Image and video hosting by TinyPic

18 April 2018

Lain Juga Anak Jantan Ni Kan

Bila laki aku tanya, " ini ke anak lelaki kita? ", aku jawap, iyerlah! mesti ikut perangai papa dia. Kalau nenek ada, nenek kata, " ini lah perangai papa dia kecik kecik " hahahaha. HEBAT kan seketul Alfi! lols.

Alfi sangat lain dengan kakak. yelah, anak jantan, anak num dua, orang selalu cakap, anak num dua ni perangai dia lain, yelah memang lah lain, takkan sama pulak, dah kalau anak sulung tu baik, dapat anak num dua ganas sikit, mmg lah lain. HAHAHA. Tapi Alfi memang lain.

Alfi baru lepas keluar dr perut ibu.

Alfi Setahun 4 bulan. Budak bijak, banyak cakap, banyak akai, boleh dengar arahan, suka marah kakak, suka buat kakak, tapi sayang kakak.

Alfi bagi aku, perangai dia xde lah pelik mana, tapi dia ganas, anak jantan, mesti lah ganas kan! mana pulak nak lembut lembut, tapi ganas dia, Ampunnnn! mak macam terkezut! Kalau kita marah kakak depan dia, dia boleh join marah kakak, siap nak pergi pok kakak dia. Allahu! ibuu tak ajar dik oi!

So skrg ni, nak marah kakak, tak boleh depan dia. kadang-kadang tu bukan marah apa kat kakak, aku bebel je, ehhhh dia pulak sibuk sibuk nak g pok kakak tu, hangin lah kakak. Tapi kakak is baik hati, tak pernah buat adik, jerit then nangis.

Alfi sangat cheeky! aku tiap hari tak sabar nak ambil dia dari rumah nenek, sbb geram! anak senang jaga, sama mcm kakak, kalau nangis-nangis, means lapar or nak tidur, kalau lapar, bagi makan, nak tidur, tunjuk buai, masuk buai, tidur lah dia, selalu kalau dengan papa, paling senang tidur, papa henjut buai sikit, lena dah!

Makan pun x banyak hal, semua pun makan, tapi tak boleh pedas, kalau pedas sikit pun, jerit! kalau kakak dulu, umur macam ni, sos cili mcD, relax je dia ratah.

duduk dalam carseat xde hal, dia dah tahu, nak balik, kena duduk dalam car seat, lepas ambil dia dari rumah BS, susukan dulu, pastu aku cakap, " jom balik ", terus je masuk dalam car seat, bijak sangat ni! hehehe. Dalam kereta wajib ada makanan, sebab dia nak makan, kalau tak, bising ajak borak.

Alfi tak mcm kakak, pasang cerita, diam je tengok cerita, TAK ok! ada certain cerita je dia tgk, mcm upin ipin, Moana, lain dia tak layan, lagi suka makan dan dengar aku karok #ehhh. hahahaha.

Paling suka kacau kakak, apa kakak buat, semua dia nak buat, SEMUA! semua benda akan tiru kakak, kalau mood kakak ok, ok lah, kalau tak, kakak amuk. haha. Benda paling terbaru dia suka buat, main ambil order, siap pencil, kertas, ambil order kat semua org. HAHAHA. so funneh!

tu pun tiru kakak lah tu, pegang pencil pun tgn kiri, kidal ke hape pun x tahu! semua kiri, kanan kena ajar.

Kalau kakak dia diam, suka lah pergi tarik rambut, semalam, tiba2 dia gigit kakak dia, suka buat geram, tetiba dia geram, semua orang dia gigit. tapi tak selalu.

Ada doktor sorg ni cakap kat aku, bila dia gigit or tarik rambut, means dia sayang org tu, dia tak pandai nak ekspressi kan sayang dia, so dia gigit. Tak semua orang dia akan gigit. mana yang dia sayang je. ohhhh mcm tu! hehe

pastu Alfi ni kuat drama, kalau nangis, tutup mulut. kalau panas, xboleh, kena laju2 tutup muka dia, dia akan nangis kalau dia kena panas, kalau makan, pedas sikit, dia akan luek then julurkan lidah dia. eiiii geramnyaaaaa! haha.

Kalau orang tak layan dia cakap, dia lempang je. Allahu anak!

Paling BFF dgn papa, nampak papa suka sangat, bangun tido, mulut mst paaaa, paaaa, paaaaa. gerammmm! dengan ibuu dia nak susu je, xde nak benda lain. Nak susu pandai selak, nakkk titi nak tiii! hahaha.

nak tengok lagi kenapa aku kata anak jantan ni lain. korang tengok video Youtube kat bawah ni.

anak BERTUAH!

