Image and video hosting by TinyPic

29 January 2018

Hello Hello Hello

Cepat masa berlalu, dah nak habis bulan Januari, apa yang aku archive dalam bulan januari ni? ermm mcm mcm juga, ada benda yang tak rancang pun terjadi, tapi terjadi, contoh, berjaya bayar PTPTN sampai habis, serius tak terfikir. Lain-lain mcm biasa, masih lagi baking, dan aku dah mula jual barangan kosmetik, memula terjebak dengan Norafurla Mascara, then jual DYXY, and now nak try jual lipstik pulak. Tapi aku jual barang yang aku sendiri pakai, aku tak jual item yang aku tak pakai, aku lebih suka menjual ikhlas dari hati. Tak nak lah jual benda yang aku tak pakai kan.

Boleh di katakan bulan Januari ni aku bermula dengan baik, sangat productive, aku banyak masuk class online sana sini, cuma nak membuat tu tak sempat, tak de masa, Young Living pun aku masih jual, banyak permintaan juga, tapi tak serancak dulu, dan aku masih lagi pengguna setia young living.

Suami aku pun dah melangkah setapak lagi, dah masuk kerja baru, bina kerjaya baru, Alhamdulillah, permulaan yang baik juga untuk tahun ni. Aku nak terus maju dan maju, tak kejar apa pun, cukup untuk bagi anak-anak selesa, cukup untuk tolong orang sekeliling dan berjaya untuk kepuasan diri sendiri.

ermmm okay lah, jam aku dah kul 4.21pm, nak siap-siap ambil Alfi, cuti thaipusam ni aku nak balik Ipoh, banyak wei order aku ambil. HAHA. masak lah nak siapkan, apa-apa pun TQ kwn-kwn Ipoh, korang sangat awesome!

Moh sinsing lengan balik kerja ni. hehehe.

pic xde kena mengena, cuma berangan je, bila lah nak sampai sini - Petite France - Seoul Korea

26 January 2018

Traveloka Nak Bagi Tiket Ke Seoul Secara PERCUMA

Menang Tiket Percuma Dari Traveloka


Alaaa, benci lah dengan Traveloka ni, ada ke suruh main game je, then nak bagi tiket percuma ke Seoul, Phuket and Langkawi, menyampah tauuuuu! kenapa senang-senang je ni nak bagi tiket, mesti lah aku nak join, walaupun tahu diri ini bukan jenis yang pandai main game, alaaaa, tapi game dia kacang goreng sangat lah! semua orang boleh join weiii! Sempena Chinese New Year tak lama lagi ni, traveloka dengan baik hati nak bagi korang tiket percuma ke Seoul Korea, Phuket, Langkawi dan 2x voucer traveloka.

Whoaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa menarik gila! serius best! mana yang kaki game tu, jom lah join, mana tahu korang bertuah, aku ni even tak de lah berapa nak bertuah, tapi nak juga lah mencuba, nak nak kalau dapat tiket flight percuma ke Korea, siapa nak bagi wei, flight + accommodation lagi tau!

Percutian Ke Seoul Korea


Aku dah lah memang dah lama nak pergi Korea, nak cakap aku ni peminat korea sangat tak lah, tapi suka tengok, cuma now takde masa nak tengok cerita Korea, busy hoiii~ Tapi kalau orang nak bagi tiket free ke Korea, nak sangat lah, takkan nak tolak kan! hehehe.

Korang, nak tahu tak mana tempat menarik di Seoul? Aku kan, kalau pergi Seoul, aku nak sangat ke Petite France, aku kenal tempat ni masa aku tengok cerita " My Love From The Star " dulu, kelakar wei cite tu, korang mesti tengok kan, aku tengok petite france ni cute sangat, even tak dapat pergi France, dapat acah acah pergi pun ok lah, hehehe.

