Image and video hosting by TinyPic

30 May 2018

Resepi Murtabak Kambing Dari Chef Wan Menggunakan Mission Foods & Emborg

#PERFECTTOGETHER RAMADHAN DAN RAYA BERSAMA CHEF WAN


Hai korang, sepanjang Ramadhan ni, mesti buntu kan nak masak juadah or makanan apa untuk berbuka atau sahur, aku ni gitu lah, selalu, aku tanya laki, laki aku tanya aku, last last masak sardin je, lols. Sebab serius buntu nak makan apa. Pergi ke bazar ramadhan pun, menu tak menyelerakan. So masak jelah apa yang ada.

But today! nak bagi korang 1 idea menarik untuk dijadikan salah satu menu berbuka puasa. MUDAH SENANG CEPAT! buat kat rumah je, lagi pun kan, bukan apa, kalau kita masak sendiri ni, kita tahu bahan apa yang kita gunakan, betul tak? tak perlu risau tentang MSG ke apa.

#perfecttogether MISSION FOODS & EMBORG


Sepanjang bulan Mei ni, Mission food and Emborg melancarkan kempen #perfecttogether. Aku rasa kombinasi dua item ni memang sangat perfect, korang tahu tak. aku sangat suka buat thin crust pizza menggunakan Wrap dari Mission Food ni tau, memang best, nak cari cheddar cheese best, beli pulak Emborg! mmg #perfecttogether sangat!

So, sepanjang bulan Ramadhan ni, chef wan akan bagi kita 10 resepi video dan juga akan berkongsi petua dan resipi asal ciptaannya yang akan digabungkan bersama produk Mission Foods dan Emborg. Suka ke tidokkkk? Yelah kan, kita ni bulan bulan puasa ni, masa ada banyak nak godek godek resepi. hihihi. tapi harini aku nak share 1 resepi je kat korang, iaitu MURTABAK KAMBING!

Lain-lain resepi, korang kena pergi cari di Facebook Mission Wrap tau!

Baru-baru ini, satu sesi ramah mesra bersama media telah diadakan sempena pelancaran kempen #perfecttogether. Para tetamu berpeluang menjadi orang pertama untuk mendalami kempen tersebut dan tidak ketinggalan demonstrasi masakan oleh cef selebriti, Cef Wan sendiri. Antara resipi yang menjadi pilihan ialah wraps murtabak kambing, piza tuna pedas dan ikan bilis, serta wraps tat keju kelapa dan pisang. Dalam demonya, Cef Wan turut berkongsi cara terbaik untuk menggunakan kedua-dua produk tersebut termasuk tip dan maklumat mengenai nilai pemakanan. Penonton menjadi saksi makanan yang dibuat menggunakan Mission Foods dan Emborg mudah, berkhasiat dan enak – menjadikannya makanan ideal untuk Ramadan di mana masyarakat lebih cenderung meminimumkan masa untuk memasak ketika Ramadan.

"Kerjasama #perfectogether dari Mission Foods dan Emborg menggabungkan tekstur dan campuran bahan-bahan berkualiti, pelengkap antara satu sama lain. Kepelbagaian produk Mission juga adalah kanvas yang sempurna untuk menghasilkan apa juga jenis resipi Malaysia, dari Naan hinggalah Supersoft Wraps dan kerepek jagung ranggup yang kaya dengan pelbagai perisa. Produk-produk Emborg seperti Cook & Bake, keju Cheddar Topping, mentega dan krim memasak menambahkan lagi keenakan rasa di dalam setiap masakan," kata Randall Tan, Pengurus Jenama Mission Foods Asia Selatan.

Chef Wan adalah pengguna setia dua jenama ni tau! kalau dah chef wan pun guna, kenapa tidak kita kan, tak dapat rasa masakan chef wan, kita buat ala-ala chef wan pun jadi lah. hehehe. So, jom ke RESEPI MURTABAK KAMBING.

Agak pelik kan buat murtabak guna wraps, tapi bagi yang suka texture garing diluar, mcm aku, memang akan buat mcm ni, sedap lah, rangup luar lembut di dalam. kalau tak nak garing sangat, boleh adjust lah supaya dapat mengikut selera korang.


Bahan-bahan :

- 4 keping Mission Onion & Chives Wraps
- 125gram Emborg Cheddar Topping
- 4 sudu Emborg Cook & Bake (untuk gorengan)
- 200gram daging kambing yang dicincang
- 1 bawang besar (potong dadu)
- 4 ulas bawang putih (potong dadu)
- 3cm halia (potong halus)
- 4 sudu serbuk kari daging
- 1 sudu kecil garam masala
- 1 sudu kecil serbuk lada
- 3 sudu minyak sapi
- Daun Coriander (racik halus)
- Daun bawang (potong halus)
- 2 biji (dipukul)
- 2 sudu minyak sayur
- garam dan serbuk lada hitam hitam (secukup rasa)

Cara :

1. Api sedehana masukkan bawang, bawang putih, halia didalam minyak sapi dan minyak sayur.
2. Masukkan serbuk kari, serbuk cili dan garam masala. Masak sehingga naik bau. Masukkan daging kambing yang telah dicincang.
3. Seterusnya masukkan daun coriander, daun bawang dan garam serta lada hitam.
4. Sejukkan di tepi seketika. Seterusnya masukkan telur.
5. Letakkan bahan yang telah dimasak di atas Mission Wraps. Dan taburkan dengan Emborg Cheddar. Lipat/bungkus wrap tersebut menjadi lebih kecil.
6. Bakar wrap yang telah dibungkus di atas kuali yang telah diletakkan Emborg Cook & Bake. Untuk lebih enak bakar sehingga ianya menjadi kekuningan di kedua belah wrap (atas dan bawah).

Nampak sangat menyelerakan kan korangggg! sedapnyaaaa lahai. Tak sabar nak cuba.

Selain dari Murtabak Kambing, ada menu pilihan lain yang korang wajib cuba iaitu piza tuna pedas dan ikan bilis, serta wraps tat keju kelapa dan pisang
Apa yang aku suka dengan resepi dari Chef wan ni ialah, resepi beliau mesti penuh dengan nutrisi, semuanya seimbang. Protein, karbo, sayuran, mesti ada. Tak payah lah risau lagi kalau badan tak cukup nutrisi ke apa. hehehe.

Bagi aku kolaborasi #perfecttogether antara Emborg dan Mission Foods ni sangat bagus, sebab memudahkan kita, kalau nak makan pizza, ada wraps, tabur pulak cheese emborg, tak payah nak uli-uli tepung untuk buat base pizza. kalau nak makan murtabak, tak payah nak tebar-tebar doh, hahaha. terus ke masuk inti dalam wraps, siap lah! Senang sangat!

Jangan lupa. Jom sama-sama jayakan kempen #perfecttogether antara Emborg dan Mission Foods ni, untuk resepi lain, korang boleh terus pergi ke 


atau IG
Instagram : Chef Wan | Mission Foods | Emborg

dan layari 

Selamat Mencubaaaaa!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com