Image and video hosting by TinyPic

25 September 2018

Harga Petting Zoo Termurah di 99 Wonderland Park

Tempat Riadah Malam Dengan Anak-anak


Aku, dari kecik, mak and papa aku selalu cakap macam ni, " jom kita pergi jalan-jalan tengok lampu ", masa tu kami suka sangat lah, padahal duduk dalam kereta je, jalan-jalan pekan, tengok lampu, dulu kalau kat Ipoh tu, area pekan, dorang akan deko lampu sepanjang jalan. Kami yang adik beradik ni, tengok lampu pun sukaaa. haha. yelah budak-budak kan.

Benda tu terbawa-bawa sampai skrg, kalau tempat ada lampu cantik, lantern, firework, aku suka sangat tengok. Dulu masa mula bercinta dgn laki aku, kami sampai bergaduh, mana tak nya, laki aku tak suka pergi tempat serabut, yang aku pulak suka nak tengok bunga api, last-last bergaduh sebab tak dapat tengok bunga api, lepas dari tu baru laki aku kata, ohhhh gf dia suka tengok bunga api rupanya. LOLS.

lepas dari tu, semua event yang ada bunga api dia akan bawak aku dan anak-anak, tengok dari dalam kereta pun jadi lah, kadang-kadang kami bawak anak-anak pusing KL tengok lampu. HAHA.

Nak bagi anak-anak happy tak susah uols. Ajar je anak tu cara bersederhana, tengok lampu, ajak tengok binatang, tengok bunga api. Seronok lah budak-budak tu.

Tempat Beriadah Best Diwaktu Malam

Lepas ni, selain dari tengok lampu kat KL, taman tasik main basikal, aku ada tempat best yang boleh aku bawak anak-anak, tiket masuk pun murah! Aku tak pernah tahu wujud tempat ni, nasib lah kak Ena invite aku datang sini. Bila dok google-google, ehhh cantiknyaaaa tempat ni! SUKA!!!

99 Wonderland Park


Kebetulan Geng Gojes pun nak datang sini, so beramai-ramai lah kami buat rombongan cik kiah ke sini. Kami janji jumpa jam 5.30pm, sebab kami nak berada di 99 Wonderland Park ni sampai ke malam. Gituhhhhhh!!! Nak magrib berjemaah di sini. kofkof.

Kat sini, toilet, surau semua disediakan, siap ada telekung lawa-lawa lagi tau! Bab ni aku suka!!! Sebab mengambil kira skali bab bab solat ni. Yelah, tak sedap pulak sibuk berjalan sampai tak solat kan. Suasana malam kat sini sangat best korang!!!

Taman Rekreasi LED Pertama Di KL


Pintu gerbang, yang bestnya kat 99 Wonderland Park ni, dah lah murah tiket masuknya, parking pulak FREE, weiiii terima kasih lahhhh! teruja aku bila pergi tempat free parking ni. Selalu bayar parking je berbelas ringgit. Ni FREE! betul betul depan pintu gerbang, ada parking, kalau penuh, ada je car park 2, tapi jauh sikit korang kena berjalan.

kak ena kata snap bg dia nampak kurus, gemok celah mana weiiii!!!
Jangan tak tahu, orang kampung gajah pun ada, rajinnya pakcik Asri melayan si Awanis Zamri ni, tiap-tiap minggu turun KL, weiii beli rumah sebiji lah kat KL, senang! hahaha. Si Sophea, kalau jumpa Hannah, belum apa-apa dah pegang tangan dulu. Kalau nak pergi mana-mana, mesti tanya " ibuu, hannah ada tak " hahaha. BFF sangat ni!

Asalnya nak selfie beramai-ramai, last last anak pijah jatuh stroller, trus sume selamat kan anak pijah, tgk tgk kami berdua je. HAHAHA.

Lepas je kaunter tiket, korang akan nampak pemandangan indah ni, kawasan seluas 23 ekar ni, dijadikan pusat rekreasi yang berkonsep terbuka, Open Concept. Bila open concept ni, maksudnya anak-anak boleh jalan, pegang haiwan, bagi makan, dan lain-lain. Zaman sekarang ni mana ada kampung nak bagi anak tengok ayam, so sini lah tempat nya. hehe.

Banyak juga binatang yang ada kat sini tau, sama macam petting zoo lain, seperti swans, tortoise, pelican, ostrich, peacock, deer, parrot, mara, marmoset monkey, giant flemish rabbit, pheasant, flamingo, snake, iguana dan lain-lain.

Korang juga boleh naik cruise tau, nanti boleh tengok swan dan bagi swan makan dengan lebih dekat lagi. Aku haritu tak sempat naik cruise, next time nak datang lagi naik cruise, untuk kanak-kanak cruise FREE je, dewasa kena bayar rm10 seorang.

