Image and video hosting by TinyPic

26 January 2018

Traveloka Nak Bagi Tiket Ke Seoul Secara PERCUMA

Menang Tiket Percuma Dari Traveloka


Alaaa, benci lah dengan Traveloka ni, ada ke suruh main game je, then nak bagi tiket percuma ke Seoul, Phuket and Langkawi, menyampah tauuuuu! kenapa senang-senang je ni nak bagi tiket, mesti lah aku nak join, walaupun tahu diri ini bukan jenis yang pandai main game, alaaaa, tapi game dia kacang goreng sangat lah! semua orang boleh join weiii! Sempena Chinese New Year tak lama lagi ni, traveloka dengan baik hati nak bagi korang tiket percuma ke Seoul Korea, Phuket, Langkawi dan 2x voucer traveloka.

Whoaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa menarik gila! serius best! mana yang kaki game tu, jom lah join, mana tahu korang bertuah, aku ni even tak de lah berapa nak bertuah, tapi nak juga lah mencuba, nak nak kalau dapat tiket flight percuma ke Korea, siapa nak bagi wei, flight + accommodation lagi tau!

Percutian Ke Seoul Korea


Aku dah lah memang dah lama nak pergi Korea, nak cakap aku ni peminat korea sangat tak lah, tapi suka tengok, cuma now takde masa nak tengok cerita Korea, busy hoiii~ Tapi kalau orang nak bagi tiket free ke Korea, nak sangat lah, takkan nak tolak kan! hehehe.

Korang, nak tahu tak mana tempat menarik di Seoul? Aku kan, kalau pergi Seoul, aku nak sangat ke Petite France, aku kenal tempat ni masa aku tengok cerita " My Love From The Star " dulu, kelakar wei cite tu, korang mesti tengok kan, aku tengok petite france ni cute sangat, even tak dapat pergi France, dapat acah acah pergi pun ok lah, hehehe.

Tengok ni tengok ni! cute sangat kan! banyak juga cerita Korea yang shoot kat sini. Kalau malam lagi cantik aku tengok tempat ni. Sukanyaaaaaa. 

Rasai pengalaman berada di Perancis di Petite France yang terletak di Gapyeong. Taman tema yang dibangunkan dengan senibina Perancis ini didedikasikan kepada penulis terkemuka Perancis iaitu Saint Exupery. Anda berpeluang mengambil gambar dengan The Little Prince yang berada di beberapa lokasi sekitar taman tema ini.

Kawasan ini juga direka dengan seni berdasarkan pengembaraan The Little Prince menurut novel tersebut. Terdapat pelbagai muzium, kafe, workshop dan guesthouseyang ditawarkan kepada pengunjung. Taman tema ini juga mengadakan beberapa persembahan sebagai tarikan seperti persembahan muzik orgel, pertunjukan boneka, dan tarian ‘marionette’.

Lepas tu, aku nak pergi MYEONGDONG, rugi lah kalau dah sampai Korea, tapi tak pergi Myeongdong, kalau dalam drama Korea, Myeongdong ni adalah nama tempat yang selalu mereka sebut, aku pun tak habis habis dengan Myeongdong, haha.

Apa yang 100 ada di Myeongdong, Korea ni?


Of course lah nak pergi Hello Kitty Cafe dan Cat Cafe, ampunnnnn seronoknya, kakak Sophea mesti suka ni kalau datang sini, Hello Kitty cafe, kalau cat cafe mesti adik suka, mesti adik picit picit habis kucing kat sana. lols.

Lepas tu, kalau dah sampai Myongdong, rugi lah kalau tak shopping makeup dan skin care! sini lah tempatnya uols. So siapa geng kaki makeup tu, moh lah kita ke Korea sama-sama, doakan aku sampai sini tauuu, seronoknyaaaaa. Teringin sangat nak pergi, eh tapi kalau dapat menang tiket free dari Traveloka ni pun best juga kan!

Lagi 1 tempat yang aku nak pergi si Namsan Tower, adoilahhh, memang kuat pengaruh drama lah aku ni. hahaha. Yelah, popular kot Namsan tower ni weh! Kalau kita kat Malaysia ada KL tower, kat Korea ada Namsan tower.

Kat sini juga lah yang tempat dorg lock lock love tu, sini ada dataran love lock, dan ada muzium teddy bear, bestnyaaa. Bagi aku, kalau datang Seoul, bukan saja kita yang happy. Anak-anak pun happy.

Namsan Tower merupakan mercu tanda paling terkenal di Seoul. Kalau di Malaysia ada KLCC dan KL Tower, ikon kota Seoul pula adalah Namsan Tower.

Dari ketinggian 236.7m, anda boleh melihat panorama kota Seoul secara menyeluruh. Di puncak juga terdapat pelbagai cenderahati ekslusif untuk dibawa pulang.

