Image and video hosting by TinyPic

02 May 2018

Skali Rawatan Di Klinik Swasta Rm80 Baik Pergi Klinik 1 Malaysia

Bayar Rm1 Untuk Mendapat Rawatan Di Klinik 1 Malaysia


Korang pernah pergi Klinik 1 Malaysia tak? aku tak pernah pergi lagi, sebab sekarang aku selalu pergi Klinik Kesihatan je jika aku dan anak-anak tak sihat. Aku dah tak pergi Klinik swasta dah sebab skali rawatan di klinik je, habis Rm80, Allahu, tak sanggup rasanya, memang lah kita memerlukan ubat dan rawatan, tapi jika sampai Rm80, tak sanggup rasanya.

So aku sanggup pergi KK, bayar rm1 atau pun mcm aku, FREE je sebab kakitangan kerajaan. Lagipun servis di klinik kesihatan dah bagus tau, laju jer, tapi kena pergi awal-awal. Ataupun, jika korang boleh tahan sakit or demam tu, boleh je pergi ke Klinik 1 Malaysia di kawasan berhampiran. Di Wilayah Persekutuan ni, dah banyak juga ada Klinik 1 Malaysia tau, so kalau urgent anak demam, boleh terus pergi Klinik 1 Malaysia.

Jika masalah kesihatan korang serius, dari Klinik 1 Malaysia, mereka akan terus transfer korang ke Hospital, dan please, jangan lah memperlekehkan hospital kerajaan kita, sebab hospital kerajaan punya servis pun dah makin bagus tau.

Aku kadang-kadang sedih dengan orang yang berlagak, jenis dapat ubat, tapi buang semua ubat, tolak vaksin, sebab bagi aku, lagi ramai yang memerlukan, tolong lah jangan selfish. #ehteremopula

Untuk pengetahuan korang, Klinik 1 Malaysia merupakan sebuah projek klinik yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Flet Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur pada 7 Januari 2010. Usaha ini merupakan salah satu bukti kerajaan prihatin dengan golongan berpendapatan rendah.

Korang tahu tak, ada orang yang tak sihat, tapi tak mampu nak pergi ke Klinik, maka Klinik 1 Malaysia adalah sangat membantu bagi aku. Tak kira bangsa, agama, atau siapa-siapa saja, boleh datang Klinik 1 Malaysia. Kenapa kita tak gunakan kelebihan yang ada, betul tak?

Apa Rawatan Yang Boleh Dilakukan Di Klinik 1 Malaysia


demam, batuk, selsema, rawatan susulan kes pesakit kronik yang stabil termasuklah penyakit kencing manis, darah tinggi. Bagi prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka serta buka jahitan pun boleh dilakukan.

Untuk pengetahuan korang, Klinik 1 Malaysia tiada doktor ya, jangan expect ada doktor semua, hehe. Klinik ni dikendalikan oleh Jururawat dan Pembantu Juruwat. Tapi Klinik ni dipantau oleh Jabatan Kesihatan tau, supaya bekalan ubat cukup.

Memang ada yang kata, kalau nak cepat boleh pergi swasta, tapi skrg tidak lagi, swasta pun penuhhhh! so ada sikit tips sebelum nak ke Klinik 1 Malaysia, kalau anak demam, korang jerlum kepala anak dengan air asam jawa, jangan lupa mandikan kerap-kerap. Lepas tu, cepat cepat ke Klinik 1 Malaysia berdekatan untuk buat pemeriksaan dan ambil ubat. Kalau korang tinggal di Wilayah Persekutuan, boleh tengok senarai klinik yang berdekatan.

Aku rasa Klinik 1 Malaysia Wilayah Persekutuan ni sangat bermanfaat untuk kita rakyat marhaen, dan juga rakyat yang miskin bandar, dah dapat ubat, jangan buang buang tau, hehe. Makan dan habiskan, nak nak antibiotik. Lepas ni korang try lah pergi Klinik 1 Malaysia yang berdekatan yer. Walaupun tak ada doktor, tapi pembantu perubatan yang bertugas di sana, semua berpengalaman.

untuk kita yang mampu, mungkin rasa Klinik 1 Malaysia ini tak diperlukan, tapi untuk mereka yang miskin bandar ni, mereka sangat memerlukan. Untuk kita pun, stakat nak cuci luka, nak ambil ubat, pergi je Klinik 1 Malaysia ni, JIMAT! Pergi klinik swasta, habis rm50 - rm80. huhu. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

31 comments:

  1. Bgus taw klinik ni... Rwtn pon byk

    ReplyDelete
  2. Bagus ni..bayar rm1 je dapat macam2 ubat..cuti pon buka ya..senang ada klinik ni..

