Image and video hosting by TinyPic

20 September 2018

Kek Unicorn Untuk Kakak Sophea

Buat Sendiri Kek Birthday Anak


Harini nak cerita lah tentang birthday kakak haritu, kakak Sophea dah 6 year, kejap je masa berlalu, tahun depan dan darjah 1 dah kakak. Alhamdulillah, membesar dengan sihat, bijak, cantik. Bab bercakap, jangan sembang lah, macam orang tua wei! mcm mana aku borak dengan kawan-kawan, mcm tu lah dia tiru aku.

Budak yang happy go lucky, mudah mesra ( bila dah panas enjin ), budak manja, budak yang suka benda cantik, kemas, tersusun rapi. Barang-barang dia, selalunya dia akan susun elok elok, tak kira lah kat mana-mana pun, tepi tangga pun jadi di susun barang mainan dia.

Itulah, ingat nya nak beli rak 1 untuk dia letak all barang mainan kesayangan dia. Dia skrg tgh gila kan pony, My Little Pony, semua pon dia tahu. Haritu masa sambut kat sekolah, aku buat rainbow cak dengan My Little Pony. Seronok sangat dia!

Aku ni semua pun nak buat sendiri, kek semua rasa tak sanggup nak beli. Sebab rasa ralat kalau beli, sbb aku rasa aku boleh buat. kahkah!

Ini lah cake yang aku buat untuk kakak. biasa-biasa je, dalam dia rainbow cake, butter cream, atas top dengan mainan je, settle! hehe.

Aku rasa kelebihan aku bila semua benda ni aku ada, so aku boleh lah reka kek ikut mana pon, kalau korang yang bukan bakers, nak buat kek ni maybe makan modal, sebab semua pun kena beli, untuk buat rainbow cake, kurang-kurang korang kena ada 3 loyang, kalau tak jenuh nak tunggu cake bakar selapis-selapis.

Patung poney ni kak Yana belikan, TQ kak! aku dok cari merata, Tak jumpa-jumpa, geram betul. Ini kak yana beli kat area rumah dia. Sophea suka sangat! Sbb semua rakan Pony dia ada, aku nak menyebut namanya tak ingat. haha.

Tahun ni 3x kakak potong kek, on that day 7 Sept dekat sekolah dia, Lepas tu masa family day gojes, potong kek beramai-ramai, then rumah opah. Kemahen lagi anak dara tu.

untuk goodies, aku buat kek coklat moist je, buh dlm bag kertas, lepas tu staple tag " Puteri Imann Sophea Turn 6 ". Senang kerja, guna semua bahan yang ada kat rumah je. Nak beli jajan-jajan pun bukan elok untuk budak-budak tu.

Pagi 7hb tu, awal-awal aku dah gerak dia, nyanyi kan lagu birthday dia. Sekali je nyanyi, terus bangun kata koooo! Excited sbb birthday dia, aku trus bagi hadiah, ingat nak suruh mandi dulu baru bukak hadiah, tapi tak sempat! trus bukak sebelum mandi.

Lepas mandi baru boleh main, sementara nak tunggu papa pulak siap-siap utk hantar dia pergi sekolah.

Dia suka sangat dengan hadiah dia, kalau dia sayang, dia jarang main depan adik, karang adik kacau, dia rela main masa adik tidur. Kadang-kadang kesian dekat kakak. sebab asyik kena buli dengan adik. Sabar yer kakak, kakak seorang kakak yang baik, ibuu sayang kakak sangat-sangat!

pony ni beli dengan ayu, kirim kat ayu masa dia jadi PS untuk Hasbro ware house haritu. Walaupun lambat, dapat juga lah dua ketul ni. Jadiklah. hehe.

Aku bangga sangat tengok kek aku, tak puas dok tengok je, hahaha. Sampai rasa gian nak buat kek, LOLS. Dalam 11am, aku bawa kek pergi sekolah kakak, seronok kakak tengok kek dia, kawan-kawan dia apa tah lagi, naik roboh meja tu dok berebut nak tengok kek. hahaha. Budak-budak kan, tengok my little pony, mmg dia suka lah!

Dalam mata kakak, aku nampak muka dia happy sangat, ibuu is sebak! Dia senyum tak sudah-sudah, dok tengok je kek. hehe.

kawan-kawan kelas kakak, sama-sama 6years. masa ni aku nak snap pic, semua kemahen senyum, amboiii, dah biasa lah ni. hahaha. Mana tak nya, mak bapak skrg setiap saat snap pic anak. so anak tak awkward punya lah! haha.

jadiklah, gambar kami 1 family, kena edit sikit. hahaha. tak sampai hati nk halau budak-budak. Ni pun ticer offer diri nak tolong snap. hehe. Lepas nyanyi lagu birthday, tiup lilin dan potong kek! yeayyyy! semua pon suka! ibuu lah paling suka tengok cut cross cake.

idaman setiap baker. nak tengok cut cross cake. HAHAHA. Alhamdulillah, turn out well, kek pon habis, budak-budak makan licin, berbaloi ibuu bangun 3am siapkan kek. hehe. Siapa nak tempah kek rainbow, boleh lah roger kita. hehe. InsyaAllah sedap.

