Image and video hosting by TinyPic

07 March 2018

Kisah Persekolahan Kakak Imann Sophea

Kisah sekolah Princess sangat lah merumitkan, kesian anak aku, hahaha. Kisahnya bermula bila kakak dapat Pra-Sekolah. Awal tahun haritu, aku masukkan dia ke tadika lama, yang pre-tahfiz tu lah, sebab mmg dah mind set fikir, tak dapat pra-sekolah ni, tetiba, pertengahan bulan Febuari haritu, kakak dapat pra sekolah, SEBABNYA, pra-sekolah kat sini, muridnya tak ramai, ramai yang apply, tapi bila time daftar, semua missing in action. LOLs, apelah korang ni, dah dapat, tak datang, kesian lah orang yang memang nak sangat masuk Pra-Sekolah ni.

So, dengan tak sengaja, kakak dapat lah masuk pra sekolah, sedangkan sekolah lama dah daftar, dah bayar beribu dah. HAHA. Disebabkan ibuu excited, kakak pun excited nak masuk Pra-Sekolah, so kita test lah, hantar kakak sekolah baru 13 Feb 2018 haritu. Kakak is so excited, sebab sekolah baru, jumpa kawan baru.

7.30am kami sampai sekolah, cari kelas, sekolah besar, rupanya untuk Pra-Sekolah, hujung skali kelas nya, luar kelas siap ada playground. Suka lah kakak, padahal sekolah lama pun ada je playground. HAHA. Best lah aku tengok suasana sekolah ni, sbb nanti anak bersemangat nak masuk darjah 1, dan takde lah kekok sgt kan, sebab dah biasa dengan Pra-Skolah.

semangat bangun pagi, siap pakai jam
Sampai je kelas, jumpa dengan Cikgu Syikin, baik sangat cikgunya, aku tengok kelas pun, alahai, comel, betullah tak ramai muridnya, sebab ramai yang tak datang. Kelas cantik, ceria, dan yang paling terkejut, aku tanya, berapa nak bayar yuran ni cikgu, skali cikgu kata, " tak payah bayar apa-apa puan, beli buku je ", menganga sampai nak jatuh rahang kami, hahaha. Terkejut. lols.

Sudah lah tak perlu bayar apa-apa, dah tu provide makan pulak tu, Allahu, senang nya hati. HAHA. Kakak pun nampak happy, jumpa kawan baru, terus masuk kelas dan duduk, kawan-kawan pun very friendly, siap dah cop tempat kakak, suruh duduk kat sebelah dorg, alahai~ sweet tau korang ni.

amboi si botak tu kemahen yer tgk kakak. hehe
Kelas start dari 7.30am - 12pm. Sekejap je, tengah hari tu ambil kakak, asyik cerita pasal sekolah, best sangat nampak nya, alhamdulillah, tapi, rezeki kakak nak sekolah tu tak lama, sebab ada masalah bab transit petang pula. Asalnya mak mertua aku ada suggest rumah pengasuh ni, kami budget dalam rm150, sebabnya kakak duduk dr jam 12pm hingga 5pm je, 5jam, kakak just mcm tidur je lah kan, pandai dah pergi kencing, berak semua sendiri, bukannya pakai pampers lagi kan, tapi tup tup, bila tanya, BS minta rm250, terkejut beruk lah kami, Rm250 untuk 5 jam, errrkkkk. Yelah kan, tak boleh nak salahkan BS, myb itu rate harga skrg, tapi, berhuhuhu juga lah.

And Then!

Tanya pulak tadika lama kakak ( pre-tahfiz ) ni, kalau transit sana berapa Rm, teacher dia kata Rm250, include lunch + kelas mengaji + kelas fardu ain + solat + mandi. Aku laki bini mcm WOW, baik hantar transit sekolah lama, so tak perlu dah nak fikir pasal kelas mengaji kan.

BUT, dtg lagi 1 masalah, transportation! kami laki bini pening kepala. dok fikir, boleh ke kakak naik van, pandai ke kakak tunggu van sekolah depan sekolah, kalau orang tu lupa mcm mana, mcm mana kakak nak call, mcm mana kakak itu kakak ini, aku sampai nak menangis fikir, serius korang!

itu satu hal, lepas dah call dan cari van sekolah merata, dah minta harga, tahu tak berapa dia nak, perjalanan SEHALA, just hantar kakak dr pra-sekolah ke transit, dia nak Rm140. Allahu! jatuh rahang lagi!

