Image and video hosting by TinyPic

04 December 2017

Survey Kitchen Kabinet Rumah Kami di Intech Kitchen Kajang

Tempat Tempah Kitchen Cabinet Murah dan Berkualiti


Dapur memang tempat kita orang perempuan ni kan, yelah, kalau bukan mak mak ni yang masuk dapur, nak makan apa pulok. hihi. Lucky laki aku jenis suka memasak juga, so kalau aku tak sempat, laki akan take over, dan laki aku masak sedap tau. haha.

Mcm yang korang tahu, aku kan baru pindah rumah, pindah rumah biasalah tak semua kita buat sekali gus, ( modal tak besar ) haha. so slow slow kena settle kan satu-satu. And nowwww turn untuk fikirkan tentang kitchen cabinet, macam-macam dah aku survey, nak design mcm mana, nak pattern mcm mana, material apa.

KENAPA PERLU ADA KITCHEN CABINET?


Untuk rumah yang kecil mcm aku, KC adalah penting, sebab KC adalah tempat untuk " sorokkan " barang-barang, hahaha. Yelah, nak simpan stok makanan, nak simpan pinggan dan cawan yang cantik-cantik tu, dan juga tempat simpan tupperware, kofkof.

dan kitchen cabinet yang cantik adalah " penyeri " kepada sesebuah dapur, masuk je dapur, mesti mata akan tengok KC kan, so memang KC penting sangat! hihi.

Yang terbaru, aku pergi survey dekat Intech Kitchen Semenyih ni. Sempat pergi showroom dia. Tengok sendiri material dan hasil kerja mereka. Cantikkkkkk! Kemasss! Sukaaaa! jom tunjuk kat korang design apa yang ada kat showroom.

Intech Kitchen Sdn Bhd ni terletak di Semenyih Kajang, mereka dah bertapak dalam bidang kitchen design ni hampir 7 tahun, 7 tahun adalah jarak masa yang lama kan, so mereka ni pada aku memang pakar lah bab design dapur ni.

Pada aku, kitchen cabinet, bukan lah satu benda yang kita akan selalu tukar, so bila nak tempah, kena pergi kepada yang betul pakar, supaya dapat tahu apa tips dan trick yang betul bila nak cari material dan design, supaya tahan lama hendaknya, dan design tu mesti lah jenis yang tak lapuk dek zaman. hihi. Biar nanti dah 30tahun pakai design tu pun nampak masih WOW lagi.

Memilih Design Kitchen Cabinet


Memilih design memang memeningkan, serius! di showroom, ada beberapa design yang dorang buat, ni design 1st, yang pintu KCnya seperti kayu-kayu. Tapi mcm aku, tak minat pulak pattern kayu ni. hihi. Aku lebih suka kepada design yang plain. Korang jangan risau, if takde idea nak pilih kitchen cabinet, sini mereka akan suggestkan untuk korang.

Table top with high chair.


Design Sendiri Kitchen Cabinet Idaman


Di Intech Kitchen ni kan, korang boleh design sendiri kitchen cabinet korang, korang nak yang jenis macam mana, nak yang banyak laci ke? kurang laci je, nak shelf tinggi mana, ikut ketinggian korang, nak almari besar mana, semua boleh design.

Korang boleh pilih dulu semua tu, roughly sketch, tunjuk pada dorang. OH! tak reti nak lukis? tak pe, mereka boleh lukiskan kat korang. HAHA. Tinggi mana nak letak shelf, laci nak duk belah mana, ikut keselesaan korang.

bawah ni contoh mereka lukiskan, ikut selesa korang, 5 minit siap 1 design. Memang pakar!

Pemilihan Table Top Yang Betul


Selepas design, step kedua pemilihan material. Memula kita tengok table top, ciri-ciri table top yang PENTING is :

Stain and water resistant

Heat resistant

Anti-Scratch

Impact resistant


Semua ni penting kan korang, sebabnya, di dapur, kita ni kadang-kadang ikut mana yang sempat, periuk baru angkat dr api, tak letak pelapik, terus letak atas table tob, kang tak memasal retak pula table top, so kena pilih yang heat resistant, panas pun takpe.

Stain and water resistant, supaya senang kita nak cuci, nak handle. Anti scratch, kalau tetiba nak potong buah atas table top, idok lah bercalar kan. HAHAHA.

Semua tu penting, mcm aku cakap tadi, kita nak buat KC ni buat selalu, so buat dan pilih lah material yang betul dan tahan lama.

Antara pilihan table top yang ada di Intech kitchen is :

Woodtop, concrete top, solid surface top, granite top, quartz top

Korang boleh lah pilih yang mana perkenan di hati.

Dalam banyak design di showroom, aku suka design ni, putih bersih, pintu dia ialah 4g glass door, dia bukan matte, dia ada pantulan, mcm cermin tu, cantik kan!

Design ni untuk dapur yang besar boleh lah, macam dapur aku kan kecil je, so kena buat design lain, but material boleh je guna yang macam ni.

Wei!!! ni aku suka, design ni bawah dia ada lampu, kalau malam, tak perlu pasang lampu siling, pasang lampu ni je, takde lah gelap sangat kan! And bila pasang lampu, nampak cantik, nampak mewah lah. Suka suka!

Nak tengok magic tak? hehe. Pintu ni nampak je kecil kan, tapi kalau buka dalam dia, hoiiii besar compartment dia!!! Macam-macam boleh simpan ni.

