Image and video hosting by TinyPic

27 March 2018

Mommy Me Time Dugro

Sesi Mama Penyayang Dumex Dugro


Hai, kita as ibu ibu, mama mama ni, skali skala dapat " me time ", memang sangat best kan, kejap kejap tinggalkan anak, join event, jumpa kawan-kawan lama, rasa seronok sangat. Siapa kata Me Time tu tak penting, SANGAT PENTING tahu? Seharian dengan anak-anak, uruskan rumahtangga, rasa nya tak salah buat ibu-ibu keluar sebentar, dan berjumpa dengan rakan-rakan ibu yang lain.

Pada Ahad lepas, aku sempat join event Dumex Dugro, Sesi Mama2 Penyayang Dumex Dugro. See, keluar berMe Time pun pasal anak anak, hihi, bukan tentang benda lain, tetap untuk anak. Thank You Dumex Dugro kerana adakan event mcm ni, kita ni walau mcm mana pun, tetap ingat anak, dan terus ingin menjadi ibu yang terbaik untuk anak.

Event ini di organized KHAS buat mommy mommy, mak mak yang kehidupan seharian mereka dibantu oleh Dumex Dugro, aku skrg Alfi dah bercampur susu, aku ada bagi Alfi try susu lain, tapi tak serasi, so last pilih Dumex Dugro, Alhamdulillah serasi dengan Alfi.

Ramai yang memandang serong bila kita mula bagi anak kita formula milk, but, kena tahu, formula milk tak salah, dan sebenarnya, ramai yang tak tahu, formula milk juga mempunyai banyak nutrisi yang dapat membantu anak menjadi lebih lagi.

Kami yang join event ni adalah semua mak mak, yang support each other dalam membesarkan anak-anak, seronok sangat share pengalaman dan belajar macam-macam benda.

Para ibu dan masak memasak mana boleh lari, hari hari mesti nak kena masak untuk anak, biar simple, asalkan berkhasiat. Tapi harini, betul ke apa yang kita masak tu berkhasiat? betul ke cara kita masak sesuatu makanan tu, tahu ke apa yang boleh dan apa yang tak boleh letak dalam makanan anak? hah semua tu kita akan belajar nanti, dan yang paling best, kita akan belajar masak 6 menu yang lain dari menu biasa yang kita masak untuk anak anak kita.

Kebab Ikan Si Comel

Burger Ayam Sayangku

Bubur Ikan Riang Ria

Nasi Goreng Meriah

Pasta Si Manja

Quiche Ayam Dan Cendawan Enak

Menarik kan semua menu? Sangat menarik, makanan anak, tapi nampak sedap yakmat! Kita pun boleh tumpang sekaki ni. hehehe.

Haritu dapat jumpa ramai kawan blogger lain, lama sangat tak jumpa dorg, skali dapat jumpa, bergambar tak sudah sudah, borak dan gelak je kerjanyaaaa.

Sementara tunggu event start, bergambar lah, apa lagi, haritu ada Diana Amir sebagai tetamu jemputan, apa lagi, take chance lah berselfie, cantik sangat Diana Amir ni. haih! anak sorang pun mcm anak dara lagi.

Yana Samsudin pun ada, pun cantik! kurus, alahai! mcm anak dara! Yana as emcee pada hari tu, Ya Ampun, yana ni lawak sangat! mcm mana kecoh dalam TV, mcm tu jugak lah dia kat luar, happy go lucky! Tak sombong lansung! Suka yana!

Dumex Dugro Careline


Event start dalam pukul 11am, dimulakan dengan ucapan kata alu-alu pengurus Dugro. Korang tahu tak yang Dumex Dugro ni ada Careline Team, aku tak tahu, tau tak!!! serius lah!

Rupanya, careline team ni sangat arif tentang nutrisi dan parenting tips, jika korang call dorang, jam 3am pun dorang akan layan. Jangan risau. Rugi betul aku tak tahu! HAHA, sekarang baru tahu.

Jika korang ada masalah anak tak mahu makan, buntu nak masak apa, tak tahu apa makanan yang berkhasiat untuk anak, korang boleh call je mereka, tahu tak number careline ni? mesti tak tahu kan?

