Image and video hosting by TinyPic

20 September 2018

Kek Unicorn Untuk Kakak Sophea

Buat Sendiri Kek Birthday Anak


Harini nak cerita lah tentang birthday kakak haritu, kakak Sophea dah 6 year, kejap je masa berlalu, tahun depan dan darjah 1 dah kakak. Alhamdulillah, membesar dengan sihat, bijak, cantik. Bab bercakap, jangan sembang lah, macam orang tua wei! mcm mana aku borak dengan kawan-kawan, mcm tu lah dia tiru aku.

Budak yang happy go lucky, mudah mesra ( bila dah panas enjin ), budak manja, budak yang suka benda cantik, kemas, tersusun rapi. Barang-barang dia, selalunya dia akan susun elok elok, tak kira lah kat mana-mana pun, tepi tangga pun jadi di susun barang mainan dia.

Itulah, ingat nya nak beli rak 1 untuk dia letak all barang mainan kesayangan dia. Dia skrg tgh gila kan pony, My Little Pony, semua pon dia tahu. Haritu masa sambut kat sekolah, aku buat rainbow cak dengan My Little Pony. Seronok sangat dia!

Aku ni semua pun nak buat sendiri, kek semua rasa tak sanggup nak beli. Sebab rasa ralat kalau beli, sbb aku rasa aku boleh buat. kahkah!

Ini lah cake yang aku buat untuk kakak. biasa-biasa je, dalam dia rainbow cake, butter cream, atas top dengan mainan je, settle! hehe.

Aku rasa kelebihan aku bila semua benda ni aku ada, so aku boleh lah reka kek ikut mana pon, kalau korang yang bukan bakers, nak buat kek ni maybe makan modal, sebab semua pun kena beli, untuk buat rainbow cake, kurang-kurang korang kena ada 3 loyang, kalau tak jenuh nak tunggu cake bakar selapis-selapis.

Patung poney ni kak Yana belikan, TQ kak! aku dok cari merata, Tak jumpa-jumpa, geram betul. Ini kak yana beli kat area rumah dia. Sophea suka sangat! Sbb semua rakan Pony dia ada, aku nak menyebut namanya tak ingat. haha.

Tahun ni 3x kakak potong kek, on that day 7 Sept dekat sekolah dia, Lepas tu masa family day gojes, potong kek beramai-ramai, then rumah opah. Kemahen lagi anak dara tu.

untuk goodies, aku buat kek coklat moist je, buh dlm bag kertas, lepas tu staple tag " Puteri Imann Sophea Turn 6 ". Senang kerja, guna semua bahan yang ada kat rumah je. Nak beli jajan-jajan pun bukan elok untuk budak-budak tu.

Pagi 7hb tu, awal-awal aku dah gerak dia, nyanyi kan lagu birthday dia. Sekali je nyanyi, terus bangun kata koooo! Excited sbb birthday dia, aku trus bagi hadiah, ingat nak suruh mandi dulu baru bukak hadiah, tapi tak sempat! trus bukak sebelum mandi.

Lepas mandi baru boleh main, sementara nak tunggu papa pulak siap-siap utk hantar dia pergi sekolah.

Dia suka sangat dengan hadiah dia, kalau dia sayang, dia jarang main depan adik, karang adik kacau, dia rela main masa adik tidur. Kadang-kadang kesian dekat kakak. sebab asyik kena buli dengan adik. Sabar yer kakak, kakak seorang kakak yang baik, ibuu sayang kakak sangat-sangat!

pony ni beli dengan ayu, kirim kat ayu masa dia jadi PS untuk Hasbro ware house haritu. Walaupun lambat, dapat juga lah dua ketul ni. Jadiklah. hehe.

Aku bangga sangat tengok kek aku, tak puas dok tengok je, hahaha. Sampai rasa gian nak buat kek, LOLS. Dalam 11am, aku bawa kek pergi sekolah kakak, seronok kakak tengok kek dia, kawan-kawan dia apa tah lagi, naik roboh meja tu dok berebut nak tengok kek. hahaha. Budak-budak kan, tengok my little pony, mmg dia suka lah!