Kakak dia tak pernah tau buat mcm ni, dia je champion!

HAHAHA.

Takpelah dik, kecik lagi kan, nanti kalau dah pesar, tau lah ibuu piat telinga, lols.

17 April 2018

Rahsia Coach Aminah Kurus dari 125kg ke 58kg

Kurus Secara Semulajadi dengan CT FIT


Nak raya ni, semua pun nak kurus, #misikurusRaya katanyaaaa. haha. Haritu sempat aku pergi ke Majlis Pelancaran Produk dari Coach Siti Aminah iaitu CT FIT DETOX. Gigih aku pergi Pelancaran produk Coach Amie, sbb aku sangat adore dengan coach Amie, bayangkan, seorang perempuan yang memang berbadan besar, memang berketurunan badan gempal, boleh kurus sampai 58kg, sangat cantik! Allahu! semua orang boleh kurus, cuma, semangat tu! semangat tu yang kita mahu.

Actually bukan susah nak kurus, senang je, tapi nak mula tu sangat payah, and then kalau korang tak faham rentak badan korang, memang susah. Nak diet juga, bukan boleh main hentam je, kena juga study, badan korang jenis mcm mana, susah membuang ke, jenis banyak toksin ke dan sebagainya.

Ok jom start, apa itu CT FIT? CTFIT ialah product DETOX ya! bukan suppliment untuk kurus, korang takkan kurus kalau minum ni semata, ini pegangan coach Amie, kalau nak kurus dengan sihat dan bukan jenis yoyo iaitu turun naik, korang kena diet secara sihat. Macam mana diet sihat?

- Jaga Makan
Makan seberapa banyak sayuran & buah-buahan, lagi banyak lagi bagus. Sayuran dan buah-buahan mempunyai pelbagai sumber nutrient yang diperlukan oleh tubuh badan.

- Senaman
coach Amie ada sediakan 30 exercise video

- Kurangkan Pengambilan Gula
Cuba beralih ke penggunaan gula stevia, gula perang atau apa-apa jenis gula yang memberi kesihatan kepada diri kita

- Kurangkan Makanan Berkanji
sekadar satu pertiga (1/3) daripada pemakanan harian anda. Makanan berkanji meliputi kentang, bijirin, pasta, nasi dan roti.

Kalau nak makan benda manis-manis, boleh, tapi berpada-pada. kalau lelebih, buruk padahnya, mcm aku ni hah! hahaha.

Bila tengok gambar Coach Amie dulu dan skrg, aku sangat impressed tauuuu! lain wei, mmg cantik sgt coach amie depan depan.

OK, lepas dah jaga makan, makan makanan sihat segala tu, apa yang penting lagi? DETOX. Apa tu detox? proses pembuangan toksin.

Buang air besar juga paling bagus 3x sehari ok!

Selalu, orang yang badan besar ni, masalah dia is SUSAH MEMBUANG, SEMBELIT. Bila susah membuang tu lah toksin banyak terkumpul dalam badan, mula lah badan mengembang, mulalah muka berjerawat, lemau dan sebagainya.

Minum CTFIT, korang akan rasa kenyang selalu dan senang membuang.

Bila rasa kenyang, senang membuang, campur exercise sikit, boleh lah kurus, betul tak?

Kenapa Coach Amie nak buat produk sendiri? kan banyak sangat produk kat luar sana?
Dia kata, " kalau you nak kurus, nak detox, tapi produk tu gula tinggi, kalori tinggi, what for? " betul juga apa yang coach Amie cakap, ko nak kurus, beriyer ni, tapi amik product detox yang gula tinggi, yappedaaaa, baik tak payah! So Coach Amie decide to buat product sendiri, plus coach Amie adalah orang yang sangat cerewet. Almost 3 tahun juga baru terhasil produk CTFIT ini.

Kakak Coach Amie juga salah sorang " lab rat ", korang boleh tengok betapa kurusnya kakak coach amie, kagum aku!

Oh, siapa yang dengar Sinar FM tu, MISI XL RAHIM. Dengan product Detox ni, Rahim berjaya lost 22.5kg tau!!! Dengan detox je, so mmg hebat lah kuasa detox ni.

Sedap tau rasa minuman Detox ni, mcm rasa strawberri pun ada. TAK MANIS lansung ok! sbb dia guna stevia.

" CTFIT merupakan satu produk minuman kesihatan detoks. Diformulasikan khas dari campuran buahan beri, sangat bagus untuk mereka yang ini menurunkan berat badan "

Fungsi CTFIT adalah untuk menyingkirkan TOKSIN dan lemak tang tidak berguna dalam badan. CTFIT juga membantu membersihkan COLON ( usus ) untuk mengelakkan sembelit. Sembelit tak bagus ok! silap silap boleh buasir.

