Bayar Rm1 Untuk Mendapat Rawatan Di Klinik 1 Malaysia
Korang pernah pergi Klinik 1 Malaysia tak? aku tak pernah pergi lagi, sebab sekarang aku selalu pergi Klinik Kesihatan je jika aku dan anak-anak tak sihat. Aku dah tak pergi Klinik swasta dah sebab skali rawatan di klinik je, habis Rm80, Allahu, tak sanggup rasanya, memang lah kita memerlukan ubat dan rawatan, tapi jika sampai Rm80, tak sanggup rasanya.
So aku sanggup pergi KK, bayar rm1 atau pun mcm aku, FREE je sebab kakitangan kerajaan. Lagipun servis di klinik kesihatan dah bagus tau, laju jer, tapi kena pergi awal-awal. Ataupun, jika korang boleh tahan sakit or demam tu, boleh je pergi ke Klinik 1 Malaysia di kawasan berhampiran. Di Wilayah Persekutuan ni, dah banyak juga ada Klinik 1 Malaysia tau, so kalau urgent anak demam, boleh terus pergi Klinik 1 Malaysia.
Jika masalah kesihatan korang serius, dari Klinik 1 Malaysia, mereka akan terus transfer korang ke Hospital, dan please, jangan lah memperlekehkan hospital kerajaan kita, sebab hospital kerajaan punya servis pun dah makin bagus tau.
Aku kadang-kadang sedih dengan orang yang berlagak, jenis dapat ubat, tapi buang semua ubat, tolak vaksin, sebab bagi aku, lagi ramai yang memerlukan, tolong lah jangan selfish. #ehteremopula
Untuk pengetahuan korang, Klinik 1 Malaysia merupakan sebuah projek klinik yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Flet Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur pada 7 Januari 2010. Usaha ini merupakan salah satu bukti kerajaan prihatin dengan golongan berpendapatan rendah.
Korang tahu tak, ada orang yang tak sihat, tapi tak mampu nak pergi ke Klinik, maka Klinik 1 Malaysia adalah sangat membantu bagi aku. Tak kira bangsa, agama, atau siapa-siapa saja, boleh datang Klinik 1 Malaysia. Kenapa kita tak gunakan kelebihan yang ada, betul tak?
Apa Rawatan Yang Boleh Dilakukan Di Klinik 1 Malaysia
demam, batuk, selsema, rawatan susulan kes pesakit kronik yang stabil termasuklah penyakit kencing manis, darah tinggi. Bagi prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka serta buka jahitan pun boleh dilakukan.
Untuk pengetahuan korang, Klinik 1 Malaysia tiada doktor ya, jangan expect ada doktor semua, hehe. Klinik ni dikendalikan oleh Jururawat dan Pembantu Juruwat. Tapi Klinik ni dipantau oleh Jabatan Kesihatan tau, supaya bekalan ubat cukup.
Memang ada yang kata, kalau nak cepat boleh pergi swasta, tapi skrg tidak lagi, swasta pun penuhhhh! so ada sikit tips sebelum nak ke Klinik 1 Malaysia, kalau anak demam, korang jerlum kepala anak dengan air asam jawa, jangan lupa mandikan kerap-kerap. Lepas tu, cepat cepat ke Klinik 1 Malaysia berdekatan untuk buat pemeriksaan dan ambil ubat. Kalau korang tinggal di Wilayah Persekutuan, boleh tengok senarai klinik yang berdekatan.
Aku rasa Klinik 1 Malaysia Wilayah Persekutuan ni sangat bermanfaat untuk kita rakyat marhaen, dan juga rakyat yang miskin bandar, dah dapat ubat, jangan buang buang tau, hehe. Makan dan habiskan, nak nak antibiotik. Lepas ni korang try lah pergi Klinik 1 Malaysia yang berdekatan yer. Walaupun tak ada doktor, tapi pembantu perubatan yang bertugas di sana, semua berpengalaman.
untuk kita yang mampu, mungkin rasa Klinik 1 Malaysia ini tak diperlukan, tapi untuk mereka yang miskin bandar ni, mereka sangat memerlukan. Untuk kita pun, stakat nak cuci luka, nak ambil ubat, pergi je Klinik 1 Malaysia ni, JIMAT! Pergi klinik swasta, habis rm50 - rm80. huhu.

