Image and video hosting by TinyPic

03 April 2018

6 Resepi Mudah dan Penuh Nutrisi Untuk Anak Dari Dumex Dugro

Bubur Ikan Riang Ria


Hai korang, ingat tak haritu aku ada janji nak share resepi yang mudah tapi penuh nutrisi untuk anak-anak kan. Yelah, kita ni balik kerja, mana lah mampu nak masak yang beriyer untuk anak, simple simple, kenyang tapi berkhasiat pun dah mencukupi.

Ingat! 3 bahan yang WAJIB ada dalam peti ais, Carrot, Brokoli or paling senang mix vege tu, then bahan mentah seperti ayam, ikan.

Menu paling simple yang aku selalu masak untuk Alfi ialah bubur, sebab Alfi tak reti lagi nak makan makanan yang keras, dia cuba makan, tp sbb gigi geraham tak de lagi, susah dia nak kunyah, kesian juga aku tengok dia, so masak jelah bubur, dia telan je nanti.

Resepi harini menggunakan Ikan Dory, tapi aku takde pula ikan dory, so sory lah, haha, kita guna ayam jelah kan. Sama je, tapi ikan pun sodap! Lepas ni kena beli ikan dory.


Bahan-bahan :

1/3 cawan beras, dibersihkan

3 cawan stok ayam

carrot dipotong dadu

brokoli dipotong

2sudu besar jagung

ikan dory dihiris - aku ganti ayam

Senang sangat semua bahan ni kan, semua mmg ada dalam peti ais, kalau stok ayam tu, every weekend, korang rebus ayam tulang tu, or kaki ayam, sampai hancur, utk buat stok, nak guna terus ambil, senang sangat! simpan dalam bekas kecil kecil, simpan dalam tempat beku ( boleh tahan seminggu ).

Ni bahan aku, aku tambah celery, sebab sedap! aku suka bau celery, celery penuh dengan serat dan khasiat tersendiri. Brokoli dan carrot tu, kalau dah potong siap-siap, korang simpan dalam bekas kedap udara, letak dalam peti sejuk, senang nanti nak masak, terus boleh masak, tak perlu buang masa nak memotong.

ini ayam aku, yang dh dipotong dadu.

Cara Penyediaan :

Masak stok ayam dan beras hingga lembut

masukkan sayur

lepas sayur empuk, masukkan ikan ( ayam )

masak lagi 1 - 2 minit, then siap!

macam aku, aku akan guna pressure cooker, sebab mudah, aku campak je semua dalam periuk, then tinggal. 8 minit, siap bubur Alfi, macam aku cakap, aku tak de banyak masa nak menunggu bubur masak, lama wei, silap-silap aku lupa, then hangus. HAHA. ( banyak kali terjadi ). So skrg aku guna pressure cooker je. memang sangat memudahkan kerja aku, masa memasak pun jd sangat singkat.

see, campak semua, then siap! 8 minit je, aku mmg suggest semua mom mesti ada pressure cooker ni weh, mudah!

then, siap bubur alfi! hehehe. minit ke 10, dah boleh makan, hahaha. nampak mcm tak cantik kan bubur aku, sebab takde jagung, tapi rasa sedap!

Tips :
Kalau korang ada masak lebih bubur ni, nak hantar ke pengasuh ke esok hari, korang boleh asingkan siap-siap ke dalam bekas lain, dan simpan dalam tempat beku, nak makan, keluarkan, panaskan atau kukus.

OK siap bubur riang ria, mari tengok menu lain.


KEBAB IKAN COMEL


Bahan-bahan :


130g kepingan ikan dory, dadukan

5 biji tomato ceri, belah 2

10 potong brokoli, dicelur

1 sudu besar kicap manis

1/2 sudu besar sos plum

1 sudu besar minyak jagung

hirisan salad

Sos :

3 sudu besar susu Dugro

2 sudu besar air suam

2 sudu besar thousand island

garam secukup rasa

Cara penyediaan :

Gaulkan ikan, tomato, brokoli, kicap dan sos plum ( 10 minit )

Cucuk ikan, brokoli, tomato ceri pada lidi

panaskan minyak dan grill kebab sehingga masak.

untuk sos, kacau semua bahan, dan tuang ke atas kebab.