Masa family day gojes, tiup lilin lagi, tapi ibuu buat red velvet je. haha. Tak larat dah buat kek. lagipun kek kawan-kawan banyak, so makan sorg sikit.

Then, lagi skali aku cabar diri, buat lagi skali kek untuk sambut birthday kakak Sophea dekat rumah opah. Kali ni buat kek Unicorn. kakak pulak request nk kek Princess Celestia. macam-macam lah anak-anak skrg ni kak. Nasib lah mak kau ni bercita-cita tinggi, nak juga buat untuk anak.

Kali ni buat rainbow kek 5 kaler je, sbb kaler dah tak cukup, hahaha. Settle buat cake mcm biasa, kali ni berani mati guna fresh cream, dah lah kek tu nak bawa balik Ipoh, tapi Alhamdulillah, selamat kek nya, cuma fondant je sedih sikit. hehe.

Nak membuat tanduk ni bukan senang yer kawan-kawan, aku guna fondant je, buat tanduk silap silap udah rope taik. hahahaha. Kelakar gila, buat tanduk je nak dekat sejam. Allahu, menguji kesabaran sangat. dah last-last baru dapat rentak. Sanggup tu beli brush baru utk mekap kan fondant. haha.

Ni bukan tanduk, ni dah mcm taik dah. kelakar!!! hahaha. telinga tu aku buat mana yang mampu je, tools tak cukup sebenarnya. Mata pun ikut lah mana yang boleh.

Ini tanduk ke dua, sbb tak puas hati yang tadi udah rope taik, buat lain pulak. Ini udah halus benor. EHHHH geramnyaaa. dok borak borak dgn adik adik aku, kami dok gelak mengekek tengok hasil tanduk. Last last lantak lah situ, malas dah aku nak layan, jadiklah tu, sebab banyak lagi kerja lain nak buat.

Fresh cream adalah sangat sedap! TAPI, dia x tahan panas, cara nak handle pun agak mencabar, so kalau korg nk tempah kek dan guna fresh cream, sila buat waktu cuaca sejuk, malam ke, or majlisnya dalam tenpat aircond.

Kenduri Doa Selamat mak yong ni dah nak masuk 7 bulan, kakak sophea tumpang tiup kek, semoga Ashu dik selamat bersalin nanti tau. muah!

Kakak dan adik, si gedik! hahaha.

Yang kelakarnya, masa balik Ipoh, telinga tu lembik, jatuh mcm tu, ala-ala pemalu, alah-alahhhh, lantak ko lah, malas dah aku nk betul kan, jadiklah tu. hahahaha. Yang kali ni tanduk tu mcm ok sikit. lawa sikit lah. Masa bawak keluar kek, semua pun kerumun kek, semua tak sabar nak makan kek, alahai, seronok tengoknya.

Ada yang ckp kek sedap nak mati, amboiiii, jangan lah mati. pengsan je xpe. hahaha. aku sempat merasa 1 slice kek, lepas tu tengok balik, dah licin. hahaha. Untuk rainbow kek kali ni aku guna pure butter, mmg lagi sedap lah kan, kek pun lembut yakmat! OK weekend ni nak buat lagi!!! hahaha. Tak puas makan kek sendiri. lols.

Untuk kakak Sophea, semoga kakak suka dengan semua kek yang ibuu buat ni, ibuu sanggup buat apa saja untuk kakak, segala bulan bintang ibuu akan bagi kalau ibuu mampu. Ibuu dan papa sayang kakak, baby 1st ibuu dan papa. Alahhh sebak pulakkk. Besar dah kakak. jadi anak ibuu dan papa yang baik yer sayang, semoga jadi anak yang berguna dan solehah di dunia dan akhirat.

OH by the way! siapa nak tempah cake rainbow, meh lah wasap, aku dah bukak order, tapi kena wal-awal yer! Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. bestnya pandai wat kek sendiri..:)

    ReplyDelete
  2. Happy Birthday Kakak.. semoga membesar dengan sihat dan cemerlang dalam hidup dunia, akhirat..Cantik kek tu Rara.. sukaaa..

    Kak Sue pun ikut sebak baca entri nie. Anak perempuan sulung memang macam banyak beralah je kan.. sama macam anak dara Kak Sue masa kecik-kecik dulu. Sekarang nampak lembut.. dengan adik-adik garang kemahin.. time sayang, kemahin sayang.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. Sanah helwah princess sophea... Moga dipermudahkan urusan dunia akhirat

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com