Dalam mata kakak, aku nampak muka dia happy sangat, ibuu is sebak! Dia senyum tak sudah-sudah, dok tengok je kek. hehe.

kawan-kawan kelas kakak, sama-sama 6years. masa ni aku nak snap pic, semua kemahen senyum, amboiii, dah biasa lah ni. hahaha. Mana tak nya, mak bapak skrg setiap saat snap pic anak. so anak tak awkward punya lah! haha.

jadiklah, gambar kami 1 family, kena edit sikit. hahaha. tak sampai hati nk halau budak-budak. Ni pun ticer offer diri nak tolong snap. hehe. Lepas nyanyi lagu birthday, tiup lilin dan potong kek! yeayyyy! semua pon suka! ibuu lah paling suka tengok cut cross cake.

idaman setiap baker. nak tengok cut cross cake. HAHAHA. Alhamdulillah, turn out well, kek pon habis, budak-budak makan licin, berbaloi ibuu bangun 3am siapkan kek. hehe. Siapa nak tempah kek rainbow, boleh lah roger kita. hehe. InsyaAllah sedap.

Masa family day gojes, tiup lilin lagi, tapi ibuu buat red velvet je. haha. Tak larat dah buat kek. lagipun kek kawan-kawan banyak, so makan sorg sikit.

Then, lagi skali aku cabar diri, buat lagi skali kek untuk sambut birthday kakak Sophea dekat rumah opah. Kali ni buat kek Unicorn. kakak pulak request nk kek Princess Celestia. macam-macam lah anak-anak skrg ni kak. Nasib lah mak kau ni bercita-cita tinggi, nak juga buat untuk anak.

Kali ni buat rainbow kek 5 kaler je, sbb kaler dah tak cukup, hahaha. Settle buat cake mcm biasa, kali ni berani mati guna fresh cream, dah lah kek tu nak bawa balik Ipoh, tapi Alhamdulillah, selamat kek nya, cuma fondant je sedih sikit. hehe.

Nak membuat tanduk ni bukan senang yer kawan-kawan, aku guna fondant je, buat tanduk silap silap udah rope taik. hahahaha. Kelakar gila, buat tanduk je nak dekat sejam. Allahu, menguji kesabaran sangat. dah last-last baru dapat rentak. Sanggup tu beli brush baru utk mekap kan fondant. haha.

Ni bukan tanduk, ni dah mcm taik dah. kelakar!!! hahaha. telinga tu aku buat mana yang mampu je, tools tak cukup sebenarnya. Mata pun ikut lah mana yang boleh.

Ini tanduk ke dua, sbb tak puas hati yang tadi udah rope taik, buat lain pulak. Ini udah halus benor. EHHHH geramnyaaa. dok borak borak dgn adik adik aku, kami dok gelak mengekek tengok hasil tanduk. Last last lantak lah situ, malas dah aku nak layan, jadiklah tu, sebab banyak lagi kerja lain nak buat.

Fresh cream adalah sangat sedap! TAPI, dia x tahan panas, cara nak handle pun agak mencabar, so kalau korg nk tempah kek dan guna fresh cream, sila buat waktu cuaca sejuk, malam ke, or majlisnya dalam tenpat aircond.

Kenduri Doa Selamat mak yong ni dah nak masuk 7 bulan, kakak sophea tumpang tiup kek, semoga Ashu dik selamat bersalin nanti tau. muah!

Kakak dan adik, si gedik! hahaha.

Yang kelakarnya, masa balik Ipoh, telinga tu lembik, jatuh mcm tu, ala-ala pemalu, alah-alahhhh, lantak ko lah, malas dah aku nk betul kan, jadiklah tu. hahahaha. Yang kali ni tanduk tu mcm ok sikit. lawa sikit lah. Masa bawak keluar kek, semua pun kerumun kek, semua tak sabar nak makan kek, alahai, seronok tengoknya.

Ada yang ckp kek sedap nak mati, amboiiii, jangan lah mati. pengsan je xpe. hahaha. aku sempat merasa 1 slice kek, lepas tu tengok balik, dah licin. hahaha. Untuk rainbow kek kali ni aku guna pure butter, mmg lagi sedap lah kan, kek pun lembut yakmat! OK weekend ni nak buat lagi!!! hahaha. Tak puas makan kek sendiri. lols.

