Image and video hosting by TinyPic

12 March 2018

Cara Lain Rawat Demam Anak Selain Ubat

Cara Lain Rawat Demam Bayi


Assalamualaikum korang, selamat pagi isnin, hoi rajinnya update blog. Aah rajin sebab harini semangat dia lain macam sikit, hehe. Saja lah update blog, pada yang nak baca, boleh baca, siapa yang tak nak, tiada paksaan, cuma nya, ada lah sedikit ilmu nak disampaikan. hehe. Ilmu pasal anak-anak. Aku tak lah berapa pandai, tapi aku buat satu entry pasal ni harini sebab aku sendiri dah banyak kali iktiar kebahkan demam Alfi dengan cara ni, sebab Alfi memang TAK NAK makan ubat.

Sebelum ni aku malas juga nak cerita pasal ni, kang ada yang claim aku ni macam-macam, tapi tak pelah, aku cerita kat sini, untuk siapa yang nak ikhtiar, rawat demam anak tanpa ubat, which is anak yang refuse ubat, dan as we know, ubat pun memang tak bagus untuk baby kan?

mana nak start cerita pun aku tak tahu, tapi ok, start dari depan ke belakang lah yer, hahaha. Sebab yelah, benda dah lepas baru nak cerita kan, so from present to past lah. lols.

tengok gambar kat bawah ni, aku serius tak perasan kepala dia luka, kisahnya, Sabtu haritu kami pergi kenduri, nak pergi ke dewan, kena turun bukit, masa turun, ok lah papa dia dukung, masa nak daki bukit ( nak balik ), papa dia suruh dia jalan, papa pimpin lah, papa pulak acah-acah je pimpin, anak pulak berat sebelah, tersadung kaki, tergolek-golek jatuh, Allahu, menjerit juga lah aku kat situ, beriya sangat dia nangis, maybe terkejut. Tapi aku ingat kan tak de apa-apa, so aku susukan je, dia trus tidur masa on the way balik rumah tu.

Alfi tidur sampai Magrib, magrib tu dia bangun, badan dah start dedar, aku pelik, kan baru baik demam, takkan demam balik, aku assume dia demam sebab jatuh td, terkejut agaknya. Kesian gila kat Alfi. dia ni jenis demam, tapi aktif, tetap juga nak main, tapi badan tak larat.

ok, SEBELUM demam yang kali ni, dia baru je baik demam, muntah, cirit tau.

Yang tu pun tetiba je, tetiba lepas magrib badan dedar, kul 10pm start muntah, sampai ke pagi, pagi pergi hospital, doktor suruh balik, tak de apa apa katanya, tapi balik rumah keep on muntah, demam makin tinggi and pastu dia cirit! masa ni aku dah risau gila, syukur lah cirit baru 2 kali, dan tak berterusan.

Aku tak tau apa punca Alfi jadi mcm ni, sbb so sudden, Alfi jarang juga nak demam tiba-tiba tanpa sebab. ke sebab ibuu ckp nak g IMKK, suruh tidur rumah nenek pengasuh, terus demam? kahhh!

So ibuu burn tiket IMKK ibuu, hahaha. takpelah, demi anak.

Demam dan muntah berterusan sampai hari Ahad, disebabkan ubat dia tak nak makan, aku just jerlum kepala dia dgn air, then sapu DiGize kat perut, dan peppermint kat tapak kaki, cirit dah takde, tinggal muntah, tapi jarang sangat, sikit sikit je, kalau tak, skali muntah, selambak!

Aku keep oiling kat kaki, ( peppermint every 15 minute ), Alhamdulillah, dah tak berapa nak panas badan dia. Tapi yelah, Isnin aku dah nak kerja, tapi Alfi belum betul-betul sihat, badan aku sakit, penat, jangan cakap lah, anak tak sihat ni, kita yang sakit badan.

Then malam tu, kwn kwn mak minyak cakap, cuba letak lavender kat perut, oregano kat tapak kaki, aku ni memang sejenis kalau boleh tak nak guna oregano, kahkah, tak lalu wei bau oregano, bikin lapar saja, 1 rumah bau aglio olio, tapi demi anak, ku gigihkan.

