untuk buat games masa family day, semua yang fun. HAHA. sejak sejak jadi AJK games je tiap kali family day ni, banyak idea best best, antara games yang best aku suka, kotak beracun, kotak beracun tu best tau, semua nervous nak jawap soalan dalam kotak beracun. Tapi nak hadiah, tapi nak jawap soalan takut sebab soalan dia sangatttt beracun. HAHA.

Untuk bapak bapak dan anak anak pun ada games yang best best, salah satu games bapak, pijak pelon yang di ikat pada kaki kawan, hoiii, memang berdekah-dekah gelak kalau buat games tu tau, serius tak tipu, dorang kata perasaan main games sangat menakutkan, yelah, semua nak protect belon di kaki sendiri,sambil tu nak pijak belon orang lain, silap haribulan belon korang dah kena pijak, kesiannnn. HAHA.

Sesiapa yang rasa agak-agak dah lama tak beramah mesra dengan famili, jom lah plan untuk buat family day, book lah flight ke mana-mana, tak perlu penat-penat nak drive, flight time time sale ni, murah weyhhhh!!!

So, apa lagi, ingat, save the date sama sama dengan aku tau! 10hb sampai 12hb November 2017, sama sama lah kita terpacak depan laptop. Tak tahu nak klik link mana, ni aku sertakan kat bawah. cepat check it out! okbai! HAHA. Jangan lupa standby duit dalam akaun. kihkih.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...