Image and video hosting by TinyPic

22 December 2017

Rahsia Bagaimana Islamic Planner dari Plannerhut Terjual Lebih Dari 8000 Buah

Islamic Planner 2018 Hot, Panas, Terlaris


Assalamualaikum, hai, bersiaran kembali. hihi. Busy lah lately, aku dah start baking semula, baru nak panas-panaskan enjin, yelah, nak dekat setahun enjin tak start, sejuk lah dia, lama sikit nak kasi smooth. More info, follow ig @sugarlandbyrara okay! hehe.

Untuk perancangan tahun depan. Korang dah plan ke? aku adalah orang yang selalu tersasar dari landasan, last minute buat kenduri, last minute book tiket flight, dan lain lain, semua last minute, so tahun 2018 ni, aku nak berubah, nak jadi lebih teratur.

Aku nak semuanya terancang, nak bercuti bila, nak kemana, nak buat kenduri bila, dan lain-lain lagi. Macam mana nak merancang masa depan? Of course korang kena tulis, list down all wishlist, baru lah mudah! Betul tak? So tahun ni, aku dah ada Islamic Planner 2018, boleh dah merancang jadual tahun hadapan.

Siapa yang belum ada planner 2018, nak beli planner 2018 yang best, mari baca review ni 2018 Islamic Planner ni.

Terjual lebih dari 8000 buah buat masa ini!


Hebat, memang hebat, owner Islamic Planner ni seorang suri rumah, tapi boleh menjana pendapatan dari rumah dan planner beliau sangat laris. Walaupun tahun ni banyak dah planner yang keluar seakan-akan design Plannerhut, tapi Islamic Planner 2018 dari plannerhut juga menjadi rebutan ramai.

Tahun lepas 2017, kalau korang ada baca review aku, lebih 6000pcs planner beliau terjual, dan tahun ni, dalam beberapa bulan saja, sudah 8000 buah planner terjual. Gila WOW sangat ni! Tahniah team Plannerhut! korang awesome! and stock are running low tau, lepas ni kalau habis, mereka dah tak print dah. So sila grab cepat korang punya.

Idea Hadiah Untuk Sahabat, Idea Hadiah Untuk Suami


As usual, Islamic Planner ini datang dengan box keras, sangat sesuai untuk dijadikan hadiah untuk kawan je, suami ke, anak ke, mak mertua ke. hihi. Just balut, then jadikan hadiah. Mudah, tak perlu fikir nak hadiahkan apa, selalu menjadi masalah kan, kalau birthday je, nak bagi hadiah apa ni. Duk kalut.

Now tak payah kalut lah, order je! hehehe.

Cantik! Kotak pun dah cantik!

Exclusive from Shakina Farhan, i adore u Kina, hebat ni! Bukan calang-calang.

Ok, mari berbalik kena Rahsia macam mana usahawan wanita ini dapat menjual beribu buah planner dalam masa beberapa bulan je.

Biasanya kuasa membeli di tangan pelanggan kan, bila hebat sesuatu item itu, maka, viral lah ia, ( zaman viral kan ), dan disebabkan honest review dari pelanggan, dan di"jaja" kehebatan planner ini, maka, larislah jualannya.

Apa hebatnya planner 2018 dari plannerhut ni?


Secara peribadi, ikhlas dari aku, aku bukak je kotak planner kali ni, aku macam WOW! WOW! WOW! Cantik sangat! kenapa cantik sangat ni. *nangis*. 

Warna cantik, tulisan cantik ( tak kecil tak besar ), Font terang ( mudah dibaca dan dilihat, tak serabut ), design minimalist tapi sangat nice! dan penuh dengan kata-kata semangat.

Bagi aku, inilah RAHSIA bagaimana Planner dari Plannerhut boleh terjual lebih 8k pcs, Planner ni memang sangat " user friendly ", apa yang kita nak, ada dalam ni, apa saja checklist, memang ada. tak perlu dah kita nak buat sendiri. Mudah.

Islamic Planner 2018 Pink

Untuk tahun 2018 ni, Plannerhut bagi peluang kat kita, hehe, peluang apa pulak ni? Peluang untuk kita memilih. Planner 2018 ini didatangkan dengan 2 warna, iaitu Pink dan Biru. Untuk aku, of course lah pilih PINK! HAHA.

Dengan corak tiles 3D, lagilah nampak menarik. #akusuka!

Dalam kotak bukan hanya ada Planner je, kina ada bagi mcm-mcm lagi seperti :

✔Kotak
✔Magnetic bookmark
✔Notepad berkalendar(matching dgn planner)
✔Sticker comel


Jom tengok item 1 per satu.

