Image and video hosting by TinyPic

18 April 2018

Lain Juga Anak Jantan Ni Kan

Bila laki aku tanya, " ini ke anak lelaki kita? ", aku jawap, iyerlah! mesti ikut perangai papa dia. Kalau nenek ada, nenek kata, " ini lah perangai papa dia kecik kecik " hahahaha. HEBAT kan seketul Alfi! lols.

Alfi sangat lain dengan kakak. yelah, anak jantan, anak num dua, orang selalu cakap, anak num dua ni perangai dia lain, yelah memang lah lain, takkan sama pulak, dah kalau anak sulung tu baik, dapat anak num dua ganas sikit, mmg lah lain. HAHAHA. Tapi Alfi memang lain.

Alfi baru lepas keluar dr perut ibu.

Alfi Setahun 4 bulan. Budak bijak, banyak cakap, banyak akai, boleh dengar arahan, suka marah kakak, suka buat kakak, tapi sayang kakak.

Alfi bagi aku, perangai dia xde lah pelik mana, tapi dia ganas, anak jantan, mesti lah ganas kan! mana pulak nak lembut lembut, tapi ganas dia, Ampunnnn! mak macam terkezut! Kalau kita marah kakak depan dia, dia boleh join marah kakak, siap nak pergi pok kakak dia. Allahu! ibuu tak ajar dik oi!

So skrg ni, nak marah kakak, tak boleh depan dia. kadang-kadang tu bukan marah apa kat kakak, aku bebel je, ehhhh dia pulak sibuk sibuk nak g pok kakak tu, hangin lah kakak. Tapi kakak is baik hati, tak pernah buat adik, jerit then nangis.

Alfi sangat cheeky! aku tiap hari tak sabar nak ambil dia dari rumah nenek, sbb geram! anak senang jaga, sama mcm kakak, kalau nangis-nangis, means lapar or nak tidur, kalau lapar, bagi makan, nak tidur, tunjuk buai, masuk buai, tidur lah dia, selalu kalau dengan papa, paling senang tidur, papa henjut buai sikit, lena dah!

Makan pun x banyak hal, semua pun makan, tapi tak boleh pedas, kalau pedas sikit pun, jerit! kalau kakak dulu, umur macam ni, sos cili mcD, relax je dia ratah.

duduk dalam carseat xde hal, dia dah tahu, nak balik, kena duduk dalam car seat, lepas ambil dia dari rumah BS, susukan dulu, pastu aku cakap, " jom balik ", terus je masuk dalam car seat, bijak sangat ni! hehehe. Dalam kereta wajib ada makanan, sebab dia nak makan, kalau tak, bising ajak borak.

Alfi tak mcm kakak, pasang cerita, diam je tengok cerita, TAK ok! ada certain cerita je dia tgk, mcm upin ipin, Moana, lain dia tak layan, lagi suka makan dan dengar aku karok #ehhh. hahahaha.

Paling suka kacau kakak, apa kakak buat, semua dia nak buat, SEMUA! semua benda akan tiru kakak, kalau mood kakak ok, ok lah, kalau tak, kakak amuk. haha. Benda paling terbaru dia suka buat, main ambil order, siap pencil, kertas, ambil order kat semua org. HAHAHA. so funneh!

tu pun tiru kakak lah tu, pegang pencil pun tgn kiri, kidal ke hape pun x tahu! semua kiri, kanan kena ajar.

Kalau kakak dia diam, suka lah pergi tarik rambut, semalam, tiba2 dia gigit kakak dia, suka buat geram, tetiba dia geram, semua orang dia gigit. tapi tak selalu.

Ada doktor sorg ni cakap kat aku, bila dia gigit or tarik rambut, means dia sayang org tu, dia tak pandai nak ekspressi kan sayang dia, so dia gigit. Tak semua orang dia akan gigit. mana yang dia sayang je. ohhhh mcm tu! hehe

pastu Alfi ni kuat drama, kalau nangis, tutup mulut. kalau panas, xboleh, kena laju2 tutup muka dia, dia akan nangis kalau dia kena panas, kalau makan, pedas sikit, dia akan luek then julurkan lidah dia. eiiii geramnyaaaaa! haha.

Kalau orang tak layan dia cakap, dia lempang je. Allahu anak!

Paling BFF dgn papa, nampak papa suka sangat, bangun tido, mulut mst paaaa, paaaa, paaaaa. gerammmm! dengan ibuu dia nak susu je, xde nak benda lain. Nak susu pandai selak, nakkk titi nak tiii! hahaha.

nak tengok lagi kenapa aku kata anak jantan ni lain. korang tengok video Youtube kat bawah ni.

anak BERTUAH!

Kakak dia tak pernah tau buat mcm ni, dia je champion!

HAHAHA.

Takpelah dik, kecik lagi kan, nanti kalau dah pesar, tau lah ibuu piat telinga, lols.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com