Image and video hosting by TinyPic

29 January 2018

Hello Hello Hello

Cepat masa berlalu, dah nak habis bulan Januari, apa yang aku archive dalam bulan januari ni? ermm mcm mcm juga, ada benda yang tak rancang pun terjadi, tapi terjadi, contoh, berjaya bayar PTPTN sampai habis, serius tak terfikir. Lain-lain mcm biasa, masih lagi baking, dan aku dah mula jual barangan kosmetik, memula terjebak dengan Norafurla Mascara, then jual DYXY, and now nak try jual lipstik pulak. Tapi aku jual barang yang aku sendiri pakai, aku tak jual item yang aku tak pakai, aku lebih suka menjual ikhlas dari hati. Tak nak lah jual benda yang aku tak pakai kan.

Boleh di katakan bulan Januari ni aku bermula dengan baik, sangat productive, aku banyak masuk class online sana sini, cuma nak membuat tu tak sempat, tak de masa, Young Living pun aku masih jual, banyak permintaan juga, tapi tak serancak dulu, dan aku masih lagi pengguna setia young living.

Suami aku pun dah melangkah setapak lagi, dah masuk kerja baru, bina kerjaya baru, Alhamdulillah, permulaan yang baik juga untuk tahun ni. Aku nak terus maju dan maju, tak kejar apa pun, cukup untuk bagi anak-anak selesa, cukup untuk tolong orang sekeliling dan berjaya untuk kepuasan diri sendiri.

ermmm okay lah, jam aku dah kul 4.21pm, nak siap-siap ambil Alfi, cuti thaipusam ni aku nak balik Ipoh, banyak wei order aku ambil. HAHA. masak lah nak siapkan, apa-apa pun TQ kwn-kwn Ipoh, korang sangat awesome!

Moh sinsing lengan balik kerja ni. hehehe.

pic xde kena mengena, cuma berangan je, bila lah nak sampai sini - Petite France - Seoul Korea
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com