Image and video hosting by TinyPic

21 February 2018

Ringan Sebelah Bahu

fuhh fuhhh, tiupppp habuk sikitttttttttttttttttt. Berdebu rasanya dashboard ni hoi! berapa lama tak update blog ni? kahhh. Busy benor kekdahnya! Mana taknya, ko sorang sorang, tapi semua benda ko nak buat, dari urusan rumahtangga - family - kerja - part time business - anak-anak, semua! hoii kalah robot ni. haha. berapa kali juga badan nak collapse, ku tahan jebat! ayat klise, " orang tak tahu kita struggle " kahkah.

But its okay, kita tahu limit badan kita, agak-agak rasa nak tumbang, kita slow kan sikit pergerakan. haha. Agak-agak dah steady, kita jalan balik. Alhamdulillah, selepas almost setahun perancangan, majlis perkahwinan adik bongsu aku dah selamat. Nikah Jumaat lepas, Sanding Sabtu ( 16 - 17 Feb 2018 ) . Pheww~ Walaupun aku bukan antara orang yang banyak buat kerja, penat tu tetap terasa, hahaha. Dasar~

Mana tak nya, Khamis pagi aku dah gerak balik Ipoh, jem yang hamat, tak breakfast, aku rasa gastrik aku datang. sepanjang kat Ipoh perut tak sedap, berangin bergelodak, berak-berak, tapi ku tahan jebat! sabar safura sabarrrrr. Dengan orang sibuk nak buat kerja rumah, tapi Alfi nak memerap, mana tak nya, dia tidur berbuai, tetiba rumah opah xde buai, x puas tidur, merengek lah dia. Kesian aku tengok. Mak aku lah antara orang paling kuat skali majlis ni, semua benda dia buat, aduhhh, kesian mak.

Tapi kira Alfi good boy lah, panas, x cukup tidur pun, x menangis sangat, relax je, cuma muka dia nampak letih, aku lah dukung je dia kehulu hilir. Aku risau juga budak-budak ni demam, tapi Alahmdulillah juga, semua ok. Berkat calit EO sentiasa.

Sekejap sangat masa berlalu, tetiba adik aku dah nikah. Nikah lepas Asar di Masjid, tempat aku nikah dulu. Kadi kali ni muda, banyak juga nasihat dia bagi, seronok pulak aku dengar. Yang nikahkan pula papa aku, kali 1st dia bantai nak sebut nama aku, Zarith Safura, padahal nama adik aku Zarith Shuhada. dah lah nama laki sama, Fadhlan. HAHA. Adik aku ponggg, xde nama lain ke nak pilih, nak juga sama. hahaha.

Skali lafaz sah dah jadi isteri orang, mengalir juga air mata ni, terharu. huhu. dulu bukan baby lagi ke? kenapa cepat sgt kawen ni. HAHA. Now tinggal lah kakcik sorang. Siapa nak masuk line, boleh wasap. boifren pun takde lagi tu.

Lepas nikah, batal air sembahyang kat rumah, kami buat hi-tea je, goreng bihun dah kuih muih. kuih tempah kat jiran, bihun mak sedara aku masakkan, kami bab masak sendiri semua terror. hehe. Jimat weh! Janji perut tetamu berisi.

Pelamin simple but very nice from Erlina Touch, hasil tak pernah mengecewakan.

yang tengah tu available lagi. hehe

Majlis Persandingan kami buat Sabtu, mcm biasa pihak lelaki memang ON time betul, mak aku mintak 12.30pm dah nak bersanding, mmg 12.30pm dorang dah siap, bayang kan, aku jer yang tak siap-siap! kalah pengantin. HAHA. mana tak nya, nak siapkan anak, mekap aku je dah sejam, anak melalak. kahhh! mencabar betul, patutlah aku tengok orang lain ada anak kecik, kuasa nak melawo mekap mekap kan, sebab tu lah gamaknya. Tapi aku tetap tak kira! nak juga melawo! hahahahaha.