Untuk kakak Sophea, semoga kakak suka dengan semua kek yang ibuu buat ni, ibuu sanggup buat apa saja untuk kakak, segala bulan bintang ibuu akan bagi kalau ibuu mampu. Ibuu dan papa sayang kakak, baby 1st ibuu dan papa. Alahhh sebak pulakkk. Besar dah kakak. jadi anak ibuu dan papa yang baik yer sayang, semoga jadi anak yang berguna dan solehah di dunia dan akhirat.

OH by the way! siapa nak tempah cake rainbow, meh lah wasap, aku dah bukak order, tapi kena wal-awal yer!

13 September 2018

Rombongan ke Farm In The City Petting Zoo

Tempat Menarik Untuk Anak-anak


Waktu cuti panjang, cuti sekolah, tak tahu nak bawa anak ke mana, aku ada idea untuk korang, Tempat yang best untuk dikunjungi waktu cuti sekolah, FARM IN THE CITY!!!

Tempat ni bagi aku paling best untuk bawa anak-anak selain zoo, sebab tempat dia redup, tak besar sangat, sesuai untuk anak-anak yang suka explore mcm anak aku, anak-anak aku jenis suka explore, suka pegang pegang binatang, so tempat ni paling sesuai!

Kat sini suasana ala-ala ladang di kampung, kita kan kampung dah tak macam kampung, so bawa lah anak-anak datang sini, supaya anak-anak dapat rasa suasana kampung macam kita kecik-kecik dulu. Kat sini boleh pegang binatang, boleh bagi makan, boleh kejar-kejar. HAHA.

Lepas balik dari Family Day, esoknya kami ramai-ramai buat rombongan cik Kiah ke Farm In The City pula. Seronok sebernarnya pergi ramai-ramai ni, tengok keletah anak-anak.

Si kakak Sophea dengan Hannah tu asek berkepit jelah.

Ini kali kedua aku bawa kakak Sophea datang sini. Pertama kali dulu tahun 2015, masa baru buka. syiok betul jadi blogger ni. hehe. boleh baca entry ni,

FARM IN THE CITY 2015
FARM IN THE CITY 2015 partii


tepihhh tepihhh, makcik blogger nak lalu. hehe. kami masuk as tiket blogger, syiok jeee, hari yang kami pergi tu, ramainya lahai manusia, yelah sebab cuti panjang kan. Tapi rezeki kami, masuk ikut tepi je, hehe. Jangan tanya pulak mcm mana nk jadi blogger kat aku. HAHA.

Kalau korang masuk, korang akan diberi gelang, so nanti pakai lah gelang tu. Makanan korang boleh beli di pintu masuk, dia akan bagi 1 baldi, ada mix makanan binatang dalam tu. 1 baldi kecil makanan tu rm10 tak silap aku.

Masuk je pintu, kura-kura gergasi ni dah menanti korang, di Turtle & Tortoise Farm dorg akan bagi lah kankung sorg satu dekat anak-anak, kura-kura tu pun sampai dah tak larat nak makan kankung, ramai sangat bagi dia makan, sampai terdampar kekenyangan. HAHA.

Dekat tepi-tepi akan ada lah kolam-kolam yang ada banyak kura-kura, aku tak sempat nak snap picture sebab orang ramai sangat, nampak kaki orang je. HAHA.

Next ke Reptile Cavern pulak. Aku tak snap picture kat sini, ni kredit tu FITC website, sebab aku geli, ular besar gila! Ada buaya segala. adududududu. GELI!!!! anak-anak suka lah wei!


Eh, kalau korang bawa stroller kat sini, jangan risau tau, sebab ada laluan untuk stroller.

Then terus ke sangkar burung, Bird Aviary. Kat sini anak-anak seronok lah, boleh pegang burung, tengok itik. Tapi sebab ramai sangat, so tak boleh lama-lama. Sobs.

Kambing lalu kat sebelah je, sempat kakak bergambar dengan kambing. HAHA.

Next masuk ke Savannah pulak, kat sini kambing dorang lepaskan mcm tu je, so boleh lah main kejar-kejar. haha. Bagi makan ke, semua boleh. Kambing kat sini semua peramah. haha. Selain kambing, ada juga Rusa dan Alpaca, binatang bijak.

OK ada sedikit dialog untuk Mama Anez, hahaha.

