Image and video hosting by TinyPic

08 May 2018

Tips Mencari Rumah Mampu Milik Di Wilayah Persekutuan

Rumah Mampu Milik Untuk Golongan Rendah Dan Sederhana


Kalau ditanya kepada pasangan suami isteri, apa yang mereka idamkan, mestilah sebuah RUMAH. Bila dah memiliki keluarga, ada anak, lagi seronok bila ada rumah sendiri. Kita sebagai isteri, nak nak dah jadi mak, mesti teringin nak deco-deco juga kan ( aku lah tu ).

Pengalaman aku, aku tinggal di rumah mertua, selama 5 tahun, aku dulu dengan suami jauh, aku kerja di KL, suami kerja di Manjung, Perak. So kami berjauhan dalam masa 3 tahun juga lah. Mcm mana nak tinggal rumah sendiri tanpa suami kan, takut. hahaha. So tinggal lah dulu dengan mertua aku.

Lepas tu rezeki kami, dapat beli rumah di area rumah mertua ni, syukur, rezeki sangat. Mcm tak percaya mampu memiliki rumah sendiri. Lepas bersalinkan anak ke dua, so kami berpindah ke rumah sendiri.

Ada rumah sendiri ni bukan apa tau, kalau ko bayar pun, bayar bulan-bulan rumah ko, bukan rumah orang. Bayangkan, bila menyewa, ko bayar tu rumah orang, aku rasa rugi, dah lah sewa sekarang pun mahal sangat, bayangkan kalau sewa bilik pun rm600 - rm800. kalau sebuah rumah? Dalam Rm1.2k - Rm1.5k tak lari lah.

Tapi jangan pula yang menyewa tu rasa down, tak apa menyewa pun, jika tiada rezeki kan nak beli rumah sendiri. Takpe slow slow pun, TAPI, nak bagitahu ni, untuk penduduk Wilayah Persekutuan, aku nak bagitahu ni, tolonglah jangan lepaskan peluang.

Korang tahu kan pasal RUMAWIP?


RUMAWIP adalah singkatan dari perkataan Rumah Wilayah Persekutuan.

Apa tu Rumah Wilayah Persekutuan? kenapa nama dia Wilayah Persekutuan? ok meh nak cerita, RUMAWIP adalah rumah mampu milik yang MAMPU dimiliki oleh golongan yang berpendapatan rendah sehinggalah golongan berpendapatan sederhana yang tinggal di Wilayah Persekutuan.

Terima kasih kepada DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan yang melaksanakan konsep RUMAWIP bagi menyelesaikan masalah yang boleh aku katakan besar juga untuk warga kota yang berpendapatan rendah. Bayangkan, kalau gaji suami isteri below 10k, macam mana nak beli rumah, rumah skrg harga 400k - 600k. Dengan inisiatif ini, dapatlah membantu mereka yang berpendapatan rendah, memiliki rumah idaman.

Apakah keunikan RUMAWIP?
RUMAWIP hanya tertumpu kepada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja.

Apakah ciri-ciri utama RUMAWIP ?
RUMAWIP hanya untuk pemilikan rumah pertama sahaja dan mensasarkan golongan berpendapatan sederhana dan rendah.

Berapakah bilangan RUMAWIP yang akan dibina?
Dalam tempoh masa lima tahun yang akan datang dijangka sebanyak lebih kurang 80,000 unit RUMAWIP dirancang untuk pembinaan di Wilayah Persekutuan.

Apakah kategori rumah mampu milik yang ditawarkan di bawah RUMAWIP?
3 kategori rumah mampu milik yang ditawarkan iaitu studio atau 1 bilik, 2 bilik dan 3 bilik dan adalah dalam bentuk rumah berstrata.


RUMAWIP ni adalah rumah yang cukup besar dan selesa bagi aku, yelah, kita ni kalau dapat sebuah rumah yang mempunyai 3 bilik tidur, dah cukup dah, insyaAllah. RUMAWIP juga mempunyai kemudahan asas yang lengkap seperti dewan, kolam renang, gymnasium, taman permainan, taska, CCTV dan setiap lot akan dapat tempat letak kenderaan sendiri.


Siapa Yang Layak Memohon RUMAWIP?


OK, macam yang aku cerita awal-awal tadi, RUMAWIP kan rumah wilayah persekutuan, so KHAS untuk mereka yang tinggal di Wilayah Persekutuan SAHAJA! Jom tengok syarat-syarat dia di bawah.

Syarat-syarat untuk memohon RUMAWIP


1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 18 tahun dan ke atas
3. Pendapatan kasar bulanan di bawah RM10,000.00 (Bujang) dan RM15,000.00 (Suami dan Isteri)
4. Dilahirkan atau menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan


Adakah pemohon yang bujang layak untuk memohon RUMAWIP?
Ya, layak, asalkan pendapatan isi rumah pemohon RM10,000 sebulan dan ke bawah.

Siapa yang boleh mendaftar untuk RUMAWIP?
Warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 18 tahun ketika permohonan dibuat dan bermastautin atau bekerja di Wilayah Persekutuan.

Berapakah pendapatan isi rumah yang layak untuk memohon RUMAWIP?
Pendapatan isi rumah yang layak memohon RUMAWIP adalah tidak melebihi RM10,000 sebulan bagi pemohon bujang/tidak berkeluarga atau RM15,000 sebulan bagi pemohon yang telah berkahwin.


So, korang, jangan lah lepaskan peluang, korang menetap di WP ke, or berkerja di WP, cepat cepat memohon, jangan fikir tak mampu, mohon je, jangan lepaskan peluang ini, insyaAllah, rezeki akan datang nanti, doa banyak-banyak ok. So, for more info, korang boleh terus ke,

Website : https://rumawip.kwp.gov.my Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments:

  1. Harap lepaslah loan nak beli rumawip ni

    ReplyDelete
  2. nice info. nanti nak share dgn kwn2 lain jugak la

    ReplyDelete
  3. Baru tau ada program macam ni...alhamdulillah

    ReplyDelete
  4. Apply je dulu kan. Mana tahu Allah izinkan rezeki kita kat situ

    ReplyDelete
  5. Menarik !! Rugi siapa tahu ambil peluang ini. Dah la mampu milik

    ReplyDelete
  6. Baguskan dengan adanya program seumpama RUMAWIP ni. Dapat membantu golongan keluarga yg berpendapatan sederhana dan rendah untuk memiliki rumah sendiri

    ReplyDelete
  7. Wow bestnya korang yang duk wp

    ReplyDelete
  8. Peluang yang baik untuk miliki rumah ni. Tak boleh lepaskan peluang ni

    ReplyDelete
  9. Lahai..murahnya rumah kat sana..rugilah kalau mereka tak ambil peluang ni

    ReplyDelete
  10. Siapa yg layak kena apply cepat2 kan

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com