Tengok ni tengok ni! cute sangat kan! banyak juga cerita Korea yang shoot kat sini. Kalau malam lagi cantik aku tengok tempat ni. Sukanyaaaaaa. 

Rasai pengalaman berada di Perancis di Petite France yang terletak di Gapyeong. Taman tema yang dibangunkan dengan senibina Perancis ini didedikasikan kepada penulis terkemuka Perancis iaitu Saint Exupery. Anda berpeluang mengambil gambar dengan The Little Prince yang berada di beberapa lokasi sekitar taman tema ini.

Kawasan ini juga direka dengan seni berdasarkan pengembaraan The Little Prince menurut novel tersebut. Terdapat pelbagai muzium, kafe, workshop dan guesthouseyang ditawarkan kepada pengunjung. Taman tema ini juga mengadakan beberapa persembahan sebagai tarikan seperti persembahan muzik orgel, pertunjukan boneka, dan tarian ‘marionette’.

Lepas tu, aku nak pergi MYEONGDONG, rugi lah kalau dah sampai Korea, tapi tak pergi Myeongdong, kalau dalam drama Korea, Myeongdong ni adalah nama tempat yang selalu mereka sebut, aku pun tak habis habis dengan Myeongdong, haha.

Apa yang 100 ada di Myeongdong, Korea ni?


Of course lah nak pergi Hello Kitty Cafe dan Cat Cafe, ampunnnnn seronoknya, kakak Sophea mesti suka ni kalau datang sini, Hello Kitty cafe, kalau cat cafe mesti adik suka, mesti adik picit picit habis kucing kat sana. lols.

Lepas tu, kalau dah sampai Myongdong, rugi lah kalau tak shopping makeup dan skin care! sini lah tempatnya uols. So siapa geng kaki makeup tu, moh lah kita ke Korea sama-sama, doakan aku sampai sini tauuu, seronoknyaaaaa. Teringin sangat nak pergi, eh tapi kalau dapat menang tiket free dari Traveloka ni pun best juga kan!

Lagi 1 tempat yang aku nak pergi si Namsan Tower, adoilahhh, memang kuat pengaruh drama lah aku ni. hahaha. Yelah, popular kot Namsan tower ni weh! Kalau kita kat Malaysia ada KL tower, kat Korea ada Namsan tower.

Kat sini juga lah yang tempat dorg lock lock love tu, sini ada dataran love lock, dan ada muzium teddy bear, bestnyaaa. Bagi aku, kalau datang Seoul, bukan saja kita yang happy. Anak-anak pun happy.

Namsan Tower merupakan mercu tanda paling terkenal di Seoul. Kalau di Malaysia ada KLCC dan KL Tower, ikon kota Seoul pula adalah Namsan Tower.

Dari ketinggian 236.7m, anda boleh melihat panorama kota Seoul secara menyeluruh. Di puncak juga terdapat pelbagai cenderahati ekslusif untuk dibawa pulang.

Jangan lupa untuk tinggalkan tanda kenangan anda di dataran ‘Love Locks’nya yang terkenal. Disini juga terdapat Muzium Teddy Bear yang mempamerkan anak patung beruang yang menggambarkan kehidupan di Seoul pada masa dahulu dan kini serta berlatar belakangkan bandar terkemuka lain seperti Myeongdong, Insadong dan Dongdaemun.

ok lah ok lah, last tempat yang aku nak sangat pergi, even banyak je lagi tempat yang aku dah " mark " kalau aku pergi Seoul ni, tapi ini jelah yang aku cerita kat korang dulu. Tempat yang paling aku nak pergi is " Pulau Nami ".

Wei, gila kau tak nak pergi sini kalau dah sampai Seoul. HAHA. Ni tempat yang paling aku nak pergi sbb 1st drama Korea yang sangat aku addicted is Winter Sonata kot!!! hahaha. Lepas tu nama Pulau Nami memang selalu bermain kat mulut aku, memang nak pergi sangat. Dorang kata pulau Nami jauh sikit, kdg-kdg dorang tak pergi pun sini. Tapi harapnya, kalau aku pergi Korea nanti, dapat lah sampai kat sini. Amin.