Dari segemuk-gemuk, sampai sekurus-kurusnya. adududududu. sangat cantik tau!

KEISTIMEWAAN CTFIT DETOXs


1 botol mempunyai 30 sachet untuk pengambilan selama sebulan

KHAS untuk 1000 pelanggan pertama, korang akan dapat

Tshirt CTFIT percuma dan 30video senaman percuma


So yang nak kurus tu, nak dapatkan produk CTFIT! boleh whatsapp

CT FIT HQ




#teamCTFIT

04 April 2018

Review Iron Philips Steam Generator

Iron Steam Philips Murah


Hai korang, ramai eh tunggu entry review Iron Philips ni kan, hihi. Entry ni bukan entry berbayar tau, laki aku yang kena bayar Philips. Tapi takpe, mana tahu nanti dpt review barang Philips betul-betul. Kan best. Melabur dulu kekdahnya. lols.

Aku benornya, dari tahun lepas nak beli iron ni, memula yang Rm1250 tu, iron tu dari Amway tu, tapi dok tahan-tahan, tak beli beli, last last, dah pindah rumah ni, memang aku tak tahan dah, iron Tefal aku tu dok " makan " baju, geram gila aku wei, habis baju, tudung semua berlubang.

Lagi yang membuatkan aku nak beli iron ni, sebab laki aku dah mula pakai kemeja, kdg kdg hari ISNIN PAGI, dia bg " task " kat aku, " eb tolong gosok kemeja sayang yer ", hoiiii, dgn iron aku yang TAK BEST tu, kena gosok kemeja, berpoloh-poloh aku pepagi, panassss je rasa, menitik nitik peluh, HAHAHA.

Si Dilah pulak cucuk aku dgn iron philips yang baru tu, lawa wei, color gold, Rm1650 tak silap harga dia, duk fikir-fikir gak, adakah harus aku keluarkan duit ASB. hahahahaha. Sebab serius, dorg hasut aku, cakap best best best!

Memula Dilah suh masuk kutu, aku jenis malas pulak nak main kutu, malas nak kommit tiap-tiap bulan, baik aku bayar cash, then aku ganti jelah sendiri duit tu nanti, kira hutang dengan diri sendiri jelah. lols.

Eh panjang pulak opening. thennn jom kita pendekkan cerita. Dok bincang bincang dgn laki aku, dia diam je, tak cakap apa pun. Last last sampai Iron ni kat rumah. Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Steam Generator Iron GC7808 ( New Model 2017 )


Tempat beli : Lazada
Harga : Rm609 ( boleh turun lagi sampai Rm590 )


Tadaaaa ini lah iron dia, MURAH SEPARUH dengar model yang di Amway tu. Tapi yang ni takde iron board, korang akan dapat IRON saja!

Aku pun pening gak, mana nak beli iron board ni, sebab benda lah ni besar, pas tu nanti buh air, dia akan jadi lagi berat tau. So, kena beli iron board besar, aku scroll scroll baca dekat Lazada, ada sorg komen dia kata beli iron board dekat Ikea je, gigih pergi Ikea tau, so dapat Iron Board ni Rm99 saja!

Total Lost Rm700. OK lah!

Best ke Steam Iron Philips ni? SERIUS BEST! aku tak tipu! memula nervous nak pakai, macam mana lah gayanya nak pakai ni, skali, zasss, terror lah mak!

Yang kelakar nya, aku dah tekan button ON, tapi aku gosok gosok, tekan bawah tu, kenapa tak keluar steamnya, rosak ke, nampak lampu biru atas tu je berdenyut-denyut, mula lah nervous, rupanya, kena tunggu 2 minit, lepas dah bunyi " teettt tetttt ", baru boleh guna. HAHA.

Lepas dah bunyi Tetttt teeettt tu, start lah menggosok, kalau tak nak guna steam tu, xyah tekan button bawah dia tu, ( button tu ada dekat tempat pemegang ), nanti kalau nak guna, korang picit je benda tu, keluarlah steam asap tu, bila tekan steam tu, itulah yang membuatkan korang tak perlu gosok depan belakang, gosok depan je, auto belakang pun helok terus. JIMAT MASA wei, serius!

PELUH PUN TAK SEMPAT KELUAR!
makin gemok lah lepas ni. haha.

Dah ada iron ni, aku still gosok tiap-tiap pagi juga, takde lah nak gosok sekaligus baju untuk seminggu, sebabnya dah senang kan, sebelum solat subuh, sempat lagi gosok baju. HAHA. Tapi dorang kata, nak jimat letrik, ko gosok seminggu punya baju terus, tapi mak busy, sabut ahad kalau xde event, mak tido. HAHA.

