Image and video hosting by TinyPic

08 May 2018

Tips Mencari Rumah Mampu Milik Di Wilayah Persekutuan

Rumah Mampu Milik Untuk Golongan Rendah Dan Sederhana


Kalau ditanya kepada pasangan suami isteri, apa yang mereka idamkan, mestilah sebuah RUMAH. Bila dah memiliki keluarga, ada anak, lagi seronok bila ada rumah sendiri. Kita sebagai isteri, nak nak dah jadi mak, mesti teringin nak deco-deco juga kan ( aku lah tu ).

Pengalaman aku, aku tinggal di rumah mertua, selama 5 tahun, aku dulu dengan suami jauh, aku kerja di KL, suami kerja di Manjung, Perak. So kami berjauhan dalam masa 3 tahun juga lah. Mcm mana nak tinggal rumah sendiri tanpa suami kan, takut. hahaha. So tinggal lah dulu dengan mertua aku.

Lepas tu rezeki kami, dapat beli rumah di area rumah mertua ni, syukur, rezeki sangat. Mcm tak percaya mampu memiliki rumah sendiri. Lepas bersalinkan anak ke dua, so kami berpindah ke rumah sendiri.

Ada rumah sendiri ni bukan apa tau, kalau ko bayar pun, bayar bulan-bulan rumah ko, bukan rumah orang. Bayangkan, bila menyewa, ko bayar tu rumah orang, aku rasa rugi, dah lah sewa sekarang pun mahal sangat, bayangkan kalau sewa bilik pun rm600 - rm800. kalau sebuah rumah? Dalam Rm1.2k - Rm1.5k tak lari lah.

Tapi jangan pula yang menyewa tu rasa down, tak apa menyewa pun, jika tiada rezeki kan nak beli rumah sendiri. Takpe slow slow pun, TAPI, nak bagitahu ni, untuk penduduk Wilayah Persekutuan, aku nak bagitahu ni, tolonglah jangan lepaskan peluang.

Korang tahu kan pasal RUMAWIP?


RUMAWIP adalah singkatan dari perkataan Rumah Wilayah Persekutuan.

Apa tu Rumah Wilayah Persekutuan? kenapa nama dia Wilayah Persekutuan? ok meh nak cerita, RUMAWIP adalah rumah mampu milik yang MAMPU dimiliki oleh golongan yang berpendapatan rendah sehinggalah golongan berpendapatan sederhana yang tinggal di Wilayah Persekutuan.

Terima kasih kepada DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan yang melaksanakan konsep RUMAWIP bagi menyelesaikan masalah yang boleh aku katakan besar juga untuk warga kota yang berpendapatan rendah. Bayangkan, kalau gaji suami isteri below 10k, macam mana nak beli rumah, rumah skrg harga 400k - 600k. Dengan inisiatif ini, dapatlah membantu mereka yang berpendapatan rendah, memiliki rumah idaman.

Apakah keunikan RUMAWIP?
RUMAWIP hanya tertumpu kepada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja.

Apakah ciri-ciri utama RUMAWIP ?
RUMAWIP hanya untuk pemilikan rumah pertama sahaja dan mensasarkan golongan berpendapatan sederhana dan rendah.

Berapakah bilangan RUMAWIP yang akan dibina?
Dalam tempoh masa lima tahun yang akan datang dijangka sebanyak lebih kurang 80,000 unit RUMAWIP dirancang untuk pembinaan di Wilayah Persekutuan.

Apakah kategori rumah mampu milik yang ditawarkan di bawah RUMAWIP?
3 kategori rumah mampu milik yang ditawarkan iaitu studio atau 1 bilik, 2 bilik dan 3 bilik dan adalah dalam bentuk rumah berstrata.


RUMAWIP ni adalah rumah yang cukup besar dan selesa bagi aku, yelah, kita ni kalau dapat sebuah rumah yang mempunyai 3 bilik tidur, dah cukup dah, insyaAllah. RUMAWIP juga mempunyai kemudahan asas yang lengkap seperti dewan, kolam renang, gymnasium, taman permainan, taska, CCTV dan setiap lot akan dapat tempat letak kenderaan sendiri.


Siapa Yang Layak Memohon RUMAWIP?


OK, macam yang aku cerita awal-awal tadi, RUMAWIP kan rumah wilayah persekutuan, so KHAS untuk mereka yang tinggal di Wilayah Persekutuan SAHAJA! Jom tengok syarat-syarat dia di bawah.

Syarat-syarat untuk memohon RUMAWIP


1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 18 tahun dan ke atas
3. Pendapatan kasar bulanan di bawah RM10,000.00 (Bujang) dan RM15,000.00 (Suami dan Isteri)
4. Dilahirkan atau menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan


Adakah pemohon yang bujang layak untuk memohon RUMAWIP?
Ya, layak, asalkan pendapatan isi rumah pemohon RM10,000 sebulan dan ke bawah.