    ReplyDelete
  3. Pernah guna khidmat klinik 1 malaysia best servis cepat orang tak ramai 😅

    ReplyDelete
  4. Pernah guna khidmat klinik 1 malaysia best servis cepat orang tak ramai 😅

    ReplyDelete
  5. Pernah biat check up mengandung dulu. Senang tak ramai orang

    ReplyDelete
  6. terbaiklah klinik 1Malaysia ni ...

    ReplyDelete
  7. jimat! aku suka penjimatan! hahahhha

    ReplyDelete
  8. harap harap dengan adanya klinik mcm ni, dapatlah semua orang mendapat rawatan + ubat ketrika demam dan batuk

    ReplyDelete
  9. Tahniah kerajaan WP atas usaha dan inisiatif yang memang dapat mengurangkan beban rakyat! - Mak Lin, Blog #CeritaMak

    ReplyDelete
  10. mahal sgt kalau nak check up dkt klinik swasta..apatah lagi kalu nak buat review..huhu sekali dtg kena bayar puluh2 ringgit

    ReplyDelete
  11. Haah klinik ni takde doktor tapi ada nurse yang sedia berkhidmat untuk kita. Kalau demam sikit tu kinah just pergi klinik 1 Malaysia je

    ReplyDelete
  12. bagusnya klinik 1 Malaysia ni, samalah saya pun biasa pergi klinik kesihatan je

    ReplyDelete
  13. Pernah juga singgah! Memang services diorang cepat

    ReplyDelete
  14. Kita suka jugak pergi klinik 1Malaysia ni sebab dekat dengan rumah. Heheh.

    ReplyDelete
  15. kalau bykkan lagi klinik ni should be better. Baru la org tak tumpu pada satu klinik je. dapat kurangkan sesak.

    ReplyDelete
  16. sng kan ada kemudahan klinik 1msia ni..nak2 timing dia smpai kul 10mlm..mmg meyenangkan semua orang yg sakit tu

    ReplyDelete
  17. Rumah kita dekat je dengan klinik 1M ni..Ada haritu en.suami kena cuci luka operate, pi ke sini je..bayar singgit..setel...

    ReplyDelete
  18. betul sangat tu..! kalau kita rasa mampu, jangan perlekeh orang yang kurang mampu.. dan selagi boleh berjimat apa salahnya kita berjimat.. :)

    ...

    ReplyDelete
  19. Betul.. baru ni pergi klinik swasta kena tggu satu jam lebih baru jumpa DR.. baik pg Klinik kerajaan je.

    ReplyDelete
  20. betul kalau pergi klinik swasta kan memang mahal bayaran dia..luqman pernah g sebab demam jer dan dekat 70 ringgit..kalau g klinik 1M baru seringgit..jauh beza.

    ReplyDelete
  21. Sumbangan ini dapat mengembirakan mereka ketika tibanya Ramadhan nanti. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  22. Bayaran RM1 yg berbaloi, walau kena tunggu lama. Tempat murah memang jadi tumpuan.

    ReplyDelete
  23. pernah pergi amik tekanan darah masa pregnent.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  24. murah dan berbaloi kan K1M ni
    #hebatkannegaraku

    ReplyDelete
  25. Memang bagus ada klinik 1M ni..at least tak perlu bayar kadar ubat yang mahal

    ReplyDelete
  26. Macam-macam perkhidmatan klinik 1 malaysia ni. Dah lah murah. Berbaloi !

    ReplyDelete
  27. Tak pernah pegi lagi tapi nak try pegi nanti

    ReplyDelete
  28. memang bagus klinik 1M ni, dekat dengan kawasan perumahan dan tak perlu tunggu lama untuk ke hospital.

    ReplyDelete
  29. Pendapat ena yg biasa pegi ke klnik kesihatan, mmg sesak susah cri parking.pastu ramai org. Jdi ena prefer pergi klnik 1msia. Selain dekat dgn rumah servis pon cepat xramai org. Kalau tahap kesihatan xteruk sgtla mmg p sini je..

    ReplyDelete
  30. sejak wujud klinik 1 Malaysia ni, memang kc suka :)

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com