Nasib lah Ilmu mekap masa kat class mekap Erlina dulu masih segar di ingatan, boleh lagi mekap muka sendiri, jadiklah dari takde. lols.

Aku tak sempat nak berarak dengan pengantin sebab Alfi nak berdukung, kakak pulak dengan hanya pakai selipar, kasut dalam kereta, udah bergaduh laki bini suruh papa dia amik kasut dalam kereta, lepas tu masa bersanding pulak berapa kali power trip, Allahu. Kesian gila pengantin dengan pihak lelaki makan dalam kepanasan.

Masa bersanding pun 3kali kot power trip, kesian gila adik. huhu. Memang tak dijangka benda ni berlaku, semua sebab wayar lampu dan kipas khemah dah rosak, lepas tukar wayar, baru tak trip dah, aku dah mcm orang gila kehulu hilir dengan dukung anak, tolak switch kat DB box. HAHAHA. bertabahlah!

Walaubagaimanapun, majlis berjalan lancar, makanan semua cukup, tetamu dalam 1200 orang yang datang, Menu nasi ayam idea mak mertua aku sangat mendapat pujian, sebab menu paling sempoi dan sedap dari kak dayang, ayam golek panas-panas wei, menu sup, dari budak sampai mak budak boleh makan!

kul 4pm settle majlis, aku tidurkan Alfi, dengan aku pun lena skali, pengantin dengan bridesmaid pergi photoshoot, dorg jelah pergi, dah bukan zaman aku dah nak berpotosoot bagai. hahaha. mak kena tidurkan anak.

Malam sambung Majlis potong kek dan bukak hadiah. Ahad Isnin sambung mengemas rumah, Isnin lepak jem stuck atas jalan 11jam Ipoh KL, memang terbaik lah wei! HAHA.

Untuk adik dan Alan, Semoga kekal bahagia sampai Syurga, ingatlah, dunia rumah tangga banyak asam garam, banyak turun naik, tak indah selalu mcm video viral budak nak makan cendol. masa bercinta memang merengek-rengek, dah kawen nanti, nak merengek pun tak de masa dah, HAHAAHAH. Cara nak merengek pun dah lupa gamaknya!

Sama-sama lah bantu membantu, itu je key dia, bantu membantu, semua benda kena bawak berbincang, semua masalah ada jalan, tak puas hati, face to face, jangan pendam. Itu je, sebab pendam perasaan ni boleh jadi wabak. Trust dan setia lah selamanya, Kakak doakan hingga Syurga lah ikatan komer berdua. Amin.

sekian saja bebelan dari kakak. Now kakak rasa kakak nak jadi MUA, boleh ke tidok ni? HAHAHA.

05 February 2018

February Challenge 15 Interesting Fact About Me

Assalamualaikum korang! hai! dah masuk Febuari! Last week adalah minggu yang sangat gila-gila hectic buat aku, last minute plan balik Ipoh, last minute plan ambil order kawan-kawan Ipoh, mmg gila-gila betul. Aku sebenarnya tahu Rabu 31hb haritu cuti Thaipusam, tapi lupa pulak 1hb tu hari wilayah, makanyaaaaaa tak plan lah apa-apa.

Then wasap dengan adik aku, dia cakap, " kakak, nanti kakak balik nanti orang dah nak kawen, sedih pulak aku rasa ", adik bongsu aku nak kahwin raya cina ni, itulah duk busy buat persiapan. then bila dpt tahu rabu cuti Thaipusam, Khamis cuti hari wilayah, aku trus decide nak balik, Jumaat amik Annual leave, itupun ahad baru decide, ambil order kawan-kawan, then apa lagi, dok pulun lah buat order, padan muka. HAHA.

Selasa malam nasib lah kakcik dtg rumah, so rabu tu dia tolong tengokkan anak-anak, so aku baking, dari lepas subuh sampai 9pm, gila memang gila, penat gila sampai tak tahu nak cakap apa dah. HAHA. Tapi best! puas hati weh!