NOTEPAD dengan KALENDAR KUDA

Tahun lepas tak silap aku takde notepad ni, tapi tahun ni ada, comel! dah lah matchy matchy dengan design Planner. Yang ni aku guna untuk tulis checklist barang yang aku nak beli, or order cake dari cust, HAHA. Risau pulak mak kalau lupa order cust, and sebab dia kecil, senang nak letak dalam handbag.

DAN KELEBIHAN Notepad ni, Kina ada letakkan kalendar kuda, alahai, lupa pulak nk snap picture, yappeda! Bagus sangat idea kina ni! senang tau nak tengok tarikh! aduhhh. Best best!

A5 Planner with Gold Hot Stamping


Planner ni Hard Cover tau, bukan jenis kulit lembik, so tak risau bucu buku ni kemek or terlipat ( acah-acah OCD ). Untuk menampakkan planner ni lebih exclusive, tulisan untuk cover, datang dengan WARNA GOLD, i loike sangat ni! Gabungan pink dan gold, mak suka nakkkkk! Awesome sangat!

Bukan tulisan saja gold, O wired tepi tu pun warna gold, jauh import dari Korea. High quality! Untuk planner 2018 ni, kina menyediakan 200 page FULL PRINTED COLOR dan COLORFUL MONTHLY SERPERATOR! *jatuhrahang*, full printed kot! #sukalagi. 

Barulah segar mata mak tengok planner colorful. Selalu kalau beli planner lain, jenuh lah nak seprate month, yang ni tak perlu yeeee! siap dah untuk korang! Setiap month ada pula MOTIVATION QUOTE!

LOVE sangat!

BELUM HABIS LAGI *JatuhRahang* ada lagi ni. Nak tunjuk korang isi dalam pula.

*drumroll* HAHA over!

First Page, if korang tengok page yang macam ni, hati korang rasa apa?


Aku?


Terasa diri di motivate, dikala down, buka planner ni, baca all quote yang ada dalam ni, pasti tenang. Aku adalah manusia yang sukakan motivation quote, hari-hari aku kena baca quote untuk menaikkan semangat aku.

Kalau orang tanya, hari-hari ke kena naikkan semangat? iyerlah. HAHA. Bagi aku, setiap hari adalah hari yang baru, or every month, everything is new, tinggal bad things yang bulan lepas, start new month, yang baik teruskan or lebihkan, yang buruk atau yang tak baik, kita just lenyapkan. gittuhhhhh~ cukup positif tak? hihi.

Don't Be Sad, ALLAH is With Us.

Buka muka surat pertaman, nampak Quote ni, dengan warna yang terang, cantik, sama mcm kehidupan kita, kena BOLD dan cantik seperti ini.

Apa SPECIAL features yang kina sediakan kali ini? Kali ni Kina tambah banyak checklist, bagi aku, semua checklist ini berguna sangat. Berguna untuk kita perbaiki diri untuk masa hadapan.

Senarai checklist : Jom tengok satu per satu.
⛥12 monthly calendar checklist
⛥12 month review
⛥12 months daily checklist
⛥Ramadan ibadah checklist
⛥Ramadan menu planner
⛥Qadha Tracker
⛥Fasting Calendar
⛥Monthly expenses tracker
⛥Monthly bills to pay checklist
⛥Alquran checklist
⛥Fitness checklist
⛥52 weeks saving challenge
⛥Goals and reward checklist
⛥12 Lined paper

My Quran, aku suka ni, secara tak lansung, if kita sendiri tengok, banyak lopong-lopong tak tick, mesti rasa malu dengan diri sendiri kan? huhu. So mana yang belum tick, kenalah cepat kasi tick.

Fitness checklist, ni pun aku suka! hahaha. Tahun depan nak kurus. Kurus kurus lagi, ntah boleh ke tidok, cuba jelah. haha.

Bils, Saving challenge, cakap nak bercuti kan, kena lah menyimpan duit. hihi. Hujung tahun kasi buka ini checklist wokays! tengok berapa banyak dah saving.

See, setiap quote yang sangat menaikkan semangat, manalah planner ni tak terjual habis beribu-ribu, memang sangat menarik, aku pun personally suka sangat!

Public Holiday, yeay! rancang cuti siap siap nohhhh.

Setiap bulan, lepas jumpa quote, akan jumpa mukasurat ini, ada birthday, important dan goals. Siapa punya birthday, family, suami, anak-anak, tulis siap-siap, takde alasan nak lupa okay, hehe.