Air tu kan, idoklah nak kena topup selalu, seingat aku, kalau penuh tu, seminggu tahan lah untuk menggosok. Then bila korang gosok, licin je wei, gosok lah atas kain apa pun, senang je iron tu slide atas baju korang, serius best!

Auto off, if korang terlupa nak OFF, tak pe, dia akan auto off sendiri.

Dah masuk 3weeks aku pakai iron ni, serius sangat best, sangat puas hati, sangat berbaloi, jimat sangat masa, gosok baju is perkara yang sgt best skrg ni! sambil gosok baju, ko boleh senyum-senyum, dengan iron biasa, mampu ko nak senyum senyum, boleh blah! silap silap berlobang baju ko! HAHAAHA.

Atas ni antara description yang aku snap untuk korang, cartridge tak perlu tukar, weight of iron is 1.2kg je. save energy, ada ECO mode. murah. ada lock.

dan yang penting sekali, OptimalTemp, tak payah susah susah nak adjust suhu, tak payah nak setting setting temp bagai, Ya Allah, senang sangat! mak suka! aku bagi 10/10 so far, sebab bagi aku memang takde masalah! semua ok!

Iron Philips + iron board Ikea, ok sangat! Aku tak pernah lagi pakai Iron yang dr Amway tu, so xtau, tapi yang ni pun dah best!

Korang sila lah beli, mmg sangat jimat masa, skrg ni masa rasa singkat sgt, gosok baju je sejam, ni 5 minit, siap! hehe. Sekian, apa apa nak tanya, boleh DM yer, follow IG safurara. #ehh.

Beli Produk Yeos Rm5 dan Menang Tiket Ke MAPS Ipoh Perak

Peraduan Yeos Terbaik Ramadhan


Aku dan Yeos memang tak dapat dipisahkan, aku kalau nak beli air soya ke, cincau ke, teh bunga ke, semua Yeos, tak biasa jenama lain. Lepas tu, yang bestnya, kalau beli product Yeos ni, korang boleh join macam-macam contest, boleh menang macam-macam.

Ni dia dah start pulak contest TERBAIK RAMADHAN! Yehuuuuuu, nak juga mencuba ni! semangat aku ni, mana tahu menang kan. 5x pemenang selama 8 minggu weh! dah nak menyambut Ramadhan dah kita ni kan. Stok air kotak mesti ada kan? so apa lagi, join skali lah contest ni wei! silap-silap dapat pergi MAPS FREE ( movie animation park Ipoh Perak ).

Macam mana cara nak join contest Yeos Yeogurt Sedap dan Sihat ni? Senang je wei! Modal pun sikit je. Serendah Rm5!!!

Langkah-langkah :

1. Beli produk Yeo’s Yeogurt berharga RM5 dalam satu resit

2. Ambil gambar resit rasmi dan taip (Nama Penuh, No. Kad Pengenalan dan Nombor Resit Rasmi)

3. Hantar ke 012-2124873


BELI PRODUK YEO'S YEOGURT tau! beli jumlah dalam Rm5 ( dalam SATU RESIT ). Alah, rm5 jeeeee, anak anak kan suka, beli je, tak rugi. hahaha. Tak tahu macam mana air Yeos Yergurt tu? Ok, rujuk gambar di bawah!

Ada 6 perisa Yeos Yeogurt, Asli, Oren, Anggur, Mangga, Epal dan Laici, aku paling suka Epal sebab masam, laki aku suka Asli! So aku memang akan selalu beli air ni, lagi 1, lepas minum, membuang pun senang. HAHA.

fav kami 1 famili.
dalam 1 resit begini, lebih xpe, jangan kurang. hehe
Then tulis Nama, Num IC, num Resit then wasap ke number di atas. Resit jangan buang.

TEMPOH Contest 6 April hingga 31 Mei 2018
So, boleh join.

HADIAH-HADIAH

- Hadiah Mingguan x 5 pemenang x 8 minggu

- Pas Seharian Untuk Sekeluarga (2 Dewasa + 2 Kanak-Kanak) ke Taman Tema Animasi Pertama di Asia, Movie Animation Park Studios (MAPS)



Jadual Cabutan Pemenang Mingguan

Minggu 1 : 6 April – 12 April 18

Minggu 2 : 13 April – 19 April 18

Minggu 3 : 20 April – 26 April 18

Minggu 4 : 27 April – 3 Mei 18

Minggu 5 : 4 Mei – 10 Mei 18

Minggu 6 : 11 Mei – 17 Mei 18

Minggu 7 : 18 Mei – 24 Mei 18

Minggu 8 : 25 Mei – 31 Mei 18

Apa tunggu lagi, contest start 6hb April ni, so boleh dah pergi beli air kotak Yeos Yeogurt siap-siap, RESIT JANGAN BUANG YER! sila simpan. Mana tahu nanti korang menang, pihak Yeo's akan mintak korang send semula gambar resit pembelian tu.