Jangan lupa untuk tinggalkan tanda kenangan anda di dataran ‘Love Locks’nya yang terkenal. Disini juga terdapat Muzium Teddy Bear yang mempamerkan anak patung beruang yang menggambarkan kehidupan di Seoul pada masa dahulu dan kini serta berlatar belakangkan bandar terkemuka lain seperti Myeongdong, Insadong dan Dongdaemun.

ok lah ok lah, last tempat yang aku nak sangat pergi, even banyak je lagi tempat yang aku dah " mark " kalau aku pergi Seoul ni, tapi ini jelah yang aku cerita kat korang dulu. Tempat yang paling aku nak pergi is " Pulau Nami ".

Wei, gila kau tak nak pergi sini kalau dah sampai Seoul. HAHA. Ni tempat yang paling aku nak pergi sbb 1st drama Korea yang sangat aku addicted is Winter Sonata kot!!! hahaha. Lepas tu nama Pulau Nami memang selalu bermain kat mulut aku, memang nak pergi sangat. Dorang kata pulau Nami jauh sikit, kdg-kdg dorang tak pergi pun sini. Tapi harapnya, kalau aku pergi Korea nanti, dapat lah sampai kat sini. Amin.

Walaupun terletak agak jauh sedikit dari Seoul, Pulau Nami adalah lokasi yang patut anda lawati, terutamanya bagi penggemar keindahan alam semulajadi. Terletak lebih kurang 2 jam dari Kota Seoul, anda boleh pergi ke Pulau Nami dengan menaiki tren dan teksi. Di sinilah penggambaran drama terkenal Winter Sonata.

Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh seisi keluarga di pulau ini. Terdapat dua cara untuk masuk ke Pulau Nami iaitu dengan menaiki feri atau melaluizipline bagi yang sukakan cabaran. Di dalam pulau tersebut, anda boleh menaiki basikal, buggy, bot pedal atau melakukan sukan air lasak. Terdapat juga taman permainan dan perpustakaan kanak-kanak yang menarik dan surau bagi pengunjung Muslim.

Pelbagai hidangan boleh dinikmati di beberapa restoran yang disediakan. Antara makanan yang terkenal adalah ‘nasi goncang’ atau dosirak.

Fly and Win Chinese New Year Challange 2018


Ok habis dah cerita pasal Korea, so doa-doakan lah aku menang, korang pun aku doakan supaya menang, dpt voucer traveloka pun best kannn!!! hehe.

Macam mana nak join game ni? Syarat-syarat :


Korang mestilah warganegara Malaysia, 18 tahun keatas. Itu je syaratnya, hahaha. Korang lelaki ke, perempuan ke, khunsa je, semua boleh join, tak ada hal. HAHA.

Challenge berlangsung pada 22nd Jan 2018 until 28th Feb 2018.

Cara nak main game :

Korang mestilah ada facebook akaun, dan akaun sendiri, bukan yang fake ya! fake dorang akan detect dan terus terminate korang tau. Dan untuk make it clear, sebelum start game, korang FOLLOW dulu Traveloka Malaysia Facebook Fan Page. So annti senang nak tahu update dari Traveloka.

Lepas tu boleh lah main game, main dengan bersungguh-sungguh tau. HAHA.

Start the game.

-Tap the arrow to start.
-Tap the screen again to allow your bird to fly and start the game.
-Stay in the middle of screen until the first set of building and obstacles appears.
See, aku belum apa-apa dah mati, hahaha. tapi boleh main lagi. Jangan risau. Aku akan cuba sedaya upaya. HAHA. Nak juga tu menang tiket flight.

Korang nak tahu tak apa Grand Finale Prize yang Traveloka tawarkan?

Grand Prize Winner will win a trip to 6 days 5 nights in Seoul (Flight and accommodations only) for 2 (two) people.

1st Runner Up will win a trip to 5 days 4 nights in Phuket (Flight and accommodations only) for 2 (two) people.

2nd Runner Up will win a trip to 4 days 3 nights in Langkawi (Flight and accommodations only) for 2(two) people.

The prizes for sharing the Traveloka Fly & Win CNY Challenge on Facebook are as follows:
Two (2) RM1000 Traveloka vouchers. There will be only two (2) winners in which each winner wins one (1) RM 1000 Traveloka voucher.

Hebat-hebat kan semua hadiahhh, nangis laju laju! Jom lah korang join, rugi tau tak join, mari lah mari, hehehe.

Macam mana nak join? korang klik je link ni

CNY 2018 Contest

Good luck korang!!! Semoga berjaya tau!!! Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. cantikla Petite France..dlu p korea tktau pn tmpt tu....yg hello kitty cafe, nami island & seoul tower mmg pegi..syok kalo mng thru traveloka tu...

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com