Image and video hosting by TinyPic

30 May 2018

Persiapan Raya 2018

Ya Ampun, lama nya tak update pasal personal dekat blog, rindunya nak bebel, sejak ada IG stories, memang jarang lah nak update blog, tapi sebenarnya update blog lagi best kan, ada kenangan nak di baca kemudian hari nanti. Harini aku rajin sikit, so nak update sikit lah pasal persiapan Raya kami.

As usual. Kami memang suka last minute, hujung hujung baru cari baju Raya, baru feel. hehe. Tema asalnya aku ajak laki aku cari color #BiruYangLebihMuda, tapi dia tak nak. hahaha. Dia nak Emerald green, tapi asek lah Green kami ni, bosan plak. last last smlm, terjumpa baju Alfi, baju Melayu tapi ala-ala Kurta, cantik ngam sangat Alfi pakai, so amik je baju tu, tema baju kami yang lain, terpaksa lah ikut kaler baju Alfi sudahnya. HAHA

nak tengok color apa? kena tunggu lah pagi Raya. kihkih.

Semalam kan cuti hari wesak, laki aku ckp, jom pergi Sogo nak, cari baju anak. Aku bab jalan ok je, sukooo. lagipun aku dan anak beranak rasa dah sihat dah, alhamdulillah, so best lah jalan, kalau tak sihat, kuasa nak jalan. ini pon mood Raya baru mari, sebelum ni lansung tak ada mood.

FYI, kami anak beranak haritu almost 2minggu jugak sakit, aku asalnya awal-awal memang dah demam, then dah kebah dlm 2 hari je, sokkay lah kan, then punca sakit balik, bila kakak Sophea demam, lepas balik dari Maeps, kami pergi mini zoo, tetiba kakak Sophea spike demam 39 40 39 40, bayangkan, 3 hari demam mmg spike, tak turun-turun suhu dia, kesian gila sampai lembik.

Pergi hospital Ampang, doc kata kakak ok je, padahal mmg lembik kot, hari ke 3 kami pergi Pantai Ampang, rupanya kakak ada Influenza B, so warded lah kakak 4 hari juga. Nak di jadikan cerita, hari Rabu hari mengundi tu, aku terpaksa jaga kakak sebab laki aku nak pergi mengundi. Budak influenza ni, kita tak boleh bawak budak-budak melawat, org tua pon tak digalakkan tau, sebab senang sangat berjangkit. bayangkan, tak sampai 2 jam dalam bilik, adik pulak demam.

Aku masa tu cuma harapkan adik bukan Influenza je, adik pon demam 39 40 tau! sedih gila masa tu, papa jaga kakak kat hospital. Aku jaga adik kat rumah, aku bawak adik pergi Klinik sorg-sorg, bagi makan ubat, jerlum segala, 3 hari juga baru kebah. Lepas je adik kebah, Jumaat malam aku pulak demam, Ah sudah! dah lah mak aku nak pergi umrah. aku makan panadol, antibiotik, semua tak jalan, 2 3 kali pergi hospital, cek darah segala, doc kata darah ok, cuma demam viral.

memang Viral sunggoh lahhhh wei! seminggu tau aku demam, suhu pun 30 40 juga, badan sakit sakit, rasa menyucuk badan aku, berdiri tak boleh, nak pitam, nasib masa tu aku period, so tak payah solat, kalau tak mcm mana kan, nak berdiri pon pitam, akhirnya hari Khamis mcm tu baru demam kebah, itu pun tak boleh berdiri, masa nak masak makanan anak, aku sampai nangis wei, lepas dh boleh solat, memang doa kat Allah, pulangkan lah semula kesihatan aku, aku merayu, tak sanggup rasa. bukan apa, kesian kat anak dengan laki, rumahtangga memang tak terurus. and now Alhamdulilllah, sihat dah, batuk ada lagi, tapi kurang lah. Kakak dengan adik pun sihat, dah selera makan. Nampak dah naik semula badan anak-anak.

Bayangkan korang, aku demam seminggu, 4kg turun, tapi buat apa, lost weight sbb sakit, x lalu makan, siksa rasanya.

settle bayar zakat juga smlm.

Ok lah, berbalik ke kisah semalam, dah melalut dah ni, semalam kami pergi SOGO naik Uber je, sebab laki aku malas drive, nak ke SOGO paham paham lah, jem, parking payah, so naik uber, settle masalah. Kami gerak dari rumah dalam 3.30pm, sampai sogo, terus naik tingkat 4, bahagian kanak-kanak, sebab mmg nak cari baju anak kan.

Amboi, punya lah ramai umat, ramai umat tak kisah lagi komer oi, ibuu xde hal bab mencelah, ibuu dah expert, tapi yang tak tahan, si anak jantan aku, korang tahu tak, aku tak tau kenapa dia excited sangat, tak nak duduk dalam stroller satu hal, tak nak dukung weiiii! Dia punya happy, tak tau nak cakap, myb sbb ramai orang, semua orang dia sengih, ambik baju semua bagi kat papa dia, lari sana sini masuk bawah rak baju, Allahu! menguji nya lah.

Laki aku geleng kepala tengok dia, dah lah baju kat sogo semuanya aku tak perkenan, mahal, tak cantik, pattern lama je semua, and last last laki aku cakap, ok jom keluar je dari sini. HAHAHA. Nanti kita pergi cari berdua je baju dorg, aku pun ok lah, sebab memang pening wei tengok Alfi, siap menjerit jerit bagai. Ampunnnn! si kakak senang je, duduk dalam stroller, settle, kakak memang tak banyak hal, dari dulu lagi.

and then keluar dari SOGO. aku suap dulu dorg makanan, aku bawak siap-siap bubur Alfi, dengan si kakak pon makan bubur, Alfi makan banyak, punya lah seronok makan kat luar sogo ye nak, lain rasanya dari makan kat rumah yerrr. HAHAHA.