1800-38-1038

nahhh ni number careline dumex dugro. hehe

Menu Dinner Untuk Anak Yang Ringkas dan Berkhasiat


Selepas sesi pengenalan, mula lah sesi masak memasak, haritu Chef Celebriti Lin pun ada bersama-sama kita, mengajar kita bagaimana cara yang betul nak masak makanan yang berkhasiat untuk anak. walau sibuk macam mana pun, masak itu penting. Biar ringkas, tapi berkhasiat.

Chef Lin ajar kita prepared menu masakan untuk anak, manakala careline pula yang dekat belakang tu ( baju putih ), tak jemu jemu menjawap soalan kami, mcm mcm soalan yang kami tanya, do and dont, tips and trick untuk memasak.

Semua 6 menu ni, kaya denga DHA, Omega 3, Omega 6, Fiber Vitamin dan Mineral dan cukup untuk menu seminggu. Yang lagi best, semua menu ni, korang boleh masak siap-siap dan frozenkan je, nak makan nanti, keluar dan panaskan. Settle!

Apa sayur yang paling mudah utk dimasak dan tahan lama? Di dalam peti ais korang, wajib ada, BROKOLI, CARROT dan MIX Vege, brokoli dan carrot je dan banyak sgt khasiat, sayur paling mudah nak masak apa saja.

Selepas siap sharing dari chef dan careline, turn kami mak mak pula untuk masak, ehhh tengok, me time pun kena masak tau. hahaha. Bukan me time borak korang. Me time kami sangat penuh dengan ilmu untuk kita praktikkan di masa hadapan. hehe.

Kami dibahagikan 6 orang 1 kumpulan, aku mestilah bersama dgn kakak kawasan, kak Diya, kak Ayu, kak Nina, jue dan lagi sorang, lupa dah nama dia. hehehe.

Menu pertama kami Quiche ayam, nampak mcm renyah, tapi senang sangat wei nak buat! Semua kami settle kan part masing-masing, aku memotong, kak ayu memasak, ada yang mengemas, sangat seronok teamwork, cepat gila kumpulan kami masak. hehehe.

Nampak sedap kannnn! memang sedap, mak mak pun boleh makan skali ni! hahaha.

Letak cheese banyak banyak, nyum3, HAHA.

perlu ke pose dengan talam? harus lahhhhh! 

yana yang offer nak selfie, kemahen lagi yana, happy go lucky! Settle menu 1st, trus ke menu ke dua, Kebab ikan comel! menggunakan ikan dory.

Potong ikan pun nak pose. mamposss! hahahahaha.

cantik ikan mak potong, nasib x hancur. hahahha. Kebab ikan ni paling lah sangat senang nak sediakan wei, senang gila. gaul gaul, cucuk, grill, settle.

Semua menu ni, kita mix kan dengan susu Dugro, supaya dapat lebih lagi nutrisi, ada budak, nak makan tapi tak nak minum susu, ada yang nak susu je, tak nak makan, so menu yang chef lin sediakan ni, balance, menu yang menarik minat anak untuk makan, dan ada campuran susu jika anak tak nak minum susu.

Tahukah mak mak semua, bahawa susu Dumex Dugro mempunyai DHA yang tinggi, Omega 3, Omega 6 dan the one and only brand yang ada IcFOS.

nampak sedap kan!

semua orang terliur dengan quiche ayam kami, gebu, gemuk, nampak menyelerakan, betul tak? hehehe. Semua menu ni kami boleh bawak balik, seronok dapat bawa balik bagi anak-anak.

team yang sangat best! hehehe, ada mak mak OCD kat sini, xleh tengok meja berselerak. semua nak di kemasnya. HAHA.

Selepas sesi masak memasak, ada pula sesi Q&A, semua mengambil kesempatan untuk tanya soalan kepada chef dan careline team, tanya je apa soalan, semua mereka boleh jawap, sebab careline team juga mereka juga experience mom, dan melalui masalah yang sama mcm kita.

Serius cakap, memang seronok event ni, 4jam yang sangat bermanfaat, banyak ilmu yang kami belajar dan boleh di praktikkan. kadang-kadang idea kering, tapi bila dapat pergi sharing mom to mom session macam ni, seronok sangat.

Hopefully lepas ni ada lagi event mcm ni, dapat ber Me Time lagi. HEHE.

Thanks You Dugro, memang dapat #LebihLagiNutrisi dengan Dugro! Korang kalau ada masalah apa-apa, nak tanya apa-apa, boleh lah call Careline Team ok! jangan malu jangan segan.