Best klinik 1M ni, berbaloi
ReplyDeleteBgus taw klinik ni... Rwtn pon byk
ReplyDeleteBagus ni..bayar rm1 je dapat macam2 ubat..cuti pon buka ya..senang ada klinik ni..
ReplyDeletePernah guna khidmat klinik 1 malaysia best servis cepat orang tak ramai 😅
ReplyDeletePernah guna khidmat klinik 1 malaysia best servis cepat orang tak ramai 😅
ReplyDeletePernah biat check up mengandung dulu. Senang tak ramai orang
ReplyDeleteterbaiklah klinik 1Malaysia ni ...
ReplyDeletejimat! aku suka penjimatan! hahahhha
ReplyDeleteharap harap dengan adanya klinik mcm ni, dapatlah semua orang mendapat rawatan + ubat ketrika demam dan batuk
ReplyDeleteTahniah kerajaan WP atas usaha dan inisiatif yang memang dapat mengurangkan beban rakyat! - Mak Lin, Blog #CeritaMak
ReplyDeletemahal sgt kalau nak check up dkt klinik swasta..apatah lagi kalu nak buat review..huhu sekali dtg kena bayar puluh2 ringgit
ReplyDeleteHaah klinik ni takde doktor tapi ada nurse yang sedia berkhidmat untuk kita. Kalau demam sikit tu kinah just pergi klinik 1 Malaysia je
ReplyDeletebagusnya klinik 1 Malaysia ni, samalah saya pun biasa pergi klinik kesihatan je
ReplyDeletePernah juga singgah! Memang services diorang cepat
ReplyDeleteKita suka jugak pergi klinik 1Malaysia ni sebab dekat dengan rumah. Heheh.
ReplyDeletekalau bykkan lagi klinik ni should be better. Baru la org tak tumpu pada satu klinik je. dapat kurangkan sesak.
ReplyDeletesng kan ada kemudahan klinik 1msia ni..nak2 timing dia smpai kul 10mlm..mmg meyenangkan semua orang yg sakit tu
ReplyDeleteRumah kita dekat je dengan klinik 1M ni..Ada haritu en.suami kena cuci luka operate, pi ke sini je..bayar singgit..setel...
ReplyDeletebetul sangat tu..! kalau kita rasa mampu, jangan perlekeh orang yang kurang mampu.. dan selagi boleh berjimat apa salahnya kita berjimat.. :)
ReplyDelete...
Betul.. baru ni pergi klinik swasta kena tggu satu jam lebih baru jumpa DR.. baik pg Klinik kerajaan je.
ReplyDeletebetul kalau pergi klinik swasta kan memang mahal bayaran dia..luqman pernah g sebab demam jer dan dekat 70 ringgit..kalau g klinik 1M baru seringgit..jauh beza.
ReplyDeleteSumbangan ini dapat mengembirakan mereka ketika tibanya Ramadhan nanti. Alhamdulillah...
ReplyDeleteBayaran RM1 yg berbaloi, walau kena tunggu lama. Tempat murah memang jadi tumpuan.
ReplyDeletepernah pergi amik tekanan darah masa pregnent.
ReplyDeleteJanji Kita
murah dan berbaloi kan K1M ni
ReplyDelete#hebatkannegaraku
Memang bagus ada klinik 1M ni..at least tak perlu bayar kadar ubat yang mahal
ReplyDeleteMacam-macam perkhidmatan klinik 1 malaysia ni. Dah lah murah. Berbaloi !
ReplyDeleteTak pernah pegi lagi tapi nak try pegi nanti
ReplyDeletememang bagus klinik 1M ni, dekat dengan kawasan perumahan dan tak perlu tunggu lama untuk ke hospital.
ReplyDeletePendapat ena yg biasa pegi ke klnik kesihatan, mmg sesak susah cri parking.pastu ramai org. Jdi ena prefer pergi klnik 1msia. Selain dekat dgn rumah servis pon cepat xramai org. Kalau tahap kesihatan xteruk sgtla mmg p sini je..
ReplyDeletesejak wujud klinik 1 Malaysia ni, memang kc suka :)
ReplyDelete