Ni jenis pintu yang terbuka ke atas, so kalau untuk dapur jenis aku, space kecil, senang kan buka ke atas mcm ni, aku mcm dah confirm je nak design yang macam ni, suka lahhh wei!

Ini design ke 3, gabungan warna grey, putih dan table top hitam, agak nice juga kan. Macam aku cakap tadi, semua boleh pilih.

Pemilihan design material dan pintu Kitchen Cabinet


Untuk pintu cabinet kan, korang pilih lah, nak design yang macam mana, nak jenis pintu macam mana, tiada paksaan, ikut budget korang.

Tapi antara material yang biasa Intech Kitchen supply is :

melamine, 3g glass door, arcylic door, 4g glass door, solid nyatoh

Ini antara material yang paling terbaik lah.

Ok, ni lagi 1 design yang korang boleh tiru, warna warm, tenang je masuk dapur, kalau buka pintu, tengok laman yang menghijau, lagi rasa happy nak masak, ewahhhh~ Kau ingat kau duduk tepi sawah padi? HAHA.

ok, nak tunjuk kat korang, design dapur ni special tau. pintu cabinet yang ni jenis roller shutter, tak perlu nak buka keluar, korang tolak je pintu tu naik atas, mcm pintu kedai tu. HAHA. Suka lah aku tengok pintu ni, maybe bahagian ni sesuai untuk simpan makanan, atau makanan kering, pun ok kan.

Guna pintu jenis roller shutter ni memang jimatkan space. Bagus juga untuk dapur kecil macam rumah aku tu kan. hihi.

And then, pilih pula jenis pemegang pintu cabinet, kat sini korang boleh pilih juga nak jenis yang mcm mana, panjang, pendek, bulat, plain, bercorak. Semua ada. hihi.

Ini antara jenis dan color table tob yang korang boleh pilih, macam macam color ada, nak biru, hijau, purple, pink. hihi. Aku punya table top warna hitam, ada glitter gold. So ikut lah citarasa korang.

Oh lagi satu, ni tema Hijau Putih, pun cantik kan, nampak naik seri dapur kita dengan warna hijau tu. betul tak. So terpulang kepada citarasa korang suka yang mana.

Free Consultation and Quotation Kitchen Designer


Ada setengah orang, risau kan, dok panggil panggil mintak consultation, minta quotation, pas tu semua masuk dalam bils. Di Intech Kitchen kan, jangan risau, korang boleh panggil je mereka datang untuk ukur dapur, lukis dan terus bagi harga kat korang. semua FREE!!! Dalam masa 15 - 30 hari siap lah kitchen cabinet korang, yang KC tu kena bayar lah, bukan FREE ye. hehehe.

Intech kitchen ni antara designer dapur yang cover seluruh Malaysia. Korang tinggal di pelusuk mana pun dia boleh datang.

Lagi satuuuu, nak buat korang terujaaaa, cantik kan almari glass transparent ni, OK mari nangis sama-sama. memang cantik, nampak elegan sangat, tapi ni untuk bilik kecil macam rumah aku, marilah kita berhuhuhu sahaja. luls.

Lagi pun laki aku siap cakap apa tau, kalau rumah kita, mana boleh macam ni punya lemari, lemari macam ni kena buh blazzer, buh skirt, HAHAHA choii, habis tu, baju kurung tak leh ke buh dalam ni. haha. tapi betullah dia kata, kalau kita mcm vivy yusof boleh lah kan, hiks.

Tapi kalau almari jenis mcm ni aku suka, nak buh gebor ke, susun bantal ke, orang tak nampak, sebab jenis tak nampak dalam, andai kata orang datang, kain baju tak sempat lipat, kita sumbat je dalam almari. hohoho. bijak kan!

Ok, if korang nak cari tempat tempah wardrobe, boleh juga cari Intech kitchen, pun mereka boleh buat okay!

Ni contoh color yang korang boleh pilih untuk pintu KC, ni jenis acrylic, macam macam color ada.

Dah pernah masuk majalah dah pun Intech Kitchen ni.

Kenapa aku kata Intect ni designer kitchen yang berjaya, tengok lah award award yang dia dah dapat, menang hebat!

Ramai weh orang menempah dengan Intech Kitchen ni, masa aku pergi haritu, ramai customers dia, memang dipercayai ramai lah dorang ni, laki aku pun ritu terus je tanya quotation untuk dapur smurf kami tu, hihi. So okay lah, boleh dah menyimpan duit. kihkih.

TQ jess for good services, ini lah Jess, boss kat Intech Kitchen.

So, for more info, kalau korang berminat, boleh ke :

Website : www.intechkitchen.com

Alamat : 

Intech Kitchen Sdn Bhd
47, jalan mega 1A, Taman Industri Mega, 43500 Semenyih

Contact person:
Jessica : 012-667 0706
Jeff : 0126252528

Sekian bebelan dari aku, moga entry ni bermanfaat buat korang yang nak cari designer untuk kitchen cabinet korang, doakan tabung aku cepat penuh tau, hihi. Baiiii ♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. cantik kan ra.. 4g tu mcm shining skit.. kalo 3g tu kalo anak2 calar abis nampak kaler putih..

    ReplyDelete
  2. aku kenan high chair tu...senang nk bancuh brownies xde la lenguh kaki...bahaha

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com