Walaupun terletak agak jauh sedikit dari Seoul, Pulau Nami adalah lokasi yang patut anda lawati, terutamanya bagi penggemar keindahan alam semulajadi. Terletak lebih kurang 2 jam dari Kota Seoul, anda boleh pergi ke Pulau Nami dengan menaiki tren dan teksi. Di sinilah penggambaran drama terkenal Winter Sonata.

Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh seisi keluarga di pulau ini. Terdapat dua cara untuk masuk ke Pulau Nami iaitu dengan menaiki feri atau melaluizipline bagi yang sukakan cabaran. Di dalam pulau tersebut, anda boleh menaiki basikal, buggy, bot pedal atau melakukan sukan air lasak. Terdapat juga taman permainan dan perpustakaan kanak-kanak yang menarik dan surau bagi pengunjung Muslim.

Pelbagai hidangan boleh dinikmati di beberapa restoran yang disediakan. Antara makanan yang terkenal adalah ‘nasi goncang’ atau dosirak.

Fly and Win Chinese New Year Challange 2018


Ok habis dah cerita pasal Korea, so doa-doakan lah aku menang, korang pun aku doakan supaya menang, dpt voucer traveloka pun best kannn!!! hehe.

Macam mana nak join game ni? Syarat-syarat :


Korang mestilah warganegara Malaysia, 18 tahun keatas. Itu je syaratnya, hahaha. Korang lelaki ke, perempuan ke, khunsa je, semua boleh join, tak ada hal. HAHA.

Challenge berlangsung pada 22nd Jan 2018 until 28th Feb 2018.

Cara nak main game :

Korang mestilah ada facebook akaun, dan akaun sendiri, bukan yang fake ya! fake dorang akan detect dan terus terminate korang tau. Dan untuk make it clear, sebelum start game, korang FOLLOW dulu Traveloka Malaysia Facebook Fan Page. So annti senang nak tahu update dari Traveloka.

Lepas tu boleh lah main game, main dengan bersungguh-sungguh tau. HAHA.

Start the game.

-Tap the arrow to start.
-Tap the screen again to allow your bird to fly and start the game.
-Stay in the middle of screen until the first set of building and obstacles appears.
See, aku belum apa-apa dah mati, hahaha. tapi boleh main lagi. Jangan risau. Aku akan cuba sedaya upaya. HAHA. Nak juga tu menang tiket flight.

Korang nak tahu tak apa Grand Finale Prize yang Traveloka tawarkan?

Grand Prize Winner will win a trip to 6 days 5 nights in Seoul (Flight and accommodations only) for 2 (two) people.

1st Runner Up will win a trip to 5 days 4 nights in Phuket (Flight and accommodations only) for 2 (two) people.

2nd Runner Up will win a trip to 4 days 3 nights in Langkawi (Flight and accommodations only) for 2(two) people.

The prizes for sharing the Traveloka Fly & Win CNY Challenge on Facebook are as follows:
Two (2) RM1000 Traveloka vouchers. There will be only two (2) winners in which each winner wins one (1) RM 1000 Traveloka voucher.

Hebat-hebat kan semua hadiahhh, nangis laju laju! Jom lah korang join, rugi tau tak join, mari lah mari, hehehe.

Macam mana nak join? korang klik je link ni

CNY 2018 Contest

Good luck korang!!! Semoga berjaya tau!!!

19 January 2018

Tips Berdiet Tanpa Lapar Dan Kurus Dengan Sihat

Berdiet Tanpa Berlapar dan Selamat Dengan C-TriMax


Assalamualaikum korang, hai! aku rasa semua pun tahu " journey diet " laki aku kan, siapa pengikut setia IG dan FB aku, mesti tahu, hihi. Now dah lama tak update pasal diet laki aku, sebab dia dah tak diet! hahaha, badan dah naik balik. Bukan perempuan je yang badan cepat naik kalau tak jaga, lelaki pun sama tau!