BURGER AYAM SAYANGKU

Bahan-bahan :

2 sudu besar susu Dugro

2 sudu besar air suam

1 keping roti disiat kecil

40g carrot dicelur

40g brokoli dicelur

50g isi ayam cincang

garam secukup rasa

2 sudu besar mentega

untuk menghidang :

2 bun burger

2 keping keju

hirisan tomato

Cara penyediaan :

Larutkan susu Dugro dengan air suam, rendam roti hingga lembut

cincang halus lobak merah dan brokoli, gaulkan dengan bahan lain kecuali mentega

bentukkan 2 kepingan setebal 1cm

panaskan mentega dan goreng garing

Sapukan lebihan metega pada roti, dan hias dengan hirisan tomato.


NASI GORENG MERIAH


Bahan-bahan :

1/2 cawan beras dibersihkan

1 cawan stok ayam

2 sudu besar mentega

100g dada ayam, didadu

1/4 cawan lobak merah didadu

1/2 cawan brokoli

2sudu jagung

2 biji telur

garam secukup rasa

Cara penyediaan :

Tanak beras dan stok ayam hingga masak, biarkan sejuk

panaskan mentega, goreng ayam separuh masak

tambah sayuran

renjis sedikit air dan tutup.

apabila empuk, masuk nasi, kacau rata dan angkat

pukul telur dengan sedikit garam, masak 2 keping telur dadar

Sudukan nasi goreng ke atas telur, dan balut kemas.

PASTA SI MANJA


1/2 cawan dada ayam dadu

1/4 cawan pasta kulit siput kecil

1/2 sudu bawang besar cincang

1/2 sudu kecil bawang putih cincang

1 biji tomato dibuang biji dan kisar dengan 1/2 cawan air

1/2 cawan brokoli

1/4 cawan lobak merah

stok ayam

30g keju cheddar diparut

Cara Penyediaan :

Masukkan semua bahan kecuali keju ke dalam periuk nasi elektrik, pastikan pasta tenggelam dlm stok ayam.

Masak selama 4 minit, masak sehingga pasta lembut

Buka penutup dan masukkan keju

kacau lagi dan masak selama 2 3 minit lagi

QUICHE AYAM DAN CENDAWAN ENAK


Bahan-bahan :

Kepingan ayam HAM dipotong kecil

1/2 sudu bawang besar didadu

2 sudu lobak merah didadu

2biji cendawan butang di hiris

2 biji telur dipukul

100ml susu dugro

1/2 cawan parutan keju cheddar atau parmesan

1 sudu besar minyak

garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

paf pastri secukupnya

acuan pai secukupnya

Cara penyediaan :

Panaskan ketuhar 170C, alas acuan pai dgn paf pastri

panaskan minyak, tumis hirisan ayam sehingga masak,

masukka bawang besar, cendawan,lobak merah dan angkat.

sudukan masuk kedalam paf pastri

campurkan susu, telur, garam dan serbuk lada hitam tuang sehingga menutup sayuran

bakar 25minit hingga masak.

Yummy! semua resepi pun sedap tau!!! Semua resepi kaya dengan DHA, Omega 3, Omega 6, FIber, Vitamin dan Mineral. Complete. Boleh lah korang try, aku harap semua resepi ni bermanfaat untuk korang. Selamat mencuba!!!

Dah makan makanan yang sihat bersama susu Dugro, jangan lupa juga, bagi juga anak minum susu yer, sehari 2 - 3 gelas susu Dugro pun mencukupi, aku baru baru ni si Princess mintak, ibuu, kakak nak minum susu yang boleh jadi tinggi, hahaha. Ok kakak, nanti kita beli susu yer, minum sebelum tidur. hehe.

More info :

FB : Dumex Dugro
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com