Lepas tu sampai ke pit stop pertama, ada kura-kura, rabbit dan itik, kakak sophea apa lagi, nak pegang lah semua haiwan haiwan tu, ibuu layankan ajerrr.

Adik tak boleh masuk, duduk je dalam stroller, papa tolak. hehehe. Adik kalau lepas, tak cukup tanah papa nak kejar. haha. Tapi kan, adik pon good boy je tau, ikut je cakap papa duduk dalam stroller, tapi stroller tak boleh stop, kena jalan je. hahaha.

Kebetulan, hari yang kami datang, hari terakhir untuk Lantern Eve, alah3, aku suka lah lantern lantern ni, bawak anak pegang tanglung, comei sangat tau! tak sabar nak tunggu malam! lepas tu ada bunga api lagi!

Then sampai ke pit stop num dua, Local Duck Feeding, ni bab kakak paling suka, banyak sangat duck dalam ni, makanan duck pun murah je, rm3 je! aku suka lah tempat ni, semua pun murah!
papa melayan mak enon, dia rapat betul dengan kakak sophea, suka betul dengan kakak sophea, rambut pun nak sama. hehe.

rupanya, belah bawah ni boleh turun lagi, belah sana nun, so boleh bagi makan swan dengan dekat lagi, aku tak sempat nak turun, so ada alasan ni untuk repeat lagi datang sini.

Then terus lajak ke Bird Island. kat sini kawasan bird, monkey, peacock. Ada juga roccon, tapi masa tu roccon tengah tidur, comel sangat tidur terlentok dekat bekas dia. Nak picit je rasa. Ada juga snake kat sini, dan yang best nya, ada hatchery room, kakak sophea teruja tengok ada telur-telur dalam tu, dan 1 hal pulak nak terangkan kat dia pasal penetasan, pemeraman telur. derrrrr.
hei bising lah awak ni, rupa je lawa! bising gila
adik teruja.
ni aku ingat ayam gila. rupanya lan kata nama dia ayam bulu terbalik, aku tak tau lah kalau laki aku tu tipu aku, tapi mmg buruk nau ayam ni, hahaha.

Aku rasa, tempat ni adalah petting zoo yang sangat best! sbb kawasan dia luas, walk way pun sangat luas, tak perlu nak bersesak-sesak kalau ramai manusia. Nak bawak stroller ke apa, tak payah risau! Tengok lah anak kami berlari-lari mcm tu.

Board Walk 175 meter

Then sampai ke tempat yang menarik juga aku rasa. 12 Zodiac Zone, korang zodiak apa? aku Arnab, sebab tu gigi macam arnab, hahaha. sempat lah bergambar dengan arnab, dan juga geng arnab aku, nak tengok tak? HAHAHA.

Jangan tanya kenapa sis selalu left group, SENSITIP orangnyaaaa!! hahaha.

ARNAB SANGATTTTT!!!!!

ni, acah-acah berani ni! hahahahahaha.

Dekat tengah-tengah jalan tu, dorang ada bukak booth, ada buat jualan mooncake. mooncake ni halal tau! kalau korang nak rasa, boleh lah beli dan cuba makan.

Hari yang kami datang tu kan last day for lantern eve, so pakat-pakat lah semua beli lantern untuk anak-anak. Murah je wei, serendah rm3 leh dapat dah, yang kertas tu, paling mahal rm15.

TQ aunty mimi banjer kakak Sophea Lanternnnnn!

Then jalan dan jalan dan jalan lagi, sampai lah ke Golden Waterfall, ada dolphin melompat-lompat sepanjang 115meter. tempat bergambar memang best lah ni. Nasib lah ada abam jebat yang sudi follow kami, dan jadi photog. hahaha.

Duck Lagoon. kiri kanan bersepah haiwan!

Then sampai ke deer yard dan ostrich farm. Boleh bagi haiwan ni makan, rm5 je 1 bekas, murah kan!!! kat sini best, haiwan dia semua mcm kebulur, bagi makan je habis. hahaha. setengah haiwan kita bagi makan dia tak nak.

ko tengok lah aunty my ko ni! muka dia ada je dimana-mana. HAHA.

Cepat kakak! dah terjulur-julur dah lidah rusa tu. HAHA.

Aunty anez paling animal lover.

Acah acah animal LOVER

PADAHAL!!!!!!

yang ini lagi lah, dia saja bising kat situ, HAHAHA. letih dok gelak, rusa tu julur lidah, dia jerit. HAHAHAHA. adoi!

TQ papa bawa kami jalan!!! TQ adik sbb behave!!!