Sapu lavender kat perut, bagi perut calm, oregano kat tapak kaki, utk immune. Alhamdulillah! esoknya kebah demam, muntah pun dah tak de, pagi tu aku makan pau, dia cakap, " NAK ". ohhh nak makan pau, sebelum ni, 1 makanan tak masuk mulut dia, dia tak nak makan, sebab masuk makan apa pun dia akan muntah balik. Kesian sangat aku tengok Alfi masa tu.


makan pau sampai tertidur, hahaha.

OK, berbalik ke cerita demam semalam, sabtu lepas Magrib start demam, aku tak oiling, tak bagi ubat, just jerlum, pagi ahad rasa mcm dia dah kebah, aku pulak ada event kat KLCC semalam, bawa juga lah anak-anak, lepas mandi pagi, start panas balik badan Alfi, Allahu, tapi still kena pergi KLCC, sebelum gerak, singgah beli cool fever, tapi sampai KLCC nampak Alfi mcm tak larat, tapi still boleh jalan, ok lah, aku pergi buat kerja cepat-cepat, tak sampai 30minit siap.

Then jalan-jalan KLCC jap, nak makan mee kari, and nak cari watson beli barang.

Nampak fries Nathan's ni, mcm menarik, singgah dulu sini, rm12 weiii! mcm ni je, aku buat sendiri kat rumah pun boleh, haha, ngek!

Then dah makan ni, g food court pulak cari mee kari KLCC, hahaha. sedap wei mee kari dia, korang dah penah makan ke? gambar tak sempat amik, biasalah makan dengan anak-anak, fon x sempat pegang.

OK sambung cite tentang Alfi demam, masa aku kat watson, Alfi dah merengek sebab dah tak larat agaknya, then trus balik lah, dalam kereta lagi dia dah tidur, sampai kul 8.30 juga dia lena, aku saja biar dia tidur sbb badan tak sihat kan.

Dia bangun, badan masih panas, aku mandikan, nak bagi makan bubur, ermm ada lah 3 suap dia makan. takpelah, malas paksa dia, so aku susukan je dia bagi dia kenyang.

kul 10pm, kami dah naik bilik, kakak kena tidur awal sebab nak sekolah, adik sebab dah tidur lama, nan hado lah dia nak tidur, dia mengempeng je lah, jap jap bangun, ajak aku main. Aku keep on sponging dia, basahkan kepala dan badan, tapak kaki aku sapu dilute peppermint every 15minit.

Tak lena sangat pun aku tidur, yelah, kejap-kejap bangun oiling Alfi, sampai dia pun tahu, aku amik je minyak, dia hulur kaki. HAHA. kelakar lah rasa.

Dan paling syukur Alhamdulillah skali, aku terlelap dalam kul 12 lebih gitu, kul 1am aku terkejut terjaga dari lena, raba-raba badan Alfi, dah sejuk wei, Alhamdulillah, syukur sgt, Alfi pun nampak tidur lena.

itu lah aku kata, if aku cerita, mesti ada yang kata, betul ke? betul ke leh kebahkan demam? itu semua kuasa Allah wak, kita ikhtiar je, dah anak tak nak makan ubat kan, takkan nak biar je. dan aku just keep oiling Alfi tak sampai 4 kali rasanya, lepas tu aku terlena. HAHA. bangun-bangun demam dah kebah.

Sambil oiling, kena niat tau, sampai urut tapak kaki anak, baca doa, selawat, doa lah supaya Allah sembuhkan demam anak, semoga anak sihat walafiat seperti biasa. Kebahnya demam Alfi dengan izin Allah.

Aku bukan nak kempen jual Essential Oil tau, cuma nak korang tahu, setiap oil ada function dia tersendiri, aku sampai beli buku nak tahu pasal essential oil, once dah kenal EO, mmg sangat best, banyak sangat membantu dalam kehidupan harian.

Nanti next next post, aku cerita lagi pasal EO ni okay. Dah panjang sangat rasanya ni, takde sapa pulak nak baca karang. HAHA.

Tapi, TQ lah kat cik peppermint, sebab membantu saya semalam ya, hihi.

#teamminyakkakpora Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. peppermint akk guna utk migrain..haha sedap berangin je...yg penting ikhtiar kan..selebihnya baru tawakal..:)

    ReplyDelete
  2. wah bagus
    semoga anak sentiasa kuat dan sihat

    ReplyDelete
  3. product Young Living ni bagus kan...mesti lega rasa perut anak bila sapuk EO Peppermint ni..

    salam kenal dari umifuzy.com

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com