Image and video hosting by TinyPic

04 January 2018

New Life New Goals! Hello 2018!

New Year at Glory Beach Resort Port Dickson


Hai, happy new year! boleh kan wish lagi, baru hari ke-4 tahun baru, soooooooooooooo, macam mana azam korang, apa azam tahun baru ni? aku? azam tahun lepas almost semuanya tertunai. hehehe. Rasa hebat sekejap! lols.

Dan azam tahun ni, takde banyak yang aku inginkan, sebab nak kata nak masuk rumah sendiri, dah masuk dah, nak kurus, dah kurus ( even tak berapa kurus ), nak peti ais dah ada, nak oven besar pun dah ada, semua dah beli, sebelum masuk tahun baru, Alhamdulillah.

Now proses memajukan diri dan bisness, maju kan bisnes SugarlandbyRara and menjadi business woman berjaya. gittuhhh! hehe.

Nak ganti puasa, nak banyakkan masa untuk buat perkara sunat, mengaji, puasa, solat sunat dan ETC. Nak ajar kakak membaca sampai lancar, nak jadi ibuu yang baik buat anak-anak. OK lah, stop cerita pasal azam, hehe. Azam tu azam juga, mesti kena buat, jangan cakap je. hihi.
Adik dan kakak, mandi pool.

Pemulaan new year kami, kami sempat pergi bercuti, even 2 hari 1 malam je, tapi jadiklah, dapat jugak keluar dari KL dan habiskan masa dengan anak-anak, kakak tu bijak sungguh, asyik tanya, " bila kita nak tidur hotel ibu? " halamak, kesian kakak, kalau dulu memang selalu bawa dia berjalan, sejak ada adik, asyik duk rumah je, yelah, nak bawa adik ke laut, risau juga, belum setahun, ni adik dah setahun lebih, dah boleh jalan, seronok sikit berjalan.

Hari Isnin tu asalnya plan nak gerak kul 10am, tapi lambat sbb ermmm, biasalah, kami memang bukan morning person, malam tu pun kul 1am tak tidur lagi, mcm mana nak bangun awal, lagipun ada org order creme brulee juga, so settle COD cake dulu, then baru lah gerak pergi PD.

Kami sebenarnya tak plan nak tidur sana, tapi bawa je baju siap-siap, dalam perjalanan baru check Traveloka, lols. Atas skali list hotel di PD is Glory Beach Resort, nampak mcm best sebab dia tepi pantai, pantai gemok dan resort dia ada swimming pool. Harga pun murah wei, Rm144 satu malam, so nak proceed lah.

Tetiba sebelum proceed, Laki cakap, cuba tengok Agoda. Tengok Agoda, jadi Rm113 saja uols, siap breakfast, dapat apartment, whoaaa, apa lagi, mmg laju-laju lah book tauu! tak tunggu dah. Glory Beach resort ni yang best nya, dia sebelah je laut, so boleh jalan kaki je pergi pantai, itu yang kita mahuuuuu.

Tapi malangnya, haritu hujan, kami sampai PD dalam kul 2pm, hujan pulak, so lepas bilik jelah, oh ya, apartment yang kami dapat tu best gak tau, ada 2 bilik, 1 bilik katil queen, 1 bilik katil single, ada peti ais mini, ada water heater ada aircond dlm bilik utama, ok lah kan! Picture jangan tanya, lupa amik.

Kami masa tu x lunch lagi, gila kelaparan, tp malas nk keluar cr makan, so order je dr cafe resort, harga not bad lah. dan sedap. dan banyak! dorg hantar terus ke bilik.

Aku oder nasi goreng thai, rm12, papa order nasi putih with mix vege ( sayur campur ) Rm7, frise utk kakak rm5, ok sangat lah bagi aku!

Tunggu punya tunggu, hujan x reda, kakak dah bising, kul 6pm last nya hujan renyai, kami turun juga lah, ke pool, tp pool xleh mandi sbb hujan, dia x bagi, bahaya, lastnya kami ke pantai, utk adik, aku siap payungkan dia, lucky tetiba kt tepi tu dorg pasangkan khemas, so aku lepak dengan adik bawah khemah tu, kakak dengan papa pergi mandi.
Adik asalnya geli pasir, tapi tak sampai 5 minit, dah boleh adapt, perkara 1st dia buat, MAKAN PASIR! hahaha. geram je aku. hahaha. Dah main pasir, dia xnk duduk, nak pergi kat kakak, so bawak pergi laut, eh nampak tau muka dia mcm happy gila, myb sbb nampak banyak air kot, dia ni memang suka lah dpt main air.