Sampai ke Bird Square! kat sini ada burung, ada ular dan burung kakak tua, nak bergambar dengan ular kena bayar rm10 tau! hehe. Kakak dapat pegang ular, suka sangat lah tu!

not animal lover! sama mcm aunty mimi!

my lovely daughter.

ur lovely wifey. ecehhhh!

okehhhh! part paling aku suka di 99 wonderland park. Dorang ni pandai, ko dah jalan beratus-ratus meter, dah penat, dah lapar, tetiba sampai di food court, wahhhhhhhhhhh!!! bahagia rasa. Makanan tak boleh bawak dari luar yer, semua kena beli dalam ni, demi menjaga kebersihan aku rasa.

Kat sini macam-macam ada jual. air, ais blended, pop corn, waffle, nasi lemak, burger, mcm mcm lah korang! SEDAP DAN MURAHHHHHH!!!!

Sambil tunggu makanan, bagi anak main kereta control dulu, FREE je korang!!! banyak yang FREE. aku suka!!! 

tempat makan di sediakan! Ada karoke lagi malam.

wei! kereta ni naik FREE wei! bahagia mak pak, kalau tak naik benda ni je habis berpuluh-puluh rm wei!!!!! Kakak Sophea bawak Hadeen, BFF sangat tau hadeen dgn sophea. Lepas tu bila ada 1 kereta kosong, hadeen naik sorang, Kakak bawak adik Alfi, kesian Alfi nak jugak.

Amboi kakak, racing ke tu! hehehe. Alfi ni kalau tengok dia, tak boleh tak senyum, manehhhh senyumannya.

sementara kami beli makan, mami selamat dah naik cruise! haih!

Lepas makan, azan magrib pun berkumandang, lampu-lampu LED mula bercahaya, Allahu, cantik sangat tempat ni! Suka sangat aku! untuk ke Surau yang dekat duck feeding td, kita kena lalu Magical Bridge. 158 meter. berpoloh jugak berjalan, tp bila ramai-ramai best!

Oh, kalau tak larat nak jalan, ada juga buggy tau! free je, buggy akan tunggu korang di setiap stesen.

Cantik sangat suasana di sini!

Then cepat-cepat solat magrib kat surau! lepas tu nk tunggu fire work ajm 8.30. Ramai-ramai pergi solat, mana yang dah solat, tolong sama-sama jaga anak. gitu lah kami.

Sementara tu, gigih mak mak dua ketul ni pasang lantern utk anak, mak yang excited benornya. tapi buh je lilin, jatuh, buh je lilin jatuh! hahahahaha. nasib aku ada tolong pasangkan! LOLS!

tekun sangat tu sis.

Yeay semua dapat lantern!!!! kakak muka sedih sbb batang lantern dia patah, tu sedih tu, pastu suruh ibuu beli baru, yang patah bagi kat adik, hahaha. nasib lah rm3 je.

Sementara tunggu fire work, dok main-main dulu ramai-ramai, kecoh!!! hahaha. Kecoh-kecoh tapi seronok!

Then tetiba firework keluar, yeayyyy! seronoknyaaa! Ros Anis seronok dia, dapat tengok firework 2x, kul 10pm dorg bakar lagi skali. Kami lepas firework tu semua dh keletihan. hahaha.

Sempat lah bawak kakak dengan Alfi tengok Trex. ada 3 ekor trex, 3 dewasa, sorg anak trex. HAHAHA. heiii ini bukan replika je tau! siap bunyi bunyi dan boleh bergerak tau! best gila. Alfi pun dah tau dah, " ibuu, acorrrr " hahahahaha.

Bagi aku, tempat ni seronok sangat, aku seronok, suami seronok, anak anak lagi lah seronok! Tempat simple, masuk pun murah, semua pun best bagi aku. Ok lah dengan harga dia kan!

Alfi kata " next time kita datang lagi yer ibuuuu "

we are family!
LOVE
muka kepenatan dahhhhh! jom balik! nanti kita datang lagi ajak nenek dengan kakak zara ok! kakak tu sampai duk dlm stroller, dah tak larat lah tu.

untuk yang nak tahu, landmark sebelum sampai sini is Pasar Borong Kuala Lumpur dan Pasar Borong Selayang. Area area situ lah. Siapa yang belum pernah datang, nanti bawak lah anak-anak!

Waze or Google maps - 99 Wonderland park


ni harga tiket masuk, murah sangat!!!! 

ISNIN dan SELASA tutup yer!

Rabu - Ahad
9am - 11pm

Setiap SABTU ada BUNGA API! dan event special.

Harga : ( pemegang mykad )

Dewasa Rm10
Kanak-kanak Rm5

Kanak-kanak bawah 90cm masuk FREE

✔️FREE 99 PREMIUM BUGGY CAR RIDE
✔️FREE ELECTRIC CAR RIDE
✔️ FREE 99 CRUISE RIDE FOR CHILDREN
✔️FREE 99 PADDLE BOAT (coming soon)
✔️FREE CAR PARK

For more info :

Website : www.99wonderlandpark.com.my 
Email : enquiry@99wonderlandpark.com.my 
Waze : 99 Wonderland Park

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com