Umur makin meningkat, kadar metabolisma makin menurun, laki aku sendiri akui, rentak diet pun dah kena ubah, kalau dulu before 30, dia diet relax je tak payah makan nasi lansung, boleh buat atkins senang-senang je, tapi now, dah tak boleh, perut cepat sebu, cepat masuk angin, sakit kepala. Itu maknanya ketosis sedang berlaku, tapi dia tak tahan sakit kepala dia kata, haritu hampir nak demam.

So malam tu dia makan nasi, baru OK, lols. Dasar!

So aku pun fikir, laki aku kena ada " pembantu " untuk proses diet kali ni, kesian pulak aku tengok, sebab petang je dah lembik, sakit kepala, perut sebu. Laki aku tak lah naik berat sampai 120kg mcm dulu, tapi naik juga lah sebab aku notice perut dah kedepan balik. haha. Dia kata seluar dia masa " kurus " haritu dah mula tak muat, means gumuk lah tu. hahaha.

Pembantu Diet : C-TriMax ( C3 )


Hari pertama minum C-Trimax, laki aku kata dia tak rasa lapar, perut rasa selesa dan kenyang, tapi still membuang mcm biasa, maknanya walau tak makan, kita still membuang, sebab C-TriMax bantu buang toksin dalam badan kita. Elok sangat minum kalau korang jenis banyak toksin dalam badan.

Bagaimana untuk mengetahui badan banyak toksin :

- Sering berasa letih

- Berat badan susah turun

- Mulut berbau

- Sembelit

- Daya ingatan lemah

- Alahan atau sinus

- Masalah kulit

Atas ni tanda-tanda bandan banyak toksin, so kalau korang ada tanda-tanda ni, sila lah detox ya! bahaya tau!

So meh nak cerita lagi kat korang pasal C-TriMax ni, APA ITU C-TRIMAX?

Aku lebih suka panggil produk ni adalah ' pembantu ' untuk kurus, bukan ubat kurus, sebab dia bertindak sebagai FAT BURNER, apa itu far burner, dia bantu mencairkan lemak, tanpa perlu susah payah bersenam, TAPI! digalakkan bersenam lah, tak perlu ke gym bagai, cukup jalan saja, buat kerja rumah, kalau rajin, jogging depan rumah, seminggu 3x, 20minit, cukup lah, lagi cepat lemak korang terbakar.

Nak bersenam memang malas, tapi dapat keluar peluh tu best woooo. feel bila rasa peluh merecik keluar.

SENAMAN CARA SUAMI SAYA,
laki aku, dia skrg memang tak pergi gym, tak sempat, dari pagi dia di Cafe, petang ambil kakak sophea sekolah, balik rumah masak, then rush ke cafe semua, so bila masa nak bersenamkan, tapi dia bijak, malam lepas balik dari cafe, dia akan kemas rumah.

Tiap malam dia akan menyapu rumah, basuh kain, sidai kain, mop rumah, dan 2x seminggu cuci bilik air, itu lah cara dia bersenam, sebab dia kata cara tu je dpt keluarkan peluh, kalau tak, memang tak bersenam.

Aku yang isteri ni berbunga-bunga lah hati sebab turun je pagi pagi, rumah dah siap kemas, siap mop. BAHAGIA weh! haha.

C-TriMax juga akan membantu korang buang toksin yang berlebihan dalam badan, mcm aku cerita tadi lah, kalau minum banyak, akan kencing kerap lah, dr situ toksin keluar, or buang air besar, or keluar melalui peluh.

C-TriMax ni berbentuk serbuk, serbuk yang berperisa buah Markisa, masam-masam, sedap wehhh! Laki aku suka, oh ya, orang yang menyusu tak boleh minum tau, tu sebab aku tak minum.

