Image and video hosting by TinyPic

27 March 2018

Mommy Me Time Dugro

Sesi Mama Penyayang Dumex Dugro


Hai, kita as ibu ibu, mama mama ni, skali skala dapat " me time ", memang sangat best kan, kejap kejap tinggalkan anak, join event, jumpa kawan-kawan lama, rasa seronok sangat. Siapa kata Me Time tu tak penting, SANGAT PENTING tahu? Seharian dengan anak-anak, uruskan rumahtangga, rasa nya tak salah buat ibu-ibu keluar sebentar, dan berjumpa dengan rakan-rakan ibu yang lain.

Pada Ahad lepas, aku sempat join event Dumex Dugro, Sesi Mama2 Penyayang Dumex Dugro. See, keluar berMe Time pun pasal anak anak, hihi, bukan tentang benda lain, tetap untuk anak. Thank You Dumex Dugro kerana adakan event mcm ni, kita ni walau mcm mana pun, tetap ingat anak, dan terus ingin menjadi ibu yang terbaik untuk anak.

Event ini di organized KHAS buat mommy mommy, mak mak yang kehidupan seharian mereka dibantu oleh Dumex Dugro, aku skrg Alfi dah bercampur susu, aku ada bagi Alfi try susu lain, tapi tak serasi, so last pilih Dumex Dugro, Alhamdulillah serasi dengan Alfi.

Ramai yang memandang serong bila kita mula bagi anak kita formula milk, but, kena tahu, formula milk tak salah, dan sebenarnya, ramai yang tak tahu, formula milk juga mempunyai banyak nutrisi yang dapat membantu anak menjadi lebih lagi.

Kami yang join event ni adalah semua mak mak, yang support each other dalam membesarkan anak-anak, seronok sangat share pengalaman dan belajar macam-macam benda.

Para ibu dan masak memasak mana boleh lari, hari hari mesti nak kena masak untuk anak, biar simple, asalkan berkhasiat. Tapi harini, betul ke apa yang kita masak tu berkhasiat? betul ke cara kita masak sesuatu makanan tu, tahu ke apa yang boleh dan apa yang tak boleh letak dalam makanan anak? hah semua tu kita akan belajar nanti, dan yang paling best, kita akan belajar masak 6 menu yang lain dari menu biasa yang kita masak untuk anak anak kita.

Kebab Ikan Si Comel

Burger Ayam Sayangku

Bubur Ikan Riang Ria

Nasi Goreng Meriah

Pasta Si Manja

Quiche Ayam Dan Cendawan Enak

Menarik kan semua menu? Sangat menarik, makanan anak, tapi nampak sedap yakmat! Kita pun boleh tumpang sekaki ni. hehehe.

Haritu dapat jumpa ramai kawan blogger lain, lama sangat tak jumpa dorg, skali dapat jumpa, bergambar tak sudah sudah, borak dan gelak je kerjanyaaaa.

Sementara tunggu event start, bergambar lah, apa lagi, haritu ada Diana Amir sebagai tetamu jemputan, apa lagi, take chance lah berselfie, cantik sangat Diana Amir ni. haih! anak sorang pun mcm anak dara lagi.

Yana Samsudin pun ada, pun cantik! kurus, alahai! mcm anak dara! Yana as emcee pada hari tu, Ya Ampun, yana ni lawak sangat! mcm mana kecoh dalam TV, mcm tu jugak lah dia kat luar, happy go lucky! Tak sombong lansung! Suka yana!

Dumex Dugro Careline


Event start dalam pukul 11am, dimulakan dengan ucapan kata alu-alu pengurus Dugro. Korang tahu tak yang Dumex Dugro ni ada Careline Team, aku tak tahu, tau tak!!! serius lah!

Rupanya, careline team ni sangat arif tentang nutrisi dan parenting tips, jika korang call dorang, jam 3am pun dorang akan layan. Jangan risau. Rugi betul aku tak tahu! HAHA, sekarang baru tahu.

Jika korang ada masalah anak tak mahu makan, buntu nak masak apa, tak tahu apa makanan yang berkhasiat untuk anak, korang boleh call je mereka, tahu tak number careline ni? mesti tak tahu kan?

1800-38-1038

nahhh ni number careline dumex dugro. hehe

Menu Dinner Untuk Anak Yang Ringkas dan Berkhasiat


Selepas sesi pengenalan, mula lah sesi masak memasak, haritu Chef Celebriti Lin pun ada bersama-sama kita, mengajar kita bagaimana cara yang betul nak masak makanan yang berkhasiat untuk anak. walau sibuk macam mana pun, masak itu penting. Biar ringkas, tapi berkhasiat.

