Image and video hosting by TinyPic

08 March 2018

Aktiviti Menarik Cuti Sekolah DIY Chocolate Workshop di Harriston Signature

Bonding Time Dengan Kakak Sophea


Assalamualaikum, hai korang, maaf lambat update pasal Harriston Signature Chocolate, Ya Ampun, skrg ni kalau nak buat blogpost, kena buat video skali, nak edit video, edit gambar, alahai, BERCHINTA mak! dulu masa anak dara, sehari 5 blogpost, sekarang??? 5minggu belum tentu ada 1 blogpost. kahkah! Tapi Alhamdulillah, job mak tak putus, lols.

Haritu nampak Aiin Baharum post pasal bengkel coklat bersama anak di FB, tengok tempat dia di Harriston Chocolate di Taman Shamelin, ehhh Shamelin ni seketut je dari rumah, try msg Aiin, Aiin kata ada lagi 1 slot kosong, laju laju pergi mintak izin suami, nak bawa kakak, tapi adik tinggal dengan papa. kofkof.

Then papa cakap OK, sbb 3jam je kan, Yeay! dapat lah spend time dengan kakak. mmg aku akui, aku dah kurang masa dengan kakak, so dengan cara mcm ni lah nak ambil semula hati dia, dan kakak memang suka lah aktiviti aktiviti mcm ni.

Harriston Signature Kedai Coklat Tumpuan Pelancong

Harriston Signature Chocolate ni antara coklat hasil tempatan, menarik sangat sbb coklat kat sini semua unik, contoh : DURIAN, TONGKAT ALI, CILI, KARI, hah, unik kan! haha. That why kat sini pelancong sangat ramai, memang tumpuan, sebab keunikan dia dan coklat adalah ole-ole yang paling selamat untuk dibeli dan diberikan kat kawan-kawan, aku paling suka bila orang hadiahkan coklat. haha #dasarsukamakan.

Rasanya di seluruh Malaysia, Harriston Signature ada di beberapa buah negeri je, selain KL, ada di Penang dan Pahang.

Kakak dah tak sabar nak masuk kedai, masuk je kedai, penuh pelancong yang borong coklat! tapi tetap bau coklat, sedapnyaaaaa, aku suka bau coklat panas. Nyaman je rasa, hilang segala stress. Masuk je Harriston Signature, korang akan nampak KLCC yang diperbuat dr tin coklat, wajib lah bergambar kat sana.

So creative!

Sebelum bengkel bermula, kami sempat jalan-jalan dalam kedai, kedai tak besar sangat, tapi selesa, product semua unik, dan alahai, look so yummy! Tengok lah si kakak sangat teruja. aku pun, rasa nak amik je coklat tu nak makan, tapi jangan risau, memang dorang akan sediakan tester untuk korang cuba. Tapi kalau dah nama coklat, mana pulak tak sedap ye dok.

Coklat ni semua coklat asli tau, permium, bukan cikai-cikai punya.

Cantik betul kan yang dah siap-siap dalam kotak ni, menarik perhatian aku. 

Lepas settle jalan-jalan, group bengkel pun dah penuh, staff Harriston Signature akan brief kita sikit tentang coklat, dark chocolate, milk, dan white choc. Chocolate diperbuat dari apa, mcm mana white chocolate tu boleh jadi white. Serbuk koko tu dorang buat apa, dorang akan terangkan.

Aku tak nak cerita kat sini, sebab aku nak korang pergi sendiri, bawa anak-anak korang ke Harriston Signature ni, then boleh tahu. hehe.

DIY chocolate workshop


Lepas dah terangkan sedikit sebanyak tentang coklat, so bermula lah sesi membuat coklat, sesi yang paling kakak paling tak sabar! heheh. Mereka dah siap-siap siapkan tempat kita, dan siap ada nama, yang paling sweet, ada gambar kita dan anak. so sweetttt~

Semua coklat, semua barang mereka bekalkan, siap bagi apron, haha. cuma glove kakak x pakai, besar yakmat.

Staff Harriston Signature anak guide mcm mana nak buat, dan apa nak buat, aku suruh kakak dengar arahan, dan suruh kakak buat, dalam masa yang sama, aku nak latih kakak supaya dengar arahan, jgn jadi mcm aku, suka tak dengar arahan. lols.

ada juga yang kakak mcm tak reti nak buat, gelabah tanya ibuu, panggil ibuu, hahaha. aku tolong lah, kang melalak pulak kat situ.

Aku tengok kakak enjoy sgt buat coklat, dia mmg suka buat benda-benda mcm ni, dia suka lukis-lukis ni, tapi tak habis-habis lukis smiley, hahaha. Aku lupa nak ambil pic hasil kerja kakak, adududud. sebab dalam kereta kakak dah tak sabar nak makan.

Sementara nak tunggu coklat keras untuk di bawa pulang, staff sempat bawa kami pusing kedai dan terangkan tentang coklat-coklat yang ada kat sana. Bukan terangkan saja, skali dapat rasa semua coklat. Dannnnnnnnnnnnnnnnn yang paling aku suka is coklat inti DURIAN ni! ohsemmmm!

Coklat Inti Durian!


Korang tahu tak, ini antara coklat paling best selling di Harriston Signature, pelancong suka sangat coklat ni, siapa tak suka durian kan! rugi wei tak makan durian. hahaha.

Selain durian, ada juga coklat Tongkat Ali dan Coconut, hehe, nak rasa? kena pergi Harriston Signature ok!

Isi durian yang REAL tau, bukan tipu tipu.

Diskaun 25% Buat Warganegara Malaysia


Ok ada berita baik, kalau kita tengok harga kan? mostly cakap harga coklat kat sini mahal, sebab apa? harga ni untuk pelancong. Tapi, ISTIMEWA untuk kita warganegara Malaysia, setiap pembelian, mereka akan bagi 25% diskaun! whoaaa! banyak tu wei!

Kakak had so much fun! memang seronok betul dia, ok harga untuk join bengkel coklat ni mcm mana?

Macam mana nak join bengkel coklat?
- Boleh datang sorang
- atau datang dengan group 
Jangan risau, mereka tetap akan layan korang 
Peringkat umur?
- dari 3tahun ke atas
- dan Dewasa 
Tempoh masa?
- 1jam 
Harga ?
- Rm35 per person
- semua hasil kerja boleh dibawa pulang 
Sila call untuk reservation.

salah 1 hasil kerja kakak, korang, bawa lah anak korang, kalau x dpt bawa semua, bawak sorg sorg, spend time sikit mana untuk anak, untuk anak rasa kita tak sisihkan mereka. dalam tak sedar, kadang-kadang kita kurang perhatian pada mereka. Dengan cara mcm ni, dapat pupuk semula rasa kasih-sayang tu. okays! baiiiiiiiiiiiiii.

TQ for reading chuols!


Harriston Signature
10 & 12, Jalan 13/91,
Taman Shamelin Perkasa.
Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur
Tel : 603-92815122 / 603-92825122

Instagram : @harristonchocolate
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com