Bahan-bahan C-Trimax :

Mix passion fruit powder with guarana extract. kenapa founder menggunakan dua jenis buah ni? seperti yang kita tahu, Guarana ni sangat popular, dan mostly ramai yang menggunakan buah ni untuk membantu kita kurangkan berat badan, dan passion fruits atau buah markisa ni pun rupanya bagus juga untuk menurunkan berat badan.
Buah markisa adalah rendah kalori, dan 1/3 dr buah adalah serat yang dapat membantu merendahkan level kolesterol, mengatur kadar gula dalam darah, dan membersihkan usus.

Buah Markisa juga Terdapat Antioksidan. Kandungan antioksidan dalam buah markisa ternyata dapat membantu melawan selulit yang rawan terjadi pada bagian tubuh bagian bawah belakang. Dia akan mengurai cadangan lemak yang tersimpan di jaringan tisu kulit Anda dan membantu kulit kembali sehat setelah penurunan berat badan yang signifikan.

So memang best lah bahan yang digunakan untuk C3 ni, semua natural.

Kelebihan C-Trimax Berbanding Produk Kurus Lain


Kebaikan C-TriMax

• Menghalang pembentukan lemak
• Mengawal berat badan
• Mengawal dan mengurangkan selera makan
• Menambah tenaga
• Mengurangkan kolesterol
• Membuang toksin dalam badan
• Melancarkan dan membaik pulih peredaran darah

Kelebihan C-Trimax berbanding produk lain

• Mencairkan lemak tepu
• Agen pembakaran lemak paling utama
• Tiada cirit birit
• Mampu hilangkan selulit
• Tak perlu kurangkan nasi
• Membuang sisa lama dalam usus perut
• 100% daripada buah buahan
• Selamat dan lulus KKM

Cara minum C-TriMax yang betul. Cara minum pun kena betul tau! Jangan salah.

- kena minum C3 30 minit SEBELUM Breakfast tau.

- 1 sachet bersamaan 150ml / 200ml

- bancuh menggunakan air sejuk atau air dalam suhu bilik, jangan air panas atau suam sebab boleh merosakkan produk.

- guna shaker untuk memudahkan serbuk melarut

- jangan risau jika serbuk itu berketul, ianya terjadi kerana perubahan suhu

ini aku siapkan video untuk korang, jom tonton :

So far laki aku kata dia memang suka minum C-TriMax sebab rasa sedap, tak mual, perut rasa selesa, kurang lapar. So nak diet pun dah xde masalah, syukurrr. hehe. Takde lah aku tengok muka melepek dia tu. hehe.

Ini antara feedback customer C3! senang senang je turun 3 4kg.

Untuk korang yang nak try C-Trimax Malaysia, boleh terjah dulu FB atau IG dorang, dan kalau berminat, boleh terus place order. Aku dah cerita dah kebaikan dia kat korang, so, cepat buat keputusan, kalau rasa susah sgt nak diet sorang-sorang, ini dah ada pembantu. hehe.

Facebook : C-Trimax Malaysia
Instagram : C-Trimax Malaysia

Sekotak C-TriMax mengandungi 15sachet.

ni ada sedikit tips pemakanan untuk kurus, kalau nak, boleh amalkan.

Semoga Berjaya!

04 January 2018

New Life New Goals! Hello 2018!

New Year at Glory Beach Resort Port Dickson


Hai, happy new year! boleh kan wish lagi, baru hari ke-4 tahun baru, soooooooooooooo, macam mana azam korang, apa azam tahun baru ni? aku? azam tahun lepas almost semuanya tertunai. hehehe. Rasa hebat sekejap! lols.

Dan azam tahun ni, takde banyak yang aku inginkan, sebab nak kata nak masuk rumah sendiri, dah masuk dah, nak kurus, dah kurus ( even tak berapa kurus ), nak peti ais dah ada, nak oven besar pun dah ada, semua dah beli, sebelum masuk tahun baru, Alhamdulillah.