Para pemenang akan diumumkan melalui :

- WhatsApp
- Laman Web Yeo’s Malaysia
- Akaun Rasmi WeChat Yeo’s Malaysia
- Akaun Facebook Yeo’s Malaysia

Website : www.yeos.com.myFacebook : www.facebook.com/YeosMalaysiaInstagram : www.instagram.com/yeosmalaysia
Jangan lupa Hashtag
#TerbaikRamadan #SedapDanSihat#YeosMalaysia

03 April 2018

6 Resepi Mudah dan Penuh Nutrisi Untuk Anak Dari Dumex Dugro

Bubur Ikan Riang Ria


Hai korang, ingat tak haritu aku ada janji nak share resepi yang mudah tapi penuh nutrisi untuk anak-anak kan. Yelah, kita ni balik kerja, mana lah mampu nak masak yang beriyer untuk anak, simple simple, kenyang tapi berkhasiat pun dah mencukupi.

Ingat! 3 bahan yang WAJIB ada dalam peti ais, Carrot, Brokoli or paling senang mix vege tu, then bahan mentah seperti ayam, ikan.

Menu paling simple yang aku selalu masak untuk Alfi ialah bubur, sebab Alfi tak reti lagi nak makan makanan yang keras, dia cuba makan, tp sbb gigi geraham tak de lagi, susah dia nak kunyah, kesian juga aku tengok dia, so masak jelah bubur, dia telan je nanti.

Resepi harini menggunakan Ikan Dory, tapi aku takde pula ikan dory, so sory lah, haha, kita guna ayam jelah kan. Sama je, tapi ikan pun sodap! Lepas ni kena beli ikan dory.


Bahan-bahan :

1/3 cawan beras, dibersihkan

3 cawan stok ayam

carrot dipotong dadu

brokoli dipotong

2sudu besar jagung

ikan dory dihiris - aku ganti ayam

Senang sangat semua bahan ni kan, semua mmg ada dalam peti ais, kalau stok ayam tu, every weekend, korang rebus ayam tulang tu, or kaki ayam, sampai hancur, utk buat stok, nak guna terus ambil, senang sangat! simpan dalam bekas kecil kecil, simpan dalam tempat beku ( boleh tahan seminggu ).

Ni bahan aku, aku tambah celery, sebab sedap! aku suka bau celery, celery penuh dengan serat dan khasiat tersendiri. Brokoli dan carrot tu, kalau dah potong siap-siap, korang simpan dalam bekas kedap udara, letak dalam peti sejuk, senang nanti nak masak, terus boleh masak, tak perlu buang masa nak memotong.

ini ayam aku, yang dh dipotong dadu.

Cara Penyediaan :

Masak stok ayam dan beras hingga lembut

masukkan sayur

lepas sayur empuk, masukkan ikan ( ayam )

masak lagi 1 - 2 minit, then siap!

macam aku, aku akan guna pressure cooker, sebab mudah, aku campak je semua dalam periuk, then tinggal. 8 minit, siap bubur Alfi, macam aku cakap, aku tak de banyak masa nak menunggu bubur masak, lama wei, silap-silap aku lupa, then hangus. HAHA. ( banyak kali terjadi ). So skrg aku guna pressure cooker je. memang sangat memudahkan kerja aku, masa memasak pun jd sangat singkat.

see, campak semua, then siap! 8 minit je, aku mmg suggest semua mom mesti ada pressure cooker ni weh, mudah!

then, siap bubur alfi! hehehe. minit ke 10, dah boleh makan, hahaha. nampak mcm tak cantik kan bubur aku, sebab takde jagung, tapi rasa sedap!

Tips :
Kalau korang ada masak lebih bubur ni, nak hantar ke pengasuh ke esok hari, korang boleh asingkan siap-siap ke dalam bekas lain, dan simpan dalam tempat beku, nak makan, keluarkan, panaskan atau kukus.

OK siap bubur riang ria, mari tengok menu lain.


KEBAB IKAN COMEL


Bahan-bahan :


130g kepingan ikan dory, dadukan

5 biji tomato ceri, belah 2

10 potong brokoli, dicelur

1 sudu besar kicap manis

1/2 sudu besar sos plum

1 sudu besar minyak jagung

hirisan salad

Sos :

3 sudu besar susu Dugro

2 sudu besar air suam

2 sudu besar thousand island

garam secukup rasa

Cara penyediaan :

Gaulkan ikan, tomato, brokoli, kicap dan sos plum ( 10 minit )

Cucuk ikan, brokoli, tomato ceri pada lidi

panaskan minyak dan grill kebab sehingga masak.

untuk sos, kacau semua bahan, dan tuang ke atas kebab.