Dalam hati duk pujuk diri sendiri, " tak pe ra, pulun buat kerja, balik Ipoh nanti rehat tau ", berkat doa, dok calit White Angelica sebelum buat kerja, aku berjaya siapkan semua order. Alhamdulillah. hehe.

Haritu aku bawa balik Ipoh 5 product :

Brownies Ganja
Mini Pavlova
*New
Choc creme brulee
Nutella Red Velvet
Sekeping brownies
Yang amazingnya,sold out dengan jayanya semua product aku, siap tak cukup, siap ramai yang PM minta nak order, alahai, sayanggggg 1000 kali sayang, kakak bake semua siap-siap kat KL, huaaaa, kat Ipoh kakak edarkan je, kat Ipoh tak leh usik dapur CikYah, CikYah busy buat tempahan kuih muih, hahaha. #memangfamilykakibusinesslahwei! hahaha.

Yang buat aku happy nya kan, semua puji kek kek aku, rasa terharu, rasa nak nangis, so far tak de lagi yang complain, nervous tau tiap kali nak tunggu feedback cust, tapi Alhamdulillah, bila buat dengan penuh kasih sayang ni, memang output pun terbaek!


Kawan-kawan aku semua tanya, wei, mcm takpercaya ko pandai masak, pandai baking. eh aku pun mcm tak percaya gak, hahaha. Sebab dulu masa belajar ambil engineering, tapi kwn-kwn aku memang kenal aku suka meregek ( melawo ), tapi bab masak, bab baking memang takde bakat, masak pun tunggu ihsan ecah masakkan, ( roommate ) hahaha. aku kan manja. lols.

Tapi aku pun rasa pelik, mcm mana aku leh suka baking. minat tu datang slow-slow. Maybe darah arwah opah bedah mengalir kot. hehehe. Arwah opah aku pandai baking, pandai meniaga, pandai masak, pandai menjahit, tu sebab mak aku terror masak, tapi baking tak pergi kat mak aku, terus pergi ke aku. lols.

ok lah, panjang lak bebel. jom start challenge nak?

Sepatutnya harini dah day 5, tapi tak pelah, kita start jelah dari day 1st, haritu busy, masa sempat nak update blog wei! hahahaha.
Gambar paling latest, PAGI tadi, hahaha. Nampak mok kan, lols. 

15 Intresting Fact About Yourself
1. Aku seorang yang happy go lucky, memula je nampak sombong, lama-lama, tak berhenti bercakap.

2. Aku suka perhatikan keadaan sekeliling

3. Instinct aku kuat dan selalunya apa yang aku sebut dalam hati tu mesti betul

4. Aku suka cabar diri sendiri

5. Aku suka buat benda baru, bosan jika hari hari benda sama

6. Aku tak suka orang cakap benda yang sama berulang kali kat aku, *annoyingtahu?

7. Aku suka orang yang datang dan nasihatkan aku perkara yang baik, orang yang datang dan motivate aku.

8. Aku pernah menangis satu masa dulu masa orang reject product aku, dari situ aku bangun, and terus berjalan dan berlari sampai sekarang

9. Aku seorang yang sangat sensitif

10. Aku seorang yang mudah menangis, dalam hati ada taman

11. Aku bercita-cita tinggi, satu hari nanti aku nak bawa anak-anak aku pergi London. ( yer Umrah juga, pergi Makkah, nanti orang ckp pulak, mekah tak nak pergi, London nak sangat pergi )

12. Aku pernah bercita-cita nak buka Bakery Cafe. LOLS

13. Aku suka acah acah OCD hahaha.

14. Family belah mak aku memang orang berniaga ( arwah atok jual durian, arwah opah meniaga makanan, kuih muih, kek, mak aku meniaga nasi lemak, kuih kuih, papa aku ada business mengajar memandu, siapa nak ambil lesen, roger okay! )

15. Aku pernah jual nasi lemak kat sekolah masa sekolah rendah, dan semua orang suka nasi lemak mak aku. HAHA. Nak bukti? ni kat bawahhhh. HAHA

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com