Goals, penting tau, nak maju kena ada goals, kena ada target. Target, usaha doa tawakal okay!

Ini tempat untuk korang tulis notes penting, or apa-apa kejadian yang berlaku setiap hari ke, terjatuh tersungkur ke, happy ke, or ada meeting penting ke, tau tau, best ni. #eh lambat pula rasa 2018, tak sabar nak menulis. hahaha.

Untuk bulan Ramadhan! ini mesti mak mak suka!!! RAMADHAN MENU PLANNER! hoiii, aku tahun ni sambut Ramadhan rumah sendiri, mesti kelam kabut wei, nak fikir nak makan apa tiap hari untuk berbuka, so ada Ramadhan menu planner ni, tak payah nak susah-susah fikir, terus tulis je apa nak masak, SENANG WEI! sume dah terancang, nak beli bahan siap-siap pun senang!

TQ lah Kina! awesome sangat planner 2018 ni! #sayasuka!

Qadha Tracker, yang kena Qada, jangan lupa ye, jangan buat buat lupa, aku ni pun banyak nak kena Qada ni. hohoho.

Monthly Expenses Tracker! Kalau rasa-rasa berani, isi lah tracker ni, haha. tengok berapa banyak total lost dalam sebulan. hihi.

Seperti tahun-tahun lepas, kina ada provide sticker, tahun ni pun ada, sticker ni kakak Princess suka sangat, tak sabar-sabar nak lekat kt buku, haih. Emoticon sticker tu, boleh lah lekat kt nota-nota korang. hehehe.

Magnetic bookmark pun ada, pun ada quote juga. iloike!

OK, belum habis lagi cerita, kalau korang beli Planner 2018 ni, bukan saja membeli, automatik masuk contest by Plannerhut tau! Tapi kena buat something lah! Hadiah menarik wei!

Contest #unboxingplannerhut! Hadiah grand prize Rm1000!!! wow sangat ni! Cuba lah korang! mana tahu ada rezeki kan. Syarat-syarat sila baca di gambar yang aku dah tepek ni tau. hehe.

Lagi 1, seperti juga tahun lepas, kina ada buat version International! Sama mcm Planner pink dan biru, tp ada yang ditambah dan ada yang dikeluarkan mengikut keperluan international, gituuhhhhh. HAHA. Siapa minat HITAM, boleh beli yang ni, cantik!

Hitam ni LIMITED EDITION okay! ada 1000pcs sahaja.

Harga : USD14 exclude postage

Andai aku ada terlepas pandang, more details tentang Planner 2018 dari plannerhut, boleh baca di picture yg aku dah tepek ni, hehe.

So bagi yang nak membeli, harga sebuah Planner 2018

Rm47 ( exclude postage )

Untuk yang nak beli, boleh whatsapp : 01120777497

ATAU

Contact agen berdekatan korang :

SELANGOR - KUALA LUMPUR
@theshafis123 - SHAH ALAM - 0162334474

@ctmahcorner - KLANG | PETALING JAYA - 0102217745

@by_naanii - GOMBAK | KUALA SELANGOR - 0133966017

@hazwani_raffar - BANGI | KAJANG - 0169294964

@plannerhut4u - BANGSAR | PANTAI DALAM - 0167850369

@fzuahmad - SELAYANG | BATU CAVES - 0194232937

PULAU PINANG - KEDAH
@plannerhutmuslim - SG PETANI | BUTTERWORTH - 0174795310

KELANTAN
@mommyaisyhana - KOTA BARU | KUBANG KERIAN - 0122220195

SARAWAK - SABAH
@plannerhut.borneo - SAMARAHAN | DESA ILMU - 0123902469

JOHOR
Vendor boutique - Qisha Hermosa - JOHOR BAHRU (walk in ONLY)
@bukuonlineattaqwa - KOTA TINGGI - 0132795592

PAHANG
@chintacreative - KUANTAN - 01120777497

INTERNATIONAL
@samimabrunei - BRUNEI +6737178786

So! apa tunggu lagi! cepat dapatkan copy korang! rugi lah kalau takde planner ni, memang rugi! Once dah habis, kina tak cetak lagi tau! habis kali ni habis lah. Memang hebat lah kina! Tahniah kina, semoga terus success tau! Planner dari plannerhut memang TERBAIK, no wonder boleh terjual hampir 8000 copy! Salute!

jangan lupa follow IG Plannerhut okay!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. teruja baca Fura review pasal plannner ni.. punya la details review.. hehehehehe.. rasa mcm nak gi beli sekarang juga..! :)

    ...

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com