Seronoknya Menjadi Penduduk Wilayah Persekutuan
Disaat aku menaip ni, rasa malu pada diri, sebab baru tahu tentang Kad Ceria ni, rupanya, sudah 51k permohonan telah dibuat, malunya sebab ko baru tahu pasal Kad Ceria ni safura oi, HAHA. Disebab kan baru tahu, so terpaksa lah sebarkan pada korang yang layak, aku pon baru nak apply kekdahnya, dah tinggal di kawasan Kuala Lumpur kan, rugi lah kalau tak apply, sebab apa rugi? diskaun almost 70% tau kalau nak shopping. Gila kauuuu!!!
Kos sara hidup makin tinggi, dengan rm50, apa je kau boleh dapat, dengan inisiatif ini, so dapat juga lah kita berjimat, sekurang-kurang dapat lah menyimpan sikit duit tu kan!
Siapa Yang Boleh Apply Kad Ceria?
i) Warganegara Malaysiaii) Berumur 18 tahun ke atas
iii) Lahir/menetap di Wilayah Persekutuan
atauiv) Penjawat awam yang bertugas di Wilayah Persekutuan
so, if korang tinggal di kawasan selain Wilayah Persekutuan, korang still boleh apply kalau berkerja di sektor awan yang bertugas di Wilayah persekutuan, contoh macam aku kan, kerja di Angkasapuri, so boleh apply even aku ulang alik dari port dickson ( contoh ) hehe. Rugi lah kalau tak apply, guna lah segala kelebihan yang ada ni kan.
Kad Ceria ini dilancar kan pada awal tahun 2018 haritu oleh Datuk Seri Tunku Adnan, aku selalu tengok Tunku Adnan selalu bagi beras kat penduduk Putrajaya, beruntung sangat orang penduduk Putrajaya kan. OK nak bagi tahu juga, KAD CERIA ni adalah salah satu inisiatif daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL ) tau.

Apa itu Kad Ceria?
ehhh tanya lagi, kan dah bagitahu, KAD CERIA tu kad diskaun, haha. Korang boleh nikmati diskaun sampai 70% bagi pembelian BARANGAN, MAKANAN dan PERKHIDMATAN.
macam mana tu?
Contoh :
Korang beli barang di Mydin, KK mart, BHP, Pusat Pakaian Hari Hari, Kenny Rogers, Wendys dan 6000 kedai dan rakan dagang lain, so boleh dapat diskaun kalau ada Kad Ceria ni!
Nak tahu kat mana lagi boleh guna Kad Ceria ni, boleh rujuk link kat bawak ni.
https://kadceria.kwp.gov.my/rakan_dagang_umum.php
kena SAMAN pon boleh dapat diskaun, rugi hoiii tak apply!
SELAIN ITU, untuk PENIAGA PENIAGA. Apa lagi keisitimewaan yang DBKL bagi?
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengadakan insentif bagi rakan dagang kad ceria iaitu:
1. Diskaun 10% untuk sewa premis Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
2. Diskaun lesen penjaja 60%
3. Diskaun lesen premis perniagaan :
i) 10% = 1 tahun
ii) 15% = 2 tahun
iii) 20% = 3 tahun
4. Diskaun cukai pintu sehingga 10% untuk pemilik premis perniagaan
5. Akses kepada lebih daripada 1,000,000 orang pengguna Kad Ceria
6. Promosi kepada perniagaan mereka secara berterusan (Media Sosial, Media Massa, Program-Program KWP)
7. Pengiktirafan daripada kerajaan kepada PERNIAGAAN mereka
So apa lagi? excited kan??? aku pun eksited wehhh! best gila! banyak diskaun, TQ DBKL dan Tunku Adnan atas keistimewaan ini, korang sila jeles yer, hehe.
Macam Mana Nak Apply Kad Ceria?
tak perlu susah susah nak ke pejabat ke mana-mana, terus apply online, segalanya di hujung jari skrg ni. Klik saja link di bawah.
https://kadceria.kwp.gov.my/semak_kelayakan.php
Lepas dah apply, sila semak selepas itu ok!
https://kadceria.kwp.gov.my/base.php?page=pengundi
Bila dah LULUS, boleh ambil kad korang di kawasan berhampiran. So! selamat apply dan selamat shopping. hehe.
Untuk maklumat lanjut, boleh ke website mereka ok :
Urusetia Kad Ceria
Kementerian Wilayah Persekutuan
Aras G-7, Blok 2, Menara Seri Wilayah, Presint 2, 62100 Putrajaya.
E-mel: kadceria@kwp.gov.my
Website: https://kadceria.kwp.gov.my/

Ala bestnyaa kad ni.. Nape kt kedah tak ada huhuhu
ReplyDeleteWqh..bagusnya ada kad ni
ReplyDeleteBest la siapa ada kad ceria ni 😉
ReplyDeleteWah, baru perasan saman/kompaun pun boleh dapat diskaun kalau ada kad ni...
ReplyDeleteAlhamdulillah. Semoga kemudahan ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban rakyat. Khasnya yg duduk sekitar KL. 👍
ReplyDeletesama la,kita pun baru tahu..baru je apply...x byk promosi pasal kad ni..tu yg ramai tak tahu...
ReplyDeleteuntungnya warga wilayah ada Kad Ceria mcm ni ...
ReplyDelete70% banyak tuhh...rugi kalau tak apply...untunglah yang kerja KL...tinggal di KL..bila nak luaskan nii..nak juga,,huhu
ReplyDeleteBaru tahu..tq share! nak apply nanti
ReplyDeleteBanyak tu discout yang di tawarkan
ReplyDeletebest lah kad ni..lebih 6k kedai leh pakai kad ni..
ReplyDeleteBeruntung nya sapa yang layak dapat kad ceria ni kannn. ...
ReplyDeleteBru thu ade kad ceria ni
ReplyDeleteaku duk KL pun taktahu menatang kad ceria ni weiii... hahhaa baca blog ko baru tau!!
ReplyDeletecantiklah kad ceria ni. takmemenuhi syarat nak apply huhu
ReplyDeleteperghhhh siapa layak tu untung laaa. saman pun ada 70% diskaun!
ReplyDeletejgn lpskan peluang grab cpt2
ReplyDeleteHmm menarik juga. Banyak kali lalu kat highway kl nampak led board iklan kad ceria. Hmm baru tahu apa benefitnya. Ok nak apply lah. Thanks share
ReplyDeleteUntungnyaaa pemegang kad ceria ni, banyak gila benefit boleh dapat.
ReplyDeleteUntuk yg tinggal atau kerja di KL rugi la kalau x mohon... :)
ReplyDeletememang rasa terkejut giler sebab kak ain pun baru tahu rupanya wujud Kad Ceria ni.. hahahahaa.. :) Ingat orang Selangor je ada, orang KL pun ada rupanya.. hehehehee..
ReplyDelete...
Jom apply Rara :)
ReplyDeletehahahah.. malu gak klu cik en duduk kl tapi xtau.. ahahhaha.. 70% off tu berbaloi sangat dah #hebatkannegaraku
ReplyDeleteRasa macam nak mohon jugak kad ceria ni. Banyak diskaun, memang berbaloi.
ReplyDelete51k permohonan? Kenapa baru tau ni...huhuhu
ReplyDeleterezeki anda la warga Wp, untung tau dapat kad ceria ni.
ReplyDeleteEna pon baru tahu.hahahha.. bertuahnye mereka.. at least dpt mengurangkan beban ntk tampung kos sara hidup tggi di sana.
ReplyDelete