Siapa yang boleh mendaftar untuk RUMAWIP?
Warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 18 tahun ketika permohonan dibuat dan bermastautin atau bekerja di Wilayah Persekutuan.

Berapakah pendapatan isi rumah yang layak untuk memohon RUMAWIP?
Pendapatan isi rumah yang layak memohon RUMAWIP adalah tidak melebihi RM10,000 sebulan bagi pemohon bujang/tidak berkeluarga atau RM15,000 sebulan bagi pemohon yang telah berkahwin.


So, korang, jangan lah lepaskan peluang, korang menetap di WP ke, or berkerja di WP, cepat cepat memohon, jangan fikir tak mampu, mohon je, jangan lepaskan peluang ini, insyaAllah, rezeki akan datang nanti, doa banyak-banyak ok. So, for more info, korang boleh terus ke,

Website : https://rumawip.kwp.gov.my

02 May 2018

Skali Rawatan Di Klinik Swasta Rm80 Baik Pergi Klinik 1 Malaysia

Bayar Rm1 Untuk Mendapat Rawatan Di Klinik 1 Malaysia


Korang pernah pergi Klinik 1 Malaysia tak? aku tak pernah pergi lagi, sebab sekarang aku selalu pergi Klinik Kesihatan je jika aku dan anak-anak tak sihat. Aku dah tak pergi Klinik swasta dah sebab skali rawatan di klinik je, habis Rm80, Allahu, tak sanggup rasanya, memang lah kita memerlukan ubat dan rawatan, tapi jika sampai Rm80, tak sanggup rasanya.

So aku sanggup pergi KK, bayar rm1 atau pun mcm aku, FREE je sebab kakitangan kerajaan. Lagipun servis di klinik kesihatan dah bagus tau, laju jer, tapi kena pergi awal-awal. Ataupun, jika korang boleh tahan sakit or demam tu, boleh je pergi ke Klinik 1 Malaysia di kawasan berhampiran. Di Wilayah Persekutuan ni, dah banyak juga ada Klinik 1 Malaysia tau, so kalau urgent anak demam, boleh terus pergi Klinik 1 Malaysia.

Jika masalah kesihatan korang serius, dari Klinik 1 Malaysia, mereka akan terus transfer korang ke Hospital, dan please, jangan lah memperlekehkan hospital kerajaan kita, sebab hospital kerajaan punya servis pun dah makin bagus tau.

Aku kadang-kadang sedih dengan orang yang berlagak, jenis dapat ubat, tapi buang semua ubat, tolak vaksin, sebab bagi aku, lagi ramai yang memerlukan, tolong lah jangan selfish. #ehteremopula

Untuk pengetahuan korang, Klinik 1 Malaysia merupakan sebuah projek klinik yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Flet Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur pada 7 Januari 2010. Usaha ini merupakan salah satu bukti kerajaan prihatin dengan golongan berpendapatan rendah.

Korang tahu tak, ada orang yang tak sihat, tapi tak mampu nak pergi ke Klinik, maka Klinik 1 Malaysia adalah sangat membantu bagi aku. Tak kira bangsa, agama, atau siapa-siapa saja, boleh datang Klinik 1 Malaysia. Kenapa kita tak gunakan kelebihan yang ada, betul tak?

Apa Rawatan Yang Boleh Dilakukan Di Klinik 1 Malaysia


demam, batuk, selsema, rawatan susulan kes pesakit kronik yang stabil termasuklah penyakit kencing manis, darah tinggi. Bagi prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka serta buka jahitan pun boleh dilakukan.

Untuk pengetahuan korang, Klinik 1 Malaysia tiada doktor ya, jangan expect ada doktor semua, hehe. Klinik ni dikendalikan oleh Jururawat dan Pembantu Juruwat. Tapi Klinik ni dipantau oleh Jabatan Kesihatan tau, supaya bekalan ubat cukup.

Memang ada yang kata, kalau nak cepat boleh pergi swasta, tapi skrg tidak lagi, swasta pun penuhhhh! so ada sikit tips sebelum nak ke Klinik 1 Malaysia, kalau anak demam, korang jerlum kepala anak dengan air asam jawa, jangan lupa mandikan kerap-kerap. Lepas tu, cepat cepat ke Klinik 1 Malaysia berdekatan untuk buat pemeriksaan dan ambil ubat. Kalau korang tinggal di Wilayah Persekutuan, boleh tengok senarai klinik yang berdekatan.

Aku rasa Klinik 1 Malaysia Wilayah Persekutuan ni sangat bermanfaat untuk kita rakyat marhaen, dan juga rakyat yang miskin bandar, dah dapat ubat, jangan buang buang tau, hehe. Makan dan habiskan, nak nak antibiotik. Lepas ni korang try lah pergi Klinik 1 Malaysia yang berdekatan yer. Walaupun tak ada doktor, tapi pembantu perubatan yang bertugas di sana, semua berpengalaman.

untuk kita yang mampu, mungkin rasa Klinik 1 Malaysia ini tak diperlukan, tapi untuk mereka yang miskin bandar ni, mereka sangat memerlukan. Untuk kita pun, stakat nak cuci luka, nak ambil ubat, pergi je Klinik 1 Malaysia ni, JIMAT! Pergi klinik swasta, habis rm50 - rm80. huhu.