Nak resepi 6 menu yang aku belajar tu? ok next post aku ajar korang okay! Stay tune!

Oh, lupa nak bagitahu korang yang, now Dumex Dugro ada promosi tau!

Beli 2 pack Dumex Dugro 900g
akan dapat FREE
2in1 playmat + storage bag
*sementara stok masih ada
Beli je kat mana mana major store dalam Malaysia.

more information, please visit:

https://www.dugro.com.my/promosi_dan_acara
Facebook page : Dumex Dugro

Gula-gula Pandai Ajaib Al-Fateh Junior

Supplement untuk minda dan daya tahan anak


Kadang-kadang, kita ni sebagai parent, tak tahu nak bagi supplement apa pada anak kan, naik buntu kepala ni kan, nak cari satu supplement untuk anak yang boleh kuatkan daya tahan, juga meransang minda mereka. Kalau boleh nak semua dalam satu. kahkah. Dasar!

Lepas tu, nak juga cari yang menarik untuk anak-anak, kalau dalam bentuk ubat, tak mahunya dorang nak makan, mau di lueknya, kalau warna menarik, sedap, mesti laju je makan.

And akhirnya aku jumpa Al-Fateh Junior. Memula macam, wow, menarik sangat, macam jelly gummy, bawa balik rumah, tunjuk kakak, dia punya lah excited, tiap pagi mesti wajib nak makan " ubat pandai ", hahaha.

Apa Itu Al-Fateh Junior?


SUPPLIMENT AL FATEH JUNIOR adalah makanan tambahan yang diperkaya dengan bahan makanan sunnah terpilih seperti Madu, Kismis, Safron, Gam Arab,minyak zaitun dan Delima.

Tak perlu lagi kita nak amek satu-satu, baca selawat danbismillah terus kunyah-kunyah je, akan dapat bermacam-macam khasiat dalam sebiji gula-gula.

Kalau nak di ikutkan, larat ke kita nak bagi satu persatu makanan Sunnah tu kat anak kita, tak lalu kan? so kita bagi jelah Al-Fateh Junior ni, senang, mudah. All in one, konsep dia sama je seperti makanan tambahan lain yang berada di farmasi tu.

Didalam satu botol, terdapat 3 perasa dengan warna yang menarik, memang menarik lah sebab nya, kalau bagi sebotol, boleh habis sebotol anak-anak telan. Hadoi! Kena sorok sikit weh. Perasa yang ada ialah :

🍓 strawberry
🍏 epal hijau fuji
🍇 blackcurrant


Sangat menarik warna dia, kecil-kecil je sebiji gula-gula bijak ni, senang untuk anak makan dan kunyah, Alfi pun makan weh, patut lah makin bijak budak tu. haha.

Rutin kakak setiap pagi, pagi pagi sebelum pergi sekolah, mesti mintak ubat pandai. HAHAHA. Tapi tak, 40kali sebut ubat pandai, betul-betul jadi pandai. hehe.

Terdapat 6 bahan Sunnah Terbaik di dalam Al-Fateh Junior
1. SAFFRON
2. GAM ARAB
3. GARAM BUKIT
4. MADU
5. KISMIS
6. DELIMA

apa khasiatnya?

1. MENINGKATKAN DAYA TAHAN DIRI
2. MENINGKAT DAYA INGATAN DAN HAFALAN
3. MEMBUKA SELERA MAKAN
4. PERIBADI DAN AKHLAK YANG BAIK
5. MENINGKATKAN KECERDASAN OTAK
6. MENGHILANGKAN KELETIHAN DAN KELESUAN
7. MENINGKATKAN KECERDASAN FIZIKAL
8. MEMBANTU MELANCARKAN PEREDARAN DARAH
9. MEMBANTU SISTEM PENGHADAMAN DAN PENCERNAAN

Semua ni membantu anak-anak kita tau, yelah, di sekolah, ntah macam mana mainya, ntah apa makan dia, kita tak boleh nak pantau, so yang kita boleh buat, hanya dengan memberi yang terbaik untuk anak, pastikan daya tahan diri mereka kuat!