Bergambar di depan sangkar Dusky Wallaby, korang tahu tak, bergaduh-gaduh lah si kakak sophea, hannah dengan si mama anez, budak-budak ni kata kangaroo, tp si anez kata bukan. Udahhh bergaduh depan tu. hahaha.

lepas di google, betullah si Dusky Wallaby ni spesis kangarooo. LOLS. bijak anak-anak kita. hehehe.

depan sikit dr kandang wallaby ni, ada fruits ang vegetable farm, tapi kami tak singgah, dah hujan masa tu, so teruskan je perjalanan, masuk ke Pet Village.

Pet Village ni ada rabbit dan guinea pig. tapi sebab hujan, semua dalam kandang je, dorg tak lepaskan. So kami tak masuk dalam tu, sobs, sempat lah budak-budak ni nak kaut ikan, tapi tak leh lama, hujan makin lebat.

Lepas tu terus ke Mood Lake untuk tengok Swan. Skali lagi anez teruja tengok swan, aku dan mimi just senyum senyum memandang sesama sendiri. kahkah. takpelah, kasi chance lah anez teruja. Tapi swan tu memang cantik! besar dan putih. Anak-anak pun teruja tengok.

kat sini korg boleh feeding ikan koi tau, ada banyak gila ikan, tepi Lake ada mesin jual makanan ikan, jangan risau, sediakan duit sajorr.

Hujan makin lebat, so ramai-ramai lepak bawah kawasan berbumbung dulu, sebelum nak ke next station Jungle Walk, selfie dulu, membawang dulu, sampai anak bosan, jom gerak balik. HAHA.

Dekat jungle walk ni best juga, ada banyak binatang boleh pegang2, ada marmoset. bulu lebat! tapi busuk! haha. Ada juga peacock, Himalayan striped squirrel. So masa hujan tu, bawak lah anak-anak tengok semua binatang tu, xde lah bosan.

see, budak yang lansung tak takut, kalau ibuu, jangan harap lah hoi nak pegang semua binatang ni! SORRY!!!! tapi kakak sophea, mana takut, semua nak pegang, ular, iguana, grrrrrr, good job kakak! HAHA.

Reda hujan, moh lah kita balik, asalnya nak naik Pony, tp masih renyai, so pony tak keluar. tengok jelah dari jauh.

kesayangan sangat 2 ketul ni.
Cerita pasal poney paling kelakar! ko tahu tak si papa sophea mengajing dia, Kat TV kan sibuk anak-anak dengan cerita My Little Pony tu, ehhhhh si papa boleh cakap apa tau,

" kakak, awak tengok pony tu, itu lah pony yang sebenar, mana ada color-color, mcm tu lah rupa sebenar dia, TV tu tipu kakak je " hahaha papa dia gelak.

skali, bila kakak tengok pony, terkulat-kulat muka anak tu, nak memahamkan kenapa pony dalam kandang ni buruk. HAHAHA. kesian anak aku. Jahat gila papa.

Sedarlah wahai anak, yang di dalam TV, semua dusta belaka. hahaha.

Last but not least! bergambar dengan geng, ni sikit je yang ada ni. Lain semua ntah kemana-mana dah. haha.

So korang yang nak datang sini, meh lah, pastikan cuaca cantik tau! mesti best!


Normal Rate : Adult RM55.00 Child RM45.00
MYKAD Rate : Adult RM37.00 Child RM30.00
*Child denotes below 11y/o*Child 90cm below FOC

Farm In The City,
Jalan Prima Tropika Barat 2,
Taman Prima Tropika, 43300
Seri Kembangan, Selangor, Malaysia

12 September 2018

Gojes Family Day Vol.4 at Cyberview Resort And Spa Cyberjaya

Review Cyberview Resort And Spa


Hai hai, nak update cerita family day Gojes ni, tompang laluuuuuuu. hahaha. Ramai yang tanya, GOJES tu apa? hahaha. Gojes atau nama panjangnya Gojes Blogger Supermom and Baby, terdiri dari mak mak blogger, yang dulu nya aktif, hari-hari update blog, sehari 5 entry, sampai sekarang, sebulan skali belum tentu ada entry, merujuk kepada aku lah tu, dan mak mak lain yang dulunya beli cekedis pun update blog, anak tumbuh gigi pun update blog, sampai ke skrg, password pun lupa. HAHA.

