Image and video hosting by TinyPic

11 June 2018

Persiapan Raya 2018 Part II

Assalamualaikum, hai korang! TERrajin sikit harini, nak update lagi pasal raya, hehe. Macam mana persiapan raya korang? success ke tak, lols. Aku macam ni lah, tak beriya sangat, ikut mana yang ada, tapi aku rasa kan, next year dah tak boleh macam ni lah, kena buat persiapan awal, mana ada SALE, kena laju laju terjah, beli siap siap, masuk dalam bag terus baju bajan, HAHAHAHAHA. over tak! aku ni, semalam naik pening kepala fikir nak buat apa, tiba tiba blur. apekahhhh!!

Tapi bab mekap mak tak lupa noks, Beg mekap mak 1 Syawal nanti settle doh! hahaha. Haritu aku pergi Guardian Sale, so settle barang makeup, dapat beli Foundation Catrice Rm19 sajor, serius sangat best! SERIUS!

Aku ada beli foundation NRC, aku tak tau kenapa, bila pakai, muka aku bercapok, bila peluh kat hidung, hilang fd kat bahagian hidung, terus jadi badut katako!!! sbb NRC tu texture dia mcm tak kena lah dengan skin aku.huhu.

So solution dia yang the best, aku mix kan foundation NRC dan Foundation Catrice, hasil dia kebabom! color pun trus ngam dengan color skin aku. #akusuka!

Lain-lain yang dalam gambar tu saja dok beli, topup topup, bedak maybelline all in one tu, siap cermin tu Rm10 saja, rugi lah kalau tak beli kan. Korang nak makeup tutorial tak? aku dah lama nak buat, tapi tak menyempat lah. huhu. ok stop bab makeup, jom pergi bab lain.

Barang Young Living pun dah settle collect, boleh bagi dah kat customer di Ipoh nanti. YL dah tak de GST, harga lagi murah tau! best gila! korang nak balik balik Raya ni, nak pergi beraya, sila bawak EO EO yang berkaitan, contoh mana tahu tetiba sakit perut, ada digize, tetiba sakit kepala, demam, ada peppermint, anak mengamuk, ada Lavender. kalau anak selsema batuk banyak minum air ais, sediakan RC + Lemongrass. Jangan lupa semua tu tau! senang!

RUMAH RAYA - bab rumah, tahun ni masih aku biarkan begitu, masih di bentuk yang lama, sofa pun tak de lagi, sebab apa? Alfi masih kecik, kalau beli sofa aku x dapat bayangkan macam mana, ada kerusi yang seketul dua tu pun habis di panjatnya, so biar dulu. Tunggu tahun depan je, bagi dia " cerdik " sikit baru beli sofa.

Hias hias pun tak sangat, tak sempat nak berjalan sana sini cari deco Raya, sebab awal awal puasa haritu tak sihat kan, mood ke laut, 2 minggu puasa aku rugi masa, so kalau datang rumah aku nanti, senyap senyap jelah tau. hahaha. Memang rumah kosong jurrr. lols.

Cuma nanti nak suruh laki aku cat pagar jelah kot, pagar pun tak sempat nak cat lah! hahaha. Nampak tak busy nya, hahaha. harini kalau sempat, nak kemas rumah, lap lap habuk segala, tukar cadar, alih alih perkakasan rumah sikit. Kalau sempat nak buat kuih Raya sikit. #ehh

Bab Baju Raya, haritu baju 1 Syawal dah beli dah, lepas tu misi cari kasut dan baju jalan, aku selalu Raya ke dua dah tak pakai dah baju kurung ke baju melayu, hari ke dua raya pakai baju biasa je, baju jalan. Kuasa lah nak bagi anak berbaju kurung baju melayu lagi 2nd Raya tu, hahaha.