Bayangkan, aku ingat nak bagi dia main kat gigi air, tapi boleh pulak dia berjalan nak pergi ke papa dia, pastu ombak kena dia, masuk air dlm mulut, kecap-kecap mulut, sedap dpt minum air manis. LOLS adik!

So far nampaknya adik suka sangat laut, sama mcm kakak, bagus anak-anak ibuu, suka laut mcm ibuu dan papa. lepas ni boleh lah ke Krabi pulak.

Ada ke orang yang tak suka laut eh. hehe.

Penat mandi, magrib ajak naik, semua dah kepenatan sebenarnya, tapi paksa gak keluar g makan, kalau tak kang, kebulur masing masing, kami nak makan ikan bakar, so pergi makan ikan bakar kt Ikan Bakar Mesra, picture takde, semua kelaparan, hahaha. tak sempat nak snap picture. lols.

Then pergi jalan ke dataran teluk kemang tu, ada orang berjual-jual, then ada pertandingan karoke pulak, so layan kejap, haha.

adik skrg kerjanya nak berjalan je, dah tak nak merangkak, officially adik berjalan setahun sebulan, hehe, sebelum ni acah-acah je. Si papa tu, samggup usung sanitizer ke mana saja, sbb risau anak jatuh or pegang bukan-bukan, so kena pakai sanitizer, grrrrrrrrrr, papa papa. haha. tu Alfi baru lepas jatuh, haha, dia bersihkan baju.

Morning view from room, ahhh indahhh even cuaca mendung. Turun breakfast, ramai juga orang kat sini, yang penting nak bagitahu, brekfast dia sedap! hahaha.

Cafe dia sebelah pool, untuk yang ada anak-anak, pasti anak korang takkan selera makan, ada budak yg tak nak makan langsung, nangis nak mandi pool. Lucky kakak faham, kena makan dulu, baru leh mandi pool, padahal asalnya mmg dia xnk makan. Kena jegil dgn ibuu, terus makan. itu pun sikit. hurmm anak-anakkkkkk.

Alfi bab makan num satu, tengok pipi lah. Tangan tu sentiasa ada makanan.

Lepas breakfast, trus mandi pool, kakak mandi dgn papa sampai kul 11, adik surrender awal, sebab mengantuk and sejuk. Nak tengok video. follow IG aku tau. hehe. Selalu skrg aku buat IG stories je.

Rabu, mula lah rutin seperti biasa, kakak pun dah start sekolah, dah masuk 6years, even dia tak nak 6years, dia nak 7 years, lols. mana boleh kakak oi, kena lah 6 years dulu. penat aku nak terangkan. HAHA.

Dia janji, start je sekolah, dia nak bangun sendiri, mandi, solat, dan pakai baju sendiri. Alhamdulillah semalam mmg bangun sendiri, x sempat aku nak gerak. Anak perempuan kan, memang jenis mendengar kata lah kan. Syukur.

Ni, dah siap nak pergi sekolah, kakak belajar rajin-rajin, kena 6year dulu, nanti baru 7year tauuu, sekolah awak pun ibuu tak register lagi. hehehe. Doakan kakak dapat masuk sek keb seri Bintang Utara ye. hehe.

Untuk aku, sampai je office, masa untuk tutup kalender lama, bukak kalender baru, ni bab paling aku suka!!! Alhamdulillah, aku tutup tahun 2017 dengan indah sekali, semoga 2018 juga akan datang yang indah indah.

2018 misi untuk mengumpul semula duit yang dah banyak habis, haha. duit keluar mcm air wei, sbb pindah rumah haritu, pasal rumah pun tak habis cerita lagi. Nanti lah, busy weiii. HAHA, 2018 bagi aku, tahun untuk aku kerja keras, kerja keras utk dunia dan akhirat aku.

Semoga dipermudahkan urusan kita semua. Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. Bagus la Kakak ni..nampak matang tau..Boleh dah Ra bawak pi masjid..tapi adik la pulak satigi nak kena kepung..hahahah

    Akak dah start posa sunat hari ni..esok sampai minggu depan buat posa ganti dulu..lepas tu terus posa sunat..Posa ramadhan bulan 5 jadi kena ganti cepat2 ni..

    ReplyDelete
  2. air laut masin la ibu bukan manis..! hahahahaha.. typo tu kelakar.. ahkak suka.. hahahahaa.. :p

    Jom lah.. sama-sama kita menabung tahun ni.. tema tahun 2018 adalah MENABUNG.. ngeeeeee..

    ...

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com