Bukan nak berkira bab duit, kami duk fikir, penatnya kakak, nak kena naik van, pergi transit, then rehat kejap, sambung kelas megaji, kesiannya lahai anak. So we decide again.

STOP PRA-SEKOLAH.

Tak de rezeki gamaknya. Aku sedih, kakak lagi sedih, kami TERpaksa tipu cakap sekolah tutup, hari hari dia sebut nak pergi sekolah baru, nak jumpa kawan, rindu cikgu, semua lah, tapi tak boleh, banyak perkara kena fikir.

Kalau di sekolah lama, kakak duduk sana dari pagi sampai petang, makan, mandi, mengaji, solat, hafazan semua siap. Nak nak masa borak dengan cikgu sekolah lama, dia kata " Sophea is very good in Hafazan " masa tu serius, tersentuh hati aku. Teacher kata sayang kalau stop, dorg pun dah masuk surah surah baru. Allahu, rasa bersalah pulak.

Then kalau teruskan sekolah pra, mesti nak cari kelas mengaji yang lain, mana pulak nak mencari, pening kepala nak fikir masa tu, then bincang kami laki bini, so decide continue je sekolah lama, much better.

ok settle satu bab, tapi kakak masih rindukan sekolah baru, kesian aku tengok dia, tapi itulah, Kakak kena faham, dalam life, banyak perkara kita perlu korbankan kakak. Sobs.

Daftar Anak Masuk Tahun 1.

Dari awal tahu haritu aku nervous bab nak daftar anak, mana tak nya, orang lain dok kalut register anak tahun lepas, tapi aku buat relax je, tak register, hahaha. Aku kan mmg semua benda suka last minute, and haritu, website bukak 1 Mac, baru nak kalut, nervous mcm nak g battle dUck. padahal beli dUck pun xpenah. LOLs.

Masa tu, aku dah siap siap lah bawak segala dokumen yang diperlukan, kali ni pendaftaran anak ke tahun satu, kena daftar online, itu yang semua kelam kabut, rupanya bukan aku sorg je baru nak daftar, ramai je yang join aku, #teamdaftaranaklambat. hahaha.

tepat 10am aku berperang dengan website, tak boleh masuk pulakkkk! hahaha. mst ramai tu yang masuk, so okay lah, aku relax lagi, lepas register nama, stuck! xleh pilih soalan keselamatan, tak keluar keluar. HAHA. So lantakkan kau situ, aku biar kejap, dok lah ulang ulang steps yang sama.

then tetiba keluar pula soalanya, settle satu bab, then start isi maklumat segala. Memula ok, then tetiba dia terRegister sendiri, padahal maklumat tak habis isi, lols sgt! sabar lagi, isi lagi semula, 3kali kot aku isi, then dalam kul 11 tu baru ok, line dah laju, aku rasa mst semua dh give up sbb tak bawa buku pink. HAHA.
Benda paling penting bila nak register sekolah anak online ni, korang perlu ada buku imunisasi, kalau tak dak, mmg nan hado lah kau nak isi, sebab dia akan minta segala mak nenek dose vaksin yang anak kau dah ambil, siap mintak tarikh okay! So kalau tak bawa, mmg harapan lah. hihi.

mcm ni lah, pastu nak kenal dose apa pun satu hal, mcm mana pulak nak isi dose ni, mana tahu nama. aku main hentam je, lepas tu baru jumpa cara yang betul kat FB, hahaha.