Supplement Al-Fateh Junior ni dihasilkan daripada beberapa ramuan utama seperti :

Saffron
Baik untuk melegakan stress
Mengembalikan stamina dan tenaga setelah melakukan kerja dan aktiviti
Kaya dengan antioksida yang mana mampu memperkuatkan sistem imunisasi badan dalam mencegah diserang penyakit
Mempercepatkan perkembangan sel-sel otak dan mempertingkatkan daya ingatan.
Mengatasi anemia atau kekurangan sel darah merah
Dan banyak lagi

Garam Bukit Halagel
Menjadikan tulang lebih kuat dan fleksibel

Kismis
Membantu perkembangan minda sihat dan menajamkan penglihatan

Gelatin Halagel
Melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh badan
Membantu membuang toksin di dalam badan.
Mengurangkan kesakitan dan keletihan kaki.
Melegakan sakit otot, sendi-sendi, sengal-sengal dan kekejangan otot kaki.

Madu
Menggantikan sel-sel otak yang rosak kepada sel-sel baru yang sihat.

Buah Delima
Membantu sistem penghadaman, merawat penyakit athma, sakit tekak dan batuk.

Gam Arab
Membantu menurunkan paras kreatinin dan gula dalam darah untuk pesakit buah pinggang dan diabetes
Mengurangkan risiko penyakit berpunca dari usus, kolesterol, lemak dan gula
Meningkatkan sistem imunisasi badan. 80% imunisasi badan bergantung dari sistem usus, perkumuhan dan perut yang baik
Kandungan fibre yang tinggi merendahkan kolesterol dan kurangkan risiko menghidap penyakit jantung.
Meningkatkan tahap kesihatan dan imunisasi dari serangan demam dan pelbagai penyakit.

- kredit info from http://www.afzalsukasuki.com

So siapa mak pak yang pening-pening nak cari supplement untuk anak, tak jumpa-jumpa, boleh lah try Al-Fateh Junior. Antara produk yang di suggest di tadika-tadika juga tau. Bagus sangat.

more info :

Minuman Botani Untuk Mereka Yang Alah Seafood Dari Sista Stardust

Misi Cantik Kurus Gebu Raya 2018


Gittuh tajuk dia, hahaha. Nak gebu, nak kulit cantik, bukan boleh dapat kalau tak melakukan apa-apa yer kawan-kawan, pengorbanan harus ada, dari segi wang ringgit satu hal, dari segi nak mencari yang serasi juga 1 hal, selalu kalau kita dengar pasal nak gebu, orang cakap, makan lah kologen. Kenapa perlu makan kologen?

Kologen adalah salah agen yang boleh menganjalkan semua kulit kita, melembapkan kulit, mengurangkan jeragat dan sebagainya, semua yang berkaitan dengan kulit lah senang cerita.

Bila memilih minuman kologen ni pulak, ada pula yang jenis yang alah dengan makanan laut, betul tak? macam aku, tak boleh juga dengan makanan laut, sikit sikit boleh lah, kalau banyak sangat kang, dok menggatal tak tentu hala. SO! apa solution dia?

Now aku cuba consume SISTA STARDUST BERRIES ROSE!

Apa tuuuuuuuuuuuuuuuuuu?

Siapa misi dia nak cantik gebu Raya nanti, meh join aku minum ni, serius weh, dah lah sedap! tak tipu!

Campuran minuman botani Berries Rose adalah makanan tambahan yang berasaskan daripada campuran bahan botani semulajadi untuk kesihatan dan kecantikan. Mengandungi ramuan istimewa iaitu Ekstrak Kelopak Rose (Japan Whitening) berpaten No.3818483 yang mampu merawat masalah kulit seperti pigmentasi, jeragat atau bintik hitam.

Berries Rose juga sesuai untuk sesiapa yang ada ALAHAN MAKANAN LAUT.

kalau korang ada masalah kulit seperti pigmentasi, jeragat atau bintik hitammemang sesuai sangat consume BERRIES ROSE by SISTA STARDUST.

Apa yang aku suka tentang product ni, dia datang dalam 1 kotak yang ada 60 sachet. Senang weh! aku suka kalau product yang macam ni, selalu product lain sikit sikit, yang boleh consume dalam 2 minggu je, lepas tu kena beli lagi, yang ni untuk sebulan terus, senang! kalau habis, bulan depan ( dapat gaji baru ) boleh beli lagi. kahkah.