Now proses memajukan diri dan bisness, maju kan bisnes SugarlandbyRara and menjadi business woman berjaya. gittuhhh! hehe.

Nak ganti puasa, nak banyakkan masa untuk buat perkara sunat, mengaji, puasa, solat sunat dan ETC. Nak ajar kakak membaca sampai lancar, nak jadi ibuu yang baik buat anak-anak. OK lah, stop cerita pasal azam, hehe. Azam tu azam juga, mesti kena buat, jangan cakap je. hihi.
Adik dan kakak, mandi pool.

Pemulaan new year kami, kami sempat pergi bercuti, even 2 hari 1 malam je, tapi jadiklah, dapat jugak keluar dari KL dan habiskan masa dengan anak-anak, kakak tu bijak sungguh, asyik tanya, " bila kita nak tidur hotel ibu? " halamak, kesian kakak, kalau dulu memang selalu bawa dia berjalan, sejak ada adik, asyik duk rumah je, yelah, nak bawa adik ke laut, risau juga, belum setahun, ni adik dah setahun lebih, dah boleh jalan, seronok sikit berjalan.

Hari Isnin tu asalnya plan nak gerak kul 10am, tapi lambat sbb ermmm, biasalah, kami memang bukan morning person, malam tu pun kul 1am tak tidur lagi, mcm mana nak bangun awal, lagipun ada org order creme brulee juga, so settle COD cake dulu, then baru lah gerak pergi PD.

Kami sebenarnya tak plan nak tidur sana, tapi bawa je baju siap-siap, dalam perjalanan baru check Traveloka, lols. Atas skali list hotel di PD is Glory Beach Resort, nampak mcm best sebab dia tepi pantai, pantai gemok dan resort dia ada swimming pool. Harga pun murah wei, Rm144 satu malam, so nak proceed lah.

Tetiba sebelum proceed, Laki cakap, cuba tengok Agoda. Tengok Agoda, jadi Rm113 saja uols, siap breakfast, dapat apartment, whoaaa, apa lagi, mmg laju-laju lah book tauu! tak tunggu dah. Glory Beach resort ni yang best nya, dia sebelah je laut, so boleh jalan kaki je pergi pantai, itu yang kita mahuuuuu.

Tapi malangnya, haritu hujan, kami sampai PD dalam kul 2pm, hujan pulak, so lepas bilik jelah, oh ya, apartment yang kami dapat tu best gak tau, ada 2 bilik, 1 bilik katil queen, 1 bilik katil single, ada peti ais mini, ada water heater ada aircond dlm bilik utama, ok lah kan! Picture jangan tanya, lupa amik.

Kami masa tu x lunch lagi, gila kelaparan, tp malas nk keluar cr makan, so order je dr cafe resort, harga not bad lah. dan sedap. dan banyak! dorg hantar terus ke bilik.

Aku oder nasi goreng thai, rm12, papa order nasi putih with mix vege ( sayur campur ) Rm7, frise utk kakak rm5, ok sangat lah bagi aku!

Tunggu punya tunggu, hujan x reda, kakak dah bising, kul 6pm last nya hujan renyai, kami turun juga lah, ke pool, tp pool xleh mandi sbb hujan, dia x bagi, bahaya, lastnya kami ke pantai, utk adik, aku siap payungkan dia, lucky tetiba kt tepi tu dorg pasangkan khemas, so aku lepak dengan adik bawah khemah tu, kakak dengan papa pergi mandi.
Adik asalnya geli pasir, tapi tak sampai 5 minit, dah boleh adapt, perkara 1st dia buat, MAKAN PASIR! hahaha. geram je aku. hahaha. Dah main pasir, dia xnk duduk, nak pergi kat kakak, so bawak pergi laut, eh nampak tau muka dia mcm happy gila, myb sbb nampak banyak air kot, dia ni memang suka lah dpt main air.