Tapi tak KIRA! tittle blogger tetap mahu! hahaha. Aku join Gojes tahun 2012, lepas beranakkan kakak Sophea, dari situ dok kenal kenal blogger ni dari alam maya ke dunia nyata, gituhhhh! Asalnya komen-komen kat blog je, lepas tu di FB, trus rapat.

Tahun ni tahun ke 4 family day gojes, tiap tahun muka aku mesti ada, hehe. Walaupun pelbagai rintangan, finally we made it!

Tahun ni seramai 33 orang family yang join, SERONOK dan meriah gilaaaaaaa!!! biasa lah kan, lepas family day, seminggu belum tentu move on lagi, beribu notification kat wasap. bertabahlah.

Tahun ni kami buat di Cyberview Resort and Spa, hotel 5 bintang ok! ko jangan main-main, dengar je nama blogger, trus dapat special rate. kahkah!

Kali ni buat dalam KL je, tu sebab ramai yang join, kami main kutu dari tahun lepas, rm30 sebulan. sebelum ni takde main kutu pun, lepas post mortem dari fam day vol.3, trus buat kutu, senanglah kan, time nak family day, takde lah nak bayar hotel ke benda benda lain segedebuk.

Review Cyberview Resort and Spa ni aku tak dibayar pun tau, ni saja je review sebab Hotel ni BEST GILA! serius, kena dengan harga lah kan! Environment dia, tak rasa mcm kita masih dalam KL. Suasana hutan, sejuk, nyaman je. Masuk je dalam resort ni, terpukau aku sebab sangat cantik.

Kawasan hotel ala-ala oversea, hehehe. Masuk je bilik. lagi lah teruja! CANTIK! nak kata besar sangat tu tak lah, tapi aku suka sebab semuanya tersusun dan kemas, PALING TAK BOLEH MOVE ON is TILAM DAN BANTAL dia.

HOI sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. laki aku sampai harini tak boleh move on. sampai bukak Agoda, nak repeat lepak sini hujung minggu. Siapa yang nak cari Hotel Untuk Rehat Rehat dalam kawasan KL, aku suggest hotel ni. Breakfast pun best, mcm mcm makanan ada. Puas hati.

bilik kami ada 1 katil Queen, 1 Single, single tu kakak sophea tidur, kemahen dia suka dapat tidur sendiri, tak kena sepak dengan adik. haha. dekat rumah tak nak tidur katil sendiri pongggg.

masuk je pintu, ada almari, singki tempat makeup, ada cermin besar, complete ada iron, iron board semua, tak payah sibuk sibuk nak bawa iron yer.

Bilik kami ada bath tub, sempat lah aku berendam kejap petang tu, lepas tu anak anak conquer, aku nak masuk, kakak Sophea kata, alaaaa ibu tak payah lah, biar kakak dengan adik je, grrrrrrrrrrrr.

ini kawasan menuju ke pool, pool dia ada banyak section dan sangat besar, kawasan resort ni pun besar tau, kalau korang nak tahu banyak lagi pasal Cyberview Resort and Spa ni, boleh like FB Page dia, Cyberview Resort And Spa.

Lepas Check-in, dalam kul 4pm, letak letak bag, kami turun ke pool, kat sana geng-geng dah tunggu, 4.30pm mula pot luck. Kali ni aku masak aglio olio, sekejapan je lesap! si Diana kata 3x dia tambah, sedap yer nakkkk. hahaha.

Antara yang terawal sesi pot luck, lepas tu dah tak snap pic dah, semua dah lari ke kolam tengok anak. Amponkan mak yang muka besar talam dah. tgh diet ni. HAHAHA.

Antara menu yang hado! banyak lagi sebenarnya, tapi x sempat nak snap.

Kolam dia ada banyak section tau, ada yang cetek untuk anak-anak, yang sebelah sinun dalam untuk apak-apak, tapi semua apak kena mandi skali dengan anak, mak mak kau nk makan sambil hiris bawang! hahaha.

tapi aku bukan hiris bawang, aku kena potong jambu, dorg ni bawak jambu, tapi tak potong, bila aku potong, teruja pulak, siap buat tutorial tau. HAHAHA. Dorang tak tahu dulu mak aku meniaga rojak, takat potong jambu, sap sap soi je aku! hahaha.

Belah malam sambung lagi, actually kan, tak puas tau duduk bilik, sebab kejap-kejap je duk bilik, lain-lain semua aktiviti luar, so lepas ni kena buat 3hari 2malam, so lama sikit melepak kat bilik menikmati tilam dan bantal best tu. lols.