Bukan produk timbang kilo ya, setiap sachet ada cop batch dia dan expired.

Minuman botani Berries Rose ni dalam bentuk serbuk, kalau korang beli, mereka akan bagi FREE shaker, boleh shake shake dan minum, bancuh dgn air sejuk, sedap woooo! Aku ada sertakan video, nanti tengok yer, hehe.

Apa kandungan minuman botani Berries Rose ni?


BAHAN UTAMA dia adalah KELOPAK BUNGA ROSE.

Bunga Rose memang sangat tidak dinafikan kehebatan dia, kalau essential oil Rose, korang tahu tak harga dia berapa? 5ml tu Rm8++ tau! Kalau sapu di muka, memang boleh menaikkan aura. Ala-ala Neelofa. hehe.

Kandungan minuman botani Berries Rose
Terdapat buah-buahan dari jenis berry seperti blueberry, strawberry, blackberry, redcurrant, goji berry, acai berry, raspberry dan cranberry ini kaya dengan vitamin dan anti-oksidan yang tinggi. Ia juga baik untuk kesihatan.

-Blueberry mempunyai kandungan anti-oksidan yang paling tinggi berbanding buah lain. Khasiatnya boleh memberi perlindungan dari penyakit jantung dan menguatkan tulang.

-Strawberry diperkaya dengan vitamin C dan ubat semulajadi untuk sesiapa yang mempunyai sembelit. Ia bertindak sebagai detox.

-Blackberry membantu meningkatkan keseimbangan dan memori.

-Secawan redcurrant mengandungi 308mg “potassium” yang badan kita perlukan sehari. Ia membantu pengaliran darah ke otot dengan baik.

-Goji berry memiliki zat besi yang tinggi dan baik untuk kesihatan mata, malah jauh lebih dari lobak merah.

-Acai berry mempunyai 2x ganda anti-oksidan yang tinggi berbanding blueberry. Tidak hairanlah jika buah ini bertindak sebagai anti-aging.

-Sama seperti blueberry, raspberry mengandungi khasiat “anti-inflammatory” atau keradangan dan meransang perkembangan sel tulang.

-Cranberry bertindak membunuh bakteria dan membantu merawat “infection”

Buah-buahan dari jenis berry ini salah satu daripada bahan yang digunakan dalam Berries Rose by Sista Stardust. Sebab itulah ia sesuai untuk masalah kulit sensitif, menyihatkan penglihatan mata dan banyak lagi kelebihan lain.

Kelebihan Kelopak Bunga Mawar


Air mawar atau ekstrak bunga mawar merupakan antiseptik yang bermanfaat untuk memelihara dan merawat kulit. Air mawar juga bertindak sebagai anti bakteria yang membantu merawat masalah kulit. Berikut adalah beberapa manfaat air mawar untuk kulit:

 Anti penuaan.
Air mawar membantu mencegah tanda-tanda penuaan dan melindungi kulit dari berkedut dan keradangan.

 Menghaluskan kulit.
Kandungan air mawar dapat mengurangi pori-pori terbuka dan membuat kulit nampak lebih halus dan bersih.

 Mencegah penyakit kulit.
Air mawar membantu menjaga keseimbangan pH kulit secara semulajadi dan mencegah dari pelbagai penyakit kulit dan eczema.

 Mengawal lebihan minyak.
Pengeluaran sebum berlebihan dapat diseimbangkan dengan menggunakan air mawar.

 Membersihkan kulit. Kandungan anti bakteria dalam air mawar membantu membersihkan kulit secara menyeluruh dan mengekalkan kelembapan pada kulit.

Rutin aku sebelum breakfast, kalau lupa, aku minum sebelum tidur, supaya dalam tidur, dapat merawat kulit kulit aku ni. hehehe. Rasa sedap weh, rasa berries, nyum3.

Kalau tengok di IG mereka, memang banyak feedback tentang jerawat kecut, kulit cerah dan gebu. Serius, memang betul, aku pun dapat rasa kulit makin halus skrg ni.

So, siapa yang belum dapatkan SISTA STARDUST BERRIES ROSE ni, sila dapat kan, memang kulit makin halus dan cantik wei! kata nak cantik raya nanti.

ini ada video untuk korang tonton.

more info :

Facebook : @sistastardust
Instagram : sistastardust

to order, WA je terus ke

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com