01 May 2018

Kad Ceria Khas Untuk Penduduk Wilayah Persekutuan Apa Itu Kad Ceria?

Seronoknya Menjadi Penduduk Wilayah Persekutuan


Disaat aku menaip ni, rasa malu pada diri, sebab baru tahu tentang Kad Ceria ni, rupanya, sudah 51k permohonan telah dibuat, malunya sebab ko baru tahu pasal Kad Ceria ni safura oi, HAHA. Disebab kan baru tahu, so terpaksa lah sebarkan pada korang yang layak, aku pon baru nak apply kekdahnya, dah tinggal di kawasan Kuala Lumpur kan, rugi lah kalau tak apply, sebab apa rugi? diskaun almost 70% tau kalau nak shopping. Gila kauuuu!!!

Kos sara hidup makin tinggi, dengan rm50, apa je kau boleh dapat, dengan inisiatif ini, so dapat juga lah kita berjimat, sekurang-kurang dapat lah menyimpan sikit duit tu kan!

Siapa Yang Boleh Apply Kad Ceria?

i) Warganegara Malaysia
ii) Berumur 18 tahun ke atas
iii) Lahir/menetap di Wilayah Persekutuan
atauiv) Penjawat awam yang bertugas di Wilayah Persekutuan

so, if korang tinggal di kawasan selain Wilayah Persekutuan, korang still boleh apply kalau berkerja di sektor awan yang bertugas di Wilayah persekutuan, contoh macam aku kan, kerja di Angkasapuri, so boleh apply even aku ulang alik dari port dickson ( contoh ) hehe. Rugi lah kalau tak apply, guna lah segala kelebihan yang ada ni kan.

Kad Ceria ini dilancar kan pada awal tahun 2018 haritu oleh Datuk Seri Tunku Adnan, aku selalu tengok Tunku Adnan selalu bagi beras kat penduduk Putrajaya, beruntung sangat orang penduduk Putrajaya kan. OK nak bagi tahu juga, KAD CERIA ni adalah salah satu inisiatif daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL ) tau.


Apa itu Kad Ceria?


ehhh tanya lagi, kan dah bagitahu, KAD CERIA tu kad diskaun, haha. Korang boleh nikmati diskaun sampai 70% bagi pembelian BARANGAN, MAKANAN dan PERKHIDMATAN.

macam mana tu?

Contoh :

Korang beli barang di Mydin, KK mart, BHP, Pusat Pakaian Hari Hari, Kenny Rogers, Wendys dan 6000 kedai dan rakan dagang lain, so boleh dapat diskaun kalau ada Kad Ceria ni!

Nak tahu kat mana lagi boleh guna Kad Ceria ni, boleh rujuk link kat bawak ni.

https://kadceria.kwp.gov.my/rakan_dagang_umum.php

kena SAMAN pon boleh dapat diskaun, rugi hoiii tak apply!

SELAIN ITU, untuk PENIAGA PENIAGA. Apa lagi keisitimewaan yang DBKL bagi?

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengadakan insentif bagi rakan dagang kad ceria iaitu:

1. Diskaun 10% untuk sewa premis Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
2. Diskaun lesen penjaja 60%
3. Diskaun lesen premis perniagaan :
i) 10% = 1 tahun
ii) 15% = 2 tahun
iii) 20% = 3 tahun
4. Diskaun cukai pintu sehingga 10% untuk pemilik premis perniagaan
5. Akses kepada lebih daripada 1,000,000 orang pengguna Kad Ceria
6. Promosi kepada perniagaan mereka secara berterusan (Media Sosial, Media Massa, Program-Program KWP)
7. Pengiktirafan daripada kerajaan kepada PERNIAGAAN mereka

So apa lagi? excited kan??? aku pun eksited wehhh! best gila! banyak diskaun, TQ DBKL dan Tunku Adnan atas keistimewaan ini, korang sila jeles yer, hehe.


Macam Mana Nak Apply Kad Ceria?


tak perlu susah susah nak ke pejabat ke mana-mana, terus apply online, segalanya di hujung jari skrg ni. Klik saja link di bawah.

https://kadceria.kwp.gov.my/semak_kelayakan.php

Lepas dah apply, sila semak selepas itu ok!

https://kadceria.kwp.gov.my/base.php?page=pengundi

Bila dah LULUS, boleh ambil kad korang di kawasan berhampiran. So! selamat apply dan selamat shopping. hehe.

Untuk maklumat lanjut, boleh ke website mereka ok :

Urusetia Kad Ceria

Kementerian Wilayah Persekutuan
Aras G-7, Blok 2, Menara Seri Wilayah, Presint 2, 62100 Putrajaya.
E-mel: kadceria@kwp.gov.my

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com