BURGER AYAM SAYANGKU

Bahan-bahan :

2 sudu besar susu Dugro

2 sudu besar air suam

1 keping roti disiat kecil

40g carrot dicelur

40g brokoli dicelur

50g isi ayam cincang

garam secukup rasa

2 sudu besar mentega

untuk menghidang :

2 bun burger

2 keping keju

hirisan tomato

Cara penyediaan :

Larutkan susu Dugro dengan air suam, rendam roti hingga lembut

cincang halus lobak merah dan brokoli, gaulkan dengan bahan lain kecuali mentega

bentukkan 2 kepingan setebal 1cm

panaskan mentega dan goreng garing

Sapukan lebihan metega pada roti, dan hias dengan hirisan tomato.


NASI GORENG MERIAH


Bahan-bahan :

1/2 cawan beras dibersihkan

1 cawan stok ayam

2 sudu besar mentega

100g dada ayam, didadu

1/4 cawan lobak merah didadu

1/2 cawan brokoli

2sudu jagung

2 biji telur

garam secukup rasa

Cara penyediaan :

Tanak beras dan stok ayam hingga masak, biarkan sejuk

panaskan mentega, goreng ayam separuh masak

tambah sayuran

renjis sedikit air dan tutup.

apabila empuk, masuk nasi, kacau rata dan angkat

pukul telur dengan sedikit garam, masak 2 keping telur dadar

Sudukan nasi goreng ke atas telur, dan balut kemas.

PASTA SI MANJA


1/2 cawan dada ayam dadu

1/4 cawan pasta kulit siput kecil

1/2 sudu bawang besar cincang

1/2 sudu kecil bawang putih cincang

1 biji tomato dibuang biji dan kisar dengan 1/2 cawan air

1/2 cawan brokoli

1/4 cawan lobak merah

stok ayam

30g keju cheddar diparut

Cara Penyediaan :

Masukkan semua bahan kecuali keju ke dalam periuk nasi elektrik, pastikan pasta tenggelam dlm stok ayam.

Masak selama 4 minit, masak sehingga pasta lembut

Buka penutup dan masukkan keju

kacau lagi dan masak selama 2 3 minit lagi

QUICHE AYAM DAN CENDAWAN ENAK


Bahan-bahan :

Kepingan ayam HAM dipotong kecil

1/2 sudu bawang besar didadu

2 sudu lobak merah didadu

2biji cendawan butang di hiris

2 biji telur dipukul

100ml susu dugro

1/2 cawan parutan keju cheddar atau parmesan

1 sudu besar minyak

garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

paf pastri secukupnya

acuan pai secukupnya

Cara penyediaan :

Panaskan ketuhar 170C, alas acuan pai dgn paf pastri

panaskan minyak, tumis hirisan ayam sehingga masak,

masukka bawang besar, cendawan,lobak merah dan angkat.

sudukan masuk kedalam paf pastri

campurkan susu, telur, garam dan serbuk lada hitam tuang sehingga menutup sayuran

bakar 25minit hingga masak.

Yummy! semua resepi pun sedap tau!!! Semua resepi kaya dengan DHA, Omega 3, Omega 6, FIber, Vitamin dan Mineral. Complete. Boleh lah korang try, aku harap semua resepi ni bermanfaat untuk korang. Selamat mencuba!!!

Dah makan makanan yang sihat bersama susu Dugro, jangan lupa juga, bagi juga anak minum susu yer, sehari 2 - 3 gelas susu Dugro pun mencukupi, aku baru baru ni si Princess mintak, ibuu, kakak nak minum susu yang boleh jadi tinggi, hahaha. Ok kakak, nanti kita beli susu yer, minum sebelum tidur. hehe.

More info :

FB : Dumex Dugro

Tiada Lagi Terkena Renjatan Elektrik Ketika Tidur Malam Dengan GoodNite Love Series

Kepentingan Tidur Lena dan Tidur Yang Cukup


Siapa yang jenis susah tidur? tak dapat tidur yang berkualiti, susah nak dapat tidur yang lena? Cuba angkat tangan, hehe. Kurang tidur, tak dapat tidur yang berkualiti, korang mesti jadi tak semangat untuk bangun pagi, mesti jadi malas je, Tahu tak kenapa tidur LENA itu penting, tidur lama, tapi tak LENA, pun tak boleh sebenarnya, dia perlu, tidur sekejap, tapi BERKUALITI!!!