Aktiviti malam dimulakan dengan sambutan happy birthday anak anak lahir September. Then terus sesi tukar-tukar hadiah dan lucky draw.

Tukar-tukar hadiah sesi paling best, dari dalam wasap dah kecoh, masing-masing tak tahu nak bagi apa. Hadiah value rm20 ke atas. tapi dak dak gojes kaya raya, bagi hadiah masing masing hebat-hebat, hadiah pulak mcm tahu tahu je nak ke Tuan dia, kena je hadiah dengan tuan. Paling Win kak Leenda lah, siap dapat KIPAS, dia punya happy mcm menang motor, di junjung-junjung kipas tu HAHAHA.

6 kek skali gus! haha.


Acara Game Family Day


Hari Ahad dimulakan dengan acara breakfast beramai-ramai, breakfast sini best tau! mcm mcm makanan ada, cuma mampu dengan tak mampu je nak makan. Anak-anak asalnya tak nak bangun, yelahhh, sedap kan tidur. hehe. tapi paksa! bangun anak bangun! hahaha.

Tahun ni tema kami HIJAU! meriah uols. Tema Hutan sangat. hahaha.

Alfi, pagi pagi dah cheeky! haha

Team Mak Minyak
team goodies
lepas breakfast, semua ke court, lagi 1 yang best nya Cyberview ni, dia bagi je kita main dalam court ni, tak payah bayar, siap ada guard jaga lagi, bila dalam court, takde lah nak risau anak-anak terlepas, semua terkawal.

Acara mcm biasa, di mulakan dengan warming up, lagu Syantik lagi. HAHA. tu si umie tu paling over joget. HAHA. Sampai 2x kooo pasang lagu Syantik. haha. Semua lepas gian ke mcm mana ni.

lepas warming up, acara games pun di mulakan, semua kategori ada, dari anak, mak, apak, baby, semua hado lah! Hadiah pun melambak-lambak, apa lagi, happy lah anak-anak.

ko tengok lah kelam kabut ke tak suasana, kelam kabut dan sangat FUN.

Gambar-gambar ni semua dr photographer, hebat ke tidokkkk! siap hire photographer lagi. HAHA. Itu yang jadi pic berdialog-dialog tu, siap lah kena bahan semuanya. haha.

paling excited skali. hahaha. tu nampak tu, mami leenda dah bg amamat siap-siap, ko jgn main main.

kesayangan!

pertandigan azan, hahahahahaha. tak lah, ni game BOOM, ko tgk lah ramai pengacau kat luar, sampai kena tekup telinga.

game apak-apak mcm biasa, pijak belon. haha. 

Semangat kakak main games, semua games dia masuk. hehe.

TQSM buat suami cikkin, cikgu Zul! sebab sediakan peralatan sukan! terbaek ah cikgu!!! Tahun depan cikgu jadi MC yer! hehehe

Game Radio Karat. semua main tipu! HAHAHAHA.

sampai ke game baby pun ada tau!

ni anak sapa ni apak dia paksa sumbat cekelat dlm baju. haha
Macam biasa, tikar ajaib wajib ada, tapi tahun ni aku tak masuk, bagi lah org lain pulak. 

game straw love, 18sx, HAHAHAHAHA. 

mana muncung waaaaaa...

buat muncung mcm Rina ni hah.

11.30am settle semua acara, penat gelak, sampai sakit rahang. HAHA. Sepatutnya sesi bergambar awal skali, ni last baru buat, sbb photong dtg lambat, but sokkay dik, pic awak cantik cantik!

See! 33 ahli keluarga, memang havoc! best gila, kita jumpa tahun depan pulak ok! ehhh, ke kita kena buat mini gathering ni, mana lah tahu susah nk move on kan! hahaha.

paling semenggah skali gambar, haih! gemoknya safura, 65kg weiiii! Sila diet!

TQ kak yana utk hadiah tukar-tukar, suka sangat hadiah ni! selesa betul bantalnya!!! kenapa x bagi 2, hahaha.

Atas tu bag gudis mak mak, semua sponsor, TQQQ korang! Hadiah sophea pun banyak. seronok budak tu. tahun depan jumpa lagi ok, dah boleh start main kutu dah ni. haha.

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com