Baju kakak dah banyak, aku dok mencari baju Alfi, alahai, susahnya nak cari baju budak tu. haha. Badan kecik, size sokmo takde, baju cantik cantik cepat lah habis size dia. Ni pon aku beli baju dia kat padini je. Tapi fashion sama jelah. tahun ni tak beli pun kat Poney, sebab mahal sangat rasa. HAHA. Dulu anak sorang boleh lah Poney, segala, anak dua, baju biasa je dah lah yer nak. Janji baju baru. hehe.

Kuih raya, yeay! Alhamdulillah, dapat juga buat kuih raya sendiri, hehe. So far ada 4 jenis. Mama Carey, Semperit Dahlia, aku buat hari sabtu haritu, lepas tu berbuka puasa rumah MIL. Lepas berbuka, cepat cepat makan kuih, dap nyaaaaa mama carey, tapi semperit dahlia 3 bahan tu, pada aku tak berapa best, aku suka resepi aku guna tahun lepas lagi sedap, rasa rangup, melt dalam mulut, dan creamy.

Ingatkan, kalau sempat, nak buat 1 aduanan lagi yang tahun lepas punya resepi.
hari Ahad pulak, sempat buat cornlakes madu, 1 adunan lagi mama carey sebab dah beli acuan LOVE, hahaha. sebelum tu acuan DIY, ntah hape-hape rupanya. Lepas tu aku buat Malatops Crispy, hahaha. Tapi tak berapa nak jadi, lols. malatops crispy original kan, korang pegang je pun dah lembut, masuk mulut apetah lagi, memang sedap. tapi resepi dia sangat rahsia, sampai harini tak tahu apa bahan dia, nanti lah nak RnD lagi.

Lepas settle kuih raya, siap-siap ke Parkson my Town, ramai komen kat FB aku, kat parkson baju cantik-cantik, so laju-laju ke parkson. memang lawa lah baju dia, takde lah sama je pattern belang belang. ini ada lah juga corak yang cute-cute. hehe.

Walaupun harga Tshirt je sehelai Rm36, tapi ok lah, kain elok, tebal dan sejuk.sempat beli kat Alfi 2 helai, kakak selai sebab nak matchy-matchy dengan adik. Baju tidur adik dua pasang, seluar Polo dan baju pakai kat rumah, ok lah tu. Cukup lah untuk 5 hari, nanti kita pergi top up topup lagi kalau perlu.

Baju budak ni bukan apa, nak beli banyak-banyak, kang dah tak muat pakai, nak nak si Kakak, cepat tinggi wei, kasut pun cepat je tak muat.

Ingat kan nak cari kasut skali, tapi takde yang anak anak suka, now kena ikut selera anak anak yer uols, anak dara aku tu, kena ikut selera dia, semalam pergi hnm, kasut dia nak takde size, last last pergi down town je, dia nampak kasut tu, terus dia nak, ngam ada size dia sepasang. Trus tak nak yang lain. grrrrrrrrrrrrrrrr. ok lah kakak. settle lah bab kasut awak.

then dia nak sandle NEMO, so beli lah juga, so cute sandal nemo. hehe. Ni nak cari kasut adik ni, ya Ampunnnn, adikkkk! kaki kecik, size 23, mana nak cari ni dik, semua kasut size start from 24, geram je aku rasa. haha.

harini nak kemas bag dah, nak letak baju baju semua dalam bag, songkok segala kena masukkan cepat-cepat, karang dok lupa, apa pun tak dapat. Aku dah buat list siap-siap, risau lupa. mana dok ingat barang nak bawak, cepat cepat letak tepi, nanti takde lah tertinggal.

Ok lah, itu jer nak update kot. nanti tunggu aku cerita bab 1 syawal pulak yer.

Sebelum tu, untuk semua readers blog safurara.com, aku ingin menyusun 10 jari, memohon maaf andai ada salah dan silap sepanjang berbicara. Raya jemput datang rumah tau! hehehe.

kakak gerak lu, pape roger!!!

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com