Untuk dewasa, sepatutnya berapa jam kita perlu tidur? Kita sepatutnya tidur 8jam, tapi 6jam pun mencukupi! tapi mcm aku ni, dok busy baking, tidur hanya 4jam je, huhu, TAPI kalau 4jam tu BERKUALITI, so ia cukup!

Kenapa tidur lena itu penting? ok sila baca di bawah!

- Menjamin sistem imunisasi badan

*Jika manusia tidak mendapat tidur yang cukup, sistem imunisasi akan terganggu dan mudah mendapat penyakit,contohnya selesema.
*Semasa tidur, sel-sel badan akan berehat dan memperbaiki strukturnya.
*Manusia perlu mendapat tidur yang cukup bagi memastikan sel-sel badan dapat berfungsi dengan baik.
*Tidur yang cukup juga mempengaruhi kadar pengeluaran hormon oleh seseorang (pengeluaran hormone yang tidak normal meningkat risiko diabetes, aterosklerosis, tekanan darah tinggi dan osteoporosis.)
*Kurang tidur akan menyebabkan pengurangan sel-sel darah putih dan menjejaskan sistem imun.
*Sel-sel pembunuh semula jadi dalam sistem imun kita turut terjejas akibat kurang tidur.

- Mengurangkan tekanan dan meningkatkan produktiviti

* Stres membuatkan anda kurang cekap, tidak terurus dan kelam-kabut
* Otak dapat berehat kerana tidak aktif dan tidak perlu memproses terlalu banyak maklumat.
* Tidur yang cukup menyalurkan oksigen yang cukup kepada otak.
* Dapat melegakan badan dan mencergaskan minda.
* Memastikan kadar denyutan jantung berada dalam keadaan stabil, dapat melegakan tekanan.

- Meningkatkan kebolehan mempelajari dan mengingati sesuatu perkara setiap hari.

* Membantu minda dalam pengumpulan dan mengingati pembelajaran seharian
* Membantu kembali cergas
* Otak lebih segar danboleh berfikir dengan cepat dan tepat.
* Kekurangan waktu tidur menyebabkan hilangnya IQ dan ingatan, dan kemampuan bernalar
* Mengekalkan pusingan biologi yang sihat-menjejaskan fungsi otak bagi mengingati semula maklumat yang dibaca.

- Mengekalkan kesihatan badan.

* Kadar denyutan jantung berada dalam keadaan stabil.
* Mengurangkan risiko Kanser
* Mengekalkan metabolic badan yang normal
* Memastikan pembuangan toksin dijalankan dengan lancar.
* Mengembalikan dan menyegarkan kembali tubuh serta fikiran

OK! faham tak kenapa TIDUR tu penting? SANGAT penting! macam mana busy pun, cari masa untuk tidur yang berkualiti, nak KURUS? Nak Cantik? Nak sihat? sila tidur. hehe.

Bagaimana Nak Dapatkan Tidur Yang Berkualiti?


Ok, ramai yang cakap, alaaa aku ni susah tidur lah, payah lah nak dapat tidur lena, cuba check balik, kenapa susah tidur? Kita bayangkan, selalu tidur kat mana? Mestilah bilik tidur kan? OK, untuk mendapat keseronokan tidur, cuba HIASKAN bilik tidur, supaya korang suka nak tidur dan tidur pun dalam keadaan yang tenang.

Ini tidak, bilik mcm tongkang pecah, masam, situlah kain baju berlonggok, situlah towel, so JANGAN! sila jadikan bilik tidur tempat yang paling selesa, sebelum tidur, sila pasang diffuser dan wangi wangian seperti Lavender, untuk calm dan bagi korang tidur lena, DAN KATIL juga kena SELESA!!!

Sebab tu, Goodnite ada lancarkan, product baru iaitu :

Revolutionary Sleep Technology – Goodnite® Anti Static Mattress

yeahhhhhh!!!


Export Furniture Fair @ KLCC from 9-12 March 2018


Haritu aku berkesempatan jenguk Expo Perabot di KLCC, hoih, rambang mata, tapi fokus aku di booth Goodnite, nak tengok rekaan tilam baru iaitu Goodnite Statfree Love Series True Love, Forever Love, Eternal Love.

Apa Bezanya Tilam Love Series ni Dengan Yang Lain?


Beza dia pada mattress, kali ini, Goodnite memperkenalkan ( wahhh ayat kau ) Teknologi Anti-Statik! Apa tu anti statik? tau tak selalu bila tangan bergesel tu, ada rasa mcm kena renjatan elektrik tu? mcm tu lah, aku selalu kena wei, bergesel bulu roma dengan laki aku pun kena, choii. HAHA.