Bayangkan, aku ingat nak bagi dia main kat gigi air, tapi boleh pulak dia berjalan nak pergi ke papa dia, pastu ombak kena dia, masuk air dlm mulut, kecap-kecap mulut, sedap dpt minum air manis. LOLS adik!

So far nampaknya adik suka sangat laut, sama mcm kakak, bagus anak-anak ibuu, suka laut mcm ibuu dan papa. lepas ni boleh lah ke Krabi pulak.

Ada ke orang yang tak suka laut eh. hehe.

Penat mandi, magrib ajak naik, semua dah kepenatan sebenarnya, tapi paksa gak keluar g makan, kalau tak kang, kebulur masing masing, kami nak makan ikan bakar, so pergi makan ikan bakar kt Ikan Bakar Mesra, picture takde, semua kelaparan, hahaha. tak sempat nak snap picture. lols.

Then pergi jalan ke dataran teluk kemang tu, ada orang berjual-jual, then ada pertandingan karoke pulak, so layan kejap, haha.

adik skrg kerjanya nak berjalan je, dah tak nak merangkak, officially adik berjalan setahun sebulan, hehe, sebelum ni acah-acah je. Si papa tu, samggup usung sanitizer ke mana saja, sbb risau anak jatuh or pegang bukan-bukan, so kena pakai sanitizer, grrrrrrrrrr, papa papa. haha. tu Alfi baru lepas jatuh, haha, dia bersihkan baju.

Morning view from room, ahhh indahhh even cuaca mendung. Turun breakfast, ramai juga orang kat sini, yang penting nak bagitahu, brekfast dia sedap! hahaha.

Cafe dia sebelah pool, untuk yang ada anak-anak, pasti anak korang takkan selera makan, ada budak yg tak nak makan langsung, nangis nak mandi pool. Lucky kakak faham, kena makan dulu, baru leh mandi pool, padahal asalnya mmg dia xnk makan. Kena jegil dgn ibuu, terus makan. itu pun sikit. hurmm anak-anakkkkkk.

Alfi bab makan num satu, tengok pipi lah. Tangan tu sentiasa ada makanan.

Lepas breakfast, trus mandi pool, kakak mandi dgn papa sampai kul 11, adik surrender awal, sebab mengantuk and sejuk. Nak tengok video. follow IG aku tau. hehe. Selalu skrg aku buat IG stories je.

Rabu, mula lah rutin seperti biasa, kakak pun dah start sekolah, dah masuk 6years, even dia tak nak 6years, dia nak 7 years, lols. mana boleh kakak oi, kena lah 6 years dulu. penat aku nak terangkan. HAHA.

Dia janji, start je sekolah, dia nak bangun sendiri, mandi, solat, dan pakai baju sendiri. Alhamdulillah semalam mmg bangun sendiri, x sempat aku nak gerak. Anak perempuan kan, memang jenis mendengar kata lah kan. Syukur.

Ni, dah siap nak pergi sekolah, kakak belajar rajin-rajin, kena 6year dulu, nanti baru 7year tauuu, sekolah awak pun ibuu tak register lagi. hehehe. Doakan kakak dapat masuk sek keb seri Bintang Utara ye. hehe.

Untuk aku, sampai je office, masa untuk tutup kalender lama, bukak kalender baru, ni bab paling aku suka!!! Alhamdulillah, aku tutup tahun 2017 dengan indah sekali, semoga 2018 juga akan datang yang indah indah.

2018 misi untuk mengumpul semula duit yang dah banyak habis, haha. duit keluar mcm air wei, sbb pindah rumah haritu, pasal rumah pun tak habis cerita lagi. Nanti lah, busy weiii. HAHA, 2018 bagi aku, tahun untuk aku kerja keras, kerja keras utk dunia dan akhirat aku.

Semoga dipermudahkan urusan kita semua. Amin.

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com