Image and video hosting by TinyPic

05 February 2018

February Challenge 15 Interesting Fact About Me

Assalamualaikum korang! hai! dah masuk Febuari! Last week adalah minggu yang sangat gila-gila hectic buat aku, last minute plan balik Ipoh, last minute plan ambil order kawan-kawan Ipoh, mmg gila-gila betul. Aku sebenarnya tahu Rabu 31hb haritu cuti Thaipusam, tapi lupa pulak 1hb tu hari wilayah, makanyaaaaaa tak plan lah apa-apa.

Then wasap dengan adik aku, dia cakap, " kakak, nanti kakak balik nanti orang dah nak kawen, sedih pulak aku rasa ", adik bongsu aku nak kahwin raya cina ni, itulah duk busy buat persiapan. then bila dpt tahu rabu cuti Thaipusam, Khamis cuti hari wilayah, aku trus decide nak balik, Jumaat amik Annual leave, itupun ahad baru decide, ambil order kawan-kawan, then apa lagi, dok pulun lah buat order, padan muka. HAHA.

Selasa malam nasib lah kakcik dtg rumah, so rabu tu dia tolong tengokkan anak-anak, so aku baking, dari lepas subuh sampai 9pm, gila memang gila, penat gila sampai tak tahu nak cakap apa dah. HAHA. Tapi best! puas hati weh!

Dalam hati duk pujuk diri sendiri, " tak pe ra, pulun buat kerja, balik Ipoh nanti rehat tau ", berkat doa, dok calit White Angelica sebelum buat kerja, aku berjaya siapkan semua order. Alhamdulillah. hehe.

Haritu aku bawa balik Ipoh 5 product :

Brownies Ganja
Mini Pavlova
*New
Choc creme brulee
Nutella Red Velvet
Sekeping brownies
Yang amazingnya,sold out dengan jayanya semua product aku, siap tak cukup, siap ramai yang PM minta nak order, alahai, sayanggggg 1000 kali sayang, kakak bake semua siap-siap kat KL, huaaaa, kat Ipoh kakak edarkan je, kat Ipoh tak leh usik dapur CikYah, CikYah busy buat tempahan kuih muih, hahaha. #memangfamilykakibusinesslahwei! hahaha.

Yang buat aku happy nya kan, semua puji kek kek aku, rasa terharu, rasa nak nangis, so far tak de lagi yang complain, nervous tau tiap kali nak tunggu feedback cust, tapi Alhamdulillah, bila buat dengan penuh kasih sayang ni, memang output pun terbaek!


Kawan-kawan aku semua tanya, wei, mcm takpercaya ko pandai masak, pandai baking. eh aku pun mcm tak percaya gak, hahaha. Sebab dulu masa belajar ambil engineering, tapi kwn-kwn aku memang kenal aku suka meregek ( melawo ), tapi bab masak, bab baking memang takde bakat, masak pun tunggu ihsan ecah masakkan, ( roommate ) hahaha. aku kan manja. lols.

Tapi aku pun rasa pelik, mcm mana aku leh suka baking. minat tu datang slow-slow. Maybe darah arwah opah bedah mengalir kot. hehehe. Arwah opah aku pandai baking, pandai meniaga, pandai masak, pandai menjahit, tu sebab mak aku terror masak, tapi baking tak pergi kat mak aku, terus pergi ke aku. lols.

ok lah, panjang lak bebel. jom start challenge nak?

Sepatutnya harini dah day 5, tapi tak pelah, kita start jelah dari day 1st, haritu busy, masa sempat nak update blog wei! hahahaha.
Gambar paling latest, PAGI tadi, hahaha. Nampak mok kan, lols. 

15 Intresting Fact About Yourself
1. Aku seorang yang happy go lucky, memula je nampak sombong, lama-lama, tak berhenti bercakap.

2. Aku suka perhatikan keadaan sekeliling

3. Instinct aku kuat dan selalunya apa yang aku sebut dalam hati tu mesti betul

4. Aku suka cabar diri sendiri

5. Aku suka buat benda baru, bosan jika hari hari benda sama

6. Aku tak suka orang cakap benda yang sama berulang kali kat aku, *annoyingtahu?

7. Aku suka orang yang datang dan nasihatkan aku perkara yang baik, orang yang datang dan motivate aku.

8. Aku pernah menangis satu masa dulu masa orang reject product aku, dari situ aku bangun, and terus berjalan dan berlari sampai sekarang

9. Aku seorang yang sangat sensitif

10. Aku seorang yang mudah menangis, dalam hati ada taman

11. Aku bercita-cita tinggi, satu hari nanti aku nak bawa anak-anak aku pergi London. ( yer Umrah juga, pergi Makkah, nanti orang ckp pulak, mekah tak nak pergi, London nak sangat pergi )

12. Aku pernah bercita-cita nak buka Bakery Cafe. LOLS

13. Aku suka acah acah OCD hahaha.

14. Family belah mak aku memang orang berniaga ( arwah atok jual durian, arwah opah meniaga makanan, kuih muih, kek, mak aku meniaga nasi lemak, kuih kuih, papa aku ada business mengajar memandu, siapa nak ambil lesen, roger okay! )

15. Aku pernah jual nasi lemak kat sekolah masa sekolah rendah, dan semua orang suka nasi lemak mak aku. HAHA. Nak bukti? ni kat bawahhhh. HAHA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. bagusnya satu family pandai masak & berniaga!

    ReplyDelete
  2. sedapnya , mesti dah viral kan pavlova dia , jemput ke http://www.vitaminwawa.com/ , terima kasih ...

    ReplyDelete
  3. yang no.11 dengan no.12 tu kak ain Aamiin kan.. mudah-mudahan ye.. rezeki semua Allah yang aturkan, kita doa dan usaha.. :)

    ...

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com