Image and video hosting by TinyPic

31 May 2018

Masak Ayam Percik Kuah Putih Air Fryer

Menu Mudah Berbuka Puasa : Resepi Ayam Percik Kuah Putih


Assalam, hai korang! harini nak share dengan korang resepi ayam percik kuah putih. Lahhhhh! senang je rupanyaaaaa. aku ingat susah sangat membuatnya, sebab dekat bazar ke, pasar malam ke, mahal tau harga orang jual ayam percik ni. Masa pergi PARAM haritu, laki aku beli ayam percik ( kuah merah ), rm8 seketul kecik tu. huhu. Kalau 2 ketul Rm16, dapat sekor ayam hoi! haha.

Yelah, maybe mahal sbb dorang bakar kot kan, so amik kira upah bakar tu. hehehe.

Disebabkan harga mahal dan rasa pun tak berapa nak sedap. Aku decide nak buat sendiri, lepas google, lahhhh senang betul! bahan pun Serai, halia, bawang, santan sajor. Senang sangat!!!

Lepas tu. Aku bakar pulak pakai air fryer je, tak payah nak guna arang bagai. hahaha. Memang lah rasa bakar pakai arang lagi sedap, tapi alahhhh, jadi lah tu pakai air fryer, lagi sihat, tak de karbon, ecehhhhh.

ok jom tengok cara buat, xde lah details sgt gambar tau, sbb dah kelam kabut aku masak semalam, nasib sempat settle. haha.

Bahan perap :

Ayam potong 4 ( tapi semalam laki aku potong mcm biasa, aku masak 5 ketul - ayam tu kelar kelar sedikit )
Bawang merah*
Halia*
Garam ( aku tak letak )
- blend bahan yang bertanda *, dan salut pada ayam, biarkan seketika.

Bahan kuah putih :

6 ulas bawang merah*
1/2 inci halia*
1 cawan santan pekat* ( aku guna santan kotak KARA campur air sikit )
2 biji buah keras*
sebatang serai*
1/2 keping asam keping
garam
gula
- blend bahan yang bertanda *

Cara cara :
1. Kisar bawang merah dan halia dan lumur pada ayam bersama sedikit garam. Biarkan seketika. 
2. Blend bahan untuk kuah putih

3. Dalam kuali, susun serai letak sikit je air, susun ayam yang dah diperap tadi, letak sedikit kuah putih ( yang belum masak ) atas ayam. Tujuan untuk bagi ayam masak sedikit. Tutup kuali, masak dalam masa 5 - 10 minit, nampak isi ayam jadi putih, boleh tutup api. 
4. Masak kuih putih atas api, sentiasa kacau tau, or biarkan api pelan je, risau pecah lemak. Masukkan asam keping dan perasakan dengan garam. 
5. Susun ayam dalam air fryer, salut sedikit kuah putih dan bakar 160dc 10minit. 
6. Lepas tu terbalikkan ayam, letak lagi kuah putih dan bakar 180dc 15minit. 
7. Siap bakar, letak balance kuah putih yang dah masak atas ayam.

orang suruuh tumbuk, aku blend je, malas, hahaha. tp tumbuk lg cepat kot, sbb bahan ni x leh buh air, kang berair, tumbuk pon ok.
lupa snap pic dah tuang santan atas ayam, tutup periuk, nampak isi putih je cukup, xyah lama-lama. air tu sikit je letak tau.
excuse periuk hitam, hahahaha. xtau kenapa periuk ikea ni, dah sental pon hitam. grrrrr
dah masak dalam kuali tadi, masuk dalam air fryer pulak, letak kuah putih td. then terbalikkan, letak kuah putih lagi, dan masak lagi skali.
ayam masih juicy, tak kering, sedap sangat, rasa semua ngam ngam je.
ni ayam yang siap bakar, tapi tak salut kuah putih lg, nampak yummy kan! even tak bakar pakai arang pun nampak sedap.

ni final touch, HAHAHA. kuah putih tu TERpekat sikit, sebab aku gatai tambah tepung gamdum, sebenarnya tak payah, sebab kita dah letak buah keras tadi. Lepas ni laki aku kata, biar je cair, mst lagi cantik kuah dgn ayam tu.

Laki aku puji sedappp. wahhh, bangga tau mak masak, dah lah first time masak ayam percik ni, dapat pujian melambung lambung pulak tu, kofkof. Yelah, kalau laki tak puji, siapa lagi nak puji kan.

Senang sangat masak Ayam percik kuah putih ni, korang boleh lah cuba. Harini laki aku suruh buat lagi, huhu, No hal, boleh ajer!

Semalam aku makan, ayam percik + sambal hitam. perghhhh. 2x tambah nasi. untuk anak anak aku buat sup sayur. Start masak 6pm, settle 7pm, siap siap hidang, terus berbuka puasa. penat tapi puas hati, dalam makan masakan sendiri dari beli di PARAM.

Selamat mencuba korang!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com