Asalnya semalam pergi SOGO nak cari baju jalan je, dengan kasut. tiba-tiba jalan kat depan Mara Digital tu, jumpa baju Alfi, so terus beli lah, baju Alfi Rm49. Cantik gak, cute gila. Then jalan jalan lagi, jumpa baju yang aku perkenan. Rm119 sajaaaa! murah!!! aku pelik kenapa tahun ni banyak kebaya, kebarung, padahal tahun lepas aku dah pakai kebaya, takkan nak pakai lagi kan, laki aku pon bosan dia kata, so aku jumpa baju aku ada lace, ada batu, harga pun murahhhhh! so okay lah.

Baiknyaaa isteri Muhammad Fadhlan, cari baju mur mur je tau! aku kenan 1 baju tu, Rm200, tapi laki aku tak kenan, sbb tangan dia ala lengan saloma, tapi kain net. pastu dok fikir balik, kang tak leh pakai pulak pergi office, sayang je, so tak jadi lah. Aku pergi kerja kan pakai baju kurung, so baik beli baju yang boleh bawak pakai ke office kan.

Lepas tu, jalan depan lagi, dah alang alang ada baju adik, baju aku, cari terus lah baju kakak, dari asalnya nak cari baju jalan, terus cari baju raya. hahahaha. Aku jenis tak cerewet sangat, asal mana cantik, kena harga, aku ok je. Then jalan punya jalan, ada yang perkenan, tp as usual lah, bila nak je, size takde, kaler takde, sampai orang dah tutup kedai nak berbuka, kami jalan lagi. HAHA. beli air je siap-siap.

Then sampai hujung kedai, jumpa baju kakak, sejibik pulak kaler mcm baju adik, yeay! cantik! baju kakak Rm79, tapi dia bagi less Rm70 je, ok lah terus amik, baju budak pun mahal wei, gila betul. Tapi ok lah rm70, dari yang aku usha kat IG, Rm159 Rm199, baju budak je pon, skali pakai je pagi raya tu, haih! membazir!

So settle baju! papa kata baju dia nanti kemudian cari. So baju Alfi Rm49, baju aku Rm119 baju kakak Rm70, murah kan? jalan punya jalan, dengar Azan, berbuka lah kami di tepi lorong-lorong, minum air je, haha. Alfi dah lena tidur dah. Nak pergi kedai, semua penuh wei, so tak pe lah, kami jalan dulu, aku tak lapar sangat pun, dahaga je, skali sedut je air tin aku minum. hahahaha.

Then masuk BATA sebelah A&W tu, saja lah usha kasut, tak de pon rasa nak beli, THEN AKU JUMPA KASUT YANG LAMA DAH AKU NAK TU! yang V cutting! heiii youuuu! nice to meet you! Suka lah aku dengan BATA skrg ni, desing cantik cantik tau! up to date. haha.

Tapi mcm biasa lah, color ada 4, tapi size aku tak dop, ada size aku color GOLD and kelabu je, ko gila nak pakai GOLD, nak pergi mana ko safura oi! hahahaha. Last last aku amik kelabu tu, cantik kan! hehehe. dah lah murah weiiii! Rm59 jeeee. Masa laki aku g bayar, dia terkejut tau. EH murahhhh! hahaahah.

yelah, sebelum ni aku mst beli kasut kat Aldo, Charles and Keith. Mana dapat harga tu wei, semua Rm199 ke atas. haih, tetiba rasa mcm isteri mithali sangat! hahahahahaha.

Then settle bata, laki aku ajak makan, makan kedai INSAF tu je, fav kami nasi briyani dia, sedap. Settle makan, laki aku kata nak cari apa lagi? errmmm x nk lah, nak balik, penat gila rasa, itupun aku pakai sport shoe, kalau pakai wedges, lagi sakit kaki. Balik kami naik LRT, ponnnnn Alfi xnk diam, Allahu, sabar banyak banyak mak kau ni!

but okay lah, kami keluar rumah 3pm, naik Uber, balik naik LRT, mmg pilihan bijak lah, tak stress. hehe. relax je jalan-jalan, laki aku kata, kat mana kita stop, situlah kereta kita, hahahaha. senang.

Dari rumah ke SOGO Rm18, balik naik LRT Rm6 + Uber Rm9. ok lah kan. Lepas ni mmg naik Uber jelah kemana-mana, senang.

Sampai rumah semalam dalam kul 9pm, kakak siap main bunga api lagi, aku settle settle baju, seronoknya tengok baju raya, ingat lagi masa kecik dulu, kami adik beradik macam ni lah, dah nak raya lagi 2minggu baru cari baju raya, pastu semua kena baru, Towel, Baju tidur, Seluar dalam, semua baru. kasut, baju 1st raya, baju jalan, of course lah kan. hahaha. happy gila masa tu, memang tak sabar sgt nak Raya.

Sempena harini 14 Ramadhan, marilah kita TB gambar raya lepas lepas, tahun ni tahun ke dua bersama Alfi, mesti lagi meriah raya kami. tak sabar.

Perisapan korang mcm mana? meh lah cerita! Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. masih tak beli lagi baju raya. hehehee. cantik lah kasut bata tu! seriusss!!

    ReplyDelete
  2. suka tengok gambar throwback raya tu.. :)

    ...

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com