Untuk rujukan korang, cara untuk isi maklumat kesihatan anak :
DTap/DT (kotak kuning) = difteria, pertussis dan tetanus
Hib (kotak pink) = h.influenza
IPV (kotak biru) = polio
MMR (kotak oren) = gabungan vaksin utk measles, mumps dan rubella
Jadi untuk ruangan Difteria, petusis, tetanus, hib dan IPV adalah sama tarikh untuk masing-masing dos.
Untuk ruangan measles, mumps dan rubella adalah tarikh yang sama (iaitu MMR kotak oren) - sumber FB

Lepas pada tu settle lah segala pendaftaran. Jangan lupa print pulak segala mak nenek yang korang dah isi tadi, dan hantar ke sekolah, jgn peram buat pekasam lak. hahaha,

Ramai yang tanya, kenapa kelam kabut nak hantar borang, yelah, kelam kabut sebab last minute, then aku nak hantar kakak sekolah yang agak HOT, huhu, risau lah kalau tiba-tiba dah penuh ke, ramai sgt hantar ke, risau lah kan, so itu lah yang kelam kabut, settle awal sebab nanti aku juger yang kena buat, hahaha.

if korang nak tahu lagi details cara nak isi borang online, boleh rujuk entry kak Yana kat SINI. Aku malas nak buat, kak yana dah buat, pergi zasss blog dia. haha.

Semalam, aku settle kan segala borang, then hantar terus ke sekolah, aku hantar petang, sbb pagi tu busy, kihkih. Office buka dr 2pm - 4pm belah petang, zasss aku g hantar, siapa tengok IG stories aku semalam, tahu lah, betapa kelam kabutnya mak, dah lah tak tahu sekolah tu celah mana, lols. Nasiblah ada google maps. hihi.

Masa hantar tu, budak-budak dah balik, ada budak yang stay untuk kelas KAFA, that why aku nak sangat sekolah tu, sebab kakak boleh stay sampai petang dgn kawan, continue kelas KAFA, tak yah keluar keluar, penat dia nanti.

Untuk hantar dokumen ke sekolah, sila hantar lengkap tau.

last skali page yang kena print tu, ada senarai semak, ikut senarai semak tu, jangan lupa, nanti tidak lah korang ulang alik 2 3 kali nak ke sekolah.

Sijil Lahir tu jangan lupa bawa yang Original, sebab dia nak cop belah belakang sijil, sijil nikah, ic mak ayah, rekod kesihatan yang vaksin vaksin tu kena photostat. Jangan lupa. Tak perlu sampul, just kelipkan je, see aku sampai kelip pun pergi beli kat kedai. HAHAHA.

settle hantar, dorg bagi terus surat untuk kakak jawap exam, nak masuk sekolah ni kena exam dulu, 5hb Mei nanti exam, Ya Allah, nervous hanya Allah yang tahu, tapi xpe, sempat prepare dari sekarang, kena practice suruh kakak buat latihan banyak-banyak.

Kakak mmg suka buat latihan, cuma adik je suka kacau, then kakak trus bad mood. hadoi!

Lately kakak mcm selalu buat perangai, aku tak tahu kenapa, kdg kdg bagi aku angin 1 badan, aku tak pasti sebab apa, yang aku dapat rasa, dia maybe rasa aku jauh dr dia, mana taknya, adik tak sihat haritu, aku asek dengan adik je, dia cakap semalam, " masa ibuu tidur dgn adik, kakak main sorang sorang ", ermmm, ibuu mintak maaf kakak, ibuu dah tak tahu nak bahagikan badan ibuu mcm mana, kakak good girl, kakak budak bijak, nanti sikit masa lagi, adik dah besar sikit, ibuu layan kakak lebih pula yer kakak.

Susah kan korang, susah nak cakap bab ni, tapi serius lah, anak sulung memang kena banyak berkorban, nak nak adik masih BF, mmg masa banyak dengan adik, sabar kakak ye, sikit je masa lagi, tunggu adik besar sikit, kakak dah takkan rasa mcm ni, adik dah bijak sikit nanti, sama-sama ibuu layan anak-anak ibuu yer.

ibuu dan papa sayang kakak, nak yang terbaik utk kakak. sobs.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. ohh patut la nampak kakak pakai baju pink balik..

    ReplyDelete
  2. Allahu sedih ada happy pun ada. Apapun moga dipermudahkan urusan rara sekeluarga. Moga kakak iman sophia menjadi anak yg solehah.

    ReplyDelete
  3. Owh... Dah stop pra sekolah... Takpe lah... Rezeki dia ke arah itu...

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com