Chef Lin ajar kita prepared menu masakan untuk anak, manakala careline pula yang dekat belakang tu ( baju putih ), tak jemu jemu menjawap soalan kami, mcm mcm soalan yang kami tanya, do and dont, tips and trick untuk memasak.

Semua 6 menu ni, kaya denga DHA, Omega 3, Omega 6, Fiber Vitamin dan Mineral dan cukup untuk menu seminggu. Yang lagi best, semua menu ni, korang boleh masak siap-siap dan frozenkan je, nak makan nanti, keluar dan panaskan. Settle!

Apa sayur yang paling mudah utk dimasak dan tahan lama? Di dalam peti ais korang, wajib ada, BROKOLI, CARROT dan MIX Vege, brokoli dan carrot je dan banyak sgt khasiat, sayur paling mudah nak masak apa saja.

Selepas siap sharing dari chef dan careline, turn kami mak mak pula untuk masak, ehhh tengok, me time pun kena masak tau. hahaha. Bukan me time borak korang. Me time kami sangat penuh dengan ilmu untuk kita praktikkan di masa hadapan. hehe.

Kami dibahagikan 6 orang 1 kumpulan, aku mestilah bersama dgn kakak kawasan, kak Diya, kak Ayu, kak Nina, jue dan lagi sorang, lupa dah nama dia. hehehe.

Menu pertama kami Quiche ayam, nampak mcm renyah, tapi senang sangat wei nak buat! Semua kami settle kan part masing-masing, aku memotong, kak ayu memasak, ada yang mengemas, sangat seronok teamwork, cepat gila kumpulan kami masak. hehehe.

Nampak sedap kannnn! memang sedap, mak mak pun boleh makan skali ni! hahaha.

Letak cheese banyak banyak, nyum3, HAHA.

perlu ke pose dengan talam? harus lahhhhh! 

yana yang offer nak selfie, kemahen lagi yana, happy go lucky! Settle menu 1st, trus ke menu ke dua, Kebab ikan comel! menggunakan ikan dory.

Potong ikan pun nak pose. mamposss! hahahahaha.

cantik ikan mak potong, nasib x hancur. hahahha. Kebab ikan ni paling lah sangat senang nak sediakan wei, senang gila. gaul gaul, cucuk, grill, settle.

Semua menu ni, kita mix kan dengan susu Dugro, supaya dapat lebih lagi nutrisi, ada budak, nak makan tapi tak nak minum susu, ada yang nak susu je, tak nak makan, so menu yang chef lin sediakan ni, balance, menu yang menarik minat anak untuk makan, dan ada campuran susu jika anak tak nak minum susu.

Tahukah mak mak semua, bahawa susu Dumex Dugro mempunyai DHA yang tinggi, Omega 3, Omega 6 dan the one and only brand yang ada IcFOS.

nampak sedap kan!

semua orang terliur dengan quiche ayam kami, gebu, gemuk, nampak menyelerakan, betul tak? hehehe. Semua menu ni kami boleh bawak balik, seronok dapat bawa balik bagi anak-anak.

team yang sangat best! hehehe, ada mak mak OCD kat sini, xleh tengok meja berselerak. semua nak di kemasnya. HAHA.

Selepas sesi masak memasak, ada pula sesi Q&A, semua mengambil kesempatan untuk tanya soalan kepada chef dan careline team, tanya je apa soalan, semua mereka boleh jawap, sebab careline team juga mereka juga experience mom, dan melalui masalah yang sama mcm kita.

Serius cakap, memang seronok event ni, 4jam yang sangat bermanfaat, banyak ilmu yang kami belajar dan boleh di praktikkan. kadang-kadang idea kering, tapi bila dapat pergi sharing mom to mom session macam ni, seronok sangat.

Hopefully lepas ni ada lagi event mcm ni, dapat ber Me Time lagi. HEHE.

Thanks You Dugro, memang dapat #LebihLagiNutrisi dengan Dugro! Korang kalau ada masalah apa-apa, nak tanya apa-apa, boleh lah call Careline Team ok! jangan malu jangan segan.

Nak resepi 6 menu yang aku belajar tu? ok next post aku ajar korang okay! Stay tune!

Oh, lupa nak bagitahu korang yang, now Dumex Dugro ada promosi tau!

Beli 2 pack Dumex Dugro 900g
akan dapat FREE
2in1 playmat + storage bag
*sementara stok masih ada
Beli je kat mana mana major store dalam Malaysia.

more information, please visit:

https://www.dugro.com.my/promosi_dan_acara
Facebook page : Dumex Dugro
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. Me time yang paling best hehehe.. Sekali jumpa hahh hambek sembang sungguh..

    ReplyDelete
  2. Me time yang sangat bermakna berilmu dan paling best - enjoy!
    Harap sangat akan ada sesi ke-2 by Dugro. Jemput laaa kami lagi. ..
    Good event 👍

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com