So, dengan teknologi baru ni, dorang reka tilam yang anti-static. dan boleh tidur dengan lena dan aman.

Goodnite® StatFree® mattresses are made of a revolutionary mattress fabric that incorporates Anti-Static technology. The StatFree® mattress ticking is made by combining natural and synthetic fibers and contains ultra-fine, carbon fibre thread that draws static electricity that is accumulated on your body and sends it out into the air at low voltages. The anti-static function operates throughout the lifetime of the mattress and also repels dust.

Macam mana boleh terjadi Body Static?


Now a days, kita banyak sangat terdedah dengan electronic device such as smart phone, laptops, tablet kan, so secara tak lansung, static electric transfer ke body kita, dan bukan senang ya, electron tu nak keluar dari badan, sebab tu kdg kdg kita susah nak dapatkan tidur yang berkualiti.

Bila badan kita accumulates high voltage of static, sebab tu lah metabolisma down, immune system down, kita tak sihat dan accelerating the ageing process. huhu, ngeri kan dengan, semua tu memainkan peranan tau.

So dengan itu, terjadilah Revolutionary Sleep Technology – Goodnite Anti Static Mattress.
Ada 3 jenis mattress yang sangat best, iaitu True Love, Forever Love, Eternal Love.

Apa kelebihan tilam tilam hebat ni?


Benefits of Statfree® Mattress

Goodnite® invented latest LOVE SERIES mattress ticking made of ultra-fine carbon fibre threads that draws static electricity accumulated in the body and sends it out into the air at low voltages. The voltages could go as low as 4,000 volts which meant that tensions drains away from one’s body while they are lying down on the bed, enabling one to relax and get the rest of the body needs.

The research shows that by sleeping on Statfree® mattress, you will wake up feeling better rested, needing an average of 20 minutes less for an eight hour sleep. The mattress was recommended for people who experience fatigue even after sleeping as well as for those who have insomnia, restless sleep or those who get static jolts when in contact with another person.

Macam aku cakap td, electron dalam badan takkan suka-suka atau senang-senang nak keluar, so! Tilam anti-static ni membantu untuk drain out static electricity tu. So body akan more relax dan dapat rehat dan tidur yang berkualiti.
Eternal Love features 5 Zone Individual Encased Coil and Premium Memory Foam for uncompromising body contour support for high quality sleep.

Walaupun harga macam rasa nak tercekik tulang, tapi tak salah kan untuk dapat tidur yang berkualiti, marilah kita menabung. hehe. Btw, laki aku sangat suka tau tilam tilam mcm ni, dia bab tilam agak cerewet. 

FREE GIFT!

Jangan risau, spend ribu-ribu, takkan takde free gift, ada lahhhh!!! FREE gift worth Rm1574 tau! hehe. korang akan dapat 2x Statfree Memofoam pillow, wahhh! lagi lena lah tidur ni, and 1x statfree topper. Sangat berbaloi baloi!

Forever Love features 5 Zone Individual Encased Coil and Premium Natural Latex for supreme comfort.

Sama juga dengan tilam Eternal Love, korang akan dapat banyak juga free gift, 2x statfree latex pillow, 2x statfree car seat dan 1x statfree topper, worth Rm2350 tau!!!

True Love features 6 Turns Double Posture Coil and Hi Density Bio-Foam delivering back support.

True Love antara yang paling murah, tapi tetap berkualiti, boleh lagi kalau nak beli dan spend rm1999 untuk queen size.

Since 1989, Goodnite is associated with superior sleeping comfort and quality assurance. It is a trusted brand name and enjoys a good reputation for creating quality, innovative and affordable mattresses as well as other bedding products.
Goodnite takes the challenge upon itself, promising a good life by conjuring blissful and restful nights for all its customers. Every aspect of its mattresses, whether it is the conception design, assemblage of materials or incorporated technology, is seamlessly integrated for a single purpose - to create the perfect sleeping partner.

For more enquiries :

contact Goodnite at 03-3250 2218

Oh lagi 1, nak bagitahu juga, Goodnite ada juga tilam baru iaitu IceSleep Mattress! hehe. Apa itu? tidur atas ice ke? ehhh bukannnn! hehe.

IceSleep mattress ni boleh bagi cooling effect, badan kita kan selalu panas, cuaca pun panas sekarang, so, dengan fabric Icy Yarn as a fabric, tilam ini menjadi sejuk dari tilam biasa.

Icy Yarn bukan saja best, malah, tidur dalam cuaca panas pun takde masalah, sebab tilam pun dah sejuk. best hoiiii!


Benefit of IceSleep :

Enter into slumber easily

Encourage deeper sleep

Relive pressure

Reduce aging

Reduce risk of metabolic syndrom

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com